Isnin, 20 Februari 2012

{ Gambar} Tempat Makan Best dan Sedap di Seremban : Popia Kuala Kangsar...

Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.

Sahabat blogger semua, hari ini saya ingin memperkenalkan sebuah lagi tempat makan yang sedap di sekitar Seremban. Jika sebelum ini saya banyak memperkenalkan tempat makan untuk kita menikmati makan malam, entri ini saya memperkenalkan sebuah tempat makan yang sedap untuk kita nikmati minum petang pula ( mana tau sahabat semua singgah di Seremban belah petang kan hihihhih) .

Cuma yang peliknya, walaupun lokasinya di Seremban tetapi ia bukanlah makanan dari Seremban. Ia diimport dari Kuala Kangsar, Perak. Tempat makan yang saya maksudkan adalah Gerai Popia Kuala Kangsar. Menu utamanya adalah popia itu sendiri yang agak besar dan ia mungkin berasal dari Kuala Kangsar ( atau mungkin pengusahanya berasal dari Kuala Kangsar ?)

Persoalannya, dimana letaknya Gerai Popia Kuala Kangsar ini dan bagaimana mahu ke sana? Ia terletak di Medan Selera Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban ( gelanggang utama untuk Skuad bolasepak Negeri Sembilan ya). Tidak susah mahu kesini. Kalian hanya perlu memasuki bandar Seremban, dari teruskan memandu ke arah Kuala Pilah. Ia terletak di Jalan Seremban - Kuala Pilah dan lokasinya di sebelah kiri jika kita datang dari arah Seremban. Jika dari Lebuhraya Utara Selatan, hanya perlu ambil susur keluar Senawang, dan teruskan ambil Jalan Senawang menuju ke Kuala Pilah.

Jadi, jom kita lihat apa yang ada di Gerai Popia Kuala Kangsar ini.




Inilah papan tanda gerai ini. No 1 di Seremban ini saya tak pasti siapa yang beri. Mungkin maksudnya satu-satunya popia Kuala Kangsar yang terdapat di Seremban.




Antara menu yang terdapat di gerai makanan ini. Cuma pada pandangan saya, pengusaha patut meletakkan sekali harga makanan agar ia tidak mengelirukan pengguna.



Sedikit suasana di gerai ini. Pada masa ini, jam menunjukkan sekitar jam 3.30 petang. Kebiasannya, pelanggan akan ramai tiba pada jam 4.00 petang dan ke atas. Datang awal, orang tak berapa ramai kan.




Inilah menu utamanya. Terdapat dua jenis popia iaitu popia basah dan popia goreng. Cucur udang campur juga terdapat disini.



Gerai air. Hidangan utama pastilah ABC dan cendol.




Ini cucur udang campur. Harganya RM 2.50. Yang terdapat didalamnya adalah cucur udang, tauhu goreng, timun, taugeh dan begedal. Saya harus puji sambalnya. Ia sangat sedap. Cucur udang yang digoreng rangup juga begitu menyelerakan.



Ini popia goreng. Harganya RM 1.00 sekeping. Dalam gambar ini, ia dibelah 3 kerana ia agak besar. Sekali lagi kredit harus diberikan pada sambalnya. Terasa kesedapan sambal itu.




Ini ABC biasa. Harganya RM 2.50. Sesuai dinikmati ketika panas sang mentari di sebelah petang.



Cendol juga terdapat disini. Walau bagaimanapun, ia agak kurang menarik kerana tidak banyak lauk pauknya. Hanya cendol semata-mata. Kalau letak kacang merah atau jagung, mungkin lebih meriah.



Jadi, kepada sahabat yang berkira-kira untuk berkunjung ke Seremban, bolehlah singgah sebentar menikmati minum petang di Gerai Popia Kuala Kangsar ini. Pasti sahabat tidak dapat melupakan tahap kesedapannya kelak. InsyaAllah....

35 ulasan:

amirah berkata...

saya ingatkan bro sahrom dah sampai kat kuala kangsar..rindu sgt2 kat kampung teman ni..

Lya Colours berkata...

wah nanti nak ngedate makan2 kat sini la. bukan jauh sgt melaka-seremban. yeyeahhhhh!

cucur udang tu sangat menggoda!

Pretty Ryna berkata...

wah sedapnya tgk popia ni..peberet ryna ni......nti la nk pi try makan...:)

Kakzakie berkata...

