Isnin, 19 Mac 2012

Isu Pembantu Rumah Indonesia : Apakah Di Sebaliknya?


Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.

Sepanjang minggu ini, isu yang paling hangat diperkatakan oleh kita semua adalah isu tuntutan gaji minimum RM 700.00 yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Indonesia untuk menghantar amahnya ke negara kita. Selain gaji yang agak tinggi itu, mereka meminta pula tugas yang dijalankan hanya spesifik kepada satu bidang sahaja sama ada memasak, mengemas rumah, mengasuh kanak-kanak mahupun menjaga orang tua.

Kita memberi reaksi yang pelbagai sehinggakan YAB Perdana Menteri sendiri terkejut dengan perkara tersebut. Hampir semua pihak menentangnya sehinggakan ada cadangan untuk mengenakan semua kos seperti kos sewa bilik kepada amah tersebut.

Secara peribadi, saya memandang isu ini dari sudut yang pelbagai. Walaupun hati kecil saya juga menentangnya, saya mengandaikan permintaan oleh pihak berkuasa Indonesia ini ibarat 'peristiwa Sultan Mansur Syah meminang Puteri Gunung Ledang'. Saya mengandaikan kita yakni rakyat Malaysia adalah Sultan Mansur Syah manakala amah Indonesia tersebut adalah Puteri Gunung Ledang.

Cuba kita sorot kembali apakah permintaan Puteri Gunung Ledang ketika rombongan meminang Sultan Mansur Syah datang menemuinya ? Permintaan yang diberi adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan langsung tidak boleh diterima. Walau bagaimanapun, niatnya cuma satu iaitu menolak peminangan tersebut dengan cara yang paling terhormat yakni menyalahkan pihak Sultan Mansur Syah tidak dapat menunaikan permintaan hantarannya.

Prinsipnya mudah. Sebenarnya memang pihak berkuasa amah disana tidak mahu menghantar amahnya ke Malaysia atas faktor-faktor sentimen yang sangat menebal sejak dahulu lagi. Dengan cara memberi pelbagai syarat yang tidak masuk akal, kita akan dikatakannya sebagai tidak mampu menunaikan permintaan mereka.

Jadi, apa yang boleh kita lakukan untuk menyelesaikan permasalahan ini. Secara peribadi, sebagai seorang orang kampung yang tidak tahu apa-apa saya mencadangkan kerajaan :-

  • Memperluaskan perkhidmatan Pusat Asuhan Kanak-kanak. Saya percaya dan yakin 75% daripada mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan amah ini adalah bagi menyelesaikan masalah penjagaan anak-anak mereka berbanding untuk memasak, mengemas rumah dan sebagainya. Buat masa ini Pusat Asuhan Kanak-kanak memang ada disediakan namun begitu penawarannya tidak mencukupi berbanding permintaan Sebagai contoh untuk sebuah kementerian, pastikan setiap kementerian ada Pusat Asuhan Kanak-kanak yang memberi perkhidmatan jagaan harian bermula antara jam 7.30 - 5.30 petang. Pastikan juga Pusat Asuhan bukan hanya disediakan di peringkat ibu pejabat ( Putrajaya) tetapi juga di peringkat negeri hatta daerah sekalipun ada disediakan.
  • Letakkan Pusat Asuhan Kanak-kanak sebagai sebuah bahagian khusus di sesebuah jabatan atau sebuah unit dibawah Bahagian Sumber Manusia. Contoh Bahagian Penjagaan & Pengasuhan Kanak-kanak, Kementerian A.
  • Jadikan profesion Pengasuh Kanak-kanak ini sebagai profesion yang profesional dan mempunyai peningkatan kerjaya yang jelas. Contoh mungkin diwujudkan jawatan yang bermula dengan Pembantu Pengasuh Kanak-kanak, Penolong Pengasuh Kanak-kanak atau Pegawai Pengasuh Kanak-kanak bermula dari gred 17 sehinggalah ke 41. Baharulah mereka yang mempunyai minat dan suka kepada kanak-kanak akan memohon jawatan ini kerana mempunyai peningkatan jalur kerjaya yang luas.
  • Jika kita lihat di sesetengah universiti, sudah ada bidang pengajian seperti Asuhan Kanak-kanak dan sebagainya. Ambillah mereka ini untuk berkhidmat di bahagian kanak-kanak bagi melahirkan pengasuh kanak-kanak yang profesional.
  • Apabila pihak kerajaan sudah mula melaksanakannya, kerajaan boleh menggubal undang-undang bagi mewajibkan majikan swasta melaksanakan perkara yang sama di tempat kerja mereka.
Secara kesimpulannya, permintaan tidak masuk akal pihak berkuasa amah di seberang sana sebenarnya adalah untuk mengajar dan mengajak kita berfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan sumber dalaman yang telah sedia ada dalam negara kita. Yang penting kita jangan cepat melatah dan menyalahkan pihak sana semata-mata kerana amat rugi bagi seorang kanak-kanak itu dimana ibubapanya seorang yang berijazah dalam bidang yang profesional tetapi anak-anak mereka hanya diasuh oleh amah yang tidak bersekolah walau sehari pun di negara asal mereka.

