Selasa, 3 Januari 2012

Pengangkutan Awam LRT Di Kuala Lumpur : Sudah Pakai Token Rupanya...

Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kita dipanjangkan umur sekali lagi untuk menjenguk fajar 2012 Masihi kali ini. Sahabat semua, semalam saya ke Kuala Lumpur untuk menghantar isteri saya berkursus. Oleh kerana semalam adalah hari bercuti, maka dapatlah saya menghantarnya sehingga check in di bilik hotel penginapannya.

Dalam perjalanan ke hotel, melalui jalan utama ke ibu pejabat saya. Sungguh indah bangunan yang baharu dibina. Semasa saya berkhidmat di Kuala Lumpur dahulu, bangunan tambahan tersebut sedang dalam proses pembinaan. Hati saya berdetik ' adakah suatu hari nanti, saya akan kembali ke Kuala Lumpur'? Hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui.

Setelah meletak kereta di hotel, kami memutuskan untuk ke KLCC tetapi dengan menaiki pengangkutan awam sahaja iaitu LRT. Saya agak terkejut juga kerana banyak perubahan telah diterapkan ke atas pengangkutan awam LRT di Kuala Lumpur ini. Antaranya termasuklah :-

  • Kami menaiki LRT dari Sultan Ismail ke KLCC. Sekarang ini, kita boleh terus membeli tiket di Stesen Sultan Ismail ke KLCC. Di Stesen Masjid Jamek, kita hanya perlu menukar tren sahaja dan tidak perlu lagi membeli tiket baru PUTRA LRT dari Masjid Jamek ke KLCC
  • Tiket sekarang adalah berbentuk token dan bukannya tiket macam dahulu lagi. Untuk masuk ke stesen, kita perlu lalukan token itu ke mesin pengimbas dan untuk ke luar dari stesen, kita perlu memasukkan token ke dalam 'tabung'. Konsep ini tidak terpakai jika kita memakai kad Touch N Go.
  • Penggunaan mesin membeli token lebih mudah dan cepat berbanding mesin tiket yang dahulu. Pilih sahaja stesen mana dan tambang siap tertera di skrin sentuh tersebut.
Itulah antara perubahan-perubahan yang saya nampak dan alami sepanjang saya menaiki pengangkutan awam yakni LRT semalam. Mungkin ada perubahan yang lain yang sahabat semua ketahui ?. Bolehlah kongsikan di kotak komen untuk perkongsian kita bersama terutama kepada mereka yang hanya menaiki LRT setahun sekali macam saya ini.

p/s: pengawal keselamatan tergelak tengok kami membeli token di mesin. Tercari-cari tempat nak masukkan wang tambang. Nampak sangat tak pernah naik LRT kan hehehehee....( orang kampong la katakan huhuhuu)

42 ulasan:

Ieda Al-Habsyi berkata...

aduhai..ieda lagi la..bertahun baru merasa naik lrt, huhuhuh! :)

zulkbo berkata...

salam..
ermm..hilang token
haru...nak kena beli
baru dan bayar maximum
kan..?

gadisBunga berkata...

baru lagi sistem token ni. last sunday saya jalan2 kl naik LRT - mmg merasalah pakai token baru. hihihi~

Lya Colours berkata...

kalau saya mau la tercangak2. lagi la x tau. hahaa

Daddy Ziyyad berkata...

dah berkurun tak naik LRT...baru saya tau pakai token lepas baca entri ni...hehehehe


ps: yup, saya camping kat PD aje pada 1 januari lepas..;)

faiz berkata...

baru lg la kot...dulu naik tak pkai token pun..

cemomoi berkata...

rasanya sampai sekarang masing canggung kalu nak naik lrt...

Pok Amai-Amai berkata...

Ada makcik tmpt keje sy cite, nek lrt pakai syiling plastik. Sy ternganga. Ouh, sy ketinggalan zaman rupanya.

=p

norhidana berkata...

heheheh... ala jgn la ckp org kg... mmg skrg dh gune token, saya tau pun sbb edy pg balik keje ngn lrt...
tp kalu ada tounch n go sama je cam dulu2... saya pun dh lama tak naik lrt nih... heheheh

C.M.A @ CikMoonAdnan berkata...

Sistem yg baru nie lebih mudah :)

Masa sistem baru dgunakan..moon pon tkial2 nak guna.. Skang ni..dah pro..ngeee

afeezz berkata...

assalamualaikum sahrom : aku dah lama tak naek pengangkutan awam ni. kalau suruh aku naek bas, sure aku tak tau dah...

Cikgu Ma berkata...

stat pakai token minggu terakhir november 2011...

salam kenal =)

gurukah aku???

khairul berkata...

x pernah merasa naik LRT ni bro....btw..saga tu mmg pki 16" rims

Cik SHiNJU berkata...

Dah lama x naik lrt..
Salu naik erl jek...
Dah dok Sepang ni kena berkereta
la nak ke sana sini..
Dok kL dulu jimat belanja,byk
pengangkutan awam..

