Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.
Kepada sahabat-sahabat yang bergelar penjawat awam, semalam berita baik telah diterima oleh sahabat semua. Syukur alhamdulillah kerana menikmati kenaikan gaji sebanyak 13% di samping kenaikan elaun COLA sebanyak RM 50 bagi kawasan B & C. Terima kasih kepada YAB Perdana Menteri dan syukur kepada Allah SWT atas kurniaan rezeki ini.
Walau bagaimanapun, jangan lupa selepas sahaja menerima slip gaji dengan kadar gaji baharu ini, kita terus mengunjungi mana-mana Pusat Zakat terdekat untuk kita menambah kadar bulanan kita. Disini saya sertakan sedikit panduan ringkas mengira zakat pendapatan ya :-
PANDUAN RINGKAS MENGIRA ZAKAT PENDAPATAN
Umumnya, terdapat 2 kaedah iaitu
KAEDAH 2 : Menggunakan kaedah pendapatan bersih
Contoh
A PENDAPATAN
Gaji ( RM 1,500 X 12 bln) RM 18,000.00
Kerja Lebih Masa RM 8,000.00
Elaun RM 5,000.00
Bonus RM 800.00
Lain2 Pendapatan RM 2,000.00
JUMLAH RM 33,800.00
B PERBELANJAAN DIBENARKAN
Diri Sendiri RM 9,000.00
Isteri RM 3,000.00
Anak-anak (RM 1,000.00 seorang) RM 4,000.00
Pemberian Ibu Bapa RM 2,400.00
Caruman KWSP RM 2,400.00
Caruman Tabung Haji RM 600.00
Caruman kepada institusi yang telah RM 1,200.00
membayar bagi pihak ahli
JUMLAH RM 22,600.00
C PENDAPATAN BERSIH YANG LAYAK DIZAKAT
RM 33,800.00 - RM 22,600.00 : RM 11,200.00
(nilai melebihi nisab. contoh nisab 2011 RM 10,670)
Maka, zakit yang wajib dibayar adalah RM 11,200.00 x 2.5%: RM 280 setahun.
RM 280/12, maka kadar bulanannya adalah RM 23.33.
Oh ya, kalau kita tidak yakin dengan kiraan sendiri ini, kita bawa slip gaji baharu kita dan pergi ke mana-mana pusat zakat yang berdekatan. Pihak amil akan mengirakannya untuk kita. Untuk info tambahan bolehlah sahabat semua ke sini.
Jadi, bersama-samalah kita menyumbang sesuatu kepada pembangunan ummah Islam ini ya. Selamat berzakat.

- 2.5% atas jumlah pendapatan kasar setahun ( jika pendapatan tidak kurang dari nisab)
- 2.5% atas pendapatan yang layak dizakat setahun iaitu setelah ditolak segala perbelanjaan asasi setahun dan bakinya hendaklah melebihi nasab.
KAEDAH 2 : Menggunakan kaedah pendapatan bersih
Contoh
A PENDAPATAN
Gaji ( RM 1,500 X 12 bln) RM 18,000.00
Kerja Lebih Masa RM 8,000.00
Elaun RM 5,000.00
Bonus RM 800.00
Lain2 Pendapatan RM 2,000.00
JUMLAH RM 33,800.00
B PERBELANJAAN DIBENARKAN
Diri Sendiri RM 9,000.00
Isteri RM 3,000.00
Anak-anak (RM 1,000.00 seorang) RM 4,000.00
Pemberian Ibu Bapa RM 2,400.00
Caruman KWSP RM 2,400.00
Caruman Tabung Haji RM 600.00
Caruman kepada institusi yang telah RM 1,200.00
membayar bagi pihak ahli
JUMLAH RM 22,600.00
C PENDAPATAN BERSIH YANG LAYAK DIZAKAT
RM 33,800.00 - RM 22,600.00 : RM 11,200.00
(nilai melebihi nisab. contoh nisab 2011 RM 10,670)
Maka, zakit yang wajib dibayar adalah RM 11,200.00 x 2.5%: RM 280 setahun.
