Khamis, 2 Februari 2012

Teknologi Akan Mengambil Alih Bidang Pekerjaan..Apakah Nasib Kita ??

Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian semua senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.

Pagi tadi, sedang saya membelek-belek sebuah akhbar arus perdana saya tertarik dengan sebuah rencana yang ditulis oleh seorang kolumnisnya. Kolumnisnya menulis mengenai sebuah syarikat yang pernah menjadi 'gergasi' satu ketika dahulu tetapi kini sedang meniti saat-saat nazak untuk dikafankan lalu dikuburkan iaitu Kodak. Akibat perkembangan kamera digital, kodak sudah tidak lagi relevan dengan kehidupan semasa kita. Itulah teknologi namanya.

Bingkas, terus saya kaitkan syarikat kodak ini dengan beberapa jenis pekerjaan yang pada pengamatan saya antara 5-10 tahun lagi, ia tidak lagi relevan dan mungkin jenis pekerjaan itu akan terus pupus. Apakah pekerjaan itu ? Salah satunya adalah jurutol. Apabila melalui lebuhraya kita pasti akan membayar tol. Majoriti kita sudah menggunakan sama ada kad Plus Miles, Touch N Go atau Smart Tag.

Saya menjangkakan dalam masa 5-10 tahun lagi, pihak pengendali tol akan mewajibkan penggunaan kad sepenuhnya berbanding sekarang. Ditambah pula, sekarang ini sudah banyak tempat dimana kita boleh top up kad kita dengan cepat. Satu contoh lain yang mudah ialah khidmat bas henti-henti. Ia sudah tidak lagi menggunakan konduktor bas untuk menerima wang tambang.

Saya masih ingat semasa mula-mula khidmat konduktor ini ditamatkan dan penumpang dikehendaki membayar tambang melalui mesin yang dikawal oleh pemandu bas, ramai yang merungut seperti duit tidak dikembalikan dan sebagainya. Kini apabila konsep kad bulanan diperkenalkan, penumpang sudah semakin selesa menggunakannya. Semuanya kesan dari teknologi.

Persoalannya saya juga terfikir, apakah dalam masa hadapan pekerjaan saya dan sahabat semua akan diambil dan dikendalikan juga oleh teknologi pada masa tersebut? Justeru, apakah nasib kita semua ? Layangkan minda sahabat semua untuk kita kongsi di kotak komen apakah teknologi mampu mengambil alih pekerjaan kita sekarang ?

41 ulasan:

Pen Biru berkata...

Plus memang merangka takkan ada lagi lorong utk byrn tunai..itu yg sy tahu..tentnag Kodak pulak..mungkin nak bankrap jugak tu

aanie berkata...

nanti makin ramai la yg menganggur..

Mila@Rimbun berkata...

dulu2 semua jenis filem namanya kodak, sama mcm ubat gigi, semua jadi colgate, tapi kalau kita tak bersedia untuk berubah lama2 market will throw us out.
Satu lagi kerjaya yang akan terjejas dengan perkembangan teknologi adalah juruwang dibank, Rasanya suatu hari nanti akan ada kaunter buka akaun jer kut. Lain2 semua pakai machine jerrr.

C.M.A @ CikMoonAdnan berkata...

semakin sukar laa peluang pekerjaan yerkk..

Daddy Ziyyad berkata...

peluang pekerjaan akan tetap ada, tapi mungkin terhad utk kerja kerja yg memerlukan human skills yang tinggi...oleh itu, daya saing utk dpt kan pekerjaan mmg makin lama, makin sengit..yg tak berdaya saing akan tercicir.

afeezz berkata...

assalamualaikum sahrom : masa depan takde saper yg tau aper yg akan terjadi. tapi bende2 yg ko cakap kat atas tu berkemungkinan besar akan berlaku....

faiz berkata...

pasni skill workers je la ada...

atuk berkata...

Assalamualaikum Sahrom

mukin tol tak ada lagi di Malaysia...he he

ieda berkata...

setuju dikk
huuhu sedih bila memikirkan
x salah kalau skrg sudah ada isteri robot di jepun .. huwaaaaaaaaaaaaaaaa

gadisBunga berkata...

hmmmm....


sedihnya. tapi apakan daya, kite mmg kena ikut arus teknologi.


cuma kena fikirkan cara untuk menjadikan tenaga manusia masih relevan dengan arus semasa.

Pok Amai-Amai berkata...

Dulu ms zaman kamera kodak, kedai cuci gambar bersepah. Tauke kedai kaya. Untung berlipat ganda. Siap ada francais. Skg, francais tu dah tak wujud g. Sedih...

Lelaki Ini berkata...

nmpknya macam tue la nanti

Dr. Ben berkata...

go with the technology

♥cmª shIemª♥ berkata...

Salam Atok sahrom..
Teknologi sekarang semakin canggih..
tak mustahil dgn pekerjaan kita akan datang..

kat library tmpat cma bekerja ni pun ade mesin return buku sendiri..
mane tahu akan datang ade mesin lain plak kat kaunter ni ganti cma wat keje..

huhuhu...abes tu cma nak bt keje ape ye.. :)

*Miss Syahnia* berkata...

tu lah skang pun suma dah guna
teknologi.. ;(

Kakzakie berkata...

Kalau teknologi tak perlu pengendali alamat cucu kakak tak ada kerjalah shah...

Dinda Iva berkata...

memang tak dinafikan teknologi terlalu canggih dan cepat sangat menjadi lebih canggih...