Jadi, sebenarnya siapa yang rugi. Pihak berkuasa di sebelah sana atau anak-anak generasi kita sekarang? Kepada sahabat sekalian, boleh dilontarkan sedikit pandangan mengenai isu ini di kotak komen untuk kita kongsi bersama

40 ulasan:

kakcik berkata...

Kakcik tak pansdai nak komen sebab kakcik tak pernah ada pembantu rumah!

Apa2pun permintaan itu adalah sangat melampau.

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

cadangan sy pula wujudkan satu kerjaya khas sbg amah utk rakyat tempatan (ada latihan dan pakai uniform) yg kerjanya datang pagi dan balik petang


kita perlukan amah dr seberang sbb takda rakyat tempatan yg sudi jd amah sbb tak suka tinggal rumah orang


at least kalau jawatan amah tu wujud boleh beri peluang pekerjaan utk ibu tunggal..amah yg dtg bekerja pon boleh dipercayai sbb ada kelayakan

norhidana berkata...

saya setuju tp pg td ada dgr bite kt radio pihak mana ntah bgtau yg permintaan gaji psl amah tu tak betul... ish tak phm tul mana yg betl mana yg tak

yg pastinya mmg sgt2 melampau... keje buruh or par kt gomen pun lg rendah dr gaji amah tu kot... mmg tak msk akal... kalu betul lah indon takmo antar rakyat dia keje kt sini sudahla... tp rakyat dia sndrii yg terhegeh2 dtg secara haram ke negara kite... ish geram

redza berkata...

jgn bagi muka sgt kat indon tu

Suliana berkata...

setuju sangat cadangan tuan :-)

Dee berkata...

dee pun tak pernah ada bibik..tp dee rasa permintaan tu juga melampau..

ida berkata...

pandangan yang sangat bernas.Boleh ker di postkan ke FB..mana tau ada pihak berwajib nampak apa yang dihighlitekan ...

Asrul "iLham" Sany berkata...

sy pernah ambil bibik masa duk kat jakarta dulu... bersih je rumah muahahaha

eB ezrin berkata...

eB pn raser melampau sgt. tapi tulah yg positifnyer. kurang la kiter tgk amak bangsa indon pasnih. kalo amek maid philipines bgs jgk. anak2 kiter nanti pandai speaking . hik3

lagi satu. dari gajikan drg utk msk, yg eB mmg suker buat tuh...
baek la kalo pnt sgt, eB bli jerk lauk, atopn mkn luar abeh citer... :)

psl stiap kementian wat pusat asuhan, bgs. eB stuju sgt2.. at least lunch h3 boleh la eB tgk anak2... i liokeeeeeeeeeeee. :)

mamaNoriz berkata...

good point sahrom!

tapi takut berat sebelah lak antara gred 17, 27 dan 41 tu sbb mereka buat keje yg lebih kurang sama...dan sama2 penat jaga budak tpi gajinye berat sebelah...

camno tu?

