Isnin, 16 Januari 2012

Ujian Memandu Menggunakan Transmisi Auto ? Sesuaikah ia dilaksanakan....





Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.

Sahabat sekalian, tidak lama lagi atau lebih tepat lagi menjelang pertengahan tahun ini, kerajaan akan membuat silibus baru dalam ujian memandu dengan memperkenalkan ujian memandu menggunakan kereta transmisi automatik. Ramai yang menyambut baik perubahan ini kerana dewasa ini penggunaan kereta transmisi auto semakin luas digunakan oleh masyarakat kita.

Melalui sistem ini, calon diberi pilihan untuk menjalani ujian menggunakan kereta transmisi auto berbanding transmisi manual yang menjadi mandatori kini. Walau bagaimanapun, calon yang memilih menggunakan transmisi auto sudah tentulah hanya dibenarkan membawa kereta auto sahaja bagi mengelakkan masalah lain yang akan timbul kelak.

Sekadar pandangan peribadi, saya menyokong pelaksaan sistem ini kerana :-

  • Hakikatnya, memang kereta transmisi auto menjadi pilihan majoriti pengguna sekarang. Faktor kesesakan jalanraya yang maha hebat dewasa ini menyebabkan pengguna memilih kereta jenis ini walaupun harganya agak mahal sedikit.
  • Sebenarnya, selepas sahaja ujian memandu berlangsung dan calon pun lulus, memang kereta auto lah yang menjadi pilihannya. Jadi, jangan terperanjat calon yang menduduki ujian menggunakan kereta manual sebenarnya langsung tak pernah menyentuh kereta manual selepas ujian berlangsung.
  • Dahulu, hanya kereta mewah sahaja yang menggunakan transmisi auto ini tetapi sekarang kereta Proton dan Perodua pun sudah banyak menggunakan transmisi auto ini. Jadi, memang wajarlah peraturan ini diubah sesuai dengan edaran zaman.
Kesimpulannya, pilihan terletak di tangan calon itu sendiri kerana dia juga yang akan menduduki ujian tersebut. Walau bagaimanapun, saya percaya perubahan ini membawa banyak kebaikan kepada majoriti calon-calon yang akan menduduki ujian memandu kelak.

Kepada sahabat sekalian, apa pandangan sahabat semua mengenai perubahan ini. Adakah ia membawa kepada kebaikan atau keburukan ? Layangkan minda sahabat semua di kotak komen untuk kita kongsi bersama.

40 layangan minda:

de engineur berkata...

Saya setuju dgn perlaksanaan ni. Sekurang-kurangnya mereka yg sebelum ni TIDAK MAHU mengambil lesen kerana tidak mahu menggunakan kereta transmisi manual, akan tampil menjalani proses sah memohon lesen memandu.

Kita akan ada pilihan, tidak terhad kepada belajar memandu kereta manual saja.

Syuk Ry berkata...

okey per.. bkan yer rmai yg akn pkai kate manual pn..

atuk berkata...

Assalamualaikum Sahrom

mukin sedikit masa nanti kereta menual dah tak ada lagi

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

sy dah lulus ujian memandu lama dulu..dan sy adalah antara org yg x pernah sentuh kereta manual lps dpt lesen haha


sy sokong pelaksanaan ni..kalaulah dr dulu dah ada bukan ke bagus..x payah sy repeat ujian memandu 2 x haha

fairus berkata...

AKU RASA ELOK BELAJAR MANUAL DARI AUTO.. BIAR RASA SUSAH SEDIKIT. NAK DAPAT LESEN, MESTILAH MENGUJI KESUKARAN.. KALAU AUTO, SENANG SAJALAH..

JunAina berkata...

K.Aina lepas je ujian memandu menggunakan gear manual terus bawak kereta auto tetapi sesekali ngendeng jugak kereta suami mintak bawak supaya skill tak hilang.

Kak Aina pun setuju dengan peraturan baru ini.

