Jumaat, 10 Februari 2012

{ Gambar} Tempat-tempat Menarik di Singapore Universal Studios : Bagaimana Mahu Ke Universal Studios Dari Johor Bahru...

Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian semua senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.

Seperti dijanjikan, hari ini kita meneruskan perjalanan kita ke Seberang Tambak pula iaitu negara Singapura. Lokasinya tentulah tidak lain dan tidak bukan adalah taman tema terhebat di Asia Tenggara iaitu Universal Studios..( walau bagaimanapun, saya masih berharap Lego Land kelak akan dapat menandinginya).

Persoalan utama bagaimana mahu ke Universal Studios tanpa menginap di Singapura ? ( ye lah, nak save bajet kan huhuhu) . Terdapat banyak cara dan cara paling jimat adalah menginap di rumah sudara mara atau sahabat blogger hehehehehe...( taklah saya gurau je) . Cara paling mudah adalah sahabat semua survey pakej yang disediakan oleh pihak hotel yang terdapat di Johor Bahru. Dalam kes saya, oleh kerana saya tidak menginap di mana-mana hotel di JB, maka saya ambil pakej yang disediakan oleh Odyssey. Pejabat syarikat ini terdapat di Tune Hotels JB. Ia menyediakan pakej ulang alik sehari dari Tune Hotels ke Universal Studios. Harga yang ditawarkan adalah RM 25 ( dua hala) dan jika sahabat menginap di Tune Hotels itu harganya menjadi RM 23 sahaja.

Bas akan bertolak dari Tune Hotels jam 7.00 pagi dan kembali semula ke Tune Hotels dari USS jam 7.30 malam. ( tetapi jika sahabat liat bangun pagi, boleh ambil pakej 10 pagi dari JB dan 10.30 malam dari USS. saya tidak mencadangkan pakej ini kerana kita akan rugi 3 jam..USS tutup jam 7.00 mlm ya)

Bas akan melalui Link Kedua (2nd Link) untuk mengelakkan kesesakan melampau di Tambak Johor. Kira-kira jam 8.30 pagi, kita akan tiba di USS dimana bas terus parking di Basement 1..(masa balik pun bas tunggu citu tau..jadi, jangan risau kena tinggal hihihih)

Persoalan kedua, berapa harga tiket Universal Studio??? Harganya bergantung pada hari kita masuk. Jika kita masuk hari biasa ( Isnin ke Jumaat tetapi bukan Cuti Sekolah) harganya adalah Sin $ 68 bagi dewasa, Sin $ 50 bagi kanak-kanak dan Sin $ 32 untuk warga emas. Jika kita masuk waktu Peak Season ( Sabtu, Ahad, Cuti Umum dan Cuti Sekolah) harganya adalah Sin $ 74 bagi dewasa, Sin $ 54 bagi kanak-kanak dan Sin $ 36 untuk warga emas. Dalam kes saya, saya masuk waktu peak season jadi kenalah Sin $ 74 ( kalian kiralah dengan duit RM..darab 2.4 tau huhuhuhh) . Saya menasihatkan tiket dibeli siap-siap di mana-mana travel agent agar kita tidak penat beratur semasa di kaunter sana. Lagi satu, ada limit masuk tau...

Jadi, jom kita masuk Universal Studios Singapore ya hehehhhe.......






Yang warna kuning tue tiket bas Odyssey. Yang bawah tue, borang imigresen untuk diserahkan ke Imigresen Singapore..Passport jangan lupa bawak tau..Kalau tak, tinggallah kita kat 2nd Link huhuhuhh......





Contoh tiket masuk ke USS. Saya beli siap2 di sebuah agensi pelancongan di KL. Diorang poslaju sampai ke rumah seminggu sebelum bertolak. Kan ada tulis tue tiket peak season.




Gambar wajib bila sampai ke USS hihihihh..........

