Selasa, 19 Mac 2013

{Gambar}: Tempat-tempat Menarik di Kudat, Sabah...(The Tip of Borneo)

Assalamualaikum wbt kepada sahabat blogger semua. Apa khabar kalian semua? Semoga kalian senantiasa dirahmati Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.
 
Pada 24-25 Februari lalu saya berpeluang ke Sabah atau lokasi lebih tepat lagi ke daerah Kudat. Inilah kali kedua saya menjejakkan kaki ke bumi Sabah ini dan kali pertama ke pekan Kudat. Kudat merupakan salah sebuah daerah di Sabah dan ia terletak di bahagian paling Utara bagi negeri Sabah ini. Ia terletak lebih kurang 153km ke utara Kota Kinabalu. Untuk pengetahuan kalian semua, ada sebuah tempat di Kudat ini yang terletak di penghujung Kepulauan Borneo ini. Tempat yang dikenali dengan nama penghujung tanduk Borneo ini adalah Tanjung Simpang Mengayau atau The Tip of Borneo.
 
Jom kita layan sedikit gambar-gambar yang sempat saya rakamkan semasa berada di Kudat :-
 
 
 
  
stand by to depart..masa ini masih berada di KLIA lagi ....tunggu pak pilot...tunggu saya hihihihh....
 
 
 

online check in boleh pilih seat..saya pilih antara seat paling hujung belah kiri sebelah tingkap..seat 24A .....economy class je tau..bisness mmg saya tak layak...hihihihhh...flight pukul 12 tengahari...



kira-kira jam 3.00 ptg kami sampai di airport, seorang sahabat telah menunggu saya di airport...sampai sahaja, terus beliau membawa kami solat jamak takhyir asar & zohor di masjid terapung Likas..masa tue, jam 3.45 dah masuk Asar...kemudian kami minum petang di situ dan meneruskan perjalanan selama lebih kurang 3 jam lebih ke Kudat..jam 7.30 malam kami sampai di Kudat dan ketika itu sudah kedengaran azan Isyak...kami menginap di Hotel Ria, Kudat.




Itu adalah gambar pekan Kudat yang terdapat di hotel ini. Jelas kelihatan bahagian paling hujung dalam Kepulauan Borneo ini di gambar tersebut.


 
Gambar pekan Kudat. Jangan terkejut jika saya mengatakan gambar ini dirakam pada jam 6.30 pagi. Waktu itu pekan Kudat telah terang benderang.


Inilah gambar Hotel Ria, Kudat pada waktu siang. Saya boleh katakan hotel ini merupakan bangunan tertinggi yang terdapat di pekan Kudat ini.



Ini merupakan pengangkutan awam utama yang menghubungkan pekan Kudat dengan kawasan kampung yang terdapat di sekitar kawasan ini.



Sebenarnya saya sendiri terkejut apabila mendapat tahu ini adalah pengangkutan awam. Saya ingat ia hanya membawa barang, rupanya ia membawa orang sekali....


 
Setelah urusan kerja saya selesai, saya sekali lagi dibawa oleh sahabat saya untuk kembali ke Kota Kinabalu. Dalam perjalanan ke K. Kinabalu, kami dibawa oleh sahabat saya tadi ke The Tip of Borneo. Sila jangan terkejut kerana ia adalah jalan utama ke The Tip of Borneo tersebut...huhuhuhhh...


 


Walaupun jalan ke sana agak teruk, tetapi apabila sudah sampai ke tempatnya, suasana di situ teramatlah cantik dan nyaman.

Inilah tanda aras The Tip of Borneo di Tanjung Simpang Mengayau, Kudat. Pada sesiapa yang telah dan akan ke Kudat, tetapi tidak ke sini saya boleh katakan kunjungan kalian tidak lengkap kerana inilah satu-satunya tempat paling hujung di Kepulauan Borneo.



Disini kalian boleh lihat dua laut bertemu iaitu Laut China Selatan dan Laut Sulu..Memang jelas kelihatan dua arus dari dua lautan ini bertemu dan akan terbentuk seperti sebuah lorong air.


 

                                     Dapat juga saya bergambar di penghujung Borneo ini.



 
Gambar di penanda aras di The Tip of Borneo @ Tanjong Simpang Mengayau..



Kemudian, setelah selesai kami bertolak semula ke K. Kinabalu. Sampai di KK, sebelum check in  hotel sahabat saya membawa kami makan malam dahulu di sebuah gerai makan berhadapan dengan Kompleks Membeli Belah 1Borneo...Lihat sotong itu, sangat besar kan huhuhuhh..


Itu sahaja catatan perjalanan saya sepanjang berada di Kudat. Entri akan datang saya akan ceritakan catatan perjalanan ke K. Kinabalu dan Beaufort. Ketika di K. Kinabalu lah pencerobohan Lahad Datu telah bermula....Jumpa lagi ye kawan2..Assalamualaikum



32 ulasan:

aizamia3 berkata...

pemandangan kat sana cantik.. ;)

ahmad humairi berkata...