Lya Colours berkata...

saya rasa lagi bagus manual kot. sebab dia macam mengasah skill kita. macam mana nak balance minyak bila kat bukit, bla2. kalau auto, main tekannn je la. in fact, saya sekarang pon drive manual. family saya semua drive auto, so kebaikan dia adalah, mereka semua x cekap manual, so selamat lah kereta saya xde orang nak lenjan.ahahahah

zulkbo berkata...

salam Syah..
saya tak berapa setuju bab nih..
pemandu manual pasti boleh bawa kereta auto..tapi pemandu auto, confirm tak boleh bawa manual..lagipun dah berapa ramai pemandu di Malaysia nih..cara pemanduan pun kita sedia maklum orang Malaysia di atas jalanraya..menambah masaalah tambahan je nanti dengan penambahan pemandu baru..yang sudah tentu jenis yang terhegeh-hegeh pula timbul nanti :)

amirah berkata...

sesuaiiii..especially untuk orang-orang terlebih 'berani' nak bawak kete macam saya..hehe

amry berkata...

kenapa tak disatukan aje silibus tersebut..belajar menggunakan kereta auto..dan juga belajar menggunakan kereta manual...

oerkara ni susah nak agak kerana ia antara pilihan pada masa hadapan, andai seseorang pelatih tu ambil ujian auto,tetapi tiada pilihan untuk membolehkan dia memiliki kenderaan tersebut pada masa hadapan,rasanya ia merugikan.Bagaimana pula jika dalam keadaan kecemasan, tiada kereta auto waktu itu untuk digunakan?

Pilihan yang paling tepat rasanya,ambil ujian manual,dapat lesen belajarlah dengan sesiapa yang tahu dan memiliki kenderaan bertransmisi auto...lebih menjamin rasanya...

pandangan saya jer la sebagai seorang lelaki yang suka kereta manual.hehe..perempuan rata-rata lebih selesa dengan kereta auto kan...

~Nana BamBam~ berkata...

lagi elok pakai manual dulu..

sebab auto nie senang...

orang kata mula dari susah baru dapat jadi senang..hehe

KhaiRin - anies berkata...

x aci la..dulu kite penat lelah dok test gn kete manual...
yg x nk drive tu lps dpt lesen tu sbb depa kaya... hehehehe

eelobor berkata...

memang betul bro... aku sendiri pun, lepas bawa auto dah tak nak bawa manual lagi. kalau di suruh bawak sekarang pun, rasanya cam kekok jer

Fatin Mraz berkata...

kalau auto..mebi senang lulus..hehee..esp kat bukit tuh..

ainnoraini berkata...

Saya ngaku tak pandai bawak kereta manual...

Pok Li berkata...

saya suka manual. Brmmmm.

Afida Anuar berkata...

sahrom... ada orang kata, bawak kete auto tak payah belajar pun. Memang boleh bawak;)

Citarasa Rinduan berkata...

ayu pun pakai auto..
pernah guna manual lepas lulus bawa manual..

en zalie kata.. saya kurang cekap, dia gantikan dengan auto.. hehehhehe tukar keter lain

faiz berkata...

ok jer pada siapa yg berniat takkan bwk manual..

AdiaLuze berkata...

Salam ziarah wahai sahabat

Bagus jugak ada pilihan ujian sebegini. Sekurang2nya, sesiapa yg dah biasa guna kereta auto (curi2 guna) takdelah terkial2 nak tukar2 gear bila amik lesen .. hehehe.

Saya dulu masa amik test, guna manual. Beli keta pun manual. Adalah dalam 5 tahun guna keta tu, terus tukar keta, beli yang auto plak. Yelah .. Asik jem je kan. Tak tahan la guna yg manual. Sakit kaki :)

Tapi, at least sekarang saya boleh bawa 2 jenis keta. Auto OK, manual pun OK =)

KKTG berkata...

Confirm ramai yg test lesen auto akan guna kera manual juga bila dah dapat lesen.

afeezz berkata...

assalamualaikum sahrom : aku pon setuju dengan bende ni, macam aku gak lah, sejak lulus ujian memandu, tak pernah dah drive kereta manual...

norhidana berkata...

mcm sesuai kah? ntah yek

dulu masa saya amik lesen msh gune manual lg, n lps tu saya memiliki kancil manual sampai skrg sblum membeli myvi auto...tp ttp sygkan kancil tu
sgt istimewa kalu wanita berkereta manual...sbb skrg nih ramai dh lelaki yg cume tau kereta auto... huhuhi

ieda berkata...