Yang lain-lain, sila layan ye...


















































































Kesimpulannya, memang best tempat nie. Ya la kan, di Malaysia belum ada lagi taman tema secanggih dan sehebat begini. Kebetulan negara jiran kita ada, apa salahnya kita berkunjung kan. Yang paling best adalah aksi 3-D Transformers ( maaf gambar tiada). Setiap segmen ada game tersendiri..Contoh Far-far away ada segmen 4-D, Mummy Returns ada roller coaster tersendiri. Pendek kata masuk pukul 10 pagi sehingga 7 mlm adalah suatu yang sangat tidak membosankan tau...( tiket Sin $ 74 tue mestilah digunakan seoptima yang mungkin kan hihihihih)

46 ulasan:

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

bestnya sahrom!


sy yg duk JB ni pon lum sampai lagi ke sana..


sahrom pi sorang je ke?


kalau ada anak kecil sesuai x pegi sana?

C.M.A @ CikMoonAdnan berkata...

wooww... sangat2 menarik...

Deru Ombak berkata...

Teruja tengok photo...
Tunggu cucu balik bercuti nak bawa ketempat ini.

Terimakasih.

Lya Colours berkata...

bestnya! ada sourvenir untuk saya tak.hehe
gurau je =)

diana berkata...

seronoknya kalau dapat pegi...
ada rezeki sampai la saya nanti..
teringin jugak nak pi sebab ramai blogger yang dah merasa pegi..:)

aanie berkata...

bestnya!!!
kalau ada bajet nanti boleh la pegi....rege tiket pun dah seratus lebih...huhu...

J.Syazwana berkata...

best nya !!
teringin nak pergi sana.
tapi saya suke sopink. sopink kat singapore mahal. hehehe.
maybe one day akan sampai jugak :D

faiz berkata...

bestla bro dah pergi USS ni...baru tgh plan nak pergi ngan member2 ni..

♥cmª shIemª♥ berkata...

Salam atok..

wahhhhh.....seronoknye...
tgk gambar2 atok ni buat cma jeles!!
wehuuu..bila la dpt pegi spore ni..

atok! mane cenderehati???
nak3.. :P

fairus berkata...

WAH.. BEST LE..

Kakzakie berkata...

Shah tak naik pusing-pusing tu ke? Kalau bawa anak mesti tak nak lepas main yg itu. Tapi betul tempat ini seronok utk dilawati cuma mahal tak boleh tahan...

amirah berkata...

terbaekkkk!!pasni nak pergila,...tp nak tunggu ahmad besor sket sebab mak dia penakut nak naik sume game tu

eelobor berkata...

best2.... dah lama ngidam nak pegi tapi asyik tertangguh sbb x cukup bajet... hihihihi

Pok Amai-Amai berkata...

Mcm seronoknya. Entah bile sy nak smpi sana. Huhuhuhu....

aby berkata...

salam sahrom ..
menarik2 ..tengok hepi sahrom kt sana.

lama dah tk gi singapore. last gi thn 1995 ..
ada juga yg offer packaga mcm sahrom crite .
driv ke JB, dari JB naik MPV masuk ke singapore ..

mama ju, berkata...

Agak2 org tua mcm mama ni ok ke ke situ? Hajat tu memang ada, nak bawa anak2 naik bas, suami maybe tak la..

Terus bercerita, saya suka sgt dgn kisah uss ni.
Tpt lain kat sentosa tu saya dh pergi, memang klas dan cantik2 sgt, pantainya pun pun saya terpesona.Masa tu USS dh bukak tapi jenguk2 je sbb kami ramai!

Hanis Azla berkata...

best kan USS tu.. walaupun harga tiketnya mahal rasa berbaloi2.. akak pun tertunggu2 lego land di JB tu..

Fatin Mraz berkata...

thanks sahrom, info yg sgt berguna~

Papa Mifz berkata...

teringin sgt nak pergi universal studio...huhu insyallah akan ke sano kalo ado rezeki...

