Jumaat, 2 Mac 2012

Team Building dan Bermain Paintball.....Bagaimana Bermain Paintball ?


Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.

Entri ini, kita beralih pula kepada hari kedua dalam kursus Team Building kita. Hari kedua ini boleh dikatakan hari yang paling menyeronokkan bagi kami kerana pada hari inilah majoriti daripada kami semua yakni peserta kursus bermain Paintball buat kali pertama dalam hidup kami.

Jadi jom kita bermain paintball ya...

HARI KEDUA

  • Jam 6.30 pg, masing-masing sudah berada di surau untuk solat subuh berjamaah. Selesai solat subuh, kami diberikan sedikit tazkirah ringkas oleh ustaz yang memimpin solat kami. Jam 7.00 pg, kami diminta untuk bersiap dan berkumpul di Padang Kawad untuk aktiviti senaman pagi serta aerobik. Aktiviti ini berlangsung selama sejam. Kemudian, selesai aktiviti senaman, kami terus bersarapan pagi.
  • Jam 9.00 pg, kami berkumpul di dewan utama untuk menjalani sesi kaunseling kelompok. Kami dipecahkan mengikut kumpulan masing-masing. Kaunseling kelompok ini berjalan selama 4 jam yakni sehingga jam 1.00 ptg. Kami diberikan 3 isu semasa untuk diperbincangkan sesama ahli kumpulan. Seperti dijangka, sessi ini berlangsung dengan suasana yang agak panas juga. Walau bagaimanapun, semuanya masih lagi berada di dalam kawalan. Untuk mereka yang suka kepada program yang ala-ala perdebatan, inilah sessi yang ditunggu-tunggu.
  • Jam 1.05 ptg, kami menikmati makan tengahari kami. Selepas itu, kami terus ke surau untuk solat zohor dan asar secara jamak takdim serta diqasarkan. Tepat jam 2.00 ptg, program yang dinanti-nanti pun tiba. Kami diminta untuk bergerak ke gelanggang Paintball kem ini yang memang sudah tersedia. Gelanggang ini terletak di atas sebuah bukit kecil ( seperti gambar diatas)
  • Disana kami diberikan penerangan dengan sejelas-jelasnya mengenai aspek keselamatan serta cara paintball ini dimainkan. Sukan paintball ini dianggap sebagai sukan ekstrem maka aspek keselamatan amatlah dititikberatkan. Selain itu, faktor majoriti diantara kami adalah pemain kali pertama, maka aspek cara bermain juga perlu diterangkan.
  • Kami diminta untuk membuat kumpulan baru dimana 1 kumpulan hanya mengandungi 5 orang sahaja. Oleh kerana kumpulan saya sebelum ini sudah mengandungi 6 orang lelaki dan 4 orang wanita, maka kami pecahkan kepada 2 dan jadilah 3 orang lelaki dan 2 orang wanita. Kumpulan saya dikenali dengan nama Kumpulan 3A.
  • Persoalannya, bagaimana cara untuk bermain paintball dan apakah peralatannya? Ok, kita mulakan dengan peralatan dahulu ya. Sebagai pemain, kita akan dibekalkan dengan 3 item iaitu topeng keselamatan, jaket keselamatan dan selaras senapang paintball yang mengandungi 30 butir peluru. Target utama dalam bermain paintball ini bukanlah mematikan musuh dengan menembaknya tetapi mengambil bendera di kawasan musuh dan bendera itu kita letakkan di kawasan kita.
  • Walau bagaimanapun, dalam proses untuk mengambil bendera itu, kita perlu menembak musuh untuk mematikannya bagi memastikan proses mengambil bendera itu menjadi mudah kan. Itu sahaja cara untuk bermain paintball dan percayalah ianya memang menyeronokkan.
  • Kami bermain 3 perlawanan dengan setiap perlawanan mengambil masa hanya 5 minit. Perlawanan diadakan secara liga. Malang tidak berbau, kumpulan 3A kalah dalam kesemua perlawanan dimana saya sendiri telah 'mati' terkena tembakan heheheeheh....Perlawanan pertama tembakan terkena di bahagian kepala ( tak rasa sakit), perlawanan kedua tembakan terkena betis kaki ( juga tak sakit) tetapi perlawanan terakhir tembakan terkena lengan ( kali ini memang terasa sakitnya sehingga lebam di kawasan tembakan itu ) huhuhuhh...Walau bagaimanapun, kami berasa sangat puas kerana berjaya juga bermain paintball ini dengan jayanya ( walaupun kalah huhuhhuuh).
  • Jam 6.00 ptg, perlawanan tamat dan kami kembali semula ke dewan utama. Kemudian kami terus menikmati makan malam dan selepas itu bersedia membersihkan badan dan mandi untuk solat maghrib dan isyak jamak takdim diqasarkan secara berjamaah di surau.
  • Jam 9.00 mlm, kami berkumpul dalam kumpulan yang 40 orang tadi untuk menjalani program pelurusan emosi di surau juga. Program berlangsung selama 2 jam yakni sehingga jam 11.00 mlm. Ketika itu hujan yang sangat lebat telah membasahi bumi Lenggong. Sepatutnya, selepas minum malam kami sekali lagi dijangka memasuki hutan untuk menjalani Program Explorace Malam. ( kali ini mata tidak perlu ditutup lagi).
  • Walau bagaimanapun, akibat hujan yang sangat lebat ini Program Explorace Malam terpaksa dibatalkan demi keselamatan kesemua 40 orang peserta. Sebenarnya, adalah sangat berisiko memasuki hutan dalam keadaan cuaca hujan takut-takut ada reptilia lain yang akan memunculkan diri kelak huhuhhhh (paham-paham je la...)
  • Jadi, hari kedua kami dapat tidur sebelum jam 12.00 mlm dengan jayanya hehehehe...