Asrul "iLham" Sany berkata...

teknologi juga ada 'bahaya'nya kannn

Zura berkata...

teringat cite doraemon plak tajuknye planet zamu..robot nk musnahkan manusia sbb dia kata manusia dah xberguna lagi..

norhidana berkata...

kodak... ye, dulu2 masa sekolah rendah kan... time raya, time sekolah ada bt majlis sibuk cari filem kodak kt kedai... beria2 abis je filem terus cuci...
tp skrg sume digital,amik gmbr blh terus nmpk, siap blh edit2... blh terus print,juga boleh simpan bt kenangan,bt video.. dunia semakin maju,semakin berubah
ntah2 esok kerja PA ni pun robot gk bt

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

sy sdg harap ada robot surirumah yg boleh dibeli dgn harga murah hehe..


bolehla sy rehat sikit kehkehkeh

Hanis Azla berkata...

itulah.. banyak produk yg dulunya gah, skrg ini makin terpencil.. bila tugas kita pun akan jdi begitu nanti, saingan kerja pastinya menjadi lebih sengit lagi..

Tea berkata...

Teknologi memerlukan senggaraan.. Jgn risau.. Operationwise can be dine by tech.. But still mantain by us..

Encik Suami berkata...

Kesian jurutol.paling kesian kat jurutol pompuan yg cantik2 tue.
maybe klu btl..depa sume sdg usha2 keje kat tpt lain.

new entry (>.<) Akhirnya..Aku Dapat Kau (>.<)

eelobor berkata...

huhuhu....satu lontaran menarik untuk sama2 kita fikirkan. aku ada terbaca gak 2-3 minggu lepas pasal nasib kodak.... itulah hukum alam. yang di atas tidak akan kekal selamanya di atas. tiba masa akan turun ke bawah. begitulah konsep hidup.....

Fatin Mraz berkata...

itulah sumbangan teknologi kan..dan leh ganti human resources..

KhaiRin - anies berkata...

insya allah kerja st skrg xdpt d ganti dgn teknologi sbb sumbernya berpandukan otak (berfikir) tp cara kerja mungkin akn berubah sbb PC n computer programme semakin canggih.lani ni pon payah nk catch up

AdiaLuze berkata...

Assalammualaikum ...

Betul jugak apa yg Sahrom katakan kan .. Mungkin satu masa nanti, kita semua ni bekerja dari rumah .. Monitor robot2 kita untuk buat kerja untuk kita .. Hehehe ..

Jgn jd mcm citer Terminator dah laa .. ^^

CekWa berkata...

memang betul tu, kalau semua dah ikut teknologi baru,pengendali pun makin kurang, bila kerja makin kurang,duduk rumah aja lah nampak gayanya.

Suhami Ahmad berkata...

atok kojo berkaitan dengan perakaunan...skrg ni pun dh gunokan sistem...org takdo basic pun boleh keluarkan laporan hanya dengan 1 butang....mungkinkah pekerjaan atok akan lupus nnt?....risau menanti

khairul berkata...

apa akan jd klu kita tidak bekerja

Papa Mifz berkata...

rasa nye bukan semuo bidang terkene kesan teknologi nih...

Munnafendy berkata...

yer la kan...wpun tak semua tp yg terkena tempias tu kesian...kena cr sumber rezeki lain nmpknya..kesian kodak..bangkrap eh..

JunAina berkata...

Tak dapat nak bayang macam mana teknologi nak buat kerja2 design pelantar minyak tapi tak mustahil.

Deru Ombak berkata...

Salam sahrom
Tak semua bidang diambil alih oleh technology. Sector yang terlibat terpaksa menerima perubahan.

Kalau tol takde langsung lagi baik kot. Tapi kalau bergantung pada bajet kerajaan dalam penyelenggaraan jalan mmg bertambahlah jalan berlubang.

ღKekupuLangitღ berkata...

Merangka jangka pendek, jika tiada harapan terpaksalah merangka jalan jangka panjang. Apapun, rezeki tuhan itu sentiasa ada. Berusaha, jangan putus asa. :)

padlie berkata...

Teknologi takkan mampu menggantikan manusia dalam benda2 yg memerlukan kepakaran. Tapi teknologi memang akan memudahkan manusia dalam pelbagai perkara.

Bidang tugas saya sendiri pun adalah membangunkan teknologi yg memudahkan pentadbiran dan pengoperasian. Kemudahan yg wujud mmg banyak termasuk mengurangkan tenaga kerja tetapi kepakaran manusia masih tak boleh diganti..

fairus berkata...

KALAU GURU PUN TERDIRI DARI ROBOT, SUSAH JUGAK TU.. ;)

Tanpa Nama berkata...

nasib kita akan terpelihara bila kita ikut apa yang ditunjukkan nabi kita. jalan keluar pada zaman teknologi ini. balik kepada cara hidup asasi, mengerjakan hasil bumi. ketahuilah teknologi ini semakin hampir pada saat penghapusannya kerana ia telah memperhabiskan sumber energi kita. cari lah panduan dengan guru kita, junjungan besar rasulullah sallAllahu alaihi wasallam.

amirah berkata...

lama-lama kita akan kalah kah dengan teknologi ye? ermm..pernah juga terfikir apala akan jdi di masa depan..

NOOR FATIN berkata...

betol jugak. xpenah terfikir pasal semua ni..wuu.. semua makin ke depan. teknologi pun dah makin canggih..

saya dah tukar url blog baru :)

http://anakmama89.blogspot.com/

;D

Related Posts with Thumbnails