Khamis, 22 Mac 2012

Kisah Rahman dan Rumah Kedainya....


Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.

Saya ingin menceritakan sedikit mengenai sebuah situasi dan harap sahabat blogger dapat membantu dengan mencadangkan nama yang sesuai. Sebelum itu, baca dahulu kisah dibawah ini ya.

Rahman ( bukan nama sebenar) adalah seorang pengusaha makanan tradisional. Beliau mengusahakan perniagaan pelbagai jenis biskut tradisional seperti semprit, bahulu dan sebagainya. Pada mulanya, beliau menyewa sebuah premis bagi mengusahakan perniagaan ini.

Setelah beberapa tahun, perniagaannya semakin maju dan keuntungannya bertambah. Impaknya, beliau berjaya membeli sebuah rumah kedai 2 tingkat berkat dari hasil kerja gigihnya selama bertahun-tahun dalam perniagaan ini. Di tingkat atas, beliau berhasrat menjadikannya sebagai bengkel membuat pelbagai jenis biskutnya manakala di bahagian bawah pula, 3/4 akan dijadikan sebagai show room manakala 1/4 lagi dijadikan sebagai pejabat dengan seorang kakitangan akan mengawal selia pejabat tersebut.

Produknya pula sudah mendapat pelbagai jenis sijil seperti HACCP, GMP selain sijil Halal dari JAKIM sendiri. Beliau sedar akan kepentingan mempunyai sijil Halal JAKIM walaupun beliau adalah pengusaha Islam. Sebab itulah beliau memohon sijil Halal JAKIM dan produknya sudahpun disahkan halal.

Beliau berhasrat menamakan premis perniagaannya dengan nama yang sesuai, terkini dan mengikut arus semasa. Beliau mahukan perkataan halal itu menjadi teras kepada premis perniagaanya. Contohnya Wisma Rahman Halal. Namun begitu, beliau tidak mempunyai idea yang kreatif dan beliau berhasrat bertanyakan kepada para pekerjanya. Para pekerjanya juga tidak mempunyai idea yang bernas dan hanya senada dengan En Rahman untuk menamakan premisnya sebagai Wisma Rahman Halal. Walau bagaimanapun, beliau kurang bersetuju kerana berasakan nama tersebut kurang kreatif dan agak tradisional.

Sebagai sahabat blogger, sudi apalah kiranya sahabat blogger mencadangkan nama-nama yang kreatif untuk diabadikan pada premis perniagaan En Rahman ini beserta sedikit penerangan ringkas mengenai kenapa nama tersebut dipilih ? Oh ya, pastikan perkataan Halal ini digupakai sama dalam nama tersebut ya. Sebagai contoh Wisma Rahman Halal.

Layangkan minda sahabat semua di kotak komen untuk kita berkongsi nama-nama yang sesuai.

28 ulasan:

kasihibu berkata...

sya tidak ada idea, semoga beliau berjaya dan terus sukses dlm bidang perniagaan.

mama ju, berkata...

Salam

Mama memang tabik dgn anakanda, selalu tolong masyarakat selesaikan masalah atau mengajukan masalah kpd ramai supaya prkara utk dpt disettlekan.
Nama Wisma Rahman Halal tu dha sedap dah.

Anna berkata...

Wisma Rahman Halalan Taiyyiban.....cuma agak panjang sket lah nak menyebutnya...

aanie berkata...

Wisma rahman halalan toyyibah...

Rahman Halal Group....

tu je yg boleh pk skrg ni....:)

norhidana berkata...

takde idea gk tp setuju ngn aanie... rahmah halal group...

takpun wisma halal rahman dh ok gk...

Hanis Azla berkata...

Alhamdulillah.. seronoknya dgr org islam maju dalam perniagaan macam tu.. akak ni tak kreatif juga.. tapi rasanya macam Wisma rahman Halal dah elok dah tu..

KhaiRin : anies berkata...

