
Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.
Seperti mana yang kita ketahui, tirai 2012 kali ini dibuka dengan keputusan oleh Lembaga Penapisan Filem ( LPF) bahawa urusan penapisan filem mulai 1 Januari 2012 akan diserahkan kepada penggiat filem itu sendiri. Ini bermakna segala tanggungjawab untuk menapis filem keluaran mereka akan diserahkan kepada pengarah, penerbit dan pengedar filem itu sendiri. Walau bagaimanapun, LPF masih bertanggungjawab mengeluarkan sijil kelulusan ( Sijil A dan Sijil B) sebagai pengesahan tapisan filem telah dilaksanakan berdasarkan perakuan pihak industri itu sendiri.
Saya secara peribadi amat bersetuju dengan langkah ini dan amat menyambut baik perubahan yang telah dilakukan ini walaupun ramai di luar sana menganggap ia satu tindakan untuk 'melepaskan diri' oleh pihak LPF. Secara peribadi, langkah ini pada pengamatan saya bertujuan untuk :-
Kepada sahabat sekalian, apa pandangan kalian mengenai isu ini ? Adakah masanya sudah tiba untuk ia dilaksanakan di negara kita ini? Layangkan minda sahabat sekalian untuk kita kongsi bersama..
Seperti mana yang kita ketahui, tirai 2012 kali ini dibuka dengan keputusan oleh Lembaga Penapisan Filem ( LPF) bahawa urusan penapisan filem mulai 1 Januari 2012 akan diserahkan kepada penggiat filem itu sendiri. Ini bermakna segala tanggungjawab untuk menapis filem keluaran mereka akan diserahkan kepada pengarah, penerbit dan pengedar filem itu sendiri. Walau bagaimanapun, LPF masih bertanggungjawab mengeluarkan sijil kelulusan ( Sijil A dan Sijil B) sebagai pengesahan tapisan filem telah dilaksanakan berdasarkan perakuan pihak industri itu sendiri.
Saya secara peribadi amat bersetuju dengan langkah ini dan amat menyambut baik perubahan yang telah dilakukan ini walaupun ramai di luar sana menganggap ia satu tindakan untuk 'melepaskan diri' oleh pihak LPF. Secara peribadi, langkah ini pada pengamatan saya bertujuan untuk :-
- Memberikan tanggungjawab yang amat besar kepada pemain industri agar senantiasa bertanggungjawab terhadap apa produk yang mereka keluarkan. Selepas ini saya menjangkakan tiada lagi kata-kata kurang enak yang dikeluarkan terhadap pihak LPF kononnya hasil pemotongan mereka menjejaskan jalan cerita filem itu sendiri.
- Memberi peluang kepada pemain industri untuk melakukan self auditing sendiri. Natijahnya, ini adalah produk mereka maka hanya merekalah yang tahu apa yang baik dan tidak baik untuk dihidangkan kepada masyarakat di luar sana. Tiada lagi konsep ' aku buat aje, LPF nak potong-potonglah..aku peduli apa'
- Mendidik pemain industri agar senantiasa peka dengan sensitiviti agama, kaum, sosial dan sebagainya. Selepas ini jika filem mereka terbukti melanggar sesuatu norma masyarakat, pemain industri itu sendiri harus memikul tanggungjawab ini dan bukannya pihak ketiga yakni LPF dipersalahkan. Ini termasuklah dialog-dialog yang sensitif yang mereka pertuturkan.
Kepada sahabat sekalian, apa pandangan kalian mengenai isu ini ? Adakah masanya sudah tiba untuk ia dilaksanakan di negara kita ini? Layangkan minda sahabat sekalian untuk kita kongsi bersama..





38 ulasan:
SALAM,
APAKAH LANGKAH INI BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF YG DITENTUKAN ? ISUNYA BESAR ..... RISIKO KEGAGALANNYA ADALAH KE ATAS UMMAH .. WALLAHUA'LAM
Harap2 pemain industri tdk mengambil kesempatan bermotifkan untung semata2...tggjawab sosial jgn lepaskan pd kerajaan...sama2 la jalankan tggjwb itu sebaiknya.
tp kan penggiat-penggiat seni kreatif memang pandai menepis kontroversi....huhuhu..dah tentu mereka ni akan cetuskn kontroversi bg lakukan filem..ermmm...
atok raso ado pro n kontra....penggiat filem hanya pandang pado keuntungan bukan pado sensitiviti jalan cerito...pendapat atoklah.
ntahla..harap-harap pembuat filem lebih kreatif dalam membuat filem..
aksi-aksi melampau dan menyentuh sensitiviti biasanya dibuat oleh pembikin filem yg x bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan..tp bg alasan atas nama seni..
bgs2... memberikan peluang buat penggiat memikirkan apa yg perlu dan tidak perlu... mana yang patut dan tidak patut...
