Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.
Masih lagi kita bercerita mengenai Johor Bahru. Kali ini saya hendak memperkenalkan kepada sahabat semua sebuah tempat makan yang sangat unik di bandaraya Johor Bahru ini. Kenapa saya kata tempat makan ini sangat unik ? Saya mengatakan ia sangat unik kerana konsep yang digunapakainya. Tempat yang saya maksudkan adalah Medan Steamboat Luton Van Dataran Bandaraya.
Medan selera ini hanya menyediakan juadah steamboat di lokasi sepanjang 1 km ini. Tempatnya terletak bersebelahan Jalan Skudai menuju ke pusat bandaraya dan betul-betul terletak di Dataran Bandaraya Johor Bahru ini. Jalan paling mudah ke sini adalah apabila kita melalui Jalan Skudai kita membelok ke Jalan Lingkaran Dalam dan didalamnya terdapat banyak parkir untuk meletakkan kenderaan masing-masing.
Jom kita layan steamboat plak ya.!!!
Masih lagi kita bercerita mengenai Johor Bahru. Kali ini saya hendak memperkenalkan kepada sahabat semua sebuah tempat makan yang sangat unik di bandaraya Johor Bahru ini. Kenapa saya kata tempat makan ini sangat unik ? Saya mengatakan ia sangat unik kerana konsep yang digunapakainya. Tempat yang saya maksudkan adalah Medan Steamboat Luton Van Dataran Bandaraya.
Medan selera ini hanya menyediakan juadah steamboat di lokasi sepanjang 1 km ini. Tempatnya terletak bersebelahan Jalan Skudai menuju ke pusat bandaraya dan betul-betul terletak di Dataran Bandaraya Johor Bahru ini. Jalan paling mudah ke sini adalah apabila kita melalui Jalan Skudai kita membelok ke Jalan Lingkaran Dalam dan didalamnya terdapat banyak parkir untuk meletakkan kenderaan masing-masing.
Jom kita layan steamboat plak ya.!!!

Inilah papan tanda yang diletakkan di medan selera ini. Papan tanda ini terletak berhadapan dengan Jalan Lingkaran Dalam. Waktu operasinya tidak dinyatakan pula. Ada sesiapa yang tahu waktu operasinya ?

Punyalah ramai pelanggan sebaik kaki melangkah ke medan selera ini. Sampai ada yang tunggu meja kosong untuk mendapatkan tempat duduk.

Saya memilih luton van ini untuk menikmati hidangan steamboat tersebut.

Yang macam murtabak itu adalah tauhu bakar dan sebelahnya adalah char koi . ( pada mulanya saya ingat tauhu bakar itu adalah roti bakar huhuhuhu)

Lagi keadaan di medan selera tersebut. Harus saya akui saya sendiri terkejut kerana bilangan pelanggan yang cukup ramai walau semuanya menghidangkan jenis makanan yang sama sahaja

Antara menu yang terdapat di salah sebuah luton van itu. Boleh rambang mata dibuatnya tak tahu nak pilih yang mana satu.
Ini adalah trade mark Dataran Bandaraya Johor Bahru ini. Sebuah menara jam besar yang sangat unik. Waktu menunjukkan jam 10.30 malam dan kami pun bersedia untuk pulang setelah puas menikmati hidangan steamboat disini.Nanti dulu..ada lagi dibawah !!!!
Ini menu pilihan saya. Harus saya akui memang kami kenyang menikmati hidangan ini. Agak-agak sahabat semua berapa harganya erk??Di kesempatan ini, saya ingin memberi sebuah souvenir kepada salah seorang sahabat blogger yang bertuah bersempena dengan kunjungan ke USS tempoh hari. Caranya mudah sahaja, tidak perlu buat entri khas, tidak perlu link sana sini, tidak perlu buat cogankata sebaliknya sahabat semua hanya perlu meneka berapakah harga yang saya bayar untuk menikmati steamboat seperti dalam gambar terakhir itu.
Jawapan hanya perlu dibuat di kotak komen entri ini sahaja ya.. Mudah kan ?? Dengan ini, saya menjemput semua sahabat blogger untuk menyertai teka harga makanan ini ya. Sudi-sudikanlah ............