Daddy Ziyyad berkata...

Benar...kita kena pandang dari sudut lain, dan muhasabah diri juga..kenapa Kerajaan Indon minta benda2 yg tak munasabah tu..antara sebabnya yg saya nampak ialah " selama ni segelintir majikan di Malaysia menghamba abdikan maid Indon..kerja teruk."

AdiaLuze berkata...

Assalammualaikum ..

Sangat2 bersetuju dengan usul Sahrom. Kalaulah PM baca blog awak ni kan bagus .. Hmmm ..

Kebergantungan kita pada pihak seberang untuk perkhidmatan amah perlu dikurangkan secara berperigkat.

P/S : 'Tentang Rasa' ialah salah satu lagu drama Vanilla Coklat ^^

de engineur berkata...

Selain drp yg bro cadangkan dlm entri ni, saya rasa perlu juga kita lihat/pertimbangkan kembali khidmat amah dalam negara kita sendiri.

Perbaiki struktur penggajian amah, wujudkan remuneration framework, jadikan kerja amah (sama ada tinggal dgn majikan atau tidak) satu profession setara dgn kerja bergaji yang lain.

fairus berkata...

PADA PENDAPAT PERIBADI AKU, MEMANG PERMINTAAN MEREKA ITU MELAMPAU.. ELOK RASANYA ORANG MALAYSIA BELAJAR UNTUK MENJADI PEMBANTU RUMAH..

blog-tips-kurus berkata...

kayanya orang M'sia, kan...

KhaiRin : anies berkata...

kenapa harus emosional dlm hal ni? pd sy pihak indon buat mcm tu dlm ms yg sm dia menyekat peluang rezeki kpd bangsanya sendiri..

C.M.A @ CikMoonAdnan berkata...

hmmm... btol jugak kata abg sahrom tu...

aanie berkata...

setuju dgn point awk....

kalau bab buat taska kat opis mmg setuju sgt2 la....

diorang mmg dah melampau sgt....sape la yg sanggup gajikan diorang camtu...org keje gomen pun ada yg x sampai 700...huhuh.....

Lya Colours berkata...

takde pengalaman bab2 pembantu rumah ni. huhu

Pok Amai-Amai berkata...

Sy suka ulasan Sahrom. Padat dan terperinci. Mmg betul, kenapa kita hendak melenting? Walhal ada yg tak mampu menggaji amah juga mahu melenting. Kenapa?

=D

ieda berkata...

hurmm pandangan akak lahh .. menyampah bila sebut isu nie ...
1st sbb akak x pakai ammah
2nd sbb ammah skrg kenapa nak mahal2 ..
3rd kenapa x gajikan pekerja tempatan aje .. usulkan kalau benar kerajaan prihatin dgn rakyat

sekian .. ;)

gadisBunga berkata...

kalau nak kata yg diorg sebenarnya taknak, tapi katanya pulak dah sediakan ramai pembantu utk dihantar ke malaysia.

bagi saya mereka sdg ambil kesmpatan di atas kelembutan kita.

eelobor berkata...

Kenapa aku suka sangat membaca blog bro adalah kerana kupasan yg di buat adalah dari pelbagai sudut. Aku sangat setuju dgn pandangan bro

Siti Nurhayati Dollah berkata...

Permintaan yang tidak relevan. Kalau yang datang tu benar-benar mahir tak apa, ni nak goreng ikan pun kita yang kena ajar. Tak berbaloi..

*InsyaAllah satu hari nanti saya juga akan buka pusat asuhan kanak-kanak.