Salam Sahrom..,
ada kebenarannya cetusan minda saudara , semuga apa yang diharapkan menjadi kenyataan dan memberi sumbangan yang positif kepada masyarakat hendaknya.
penggiat filem kene peka la. jangan buat filem sesuka hati je selepas LPF dah kata urusan penapisan tu serah pada penggiat filem tu sendiri. jangan banyak plak nak buat kontroversi dalam filem,sudah
Sahrom, sy pun setuju dgn pelaksanaan bru nie. Dr potong2 mcm tu tp kat Youtube, berlambak je ley tgk tanpa tapis jdk sy rs tak relevan!
sy berhenti menonton filem2 Melayu di pawagam sejak kematian Yasmin Ahmad dan kepincangan yang berlaku dalam industri filem2 Malaysia. byk pengencing!
jgn ada yg terlebih kreatif udah ler.. nnt filem ke mn..moral ntah ke mn..
Kadang-kadang pengeluar filem melaburkan banyak duit ringgit untuk scene-scene menarik tapi dipotong oleh LPF kerana yang dipotong tidak semestinya babak sexy je....
bergantung pada pengiat seni tu...kalo yg tak fikir pkai redah ke makin teruk cerita malaysia nnti..
kita tggu dan lihat apa yg akan jadi
salam, lama tak kemari!
salam...
selamat tahun baru...
bagi sy..lebih elok kalo kerajaan menapis dahulu filem..lg selamat
assalamualaikum sahrom : kite tunggu dan lihat sahajalah aper yang bakal terjadi. harap2 yang positif
setuju gak. Tapi harap2 dpt di laksanakan dengan sempurna
saya melihat langkah ini ada pro, ada kontra nya....semoga pemain industri filem boleh ambil langkah yg bijak dgn perlaksanaan dasar ini...
ps: Insya Allah, saya cuba hasilkan entri pasal mrsm..hehehe...
jgn ada yg x tapis langsung udah la
Salam ziarah wahai sahabat,
Mmm .. Macam benda2 lain la. Benda ni pun ada pro dan kontranye. Jangan pulak lepas ni, banyak adegan2 tak sepatutnya yang boleh 'terlepas pandang' .. heheehe
ada baik dan buruknya..
ELOK RASANYA ADA TAPISAN DARI PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB...
okey jugak tu..lepas, tapi bkn bebas!
ada pro dan kontra
sebab budaya boleh berubah dengan perubahan pandangan manusia makan kontranya nanti akan lebih banyak contohnya adegan bercium dalam omputih sudah biasa disajikan tetapi dalam filem melayu masih malu-malu alah walopon ada satu dua yang terlepas pandang satu ketika dulu...
tetapi apabila generasi kin yang dah biasa dengan adengan mat saleh tu tengok pola budaya ini akhirnya dengan mudah diterima melalui filem yang termasuk senarai 'terlepas pandang'
sama macam artis sekarang yang menganggap pakaiannya tak seksi tapi masyarakat yang dok rasa seksi retinya kita yang syok sendiri tengok dan rasa dia seksi...
salam atok..
hmm..ade baca brite psl ni..
xtahu nak komen ape coz blm nk agak pe yg akan terjadi..hope dorang akan mempergunakan dgn sebaiknye..
jgn la asik nk ade adegan sx je..
yup.... aku setuju jugak sebenarnya
Akak rasa, orang kita macam dah berani masukkan adegan tak elok dalam filem. Nanti lagi banyak benda tak elok keluar kang, sebab LPF tak potong. Pendapat akak saje.
harap harap boleh tgk perubahan pada kualiti filem lah ye lepas ni....
Assalamualaikum.
Belum boleh menjangka, namun begitu, mohon maaf kerana saya agak kurang positif mengenai hal ini. Apa pun, semoga mereka semua matang dan tahu apa yang terbaik.
Wallahu a'lam.
ada baik buruknya sahrom, yang ada tapisan pun, mcm tiris je tapisan tu, apatah lagi takde iyer dak?
Bangsa yang bertamaddun dan matang boleh menilai baik buruk sesuatu yang dihidangkan. Paling penting ilmu (agama), jati diri dan minda yang bersih lagi suci. Bila ketinggian akal sudah ada, self-censored tidak menjadi masalah lagi bagi menilai mana yang bathil dan mana yang haq kerana pancainderanya sudah dipandu kepada yang Satu.
harapkan pengarah tak terlampau la nanti..
saya pula tertnya2..mengapa?
camtulah plak skang ni pepun hrp dorang jgn melampau lah kan, jgn sedap2 buat aksi yg pelik2, ckp2 kotor..
I love to come back to www.sahromnasrudin.com
[url=http://topmusclesupplements.org]prohormones[/url]
entahlah nanti ada le benda2 melampau
aduhai..kenapa pula..nanti ada bnayak pulak filem2 yang tak bersesuaian dari segi keagaamaan ..
Catat Ulasan