40 ulasan:
steamboat... hmmm nampak bahan2 tu lebih kepada yong tau foo jer kan...
steamboat sebenarnya lebih sedap yg fresh2 udang, isi ikan.. isi ayam...
assalamualaikum sahrom : sedap nyer. aku agak, harganya secucuk RM1, jadi aku agak dalam rm8 kot... hahaha
RM7 kot..
alahaiii...dapnyeee
kesian la kat student cam sy yg dok mkn meggi ni...
Harga set steambot tu RM8.50
Port steambot ni di bukak seawal 6petang, sampai awal pagi...dulu mereka meniaga berterabur depan pantai lido tu..
Salam,
Mama tak biasa mkn steamboat.Entahlah
Harga agak2 RM 8.40 hehe
eee...apsal tak jumpa pun masa pergi JB ni...steamboat gini memang faveret ni..harga nya rasanya la macam RM12 je..
waa... moon suka makan.... klu moon g situ..mau rambang mata nie nak pilih yg mana satu..haha
Sepanjang sy duduk JB, tak nah mkn kat sane pun. Huhuhu. Teruk betul. Sy agak mgkn harga dia dlm RM8-RM9?
RM10 kot..heheh
sy penah mkn sekali je kat sini....memang sedap....
sy agak RM10 kot....hehe...hadiah awk dah sampai...thanx....tp kalau betul tekaan ni dpt lagi tak?? heheeh....
Salam atok..
wah..rambang mata..steamboat mmg peberet ni..
teka harga yea...
ermm..agaknye rm11.50 kut..
huhuh..
lama da x g JB...
jawapan sy RM6.50
p/s bleh teka 2x x? hehehe
Nmpk meriah tmpt makan tu. Happening eh .. Saya teka dalam RM16-RM20. Agak2 betul tak?
alahai rindunyer ngn makanan kt situ... dulu2 masa thn 2007 takde lg nama dataran tuh...skrg dh dpt nama yek `luton van` best gk tuh... dulu2 mmg sentiasa ramai org cume tak seramai skrg lah nih... paling suke mkn steamboat gaya gitu mkn ngn kuah kcg perkh sedap...
saya rasa dalam rm8.30. betul tak? nak sevenir! nak sevenir! :p
ish feveret tuh steambot. hihihi. dah la tengah lapaq ni.
Assalammualaikum ...
Ooo .. Adik sepupu saya pun ada meniaga kat area ni. Tapi, tak tau la plak apa nama kedainya. Hehehe..
Tapi, tgk Sahrom makan cam sedap sesangat .. saya suka makan steamboat ni sbb tak berminyak .. Baper la agaknya reganya kan .. ^_~
Mak aihhh...ramainye orang...
Mesti ribu riban untung yg peniaga2 kat situ dpt satu malam...
Xtau nak teka bape harganye,saya mmg x makan mende2 camtu,byk sgt allergynye...huhuh
wah bestnya...atok teka rm....rm11.90?
TERINGAT MASA KERJA KAT RESTORAN MALACCA CLUB DULU.. KALAU ADA STEAMBOAT JE, MEMANG PENAT LE KERJA.. DARI PERSIAPAN HINGGALAH KE BASUH MEMBASUH BEKAS STEAMBOAT TU..
Kakak tak pernah makan di stall ini tapi makan yong tauhu di bhgn stall yg lain. Di sini biasanya dibuka dari petang lebihkurang pukul 4 sampai tengah malam shah..
Kakak teka RM24/- ringgit.
menariknya tmpt mkn tu.. tak berkesempatan nak pergi tempoh hari.. akak teka harganya dlm rm 13 kot..
ramainya manusia..lama x p JB
terbaik kalau ke sana boleh singgah nie..
salam sahrom,
macam pesta makan pulak ye..
meriah pulak tu
nak cuba tekalah
RM 15.00
saya teka RM10! hehehehe..
ramainyee org dikk
sungguh sedap nie ??
dah lama x mai JB
dulu duk JB ok layie
last ke sana tahun 2007
huhuhu seram sejuk sbb dah banyak berubah huhuh
harga die RM8...
aku pun nak teka jugak la.... harga dia lebih daridapa RM5 tapi tak sampai RM15 kan? huhuhuhu
Salam Sahrom,
seronok ye makan steamboat..hehe walau saya tak berapa biasa makan, tapi saya tekalah juga..RM5..
saya pun orang JB juga :)
rasanya dalam RM10...
Alamak sahrom..
Xleh nak teka.. Sesekali mkn steamboat
Kat FLAME dia kira kepala. Satu kepala rm25. Boleh mkn
Apa saja.
Yang sahrom paparkan ni nampak sgt meriah! Harus Cuba bila ke JB nanti.
# kepada sahabat semua : tamatlah peraduan teka harga makanan ini ya. tunggu entri seterusnya untuk mengetahui keputusan. terima kasih pada semua sahabat yang sudi meneka ya...
Assalam..
Dalam lingkungan Rm12 kot..hehe..
hmmm tempat ni memang best hujung minggu kalu x de apa2 nak buat saya gi sini ngan famili atau kawan2.
Senang2 jenguk la yer blog saya pasal restoren2 menarik di area JB nih kat www.blogmakanbest.blogspot.com nanti follow k TQ TQ
makan kat restoran malaya ada MEE BANDUNG TULANG.. sedap tu... kat JALAN SUNGAI DANGA DAN JALAN PERSISIRAN PERLING 1 (BERSEBELAHAN JLN LAYANG 16)
tempat ni memang tempat fav saya. best mkn kat sini sebab tempatnya open air. gerai pilihan saya no 19, sebab kuah dia memang terbaek & ada jual bakso asli lagi...memang sedap.
cakap pasal medan steamboat luton van nih, memang saya suka lepak2 kat sini dari zaman muda remaja lagi sampai la dah beranak pinak hehe...
Saya baru jer upload pics masa makan kat sini baru2 ni ngan famili. Senang2 tu jenguk la yer blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com
Topik blog saya nih tentang makan jer 100% sebab saya suka keluar makan kat restoren,warung dan gerai.Terutama area JOHOR tapi tempat2 lain pun ada.
Kalau minat tu follow la yer blog saya TQ TQ TQ.
Salam
Jemputlah cuba mee bandung kuah kacang 'odeon' batu pahat :)
Rakan niaga kami di JB
Restoran Anjung Warisan
Jalan Petri, Johor Bahru (Belakang Yayasan Warisan Johor)
Waktu niaga: 7.30malam hingga 12malam
Gerai Makan MBJB Skudai Kiri
Gerai makan No.7 (Sebelah Cimb Bank)
Bertentang dengan Bangunan Petronas Bandar Baru Uda, JB
Waktu niaga: 3.30petang hingga 10malam
Catat Ulasan