NOOR FATIN berkata...

wah baca entry ni pun dah rasa teruja nak pegi!.. hehe

mesti best. insyallah moga ada rezeki untuk sampai ke sana :)

Yati berkata...

Bestnya, sahrom dah pi dah. Akak tak tau bila nak sampai sana. :)

khairul berkata...

pernah p tokyo disneyland...teringin nk p spore lak

AdiaLuze berkata...

Assalammualaikum Sahrom ..

Ya Allah, bestnyeeee ... Teringin gak nak gi tapi passport plak takde ... Lgpun nama dah terblacklist sbb errkkk .. Byar tak ikut jadual ... Huhuhuu

blog-tips-kurus berkata...

o/met baru p sini. pakej hotel JB + bas + tiket masuk ke studio ni. rasanya > murah. :-)

Kamsiah berkata...

salam
ooo makan angin sampai ke kota singa ya...bestnya...
yalah kat tempat kita takde lagi taman tema canggih dan secantik tu

Cikgu Ma berkata...

teringin sangat nk ziarah kota singa...cantik tempatnya...

Suhami Ahmad berkata...

wah! nampak menyeronokkan!

ainnoraini berkata...

Mmg berangan nk kesana ni.. Nk bawak anak2..
Seronok jer nengoknya tuu...

cemomoi berkata...

ada skali berkesempatan g singapura, time nak beli gift tetiba teringat ada satu n3 oleh ramai blogger supaya jangan shopping kat singapura yang menjadi penyokong yahudi, addis!

Tea berkata...

seronoknya Tuan.. sempat bercuti di luar negara... :)

norhidana berkata...

seronoknyer... dulu masa saya keje kt utm skudai, blum ada lg universal studio spore nih... lum siap lg... skrg nih budak2 ofis lama selalu beno bt trip pg situ...jeles tul

Ati Masrif berkata...

salam sahrom,

info yang bagus di kongsi ni
terima kasih ya...

kalau dari tempat sahrom balik
hari sajelah ye :)

mamaNoriz berkata...

ofis sya baru uat rombongan ke sana last week,
kena caj sorang rm185 je utk tiket dan trasnpot...murah la

tpi klu ada mastercard then byr guna kad tu, otomatik dpt diskaun 30%!

byakkkk jimat tu!

gadisBunga berkata...

dah agak. mesti awak punye faveret is transformers the ride tuh kan??

mMoOnN aAlLeEaA berkata...

bestnya...baru plan nak pergi.

Mutiara Bernilai berkata...

salam alaik encik sahrom


wah..tahniah sebab berjaya mendatangkan keterujaan saya untuk turut pergi ke sana..

ouh..dah masuk list antara tempat yg mahu mutiara p..

firuz aka mdt berkata...

wahhh..sahrom dah sampai dulu dari akak :D

syaqirin berkata...

wow..nk pegi jugak..thanx for da info

Danial Adamy - Official Blog berkata...

Kalo mcm tu jom join saya gi sopink ke Ho Chi Minh.. Hehehe email wansalam@yahoo.com

Danial Adamy - Official Blog berkata...

Kalo mcm tu jom join saya gi sopink ke Ho Chi Minh.. Hehehe email wansalam@yahoo.com

Danial Adamy - Official Blog berkata...

Kalo mcm tu jom join saya gi sopink ke Ho Chi Minh.. Hehehe email wansalam@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

Awak guna travel agent apa? Bole bagi contact number travel agent tu?

Travel Delight berkata...

Pakej Tempat-tempat Menarik di Singapura
- Universal Studios Singapura
- Singapura Marine Life Park
- Singapura Flyer
- Day + Night Safari di Singapura
- Tempahan Singapura Marina Bay Sands Hotel
- Tempahan Hotel Masa Perayaan Sentosa Singapura
dan lain-lain

Travel Delight
http://traveldelight.biz
QQ: 841-888-666
ask@traveldelight.biz
+65 6292-2221

Hai, kami adalah agensi pelancongan di Singapura. Blog yang anda tulis sangat sempurna, gambar-gambar anda juga menarik dan cantik. Ia sangat berguna untuk tetamu kami. Bolehkah kami bekerjasama dengan anda?