Wisma Rahman: Halalan Toyyiba

eB ezrin berkata...

alamak beku plk la kpala ptg2 nih...
kalo terpikir eB dtg balik yer :)

khairul berkata...

MMM X TERKELUAR LA PLAK IDEA ..APA PON ALL THE BEST BUAT BELIAU

Kamsiah berkata...

salam
takde idea...tp saya setuju dgn nama yg ada unsur2 islamik...

NOOR FATIN berkata...

wisma rahman : halalan toyyiba tu ok. yang khairin cadangkan tu.. hhehe.

smg berjaya hendaknya bisnes beliau.. amin :)

Pok Amai-Amai berkata...

Klu nak bg idea bab branding2 mcm nie mmg memerlukan masa yg panjang dan komited 100% ms memikirkannya. Apakata hire designer? Sy nak bg idea pun, ms suntuk. Nanti bg idea yg bkn2 je. Hahaha..

P/S - Kagum dgn Encik Rahman. Berjaya dlm bisnes. Boleh bg tunjuk ajar? =D

Lya Colours berkata...

Rahman Halal Group, macam orang atas suggest kan, should be ok

c'axoera ヅ berkata...

eloknyer nama yang memberi makna..:)

gadisBunga berkata...

err...nak kene sajes nama ke?

kalau taruk Wisma Halal @ Rahman Group, ok dak?

Deru Ombak berkata...

Rahman cookies halal

Famous cookies halal

Halal cookies house

Warong cookies halal

Sahrom.. Kakya guna cookies sebagai pengenalan pruduk,
Selling point nye di situ. sbb perusahaan ni hendak menonjolkan product yang di usahakan.

Hanya pandangan peribadi.

Pendapat sahaja

♥cmª shIemª♥ berkata...

salam atok...
mintak suggest nama ye??

ermm..
Rahman Enterprise Halal Food

[namanya,halal,produk]

fairus berkata...

KEDAI BISKUT RAHMAN : HALALAN TOYYIBAN

BISKUT SEDAP DAN HALAL RAHMAN

TOKO BISKUT HALAL

KEDAI BISKUT : HANYA YANG HALAL DARI RAHMAN

AdiaLuze berkata...

Assalammualaikum ...

Hmmm .. Agak mencabar soalan kali ni .. Ok. Ni cadangan saya ye :

The House Of Halal Savory

'The House' tu merujuk kepada keadaan bangunan yang lengkap dengan bengkel, showroom dan pjbt.

'Halal Savory' tu merujuk kepada makanan yang halal dan sedap.

Amacam? Ok ke? Hehehehe

Ati Masrif berkata...

salam sahrom,

semoga orang2 islam kita terus maju
dan membantu sesama sendiri

rahman halal ok sgt :)

mamaNoriz berkata...

uh sorry,

saya tak kreatif lah...

tk dpt tolong bgi idea tpi sya doakan dia berjaya...

d_LA berkata...

Rahman Halal Cookies...
hehe..mmg ssh nk pilih nama ni kan..pepun smoga bisnes encik rahman berjaya dan diberkatiNya..Amin^^

Papa Mifz berkata...

dah ok kot Wisma Rahman Halal tuh...:)

kay_are berkata...

bagus r perniagaan rahman semakin maju.. kalau pasal memberi name .. memang tak tau sangat api rase nye.. wisma rahman halal tu pun dah cukup sedap bunyi nye..

Syira Qahira berkata...

salam..

syira pun x ada idea sekarang..

tp rasanya "rahman 3 in 1 halal cookies" pun sedap jugak.huhu

AdiaLuze berkata...

Assalammualaikum..

Selamat berziarah wahai sahabat. Hari Isnin ni masing2 sbuk kan. Sampai tak sempat nak mengupdate blog masing2 .. Hmmm ..

faiz berkata...

nak cari nama mmg suatu perkara yg susah...

shat mashuri berkata...

nk try jgk bg idea.. tp xde r... huhuhu... semoga beliau semakin berjaya dlm perniagaan... amin

Related Posts with Thumbnails