Khamis, 23 Februari 2012

Garis Panduan Amalan Pembiayaan Yang Bertanggungjawab oleh Bank Negara Malaysia (BNM)..Adakah Ia Berkesan ?

Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.

Sahabat semua, sepertimana yang kita ketahui mulai 1 Januari 2012 lalu bank pusat kita iaitu Bank Negara Malaysia ( BNM) telah mengeluarkan satu garis panduan yang dikenali sebagai Garis Panduan Amalan Pembiayaan Yang Bertanggungjawab kepada semua institusi kewangan. Melalui garis panduan ini, kelulusan atas permohonan pembiayaan akan diperketatkan bagi tujuan mengawal kadar hutang isirumah Malaysia yang dikhabarkan mencecah RM 577 billion atau 74 peratus dari KDNK negara setakat November 2010. Berdasarkan garis panduan ini kelulusan permohonan pembiayaan adalah berdasarkan :-

  • Pendapatan bersih seseorang. Ini bermakna semua pendapatan kasar individu akan ditolak dahulu dengan segala potongan wajib yang ada seperti potongan KWSP, Socso, Potongan Cukai Berjadual (PCB), PTPTN dan segala jenis pembayaran wajib yang sedang berkuatkuasa. Pendapatan bersih itulah asas yang digunakan untuk meluluskan pembiayaan seseorang. (method sebelum ini hanya pendapatan kasar diambil kira)
  • Pihak institusi kewangan perlu memberikan maklumat terperinci mengenai produk pembiayaan dipohon. Ini termasuklah jumlah pembayaran balik yang perlu dibayar, kadar faedah / keuntungan yang perlu dibayar, kesan kenaikan kadar faedah dan sebagainya. ( method sebelum ini pelanggan hanya datang untuk tandatangan surat perjanjian dan hanya mengetahui kadar bayaran bulanan sahaja)
  • Khusus untuk pembiayaan kereta, kadar tahunan maksimum hanyalah 9 tahun sahaja. Kadar ini adalah relevan dengan jangka hayat sesebuah kereta itu ( method sebelum ini ada yang meletakkan sehingga 15 tahun )
Walaupun ramai yang menentang pelaksanaan garis panduan ini khususnya di kalangan pengeluar kereta yang menyatakan bahawa jualan kenderaan telah menyusut sehingga 11% pada Januari lalu, ada baiknya ia diperkenalkan.

Secara peribadi, saya bersetuju dan menyokong pelaksanaan ini yang antara lain adalah untuk mengawal kadar hutang seseorang individu. Sekurang-kurangnya pihak institusi kewangan tidak sewenang-wenangnya menawarkan pelbagai jenis produk pembiayaan yang sedap didengar hanya untuk melariskan produk mereka sahaja. Natijahnya, orang ramai juga yang menanggung hutang sehingga ada yang jatuh muflis dalam usia yang sangat muda.

Kepada sahabat sekalian, adakah sahabat semua setuju atau tidak dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Bank Negara ini. Layangkan minda sahabat semua di kotak komen untuk perkongsian kita semua.

34 ulasan:

KAIN VIETNAM TERBAIK berkata...

setuju..kalo dak pinjaman senang sgt nak dibuat..

Khairul Antasha berkata...

betul. sgt setuju. baik utk peminjam

zue berkata...

tak boleh nak beri pendapat sbb diri sendiri dah tak layak buat pinjaman :(

Pok Amai-Amai berkata...

Nak tak nak, kena setuju. Ada baiknya juga langkah yg diambil BNM. Tp sy ralat, BNM ambil langkah tu sendiri. Sepatutnya ada kerjasama dari kerajaan juga. Dan rakyat memerlukan sokongan yg kuat dari kerajaan. Tak semua org mampu. Dan tak semua org yg berhutang tu sebab alasan SUKA-SUKA. (W'pun majoriti bila kuar IPTA - Sudahlah bergelar penghutang. Dah keje, gaji lumayan, gatal lak nak amik kad kredit. Sudahnye, hutang PTPTN ke mana, hutang kad kredit ke mana)

khaifaiz berkata...

jadi... fikir dulu sebelum berhutang

Asrul "iLham" Sany berkata...

bersetuju supaya kita tak lari dari hutang... :D

KhaiRin : anies berkata...

jap jap...jualan kereta menyusut? sy tgk kete bertambah ada la..


sokong part yg menyebelahi sy je hehehe

Kakzakie berkata...

