Khamis, 1 Mac 2012

Pengalaman Menghadiri Kursus Team Building


Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian semua senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.

Sahabat semua, hari ini saya ingin bercerita sedikit mengenai pengalaman saya menghadiri Kursus Team Building tempoh hari. Memandangkan ini adalah kali pertama saya hadir kursus yang benar-benar mencabar fizikal dan minda tetapi menyeronokkan ini, saya percaya wajar untuk saya berkongsi sedikit pengalaman saya. Saya berani kata Team Building yang saya hadiri ini lebih mencabar dari Kursus Biro Tatanegara yang pernah saya juga hadiri ( dengar kata kursus BTN ini telah dijumudkan)

Sebelum itu saya ingin meminta maaf kerana tiada gambar yang sempat saya rakamkan lantaran sebagai peserta agak sukar untuk saya memegang telefon bimbit saya. Semua peralatan telah dinasihatkan oleh fasilitator agar diletakkan di dalam tempat yang disediakan bagi mengelakkan ia keciciran sepanjang aktiviti fizikal berlangsung.

Jadi mari kita mulakan kursus kita ya...


HARI PERTAMA

  • Kami berkumpul di Terminal One, Seremban sekitar jam 8.00 pagi. Peserta dari Negeri Sembilan adalah seramai 4 orang termasuk saya. Menaiki kereta salah seorang sahabat, kami meneruskan perjalanan melalui Lebuhraya Utara Selatan ke sebuah kem Team Building ini yakni di Lenggong, Perak.
  • Jam 10.30 pagi kami tiba di R & R Tapah untuk berehat dan menikmati minum pagi. Di sana, kami berjumpa dengan sahabat dari Selangor pula. Bilangan mereka seramai 6 orang dengan menaiki 2 buah kereta. Setengah jam kemudian perjalanan diteruskan.
  • Jam 1.00 ptg, kami mengambil susur keluar Kuala Kangsar dan terus menuju ke Lenggong. Kem tersebut terletak hanya beberapa km sebelum sampai ke pekan Lenggong. Kami pun mendaftar masuk dan diminta oleh pihak urusetia untuk terus menikmati makanan tengahari sebelum memasuki khemah peserta. Kami dihidangkan dengan Nasi Tomato sebagai santapan tengahari kami.
  • Program sepatutnya bermula jam 2.00 ptg namun hujan mula membasahi bumi Lenggong. Kami diminta untuk duduk sahaja di khemah sementara menunggu hujan berhenti. Kami terus melaksanakan jamak takdim beserta qasar di surau kem ini.
  • Alhamdulillah, hujan pun berhenti dan aktiviti pun bermula di dewan utama. Sesi suai kenal ( ice breaking) pun berlangsung kerana bilangan peserta mencecah 40 orang. Sebenarnya kami memang sudah mengenali antara satu sama lain pun lantaran pernah berkursus sama sebelum-sebelum ini. Kumpulan dipecahkan kepada 4 orang dan bilangan ahli adalah 10 orang.
  • Jam 4.30 ptg, aktiviti pun bermula di kolam seperti gambar di atas. Kami diminta untuk berenang sehingga ke tengah kolam ( dengan memakai jaket keselamatan). Sebenarnya kolam itu adalah sebahagian dari Tasik Chenderoh. Fasilitator juga mengajar kami cara berenang yang betul. Sebenarnya ramai juga yang tidak tahu berenang termasuk saya heheheheh....Kemudian, selepas berenang aktiviti seterusnya ialah terjun ke kolam itu ( juga dengan memakai jaket keselamatan) . Jarak antara papan pemuka dengan muka kolam adalah lebih kurang setinggi 1 tingkat bangunan. Jadi kalian bayangkanlah berapa ramai yang panik untuk terjun ke dalam itu ya hehehhee...
  • Selesai program terjunan, badan pun dah kering kami terus menikmati makan malam bermula jam 6.30 ptg. Kemudian masing-masing balik ke khemah untuk membersihkan badan ( mandi dengan air bersih) untuk terus bersolat maghrib dan isyak berjamaah secara jamak takdim di surau. Selesai solat, program tazkirah juga berlangsung oleh seorang ustaz yang telah disediakan. Ustaz juga menasihatkan kami agar senantiasa menjaga tutur kata dan tingkah laku kerana kami dijangka akan memasuki hutan pada malam itu ( jika keadaan cuaca mengizinkan)