ada pro dan kontra dia
hurmm tepuk dada tanye selera .
yg pasti individu yg dah pandai guna manual x payah utk guna auto TAPI yg mana bermula ngan auto akan susah utk guna manual .. bukan ke payah macam tuu huhuhu

ps : dikk kena refresh sekali , entah x tahu kenapa macam tuu .. tapi ok je .. ;)

gadisBunga berkata...

kene tgk kesesuaian diri pengambil lesen tu la kan... :)

cikceriacorner berkata...

rasenye elok amik lesen manual...

biau susah2 dulu...coz auto senang..main tekan minyak..heheh

aanie berkata...

sy duk bwk kete auto smpi skrg dh x berani nak bwk manual....

org laki suka manual sb lebih pick up time nak pecut/memotong..huhu...

x kisah manual ke auto, yg penting, jgn langgar undang2....signal kena bagi...:)

C.M.A @ CikMoonAdnan berkata...

pendapat moon..auto sesuai laa sgt kalo mereka yg duk kat tgh bandar mcm kl nie kan..selalu jalan jem..kaki pon xsakit.. tapi kalo bab nak amek lesen..bior belajar manual..

Tea berkata...

Zaman saya amik lesen 2 tahun lepas belum adeee lg piljhan ini.. Ini tdk adillll

al-lavendari berkata...

saya setuju sangat. memang sudah sampai masanya. ataupun sudah agak terlewat. semasa saya di USA dulu, saya menggunakan kereta otomatik semasa mengambil ujian memandu pada tahun 1981.

beralih kepada perkara yang lain. saya ada membuat beberapa entri yang agak serius bermula dari entri bertajuk "cukup-cukuplah tu PTD" hingga entri hari ini bertajuk "PTD kena reject". saya tahu awak suka membicarakan isu yang serius. kalau ada masa, berilah pandangan. jangan bimbanga untuk memberi pandangan yang berbeza.

siti murni berkata...

Saya tak reti memandu kereta auto. tapi berdasarkan pemerhatian..nampak mudah saja..rileks..dan ramai yg cakap..bila drive kereta auto..dah tak reti drive manual.

pada pandangan saya..teruskan saja dengan latihan kereta manual...susah kan..so at least kena tau bawak kereta manual dulu..

khairul berkata...

sesuai utk wife saya

Daddy Ziyyad berkata...

saya cuma pelik, kenapa kos nya naik 10-15 %(dengar di radio pagi tadi)

Yati berkata...

Sahrom cakap, sebijik terkena batang idung akak. Akak antara orang yang tak pernah bawa kete manual lepas pass lesen masa umur 21. Husband suruh bawak kete manual dia pun, akak tak berani. Dah lupa. Hehhe..
Setuju dengan pelaksanaan ni, dapat menggalakkan mereka yang takde lesen tapi takut bawa manual untuk amik lesen auto. :)

♥cmª shIemª♥ berkata...

salam atok..
huhu...cma masih xde komen samada setuju @ tak..coz cma fleksibel..auoto manual pun redah je..

ramai para blogger yg setuju nampaknye..

Cikgu Ma berkata...

saya terer bawak dua2...manual dan auto..satu kelebiham..hehe

lama dah dengar pasal ni...

Be Simple Beb(BSB) - threeQ berkata...

rasa nyer semua akan pilih auto.. senang x sakit kaki tekan klac.

DemoNova berkata...

baik guna manual dr auto...klu da belajar memandu gune auto smpai mati la xtau bwk keta manual sbb xde basic learning....sye da 5 tahun bwk keta manual,belajar pon manual...asenye xde masalah la...klu gune auto je nmpk gayenye tak pyhla proton atau perodua nk hasilkn kereta manual atau tak yah bwk msuk sgala jenis kereta manual dlm negara ni lg...bkn dorg tau bwk pon :( so sad..

aizamia3 berkata...

belajar manual lagi untung sebab boleh guna kereta manual dan auto tetapi tidak bagi mereka yang belajar auto, tak boleh guna manual.. lesen pun hanya untuk auto.. rugi2..

bak kata pak mertua ai.. kereta auto kereta orang cacat.. hikhikhik tapi tak sangka pulak ada menantunya yang guna kereta auto.. ;)

Suhami Ahmad berkata...

nanti sah sah tak bulih bawak manual kan?

Related Posts with Thumbnails