Pandai pengusaha restoran itu. Tak kiralah dia impot dari Kuala Kangsar atau sempena tempat dia lahir yg penting sedap...

C.M.A @ CikMoonAdnan berkata...

klu dah puji sambalnyer..mesti sedap sgt ni... hehe...

*Miss Syahnia* berkata...

sedapppnya ABC tu.. bole lah nnti
kalo sesat2 ke sana cari kedai
popia ni..

Deru Ombak berkata...

Salam sahrom..
Harus singgah ni.. Akak suka popia..

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

kalau ke seremban..harussss singgah nih!

aanie berkata...

popia tu byk sayur x? sy x makan sayur...tu yg kurang gemar popia....huhuh....

kakchik@ella berkata...

wahh sahrom, rajinnya awak kongsi tmpt makanan sedap2 dgn kitorg. Tima kaseh ye. memudahkan kerja kami kalau-kalau kebetulan kat sana.

zulkbo berkata...

salam..
lapar la pulak tengok popiah
tu..ermm..lepas nih nak pekena
lah :)

blog-tips-kurus berkata...

banyak menu lain juga yek... :)

♥cmª shIemª♥ berkata...

Salam atok..wah..kedai ni kat paroi ke? boleh la ajak en asben dtg cni.. hehe..

murah la popia tu..
:)

eB ezrin berkata...

balik ipoh kejap x sempat nk singgah, lamer dh x sampai. rindu laksa kuala :)

Daddy Ziyyad berkata...

Sahrom, jom saya belanja awak makan kat sini..set time, kita jumpa..:)

saya pun tak pernah try lagi popia ni

AdiaLuze berkata...

Assalammualaikum ...

Sedapnyeee cendol. Terliur menengoknyeee .. Ahaksss

P/S : Betol tuh. Kebahagiaan memang satu benda yang terlalu subjektif :) (Menjawab komen Sahrom di blog saya)

Kamsiah berkata...

salam
akak suka popia tp susah nak jumpa yg betul2 sedap(tak berminyak) dan kuah yg umphhh..
nak terjah kesana pun jauh sgt hehe

Yati berkata...

Sahrom,
terliur akak tengok gambar popia dan cucur udang. Peberet akak sejak kecik tau, cucur udang tu. :)

norhidana berkata...

sgt terliur tgk cucur udang tuh... msti sedap tuh... tgri pns2 gini tayang abc... terliuq tau

afeezz berkata...

assalamualaikum sahrom : pergh, tergugat jiwa. harus makan kat sini..

siti murni berkata...

Suka popia basah..tapi tak ada pulak gambar nya..huhu...

Adylia Qarissa berkata...

dkna tak suka makan popia :(

Raden berkata...

hai. sy seorg student yg sdg mghadapi final exam dan tak mkn2 n sgt kebulur. trimas kat pic dlm entry ni.

faiz berkata...

dkt area stadium tu mmg byk jual popia camni..

redza berkata...

sedapnya popia

KhaiRin : anies berkata...

igt kn td popia basah... kalu besar, memadai la harga nyer mcm tu

RazFiRa berkata...

waaaa sedapnyaaa dah lah x lunch lagi ni? huhuhu

lapaq3

ok nanti sy try

Suhami Ahmad berkata...

atok nak cubo 1 ari nanti! =)

ibuintan berkata...

wah.. doc DZ nak belanja ke! nak join skali!

kay_are berkata...

memang pelik.. name nye macam ade kat perak tapi kat negeri sembilan rupenye.. baru ade plan nak try kalau dekat2 perak tu

Pok Amai-Amai berkata...

Belah mane ye Sahrom? Mmg nampak sedaplah!

d_LA berkata...

droolinggggg~~~~ tetibe jd lapar balik taw...

mamaNoriz berkata...

abc dan popia pedas, fuhhh terbaekkk!

Aku Budak Nerek berkata...

Saya tinggal kat Senawang. Bukan nak puji laa, tapi bagi saya popia nie memang sedap! Pilihlah sama ada nak yg goreng atau basah...Memang tidak mengecewakan. Kecewa kalau kita sampai, tapi kedai tutup..hehehe

Tanpa Nama berkata...

X dinafikan popia kt cni mmg best..cume agak kecewa dgn pekerja2 kt situ..kurang budi bahasa!!

Related Posts with Thumbnails