Kami mengharapkan balasan anda.

Coach Factory berkata...

toms shoes, ray ban,ray ban sunglasses,rayban,ray bans,ray ban outlet,ray-ban,raybans,ray ban wayfarer,ray-ban sunglasses,raybans.com,ray ban sunglasses outlet,rayban sunglasses,cheap ray ban, michael kors,kors outlet,michael kors outlet,michael kors handbags,michael kors outlet online,michael kors outlet online sale,michael kors handbags clearance,michael kors purses,michaelkors.com,michael kors bags,michael kors shoes,michaelkors,cheap michael kors, oakley sunglasses,oakley vault,oakleys,oakley sunglasses cheap,oakley.com,sunglasses outlet,cheap oakley,cheap oakley sunglasses,oakley outlet,cheap sunglasses,oakley prescription glasses,fake oakleys,oakley sunglasses outlet,oakley glasses,oakley store,fake oakley,oakley sale,cheap oakleys,discount oakley sunglasses, polo ralph lauren outlet, ray ban,ray ban sunglasses,rayban,ray bans,ray ban outlet,ray-ban,raybans,ray ban wayfarer,ray-ban sunglasses,raybans.com,ray ban sunglasses outlet,rayban sunglasses,cheap ray ban, oakley sunglasses,oakley vault,oakleys,oakley sunglasses cheap,oakley.com,sunglasses outlet,cheap oakley,cheap oakley sunglasses,oakley outlet,cheap sunglasses,oakley prescription glasses,fake oakleys,oakley sunglasses outlet,oakley glasses,oakley store,fake oakley,oakley sale,cheap oakleys,discount oakley sunglasses, burberry outlet online, oakley sunglasses,oakley vault,oakleys,oakley sunglasses cheap,oakley.com,sunglasses outlet,cheap oakley,cheap oakley sunglasses,oakley outlet,cheap sunglasses,oakley prescription glasses,fake oakleys,oakley sunglasses outlet,oakley glasses,oakley store,fake oakley,oakley sale,cheap oakleys,discount oakley sunglasses, ray ban, polo ralph lauren outlet

Coach Factory berkata...

roshe run, converse pas cher, burberry, air jordan, mac cosmetics, louis vuitton, longchamp, louis vuitton handbags, air max, abercrombie and fitch, mulberry, true religion jeans, true religion outlet, nike air max, coach factory, louis vuitton, vans, nike air max, coach outlet store, nike trainers, nike free, karen millen, louboutin, hollister, hollister, hogan, oakley pas cher, supra shoes, ray ban pas cher, timberland, ralph lauren, coach outlet, abercrombie and fitch, birkin bag, air max, true religion, nike roshe, louis vuitton outlet online, montre pas cher, coach purses, nike huarache, michael kors, new balance pas cher, nike roshe run, ralph lauren, lancel, longchamp, louis vuitton, nike free, hermes

Coach Factory berkata...

yoga pants, juicy couture outlet, soccer jerseys, canada goose, celine handbags, ugg boots, north face jackets, ugg, herve leger, ugg boots, north face outlet, p90x3, valentino shoes, canada goose outlet, converse shoes, reebok outlet, ghd, ferragamo shoes, uggs on sale, instyler ionic styler, bottega veneta, rolex watches, tn pas cher, mont blanc, ugg, lululemon, ugg boots, canada goose, giuseppe zanotti, moncler, moncler outlet, beats by dre, new balance shoes, mcm handbags, insanity, canada goose outlet, babyliss pro, gucci, moncler, soccer shoes, asics gel, canada goose, jimmy choo, juicy couture outlet, nfl jerseys, marc jacobs, chi flat iron, wedding dresses, moncler, canada goose

Related Posts with Thumbnails