Rabu, 29 Februari 2012

Rabu Tanpa Kata # 19: Bandar Diraja Perak...


Hujung minggu lalu sehingga semalam, saya menghadiri Kursus Team Building disini....

Penat berkayak, berenang, terjun dalam sungai, main paintball, direndam dalam selut lumpur dan pelbagai lagi pun tak habis lagi huhuhuuh....

# entri 4 tahun sekali kan...

Khamis, 23 Februari 2012

Garis Panduan Amalan Pembiayaan Yang Bertanggungjawab oleh Bank Negara Malaysia (BNM)..Adakah Ia Berkesan ?

Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.

Sahabat semua, sepertimana yang kita ketahui mulai 1 Januari 2012 lalu bank pusat kita iaitu Bank Negara Malaysia ( BNM) telah mengeluarkan satu garis panduan yang dikenali sebagai Garis Panduan Amalan Pembiayaan Yang Bertanggungjawab kepada semua institusi kewangan. Melalui garis panduan ini, kelulusan atas permohonan pembiayaan akan diperketatkan bagi tujuan mengawal kadar hutang isirumah Malaysia yang dikhabarkan mencecah RM 577 billion atau 74 peratus dari KDNK negara setakat November 2010. Berdasarkan garis panduan ini kelulusan permohonan pembiayaan adalah berdasarkan :-

  • Pendapatan bersih seseorang. Ini bermakna semua pendapatan kasar individu akan ditolak dahulu dengan segala potongan wajib yang ada seperti potongan KWSP, Socso, Potongan Cukai Berjadual (PCB), PTPTN dan segala jenis pembayaran wajib yang sedang berkuatkuasa. Pendapatan bersih itulah asas yang digunakan untuk meluluskan pembiayaan seseorang. (method sebelum ini hanya pendapatan kasar diambil kira)
  • Pihak institusi kewangan perlu memberikan maklumat terperinci mengenai produk pembiayaan dipohon. Ini termasuklah jumlah pembayaran balik yang perlu dibayar, kadar faedah / keuntungan yang perlu dibayar, kesan kenaikan kadar faedah dan sebagainya. ( method sebelum ini pelanggan hanya datang untuk tandatangan surat perjanjian dan hanya mengetahui kadar bayaran bulanan sahaja)
  • Khusus untuk pembiayaan kereta, kadar tahunan maksimum hanyalah 9 tahun sahaja. Kadar ini adalah relevan dengan jangka hayat sesebuah kereta itu ( method sebelum ini ada yang meletakkan sehingga 15 tahun )
Walaupun ramai yang menentang pelaksanaan garis panduan ini khususnya di kalangan pengeluar kereta yang menyatakan bahawa jualan kenderaan telah menyusut sehingga 11% pada Januari lalu, ada baiknya ia diperkenalkan.

Secara peribadi, saya bersetuju dan menyokong pelaksanaan ini yang antara lain adalah untuk mengawal kadar hutang seseorang individu. Sekurang-kurangnya pihak institusi kewangan tidak sewenang-wenangnya menawarkan pelbagai jenis produk pembiayaan yang sedap didengar hanya untuk melariskan produk mereka sahaja. Natijahnya, orang ramai juga yang menanggung hutang sehingga ada yang jatuh muflis dalam usia yang sangat muda.

Kepada sahabat sekalian, adakah sahabat semua setuju atau tidak dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Bank Negara ini. Layangkan minda sahabat semua di kotak komen untuk perkongsian kita semua.

Rabu, 22 Februari 2012

Rabu Tanpa Kata # 18: Saya Telah Dibelasah Oleh......




Lupa plak nama nama penjahat nie...sape erk?? huhuhhh....

Isnin, 20 Februari 2012

{ Gambar} Tempat Makan Best dan Sedap di Seremban : Popia Kuala Kangsar...

Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.

