Khamis, 10 Januari 2013

Entri Sulung 2013 : Terserempak Dengan Sahabat Blogger..


Assalamualaikum w.b.t sahabat blogger semua. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Semoga kita semua senantiasa mendapat rahmat dari Allah SWT dan syafaat dari Baginda SAW.

Salam Tahun Baru 2013M kepada semua sahabat blogger. Ini merupakan entri sulung Probitas Et Fides pada tahun 2013 ini hehehee....Sahabat blogger sekalian, sesuatu yang tidak dirancang telah berlaku pada pagi tadi. Ketika saya dan wife saya sedang minum pagi di cafe pejabat kami, kami terserempak dengan seorang sahabat blogger kepada Probitas Et Fides iaitu sdri Suliana Shukor. Beliau juga sedang mahu menikmati sarapan paginya bersama sahabatnya. 

Sebenarnya, sebelum ini saya pernah terserempak dengan beliau cuba tidak berpeluang untuk bertegur sapa kerana saya sendiri tidak yakin adakah beliau itu suliana shukor yakni sahabat blog saya Walau bagaimanapun, pagi tadi ketika saya dan wife dan sedang duduk di meja makan, saya ternampak sahabat blogger ini sedang beratur membeli makanan.

Selepas selesai beliau membeli makanannya, saya pun berteriak sedikit ( jeritan yang agak perlahan) memanggil namanya dan ternyata saya tidak salah orang (walaupun tak pernah berjumpa) apabila beliau memalingkan mukanya ke arah kami. Lalu beliau pun berjalan menuju ke meja kami dan sempatlah saya dan wife saya berkenalan dengannya.

Walaupun bersembang cuma sekejap, dapat juga kami tahu yang beliau adalah 'jiran' kami. ( jiran bermaksud bukan jiran rumah tetapi pejabatnya sebelah sahaja dengan pejabat tempat saya bekerja ini ). Selamat berkenalan ye suliana shukor. Mungkin lain kali boleh bersua lagi ya..;-)

Saya rasa itu sahaja coretan sulung saya pada tahun 2013 ini..InsyaAllah di lain waktu kita akan bersiaran lagi dan selamat berblogging kepada sahabat semua. Wassalam...

p/s: sedang bersiap-siap untuk ke Sarawak...minggu hadapan akan berada di Serian, Simunjan dan Kuching...mungkin akan hapdet di FB je kot hehehee....

27 ulasan:

pena rozie berkata...

Seronok nyer dpt g sarawak....

Suliana berkata...

hehe.. malu pulak tiba2 terpacul muka saya di blog ni. kekeke.. insylh klu ada bersua lagi blh bersapa.. slmt berkenalan .. tak blh lebih2 nanti wife en sahrom marah pulak :-)

♥ Cmª shIemª ♥ berkata...

Salam atok..
wahh..lamanya menyepi! hihih..

alhamdulillah...xsangka ornye sbnaye berjiran ngan atok.. hihi..lepas ni leh la selalu jumpa dan & bertukar2 pendapat..

g sarawak..?? bestnye... nk kirim meow 1 blh??:p

❤Kamsiah❤ berkata...

lama menyepi..ingatkan dah tak ada mood nak berblog lagi hehe

C.M.A @ CikMoonAdnan berkata...

salam...

saya sihat je.. terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya..wlpun dah lama menyepi yer....

waaa..seronok je dgr kena pergi sarawak....

fairus berkata...

TAKPE.. KALAU KAU JUMPA AKU PULAK.. JANGAN LUPA TEPEK GAMBAR AKU KAT BLOG KAU NI.. :)

amirah berkata...

sibuknya bro sahrom bila dah pindah ye...

L berkata...

hehe. L setakat ni baru jumpa 5 sahabt bloger.. huu

norhidana miswan berkata...

bz betul yek, punyalah jarang dpt bt ntry baru...

awal2 thn dh ke sarawak, seronok jugak fresh lg dh kene berjln

aanie berkata...

kalau terjumpa sy jgn lupa tego ek....kenai dak?

ptt la bz....selalu outstation...

faraherda.razalan berkata...

Sahrom,

Sejak menang Ipad, susah nak tgk Sahrom update blog. Heee~

Kakzakie berkata...

Tajam juga mata shah ye:) Mujur betul suliana yg dimaksudkan.

Pergi Sarawak bestnya:)

atuk berkata...

Assalamualaikum Sahrom

seronok kan jumpa kawan blog..


kalau jumpa saya ..kenal tak agaknya...he he

ieda berkata...

hurmmm dah lama saudara sahrom x update .. saya hampir lupa utk berkunjung ;)

wahh seronoknyaa dah sampai sarawak :)

aby berkata...

Salam sahrom, selamat kmbali, ceriakan kmbali probitas et fides utk 2O13 ni

misscha berkata...

wah muka kak su masuk blog orang..haha rasa cam masuk paper... eksaited.. :)

al-lavendari berkata...

selamat kembali bersiaran ..


seronok kalau berjumpa sahabat maya di alam nyata.

gadisBunga™ berkata...

bila nak jumpa GB pulak? hhuhuhu~

Kakcik Nur berkata...

Bila pulak kita nak berjumpa, ya? :)

azieazah berkata...

Kira mesra la juga tu, belum pernah jumpa pun boleh cam muka kat luar.

Syabas...!

ahmad humairi berkata...

Assalamualaikum,

Moga sukses selalu di Tahun 2013....
selamat kembali melayang minda di sini.

Murni Alfathunnisa berkata...

sahrom, serian tu kalau bawak wife sekali mesti dia suka..hehe..ada pasar tempat shopping tauu..kata org la..siti pun tak pernah sampai lagi.

khairul hassan berkata...

best kan klu jpk sesama blogger

ibuintan berkata...

wah... patut la dah jarang up date blog, sibuk outstation


moga Shah dan isteri sihat sentiasa

Khai faiz berkata...

baik-baik saja tuan sahrom...

Semenjak pindah tmpt kerja makin sibuk nmpknya tuan kita ni

kay_are berkata...

berjiran tempat kerja dengan rakan blogger? pengalaman yang menarik tu kan.. semoga persahabatan menjadi lebih rapat lepas ni bro.. =)

Yati berkata...

Lama tak dengor cerita Sahrom ni. Seronok dapat jumpa kawan blogger. :)

Related Posts with Thumbnails