Kalau boleh dah tak nak buat pinjaman lagi...

redza berkata...

elok sangat...berhutang mudah nak bayar tu yg susah

KhaiRin : anies berkata...

p/s sy akan berada kt expo tu on this weekend...dtg la n jgn lupa tegur la sy hehehe

Daddy Ziyyad berkata...

kalau betul2 nak ambil pendapatan BERSIH, saya rasa majoriti rakyat malaysia hanya layak buat loan pakai Viva/Saga BLM aja..:)

fairus berkata...

SETUJU PADA TAHAP SEDERHANA.. EH, BOLEH CAMTU..

*Miss Syahnia* berkata...

kene pikir betul2 ni

♥cmª shIemª♥ berkata...

Salam atok..

huhu..klu yg ni buat peminjam okey la..

gadisBunga berkata...

bersusah dahulu, bersenang kendian.

bagus jugak bank negara buat macam ni...

eB ezrin berkata...

alahai. x layak bagi pendapat rsnyer :)

Papa Mifz berkata...

bagus benar la bank negara buat mcm nih...hutang2 nih kene kawal...kalo tak binasa badan wor...

AdiaLuze berkata...

Assalammualaikum...

Bagus jugak ada garis panduan macam ni. Barulah kita ni akan lebih mengukur baju di badan sendiri kan .. Hehehe ..

Bukan apa, zaman sekarang ni, ramai orang yang suka mengamalkan budaya “Biar papa asal bergaya” .. Manalah tak muflis .. Hmmmm

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ berkata...

setuju...

Kunang-Kunang berkata...

Hiduplah mengikut kemampuan kita. Kalau tak perlu tak usahlah berhutang - susah.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ berkata...

elok bebenor ler tue...kureng sikit org beli kete dan jem pun kurengggg...

Cikgu Ma berkata...

saya berhutang dgn ptptn

kay_are berkata...

kalau care ini bolek mengurangkan rakyat dari berhutang, memang patut dilaksanakan secara meluas

Deru Ombak berkata...

Singgah mlm..

AdiaLuze berkata...

Assalammualaikum...

Bila baca entri ni lagi, tetiba teringat pinjaman rumah yang tak lulus ari tu sebab ada masalah ngan KWSP n MARA .. Huhuhuhu .. SEDEY :'(

norhidana berkata...

setuju sbb kalu tak ramai lah yg akak dpt status... kebehutangan serius huhuhui

Hanis Azla berkata...

setuju sangat.. sekurang2nya boleh terkawal jumlah hutang seseorang tu..

siti murni berkata...

setuju dengan garispanduan terbaru ni...dapat mengurangkan kadar keberhutangan rakyat...

Syira Qahira berkata...

salam...


x larat dah nak buat hutang...huhu

pengemis Cinta~ berkata...

xsuka berhutang..tapi jika terdesak berhutang jugak kot..hehe.tapi sekarang masih belajar tapi dengan duit keluarga tanpa pinjam ptptn..;)

Suhami Ahmad berkata...

atok sangat setuju cara ini diperkenalkan.....kalau nak ikutkn penggunaan kad kredit pun musti ado had minimum gaji yang ditotapkan...x sewenang-wenangnya orang yang tak berkemampuan pun bulih pakai...

Yati berkata...

Lepas ni kalau nak beli kete lagi, mungkin dah tak boleh kot. Sebab husband akak punya gaji pokok sikit. Kena pakai kete skrang ni sampai ke tua. Huhu...

AdiaLuze berkata...

Assalammualaikum ..

Lama tak datang sini sbb agak sbuk .. Rupa2nya, Tuan punya blog pun sbuk jugak ke? Hehehee

khairul berkata...

mtk maaf sbb lama x singgah .. busy skit sejak 2 menjak ni

Related Posts with Thumbnails