Itulah sahaja catatan perjalanan kami untuk hari kedua. Hari ketiga dan terakhir kami akan berkayak pula. Siapa nak berkayak sila angkat dagu heheehhee......

22 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum Sahrom

saya tak pernah lagi main painball

Dee berkata...

seronoknya..dee pun tak pernah main paintball tp melihatnya saja sudah tau keseronokkannya..

amirah berkata...

paintball sakitt...hehehe..mencabar sungguh dia punya program ek..takutt..huhuu

ahmad humairi berkata...

Nak celen pinball ngan saya????
Owh lain yek???

♥cmª shIemª♥ berkata...

salam atok..
hohoh...mesti bestkan kene tembak..


kayak?? peh.. cma xpenah lagi berkayak :)

zulkbo berkata...

salam..
ermm..kalau ada geng nak
jugak join main nih :)

Sham berkata...

huh paintball...beshhh...masa bawa budak ke pusat ko kuantan...3 hari straight main...sampai berbintat badan kena tembak...hu hu...

eelobor berkata...

kawan tak reti nak main benda2 cam gini... huhuhu

fairus berkata...

PERNAH MAIN DULU.. SEKALI SAJA.. SIAP MASUK PERTANDINGAN TU.. PERTANDINGAN TU LA YANG MEMBUATKAN AKU BERMAIN PAINTBALL.. SAH-SAH KALAH.. HEHE

Sharinginfoz berkata...

tak pernah lagi main benda alah ni, teringin juga

NOOR FATIN berkata...

saya dari dulu minat nak main paintball. tapi sampai skrg belum ada kesempatan lagi..

kena tembak tu yg xnak tu.. ehhehehe

Kamsiah berkata...

salam
tak pernah cuba lagi...sakit ke kena tembak..:)

Deru Ombak berkata...

Wah sahrom.. xtvt lasak sungguh..

AdiaLuze berkata...

Assalammualaikum ...

Seronokkan berpeluang mencuba sesuatu yang baru dalam hidup .. Hehehe ..

Sok-sok kalau anak2 tanya,leh la jawab yg ayahnya pernah main paintball :)

Cikgu Ma berkata...

teringat berkayak dalam kem dulu, siap kena buat2 lemas terapung dalam kat laut..hehe

kay_are berkata...

bile tengok orang main paintball.. terpikir.. tak sakit ke kne tembak ngan paintball tu?

khairul berkata...

teringin nak main paitball ni bro

aanie berkata...

hahaha..apedaa..semua kalah...
main kat padang camni tak mencabar sgt....cer try main dlm hutan...baru real...hehe...

Yati berkata...

Seronok baca citer Sahrom. Akak tak pernah cuba main paintball. takut, macam ganas je. :)

Tea berkata...

Paintball? Takpelah.. Saya ajak Tuan main congkak... Hik!

nurul berkata...

eh, ko g sama ngan daniel eh? nevertheless, team building adalah satu aktiviti yang baik untuk kita semua. :)

nurul berkata...

eh, ko g sama ngan daniel eh? nevertheless, team building adalah satu aktiviti yang baik untuk kita semua. :)

Related Posts with Thumbnails