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

dh lama sy x naik LRT..

aanie berkata...

sy pun baru tahu lepas baca n3 ni...haha...

Ujie berkata...

saya pun baru tau..janggal pulak masa nak guna tu. tapi staff kat situ byk bantu..masa nak beli & nak guna.

pena rozie berkata...

hu..hu...hu... dah boleh komen.

JunAina berkata...

Kak Aina dah terkena 3 minggu yg lepas, asyik merempit je tetiba hari tu suami kata ambik kat Jalan Masjid India lepas solat jumaat.

Nak beli tiket kaunter tutup terpaksa guna mesin tapi bila tiba2 keluar toket tergaru2 kepala. Aisey man cam ner nak buat nih...hahahaa...

[PCL] berkata...

Assalamualaikum shahrom, kalau tak diberitahu mana mungkin saya tahu ttg nih...bertahun tak naik LRT train.

khaifaiz berkata...

lama juga aku tak naik LRT

atuk berkata...

Assalamualaikum Sahrom

lama betul tak naik LRT

Mila@Rimbun berkata...

Salam Sahrom.. saya pun baru tau, itu pun adik yang cerita. Sejak dah tak kerja tgh bandar ni dah tak tau apa berlaku kat sana. Sesekali naik lrt tuh guna TNG jer.. senang gitu

KhaiRin - anies berkata...

sy pon br tau jg...sbb selama ni pakai tng je..

fairus berkata...

TAK PERNAH NAIK LRT.. DULU MASA BELAJAR KAT SHAH ALAM, PERNAH SEKALI SAJA RASANYA NAIK KOMUTER.. ;)

♥cmª shIemª♥ berkata...

salam atpk!

huhu..dah lama sgt cma x naik pengngkutan awam..
cma pun bru tau sistem token ni..

haru la klu cma yg ade kt situsi tu...huhuhu..

Afida Anuar berkata...

ooo..

Yer la, awak duk jauh dari sini, saya yang duk kat sini pun tak pernah naik LRT yang pakai token tu semua, mau kalau nak naik nanti, jakun jadinya saya..hehe

yang selalu saya naik ERL, still lagi guna kad...

Sharinginfoz berkata...

senang guna touch N go tak payah beratur.....

eelobor berkata...

aku naik LRT baisanya malas drive nak bersesakkan dalam bandaraya. selalunya bulan puasa atau dekat nak raya. lagi senang dari menghabiskan masa dok sesak kat atas jalan. pasal token tuh, aku pun belum pernah lagi tuh

Tea berkata...

11 tahun dah rasanya tak naik LRT... Selamat tahun Baharu Tuan!

Suhami Ahmad berkata...

adoi...ni yang atok seram nak naik lrt pasni...takut kono golak...atok laie kampung...hihi

Yatie Awang berkata...

belum pernah naik LRT lagi, KL pun baru beberapa kali pergi hehehe..
Kisah sedih: JUBAH UNTUK IBU

Yati berkata...

Akak pun tak tau, Sahrom, dah pakai token. Teringat dulu masa bujang. Hari-hari naik LRT pi kerja. :)

ORLANDO AHMAD berkata...

pagar tiket tu dah beratus kali gua lompat, tiket mcm harem

baincardin berkata...

thank you for sharing. Bain pun baru tau ni. ^_^'

mamaNoriz berkata...

say lagi lah...setahun sekali pun susah nak rasa LRT tu...huhuuuu

AdiaLuze berkata...

Salam ziarah wahai sahabat ..

Hehehe .. Nak cakap banyak pun takleh sebab dah laaammaaa sesangat tak naik LRT ka komuter ka, hatta bas sekalipun.

Almaklumlaa .. Sy ni memang jarang2 sangat nak g KL nun sebab tak brapa gemor nak bersesak2 .. Huhuhu

Papa Mifz berkata...

oh dah pakai token yer...baru tau...last naik LRT zaman bercinto dulu...

azmnor berkata...

Salam Sahrom...,

Saudara , penggunaan token tu baru saja bermula beberapa bulan yang lalu...saya memang pengguna tetap LRT dan saya mencuba menggunakan semua kemudahan yang disediakan token, kad bip dan kad myrapid ... memang banyak perubahan yg ketara dan penambahbaikan yg telah dilaksanakan...walau pun tak setaraf MRT S`pura tapi LRT malasia semakin mengorak langkah kearah lebih canggih lagi...

sahromnasrudin berkata...

# kepada sahabat blogger sekalian : terima kasih atas semua komen dan pandangan kalian..semoga perubahan positif yang diterapkan ini, akan menjadikan pengangkutan awam khususnya LRT di negara kita menjadi pilihan kepada semua warga Kuala Lumpur ..insyaAllah

Baju Murah Bagus berkata...

info2 bermanfat
salam kenal,,sukses yahh dengan postingan nya

~Nana BamBam~ berkata...

nana dah merasa pakai token..kaler yellow..huhu

Related Posts with Thumbnails