  • Jam 9.00 malam, program kaunseling kelompok bermula. Kami dipecahkan kepada 4 kumpulan tadi untuk menjalankan aktiviti ini. Masing-masing dibekalkan dengan seorang kaunselor yang bertauliah dan profesional dalam bidangnya. Ketika inilah, dapat dilihat masing-masing bercerita dan meluahkan perasaan masing mengenai diri, keluarga, pekerjaan dan semua aspek dalam kehidupan mereka.
  • Jam 10.30 mlm, kami menikmati minum malam kami iaitu bihun sup dan air kopi O ( supaya kami cergas untuk memasuki hutan hehehehe) . Ternyata cuaca pada malam itu sangat baik dan program memasuki hutan pun berlangsung. Kami dipecahkan kepada kumpulan lelaki dan kumpulan wanita. Sebelum memasuki hutan, ustaz memimpin bacaan doa agar dijauhi kami dari perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Masing-masing dikehendaki menutup mata dengan kain yang telah disediakan. Kami berbaris dan memegang bahu rakan dihadapan kami dan terus berjalan memasuki hutan di sekitar sini.
  • Keadaan sangat gelap. Hanya bunyi cengkerik menemani kami pada malam itu. Kami terus berjalan sambil mata dilitupi kain yang menyebabkan penglihatan menjadi semakin kelam. Kami menuruni lurah, menaiki bukit-bukit kecil. Kami tidak tahu ketika itu pukul berapa. Kami terus berjalan sambil memastikan rakan di belakang tidak lepas pegangan bahunya dengan rakan dihadapan. Ketika kami berjalan salah seorang dari sahabat kami menyatakan beliau telah disengat oleh sesuatu serangga. Alhamdulillah, beliau tidak ada apa-apa cuma merasa sedikit kegatalan dan tiba-tiba beliau merasa dahaga yang amat sangat.
  • Tiba ke suatu tempat terdapat dua simpang dimana kami perlu memilih salah satunya. Jika tersalah pilih kami mungkin tersesat dan perlu berpatah balik. Sebagai rujukan, kami dibenarkan berpaut pada tali-tali yang telah tersedia dipasang. Ternyata kami membuat pilihan yang salah lalu menyebabkan kami terpaksa berpatah balik. Akhirnya kami menemui jalan keluar dari hutan itu. Sebelum itu kami terpaksa memasuki suatu kawasan seperti kolam yang dipenuhi dengan selut dan lumpur. Kami terpaksa berendam disitu sehingga ke paras telinga. Keadaan badan kami usah difikirkan lagi kerana hampir kesemuanya dilitupi dengan selut dan lumpur. Itulah pertama kali saya direndam dalam selut dan lumpur sebegitu.
  • Akhirnya, kami menemui jalan keluar. Masing-masing melihat kepada jam tangan setelah fasilitator memaklumkan ikatan mata sudah boleh dibuka. Jam menunjukkan pukul 3 pg dan fasilitator meminta kami pulang ke khemah masing-masing untuk membersihkan diri dan terus tidur bagi memastikan sebelum jam 6.30 pagi esok masing-masing bersedia untuk solat subuh berjamaah serta kuliah subuh.
Itulah serba sedikit aktiviti yang saya lalui pada hari pertama menjalani program team building ini. Hari kedua kami bermain paintball. Ikuti kisah kami di entri seterusnya ya....( harap masih ada yang sudi membacanya huhuhuhh)

Siapa pernah bermain paint ball angkat tangan tau heheehehe....

25 layangan minda:

♥cmª shIemª♥ berkata...

Salam atok !
Huhuu..padatnya aktiviti utk 1st day..
Baca je dah rasa mcm cma plak yg buat aktiviti tu..
Part yg menarik bila kene berendam dalam lumpur sampai paras telinga..
Dalamnya! Cane atok bernafas? Hehe..

Paint ball? X penah men lagi..tp org yg kene tembak sah2 lebam.. hehe..

KhaiRin : anies berkata...

mmm nmpk nyer hmpr sm dgn team building yg sy hadiri last 2 months..tp tu la tmpt nyer aduhai...

