Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.
Sahabat semua, jika minggu lepas saya pernah membuat entri mengenai panduan ringkas mengira zakat pendapatan, hari ini saya hendak melanjutkannya pula kepada satu lagi zakat yang kita semua selalu terlepas pandang iaitu wang simpanan.
Sebelum itu, ingin saya jelaskan bahawa untuk memastikan samaada pendapatan atau wang simpanan kita ini wajib atau tidak dikeluarkan zakat, kita perlu pastikan yang ianya cukup nisab dan haul ( setahun). Cara nisab ini dikira adalah ia disandarkan kepada nilai 85 gram harga emas semasa. Contoh jika harga emas semasa adalah RM 170 segram maka kita darabkan ia dengan 85 gram=RM 14,450.00.
Walau bagaimanapun, kita perlulah menyemak dengan pusat zakat untuk memastikan kadar nisab yang ditetapkan. Contoh kadar nisab tahun 2011 yang ditetapkan oleh Pusat Zakat Negeri Sembilan adalah RM 10,670. ( mengikut harga 85 gram emas pada tahun tersebut).
Jadi, jom kita kira zakat wang simpanan kita.
CARA PENGIRAAN ZAKAT WANG SIMPANAN TETAP
Tahun Simpanan ( RM )
1 Januari 2011 15,000.00
31 Disember 2011 15,500.00
Kadar Zakatnya : RM 15,000.00 x 2.5% = RM 375.00
CARA PENGIRAAN ZAKAT WANG SIMPANAN TIDAK TETAP ( KELUAR MASUK)
Tahun Baki ( RM)
01.01.2011 15,000.00
04.04.2011 14,000.00
08.06.2011 15,000.00
15.08.2011 13,000.00
30.12.2011 13,400.00
Kadar Zakatnya : RM 13,000.00 x 2.5% : RM 325 ( dikira dari baki terendah iaitu RM 13,000.00 dari simpanan yang cukup setahun)
* Nisab tahun 2011 adalah RM 10,670.00. Jika wang simpanan kurang dari kadar nisab ini, tidak wajib dikeluarkan zakat wang simpanan.
Jadi, sahabat semua kiralah wang simpanan masing-masing dan jika cukup nasabnya, peruntukkanlah 2.5% daripadanya untuk dikeluarkan zakat wang simpanan

27 ulasan:
Beruntung kita andai masih ingat tanggungjawab kita sebagai umat Islam atas keperluan berzakat ini shah. Pusat zakat pun banyak - tepuk dada tanya iman di dada...
bagus info ni....
tq en sahrom sbb share info psl zakat ini lg... kadang tu kite terlupe kadang tu bt lupe huhuuhui
terima kasih Sahrom kerana membuat entri ini yang saling mengingatkan kita akan tanggugjawab kita...
Tq atas info ini dan penerangan Sahrom di kotak komen sy. Kdg2 kite terlepas pandang hal2 yg ini kan?
Emmmm saya pun dah terlupa kena ikut harga emas kan... saya masih lagi letak nilai kemampuan ikut yang lama dulu, rasanya masa tuh emas murah, so dlm 3k++ dah kena berzakat.
Cuma satulah persoalannya, kalau kita dapat gaji, then kita bayar zakat pendapatan kan, pastu sebahagian gaji tuh kita simpan, amount pun kalau dah kumpul2 dah lebih dari amount minimum zakat dah lebih dari setahun, kena zakat sekali lagilah yer.. ada org kata kat saya tak perlu, tapi saya just bayar je lah.. malas nak fikir panjang.
good info...pastikan sape ada simpanan tu kuar zakat..baru berkat..
Salam Atok..
Terima kasih kerana sudi berkongsi..
harus soh en asben baca ni.. :)
kalau simpan kat tabung haji dia ada tolak siap2 x?
sama2lah kita berzakat
Assalammualaikum ...
Kita ni kadang2 terlalu takut nak keluarkan zakat dan bersedekah sbb takut duit tu berkurangan .. Padahal Allah dah janji yang semankin banyak kita bersedekah dan berzakat, semankin banyak yg akan kita dapat .. Asalkan IKHLAS ... Betul tak Sahrum ? Hehee
Tima kasih...amat berguna n3 nih..
tq :)
alhamdulillah saling ingat mengingati yee
skrg ni wat potongan gaji utk berzakat lg mudah
bab mngire memg xreti. nk blanje laju je
Bro.. Bagus info ni.. dari tak tahu, dah tau skit2..
bagus info ni bang. thanks sharing
selalunya wang sebanyak itu tak boleh duduk lama dalam akaun.... gatal jer tangan nak keluar. huhuuhuh
Salam anakanda,
Terimakasih tolong kira! dan atas ingatan.
maklumat penting untuk kehidupan moden :D
info yang berguna untuk saya nanti.. insyallah. terima kasih! :)
perkongsian yang menarik...
thanks for sharing :)
terima kasih sahrom...
at least dah tau cara pengiraan zakat wang simpanan ni..
saya tag awak ye, kalau rajin buat tau :)
http://anakmama89.blogspot.com/2012/03/segmen-sentap-bersama-yadz.html
hmm kalau blogger yang dapat side earning ni, nak kena bayar zakat gak ke? tak la banyak sangat, lepas nak buat makan je :)
Catat Ulasan