Sahabat blogger semua, hari ini saya ingin memperkenalkan sebuah lagi tempat makan yang sedap di sekitar Seremban. Jika sebelum ini saya banyak memperkenalkan tempat makan untuk kita menikmati makan malam, entri ini saya memperkenalkan sebuah tempat makan yang sedap untuk kita nikmati minum petang pula ( mana tau sahabat semua singgah di Seremban belah petang kan hihihhih) .

Cuma yang peliknya, walaupun lokasinya di Seremban tetapi ia bukanlah makanan dari Seremban. Ia diimport dari Kuala Kangsar, Perak. Tempat makan yang saya maksudkan adalah Gerai Popia Kuala Kangsar. Menu utamanya adalah popia itu sendiri yang agak besar dan ia mungkin berasal dari Kuala Kangsar ( atau mungkin pengusahanya berasal dari Kuala Kangsar ?)

Persoalannya, dimana letaknya Gerai Popia Kuala Kangsar ini dan bagaimana mahu ke sana? Ia terletak di Medan Selera Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban ( gelanggang utama untuk Skuad bolasepak Negeri Sembilan ya). Tidak susah mahu kesini. Kalian hanya perlu memasuki bandar Seremban, dari teruskan memandu ke arah Kuala Pilah. Ia terletak di Jalan Seremban - Kuala Pilah dan lokasinya di sebelah kiri jika kita datang dari arah Seremban. Jika dari Lebuhraya Utara Selatan, hanya perlu ambil susur keluar Senawang, dan teruskan ambil Jalan Senawang menuju ke Kuala Pilah.

Jadi, jom kita lihat apa yang ada di Gerai Popia Kuala Kangsar ini.




Inilah papan tanda gerai ini. No 1 di Seremban ini saya tak pasti siapa yang beri. Mungkin maksudnya satu-satunya popia Kuala Kangsar yang terdapat di Seremban.




Antara menu yang terdapat di gerai makanan ini. Cuma pada pandangan saya, pengusaha patut meletakkan sekali harga makanan agar ia tidak mengelirukan pengguna.



Sedikit suasana di gerai ini. Pada masa ini, jam menunjukkan sekitar jam 3.30 petang. Kebiasannya, pelanggan akan ramai tiba pada jam 4.00 petang dan ke atas. Datang awal, orang tak berapa ramai kan.




Inilah menu utamanya. Terdapat dua jenis popia iaitu popia basah dan popia goreng. Cucur udang campur juga terdapat disini.



Gerai air. Hidangan utama pastilah ABC dan cendol.




Ini cucur udang campur. Harganya RM 2.50. Yang terdapat didalamnya adalah cucur udang, tauhu goreng, timun, taugeh dan begedal. Saya harus puji sambalnya. Ia sangat sedap. Cucur udang yang digoreng rangup juga begitu menyelerakan.



Ini popia goreng. Harganya RM 1.00 sekeping. Dalam gambar ini, ia dibelah 3 kerana ia agak besar. Sekali lagi kredit harus diberikan pada sambalnya. Terasa kesedapan sambal itu.




Ini ABC biasa. Harganya RM 2.50. Sesuai dinikmati ketika panas sang mentari di sebelah petang.



Cendol juga terdapat disini. Walau bagaimanapun, ia agak kurang menarik kerana tidak banyak lauk pauknya. Hanya cendol semata-mata. Kalau letak kacang merah atau jagung, mungkin lebih meriah.



Jadi, kepada sahabat yang berkira-kira untuk berkunjung ke Seremban, bolehlah singgah sebentar menikmati minum petang di Gerai Popia Kuala Kangsar ini. Pasti sahabat tidak dapat melupakan tahap kesedapannya kelak. InsyaAllah....

Jumaat, 17 Februari 2012

Pekerja Adalah Aset Kepada Organisasi...

Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian semua senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW .Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.