Pok Amai-Amai berkata...

Sy tak pnh merase g team building. Kat opis sy, team building khas utk org cina je. Klu kuota tak ckp, baru diorang pgl kami org Melayu.

Aziela berkata...

Sangat mencabar. Dah lama saya tak merasai pengalaman begini. Biasalah, kalau syarikat swasta, cari Team Building yang ala-ala bercuti kerana tekanan kerja harian yang melampau. Inilah salah satu faktor yang saya suka dengan jabatan kerajaan. Sentiasa menyediakan latihan yang bermanfaat untuk penjawat2nya.

C.M.A @ CikMoonAdnan berkata...

woowwww.. bestnya...

hmm keje saya nie.. xde pon nak buat tema building camnie..

*hadiah, saya akan pos hari nie.. :)
kalau xdapat2.. bgtau saya balik ye... risau gak kalo xsampai2..hehe

afeezz berkata...

assalamualaikum sahrom : aku kalau dapat pegi kursus2 yg mcm ni mmg aku suke. kalau kursus yg asik dok dengar orang ceramah jer, malas nak pi.. bosan kan.. heheheh

amirah berkata...

best jugak kan pengalaman macam ni bro sahrom..kalo tidak mana nak merasa berendam dlm lumpur tu

zue berkata...

rasa seronok gak klu sethn skali dpt gi team building mcm ni.

de engineur berkata...

Cantik sekali komposisi gambar penghias kat atas tu!

Best.!

faiz berkata...

aktiviti burung hantu kena tinggal malam2 sorang2 tu yg takut tu..heheh

Dinda Iva berkata...

wah cikgu..best gila team building tu...dah lama xpergi team building..skrg pon sibuk ngan kerja pejabat..5 mac ni start sebulan outstation tanpa henti di perak..tuntutan kerja..

eelobor berkata...

aku lak paling tak suka jika kena hadir kursus. seboleh mungkin cuba cari alasan untuk tolak. huhuhuhu

Deru Ombak berkata...

Salam Sahrom...
Pengalaman yang sgt berharga ok.. Jgn Cuba mengelak
Apabila terpilih... Saya tunggu cerita hari kedua pulak.. :)

Chaiyok! Chaiyok! Anak Klang! :)

..::SangRatoo::.. berkata...

salam sahrom :)

Saya tak penah maen paintball..penah ngk hasben maen je..takutlah..~

Cik FaRiZaM berkata...

perghh mmg pdt dgn aktiviti ! mesti penat tp seronok kan

fairus berkata...

SEUMUR HIDUP AKU DARI SEKOLAH, UNIVERSITI MAHUPUN DI ALAM PEKERJAAN, TIDAK PERNAH KENA HADIRI KURSUS BTN.. NAK TAHU JUGA MACAMMANA RUPA KURSUS TU...

eB ezrin berkata...

mmg pdt kan kalo TB.. hu3

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

ms baca entri sahrom ni sy terbayang zaman sekolah sy..dulu sy aktif..khemah..masuk briged kembara..masuk lumpur, panjat gunung, masuk hutan

cuma paintball x penah main..teringin gakk

siti murni berkata...

tak ada pengalaman main paint ball..tapi serius, teringin sangat.

tapi..ada pengalaman ikuti kursus anjuran BTN...best!

aanie berkata...

sy tengah angkat tgn ni...hehe...

macam mana jalan sambil tutup mata?? kalau sy, dah nangis dah kena camni...hahaha...

Daddy Ziyyad berkata...

mencabar..saya tak pernah ada kesempatan join benda2 macam ni...paintball pun tak pernah main..hehehe

gadisBunga berkata...

kali terakhir saya beraktiviti mcm ni adalah masa belajar dulu. kholas! heheh~

mama ju, berkata...

Moga sejahtera.
Heem anak saya pun baru balik dr setiawan, kursus mcm nilah kot..

mamaNoriz berkata...

lagi tough dr BTN?

mmg best lah, mencabar fizikal yg berlemak cam sya ni...hehehe

Tea berkata...

Saya nak lah mohon teambuilding ni.. Supaya saya pandai berenang! Jom Tuan, kita lumba kuak dada..

Related Posts with Thumbnails