RM 280/12, maka kadar bulanannya adalah RM 23.33.
Oh ya, kalau kita tidak yakin dengan kiraan sendiri ini, kita bawa slip gaji baharu kita dan pergi ke mana-mana pusat zakat yang berdekatan. Pihak amil akan mengirakannya untuk kita. Untuk info tambahan bolehlah sahabat semua ke sini.
Jadi, bersama-samalah kita menyumbang sesuatu kepada pembangunan ummah Islam ini ya. Selamat berzakat.

32 ulasan:
Buat potongan gaji lebih mudah kan? :)
tunaikan zakat insya-allah makin bertambah rezeki kan :)
terima kaseh atas info ni bro
Jabatan Agama Islam Johor ada pamplet lengkap sebagai panduan mudah...
bestla org kerja gomen
selama ni ayah sy yg byr kn zakat..tiap kali sy kata nk byr, dia ckp da byr..sy diam je la ;-)
dan jangan lupa kepada yang tukar skim kwsp ke pencen, zakat kwsp tu pun kena bayar jugak...hihi..
moga hidup kita lebih diberkati...amin.
saya buat potongan gaji.
Utk emas pulak, tiap2 hujung tahun saya bawak ke PPZ utk ditimbang dan ditaksir.
Assalamualaikum Sahrom..
Penerangan yg sgt jelas. Terima kasih.
Walaupun potongan gaji di praktikan, tapi Ada baiknya
Menambah sedikit lagi ilmu. :)
atok nak buat potongan gajilah...insyaAllah =)
Zakat pendapatan pun actually berdasarkan pendapatan kita kan? Tak seme org layak byr zakat pendapatan kan? Sy tak fhm. Mgkn sbb pendapatan sy tak layak hatta potongan income tax un. Tp sy nak tau betul psl mende nie...
potong gaji lebih senang. :D
ooo...nanti nak kira balik la...
tq utk info nih... lbh senang kalu jumpa ngn amil pusat zakat,hilang dh musykil
Saya potong gaji untuk PZM rm 50 setiap bulan... Kena tambah lagi rasanya...
Assalammualaikum ...
Terima kasih di atas info ini Sahrom. Saya memang tengah tertanya-tanya mengenai zakat harta ni.
suami buat potongan gaji...
zakat emas...seikhlasnya akak tak mempunyai barang kemas..:)
thanks sahrom for the info...
alhamdulillah. tq.
*** maksud sahrom, eB bagi cnth x baek pader anak2 yer? :)
xper.
eB skadar ingin tahu pandangan dari kacer amter org laen :)
psl zakat tuh, kat sini kami dh dpt jadual... x dikira mcm yg sahrom tunjukkan tuh... tapi trus tgk gaji & bilangan anak2... :)
thanks info bang =)
terima kasih berkongsi info yang lengkap bro.... buat potongan gaji sangat menyenangkan
JOM BERZAKAT...
thanks for sharing the info..tapi buat potongan gaji lebih mudah kot..
alhamdulillah..kenaikan gaji..
jgn lupa byr zakat juga..
tq for sharing atok..
*jenuh jgk nk mngira ni..* :)
Assalamualaikum Shahrom,
Terima kasih susah payah syare info tentang zakat pendapatan ni.
Semoga dengan penerimaan gaji baru dan bayaran zakat dibuat menambah berkat kita kita semua.
Assalamualaikum,
Berzakat membawa berkat!
Zakat oh zakat.. Senangnya orang, ada masih lagi yang susah. Bersyukur dengan apa yang sudah ada. :)
baik bayar zakat dari kena potong cukai berjadual...huu...
say ni org akaun tpi terkial lagi nak kira, suh bendahari uatkan je...hehehe
ada 2 cara untuk kira potongan zakat rupanye.. baru tau..
sy bayar online tiap2 bulan :-)
Catat Ulasan