Sahabat semua, jika ditanya kepada mana-mana Pengurus Sumber Manusia sesebuah organisasi, apakah aset terpenting kepadanya? Jawapannya pastilah manusia iaitu pekerja kepada sesebuah organisasi itu sendiri. Jabatan Sumber Manusia memainkan peranan yang cukup besar dalam menggembleng, membangun,mengurus dan mengorganisasi aset terpenting ini agar ia bergerak seiring dengan kehendak sesebuah organisasi itu.

Jika organisasi itu kecil, mungkin tugasnya lebih mudah tetapi bagaimana jika organisasi yang sangat besar dimana cawangannya meliputi setiap negeri, setiap daerah, setiap pekan kecil mahupun setiap mukim. Siapa pula yang harus memainkan peranan ini ? Disinilah, peranan ketua unit atau ketua cawangan yang lebih kecil itu sangat besar peranannya.

Pekerja di cawangan yang lebih kecil biasanya tidak berapa mengetahui atau mahir dengan kehendak organisasi yang lebih besar yakni di peringkat ibu pejabat. Ini adalah situasi biasa kerana mereka tidak sama sekali menghadiri perjumpaan, mesyuarat, majlis ramah mesra dan sebagainya. Biasanya hanya ketua yang menghadiri majlis-majlis seperti ini. Pekerja biasa ini mungkin mahir dengan tugas hakikinya lantaran pengalaman yang mereka miliki tetapi sebarang perubahan pada peringkat atasan majoritinya memang mereka kurang tahu lantaran faktor-faktor tadi.

Justeru, bagaimana seseorang ketua itu hendak merangsang atau memastikan pekerja ini bergerak seiring dengan kehendak organisasi ? Antaranya termasuklah :-

  • Selalu berbincang dengan mereka. Walaupun di kala ini terdapat banyak media sosial lain seperti FB, Twitter dan sebagainya, sebenarnya perbincangan secara bersemukalah yang paling meninggalkan kesan. Ini kerana disitu, kita boleh berbincang dari hati ke hati tanpa ada halangan bagi menghalang sesuatu komunikasi itu berlaku.
  • Selalu mendengar pandangan dan pendapat mereka. Sebenarnya mendengar pandangan dan pendapat adalah motivasi terbesar yang boleh diberi kepada mereka. Oleh kerana majoriti dari mereka ini adalah pekerja yang bekerja di lapangan, kadang-kadang mereka lebih tahu apa yang dikehendaki pelanggan. Mereka berhadapan secara langsung dengan pelanggan dan jangan lupa jika mereka kena caci dengan pelanggan pun, mereka dahulu yang menerima cacian itu berbanding orang atasan.
  • Terimalah cadangan yang mereka utarakan. Ada sesetengah dari mereka ini pandangannya mengenai sesuatu perkara itu lebih luas lantaran faktor-faktor tertentu seperti selalu bergaul dengan pelanggan dan sebagainya. Janganlah ketua kepada sesebuah unit itu menolak mentah-mentah cadangan mereka hanya kerana mereka ini adalah golongan bawahan.
  • Ingatlah bahawa, jika semua pandangan, cadangan dan pendapat orang bawahan selalu ditolak lama kelamaan mereka 'malas' atau enggan memberi pandangan lagi kerana tahu bahawa ia tidak akan kemana-kemana kerana ia akan dibakulsampahkan dan tidak akan ada apa-apa perubahan yang berlaku. Ini sekaligus melemahkan sesebuah organisasi itu lantas sukar baginya untuk menerima perubahan.
Kesimpulannya, di dalam mana-mana organisasi peranan ketua itu sangat penting. Kecemerlangan pekerjanya juga bergantung kepada gaya kepemimpinannya sama ada ia autokratik, demokratik, laissez faire dan sebagainya. Jadi, jangan sesekali menyalahkan pekerja apabila sesebuah organisasi itu tidak bergerak seiring dengan perubahan yang hendak dibuat. Cuba sesekali selidik apa yang tidak kena dengan mereka...


p/s: sekadar layangan minda dari seseorang yang tidak tahu apa-apa dan tidak membawa maksud apa-apa..