Citarasa Rinduan berkata...

eelobor--
aku lagilah sentiasa admire dengan hasil tulisan pemilik blog probitas et fides.. sebab tu aku war2 kan dalam blog aku 1 warktu dulu..

ideanya tip top.. terbaiklah

zulkbo berkata...

salam..
dari kita bagi kat maid indon RM700
untuk satu tugas..baik kita latih orang kita buat kerja ni lebih pro..pusat latihan dan biasiswa di sediakan dan ada kos ini di politek contohnya kan..?

c'axoera ヅ berkata...

tak perlu amik pembantu rumah....semua buat kerja sendiri lepas ni heheheh

Be Simple Beb(BSB) - threeQ berkata...

dah 5 bulan saya tak ada pembantu rumah...semua buat sendiri...sampai tak cukup kakitangan lerrr...

Suhami Ahmad berkata...

atok sangat3 setuju...kalaulah atok jadik PM automatik atok amik cadangan ni sebagai salah 1 caro jalan penyelesaian...

faiz berkata...

bijakla bro...baik pak menteri sume letak jawatan gntikan ngan bro..hahah...yg penting ada satu jabatan yg dapat memantau pusat2 asuhan ni...

Amy Syaquena berkata...

salam en.sahrom..

sangat bersetuju dengan cadangan awak...

♥cmª shIemª♥ berkata...

ermmm...mcm x patut je..

khairul berkata...

samapi bila kita nk bergantung kpd tenaga pekerja asing ?

Kamsiah berkata...

salam
mereka tahu kita 'terdesak' kerana itu buat permintaan melampau...kerajaan kena pikirkan penyelesaian lbh baik(tidak bergantung pd indon maid)...

Kakzakie berkata...

Kerajaan kita selalu mengalah itu buat mereka macam main tarik tali - nak letak hargalah konon. Kakak dah tak guna maid Indon lagi setelah berbelas tahun menggunakan khidmat mereka...

kay_are berkata...

Permintaan dorang rase nye memang dah terlebih sangat. Dah tiba mase kite rakyat malaysia takover keje2 yang warga asing wat sebelum ni.. Tak perlu harap sangat dengan orang2 dari negara luar, baru r duit tak mengalir ke luar.. ekonomi jadi lebih stabil

Fatin Mraz berkata...

pendapat saya.. mereka sedang mengambil kesempatan dalam kesempitan..

adakah org indonesia yang tidak mahu bekerja di malaysia? mm..ramai tu..

Anna berkata...

Saya pun setuju, mereka mengambil kesempatan saja..pengalaman saya pnya amah selama hampir 5 tahun..buat saya buka mata. tapi masa tu anak2 kecil2 sgt, mau tak mau terpaksa...telan jer lah segalanya..barang hilang, pi mesorat tingkap tinggalkan anak2, cuti setiap minggu...named it, apa masalah nya suma saya dah rasa..yg tua dan berumur ok, tapi sering sakit2 dan pelupa..mujo x terbakar umah ...yg muda belia, menggelenyar dgn bujang jiran sebelah....sabar jer lah. 5 thn saya bersabar hingga anak yg kecik masuk tadika tika umurnya 4 tahun. Now, kalau nak beri free pun saya tak mau..sbb ternyata mereka ni lebih byk beri masalah dari mengurangkan masalah...

gadisBunga berkata...

salam sahrom.

jawapan bagi soalan awak ada di sini
http://www.gadisbunga.com/2012/03/part-3-menjawab-soalan-azam-queen.html

:D

aizamia3 berkata...

ai tidak menggunakan langsung khidmat pembantu rumah sebab dah sah tak mampu.. ;)

tapi idea yang dicetuskan dalam entry ni agak menarik. Mungkin bila adanya kementerian macam tu akan mengurangkan kadar pengangguran di negara kita. Kita juga turut mampu berdiri atas kaki sendiri tanpa mengharapkan bantuan amah dari luar.

Memang semua tu melibatkan kos tapi bila diwujudkan percayalah pasti akan ada yang menyokong, sekurang-kurangnnya akan lebih terjamin dan selesa sebab anak-anak akan berada berhampiran dengan kita.. ;)

Related Posts with Thumbnails