Assalamualaikum,

Jumpa sekali sekala......terubat rindu. Moga sihat, ceria selalu!

Be Simple Beb(BSB) - threeQ berkata...

assalam..cuma sabah saya belum pergi lagi dlm m'sia nie..insyaallah kalau ada rezeki lebih teringin juga nak ke sana.

fairus berkata...

UNTUNGLAH KERJA, BERJALAN JE.. :)

♥ Cmª shIemª ♥ berkata...

Salam Atok.. :)
Wah..ke Sabah lg ya tok?
seronok dpr bekerja sambil jln2 cuci mata..
hmmm.. menariknya sabah.. teringin nk g sana... huhuh..

afeezz berkata...

assalamualaikum bro..

aku penah smpi tip of borneo. jalan mmg teruk tp bile smpi sana mmg cantik... hilang penat sepanjang perjalanan

amirah berkata...

assalamualaikum bro sahrom..lama x mengupdate blog. semoga dikurniakan kesihatan yang baik ye.

JunAina berkata...

Aina pernah sekali sampai Sabah tapi cuma di sekitar KK hingga Ranau sahaja. Sempat juga melalui Masjid Likas tp bukan rezeki kami untuk solat kat situ.

atuk berkata...

Assalamualaikum Sahrom

nak masuk dalam senarai yg akan dilawat

aanie berkata...

kat sana mmg..kul 6.30 pagi dah cerah kan...

syok woo lalu jalan tanah merah tu...hehe...

Murni Alfathunnisa berkata...

menarik pengalaman sahrom di kudat..cerita la lagi...!

ini pertama kali tengok tip of borneo...thanks atas perkongsian.

gadisBunga™ berkata...

tak sangka awak sampai dulu! :D

aby berkata...

salam sahrom ..
pengalaman driv sendiri dari kudat (dari tips of borneo ) ke KK wktu malam dengan separuh tempat jalannya yg agak menakutkan ..memang satu perjalanan yg mencemaskan juga ..
yg best .. kt satu tempat tu .. ketika berhenti kt satu kedai utk beli mineral water .. org kt kedai tu bagi aby jagung rebus sebagai ole2 ...

Khai faiz berkata...

En. Sahrom nampak gemuk skang ni.. lama sangat tak nampak barangkali

Lya Colours berkata...

seronoknya jalan2. ada fridge magnet utk saya tak? hihi

norhidana miswan berkata...

tak penah sampai lg ke situ, tp mmg sedia maklum jln kt sbh agak kurang baik dibandingkan sarawak tp pemandangan kt sana mmg cantik

KhaiRin : anies berkata...

Assalamualaikum…
Apa khabar?
Sihat ke?
Harap2 sihat + bahagia selalu…

khairul hassan berkata...

best nya dpt p situ

Amy Sinar Raudah berkata...

cantik2 pemandangan kat sana..untunglah sambil kerja sambil makan angin hehe..

Papa Mifz berkata...

tak pernah sampai Sabah lagi...huhu

alia berkata...

cantik...mujur tak kena serang ngn suluk..huhu

AdiaLuze berkata...

Assalammualaikum & Salam ziarah 2013 ^_^ ..

Wow! Seronoknya .. ada gak tgk dlm FB Sahrom ari tu. Seronok je dapat tgk org g jenjalan .. KK ngan Lahad Datu jauh kan .... ? Tp, apapun.. syukur Sahrom telah selamat kembali ke semenanjung .. Alhamdulillah ...

P/S : Lama tk berBB ... virus 'M' dan kekongtangan idea melanda .. hmmphhhh *_*

Tanpa Nama berkata...

Does anyone know where I can start a free website?
[url=http://b-apuestas-deportowias.com/][/url]

wisata outbound berkata...

nice day:)
saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
yang saya kemarin..


bagi-bagi motivasi yaa.. :)


http://wisataoutboundmalang.com/

cemomoi berkata...

nama koi ada lagi tak kat batu tu?

SangRatoo berkata...

wah..dah ke Sabah rupanya Sahrom..

Salam Ramadhan juga utk Sahrom sekeluarga :)

hazlina azmi berkata...

Hai dear..bestlah blog awk..penuh warna warni kehidupan..jemputla ke blog saya dan kita bertukar-tukar link pulak..:)
http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

Amsyahril Syahril berkata...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


Tanpa Nama berkata...

J

Tanpa Nama berkata...

Berminat melancong di sabah.,marilah melancng dgan hrga yg murah d sabah,bole lihat pakej yg kmi sediakan d website www.sabahbest.com
Atau di link ini http://m.mudah.my/view?ca=0_1_s&ad_id=23540824&imgs=1 atau trus menghbungi
YAHYA-0109342118



salam tuan empunya blog mhon izin tumpang mengiklan..

Pok Li berkata...

Sudah tidak menulis lagikah

Cik Itah@RRP berkata...

salam. cantik kan :)

Related Posts with Thumbnails