Rabu, 15 Februari 2012

{ Gambar} Tempat-tempat Menarik di Johor : Johor Premium Outlets (JPO)..

Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Rasulullah SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.

Sahabat sekalian, seperti mana yang sahabat semua ketahui Johor Bahru kini terdapat sebuah tempat membeli belah yang sangat eksklusif dan pelbagai jenama antarabangsa dan tempatan ditempatkan disitu. Pusat beli belah yang dimaksudkan adalah Johor Premium Outlets ( JPO).

Saya juga tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi premis ini tetapi hanya mampu 'mencuci mata' sahaja. Maklumlah, harga pakaian yang ditawarkan dengan jenama yang sangat gah ini melangkaui kemampuan golongan marhaen seperti saya. Jadi, kebetulan dalam perjalanan pulang, 'jamuan mata' sahaja yang mampu dinikmati hehehehehe....

Dimana letaknya Johor Premium Outlet ini dan bagaimana mahu ke sana ? Tidak susah kerana sesiapa yang datang dari arah utara / Kuala Lumpur yang melalui Lebuhraya Utara Selatan , sila ambil susur keluar Senai. Selepas membayar tol di Plaza Tol Senai, sila belok ke kiri dan akan nampaklah premis JPO ini. Ia terletak betul-betul di sebelah kiri Lebuhraya Utara Selatan.

Jadi, jom kita layan gambar di JPO ya....





Lihatlah Menara DKNY ini. Ia terletak bersebelahan dengan Food Court di dalam JPO ini.




Jangan risau, direktori disediakan apabila kita berada disini. Ia memudahkan kita mencari premis yang mahu kita tuju.



Antara suasana yang terdapat didalam JPO ini ( maaf kualiti gambar kurang memuaskan)




Butik Shanghai Thong juga terdapat di JPO ini





Menara ini terdapat di pintu masuk utama. Dari Lebuhraya Utara Selatan pun sudah nampak menara ini sebenarnya.




Jenama 'pakai tambah bila' pun ada disini. Sila sediakan wang 'besar' yang secukupnya ya. Kad plastik tambah hutang juga diterima hehehehee....





'Pink Jambu ' ini mungkin jenama tempatan. Maklumlah, kat kampung saya takde. Yang ada pokok Jambu je. Mungkin Ahli Kumpulan Jambu memakai baju berjenama ini heheheheh....



Saya suka gambar ini. Bukan sebab dapat snap jenama Nike dan Armani tue tapi dapat lihat 'awan nano'. Cuba sahabat semua perhatikan ada dua jenis awan disitu iaitu awan biru dan awan hitam. Mungkin inilah maksud 'awan nano'...Budi Hekayat sila jawab ya hehehehe...




Keseluruhannya, tamatlah perjalanan kami selama 3 hari 2 malam di sekitar bandaraya Johor Bahru dan Singapore ini. Alhamdulillah, semuanya selamat baik pergi dan pulang dari perjalanan.

Oh ya, siapa yang terpilih menerima souvenir dari kami untuk entri semalam ...

Jawapan yang paling tepat adalah RM 11.00. Walau bagaimanapun, tiada siapa yang memberi jawapan yang tepat maka yang paling hampir adalah RM 11.50. Blogger yang bertuah itu adalah blogger

SHIEMA


Tahniah kepada blogger Shiema dan syabas kepada semua sahabat blogger yang sudi mnyertai teka teki ini ya. Kepada blogger Shiema sila emelkan nama dan alamat ke kotak emel saya iaitu arome_9@yahoo.com atau terus ke kotak mesej FB saya untuk saya uruskan penghantaran souvenir itu. Kepada sahabat semua sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menyertai teka teki ini ya...


Selasa, 14 Februari 2012

{ Gambar} Tempat Makan Best dan Sedap di Johor Bahru : Medan Steamboat Luton Van Dataran Bandaraya...

Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.

Masih lagi kita bercerita mengenai Johor Bahru. Kali ini saya hendak memperkenalkan kepada sahabat semua sebuah tempat makan yang sangat unik di bandaraya Johor Bahru ini. Kenapa saya kata tempat makan ini sangat unik ? Saya mengatakan ia sangat unik kerana konsep yang digunapakainya. Tempat yang saya maksudkan adalah Medan Steamboat Luton Van Dataran Bandaraya.

Medan selera ini hanya menyediakan juadah steamboat di lokasi sepanjang 1 km ini. Tempatnya terletak bersebelahan Jalan Skudai menuju ke pusat bandaraya dan betul-betul terletak di Dataran Bandaraya Johor Bahru ini. Jalan paling mudah ke sini adalah apabila kita melalui Jalan Skudai kita membelok ke Jalan Lingkaran Dalam dan didalamnya terdapat banyak parkir untuk meletakkan kenderaan masing-masing.

Jom kita layan steamboat plak ya.!!!






Inilah papan tanda yang diletakkan di medan selera ini. Papan tanda ini terletak berhadapan dengan Jalan Lingkaran Dalam. Waktu operasinya tidak dinyatakan pula. Ada sesiapa yang tahu waktu operasinya ?





Punyalah ramai pelanggan sebaik kaki melangkah ke medan selera ini. Sampai ada yang tunggu meja kosong untuk mendapatkan tempat duduk.



Saya memilih luton van ini untuk menikmati hidangan steamboat tersebut.




Yang macam murtabak itu adalah tauhu bakar dan sebelahnya adalah char koi . ( pada mulanya saya ingat tauhu bakar itu adalah roti bakar huhuhuhu)



Lagi keadaan di medan selera tersebut. Harus saya akui saya sendiri terkejut kerana bilangan pelanggan yang cukup ramai walau semuanya menghidangkan jenis makanan yang sama sahaja



Antara menu yang terdapat di salah sebuah luton van itu. Boleh rambang mata dibuatnya tak tahu nak pilih yang mana satu.


Ini adalah trade mark Dataran Bandaraya Johor Bahru ini. Sebuah menara jam besar yang sangat unik. Waktu menunjukkan jam 10.30 malam dan kami pun bersedia untuk pulang setelah puas menikmati hidangan steamboat disini.

Nanti dulu..ada lagi dibawah !!!!




Ini menu pilihan saya. Harus saya akui memang kami kenyang menikmati hidangan ini. Agak-agak sahabat semua berapa harganya erk??


Di kesempatan ini, saya ingin memberi sebuah souvenir kepada salah seorang sahabat blogger yang bertuah bersempena dengan kunjungan ke USS tempoh hari. Caranya mudah sahaja, tidak perlu buat entri khas, tidak perlu link sana sini, tidak perlu buat cogankata sebaliknya sahabat semua hanya perlu meneka berapakah harga yang saya bayar untuk menikmati steamboat seperti dalam gambar terakhir itu.

Jawapan hanya perlu dibuat di kotak komen entri ini sahaja ya.. Mudah kan ?? Dengan ini, saya menjemput semua sahabat blogger untuk menyertai teka harga makanan ini ya. Sudi-sudikanlah ............

Jumaat, 10 Februari 2012

{ Gambar} Tempat-tempat Menarik di Singapore Universal Studios : Bagaimana Mahu Ke Universal Studios Dari Johor Bahru...

Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian semua senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.

Seperti dijanjikan, hari ini kita meneruskan perjalanan kita ke Seberang Tambak pula iaitu negara Singapura. Lokasinya tentulah tidak lain dan tidak bukan adalah taman tema terhebat di Asia Tenggara iaitu Universal Studios..( walau bagaimanapun, saya masih berharap Lego Land kelak akan dapat menandinginya).

Persoalan utama bagaimana mahu ke Universal Studios tanpa menginap di Singapura ? ( ye lah, nak save bajet kan huhuhu) . Terdapat banyak cara dan cara paling jimat adalah menginap di rumah sudara mara atau sahabat blogger hehehehehe...( taklah saya gurau je) . Cara paling mudah adalah sahabat semua survey pakej yang disediakan oleh pihak hotel yang terdapat di Johor Bahru. Dalam kes saya, oleh kerana saya tidak menginap di mana-mana hotel di JB, maka saya ambil pakej yang disediakan oleh Odyssey. Pejabat syarikat ini terdapat di Tune Hotels JB. Ia menyediakan pakej ulang alik sehari dari Tune Hotels ke Universal Studios. Harga yang ditawarkan adalah RM 25 ( dua hala) dan jika sahabat menginap di Tune Hotels itu harganya menjadi RM 23 sahaja.

Bas akan bertolak dari Tune Hotels jam 7.00 pagi dan kembali semula ke Tune Hotels dari USS jam 7.30 malam. ( tetapi jika sahabat liat bangun pagi, boleh ambil pakej 10 pagi dari JB dan 10.30 malam dari USS. saya tidak mencadangkan pakej ini kerana kita akan rugi 3 jam..USS tutup jam 7.00 mlm ya)

Bas akan melalui Link Kedua (2nd Link) untuk mengelakkan kesesakan melampau di Tambak Johor. Kira-kira jam 8.30 pagi, kita akan tiba di USS dimana bas terus parking di Basement 1..(masa balik pun bas tunggu citu tau..jadi, jangan risau kena tinggal hihihih)

Persoalan kedua, berapa harga tiket Universal Studio??? Harganya bergantung pada hari kita masuk. Jika kita masuk hari biasa ( Isnin ke Jumaat tetapi bukan Cuti Sekolah) harganya adalah Sin $ 68 bagi dewasa, Sin $ 50 bagi kanak-kanak dan Sin $ 32 untuk warga emas. Jika kita masuk waktu Peak Season ( Sabtu, Ahad, Cuti Umum dan Cuti Sekolah) harganya adalah Sin $ 74 bagi dewasa, Sin $ 54 bagi kanak-kanak dan Sin $ 36 untuk warga emas. Dalam kes saya, saya masuk waktu peak season jadi kenalah Sin $ 74 ( kalian kiralah dengan duit RM..darab 2.4 tau huhuhuhh) . Saya menasihatkan tiket dibeli siap-siap di mana-mana travel agent agar kita tidak penat beratur semasa di kaunter sana. Lagi satu, ada limit masuk tau...

Jadi, jom kita masuk Universal Studios Singapore ya hehehhhe.......






Yang warna kuning tue tiket bas Odyssey. Yang bawah tue, borang imigresen untuk diserahkan ke Imigresen Singapore..Passport jangan lupa bawak tau..Kalau tak, tinggallah kita kat 2nd Link huhuhuhh......





Contoh tiket masuk ke USS. Saya beli siap2 di sebuah agensi pelancongan di KL. Diorang poslaju sampai ke rumah seminggu sebelum bertolak. Kan ada tulis tue tiket peak season.




Gambar wajib bila sampai ke USS hihihihh..........

Yang lain-lain, sila layan ye...


















































































Kesimpulannya, memang best tempat nie. Ya la kan, di Malaysia belum ada lagi taman tema secanggih dan sehebat begini. Kebetulan negara jiran kita ada, apa salahnya kita berkunjung kan. Yang paling best adalah aksi 3-D Transformers ( maaf gambar tiada). Setiap segmen ada game tersendiri..Contoh Far-far away ada segmen 4-D, Mummy Returns ada roller coaster tersendiri. Pendek kata masuk pukul 10 pagi sehingga 7 mlm adalah suatu yang sangat tidak membosankan tau...( tiket Sin $ 74 tue mestilah digunakan seoptima yang mungkin kan hihihihih)
Related Posts with Thumbnails