Khamis, 26 Januari 2012

Pengalaman Berurusan Dengan Pejabat Imigresen.


Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.

Hujung minggu lalu dan sehingga semalam, saya pulang ke kampung mertua saya di Kedah. Kepulangan secara mengejut ini atas faktor kesihatan bapa mertua saya yang tidak mengizinkan. Bapa mertua saya dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang dan menjalani pembedahan major. Saya akan menceritakan kisah lanjut mengenai bapa mertua saya ini di entri yang akan datang.

Semalam juga sebelum bertolak pulang ke sini, saya singgah di Pejabat Imigresen Sungai Petani untuk membuat passport. Seperti biasa, apabila berurusan dengan pejabat kerajaan khususnya di kaunter, ramai orang akan membuat kesimpulan mudah seperti lambat, ditendang seperti bola, petugas kaunter tidak mesra alam, petugas kaunter menengking dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, apabila saya berpeluang berurusan sendiri di Pejabat Imigresen Sungai Petani ini, ternyata semua tohmahan itu meleset dan telah banyak perubahan yang diterapkan di Pejabat Imigresen Sungai Petani ini. Berikut antara pengalaman saya berurusan di pejabat Imigresen Sungai Petani.

  • Saya tiba di Pejabat Imigresen Sungai Petani iaitu di Tkt 2, Wisma Keladi kira-kira jam 8.10 pagi. Saya terus ke kaunter pertanyaan dan menyatakan hendak membuat passport sambil menunjukkan borang ini yang telah lengkap saya isi bersama 2 keping salinan kad pengenalan dan 2 keping gambar.
  • Petugas kaunter memeriksa borang yang telah lengkap saya isi beserta tandatangan dan beliau mengecop di sisi borang sambil memberi angka giliran dan meminta saya duduk di kerusi yang disediakan sambil tersenyum. ( sambil mengucapkan terima kasih, saya pun terus duduk di kerusi yang disediakan)
  • Kira-kira jam 8.30 pagi, angka giliran saya dipanggil. Saya terus ke kaunter yang diarahkan dan menunjukkan sekali lagi borang saya yang telah dicop. Pegawai di kaunter memeriksa gambar saya dan menyatakan bahawa gambar saya tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan. Dengan suara yang tidak tinggi sambil tersenyum beliau meminta saya ke Tingkat 4 untuk membuat gambar baharu mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Beliau menyatakan akan memproses permohonan saya ketika saya mengambil gambar baharu di Tingkat 4.
  • Saya terus ke tingkat 4 untuk membuat gambar baharu dan RM 5 dikenakan. Di tingkat 4 adalah kedai gambar dan bukannya pejabat milik imigresen. Maka, tidak hairanlah RM 5 dikenakan untuk 4 keping gambar
  • Selepas itu, saya kembali ke kaunter tadi dan menyerahkan gambar baharu saya. Setelah selesai memproses borang saya, pegawai kaunter meminta saya duduk sebentar sebelum nombor dipanggil sekali lagi untuk membuat bayaran ( kaunter yang berlainan).
  • Tidak sampai 3 minit, nombor saya dipanggil. Saya terus ke kaunter bayaran untuk membuat bayaran. Saya memilih untuk tempoh selama 2 tahun sahaja maka RM 100 caj yang dikenakan dengan passport setebal 48 mukasurat.
  • Selepas membuat bayaran, saya diminta tunggu selama 1 jam iaitu antara jam 8.45 sehingga 9.45 pagi kerana sekarang ini passport yang kita buat sudah boleh siap dalam tempoh satu jam sahaja. Tidak perlu tunggu berhari-hari macam dahulu lagi.
  • Dalam tempoh satu jam ini, saya pun mengajak isteri saya untuk turun ke bawah bersarapan dahulu. Ini kerana keadaan sudah mula sesak di pejabat lantaran orang ramai sudah semakin ramai.
  • Selepas satu jam, saya pun naik semula ke Tingkat 2 tadi dan meletakkan resit bayaran di kaunter pengambilan. Tidak sampai 5 minit, nama saya dan isteri saya dipanggil dan passport kami pun siap. Alhamdulillah, sebelum jam 10 pagi semuanya selesai di situ juga.
Mengikut pemerhatian saya sepanjang berada disitu dimana saya berpeluang melihat kerenah pelanggan yang lain dan keadaan akan menjadi kelam kabut apabila :-
  • Kita datang kosong dan tidak tahu apa-apa. Disarankan apabila kita hendak berurusan dengan mana-mana agensi, kita buka dulu website mereka dan muat turun borang yang diperlukan beserta dengan dokumen sokongan yang diperlukan dan sebagainya. Kita senang dan petugas di kaunter pun senang. Saya melihat ada segelintir pelanggan yang menaikkan suara dahulu kepada petugas di kaunter. Kata-kata seperti ' kne isi borang dahulu ke?, boleh tolong isikan tak?' benar-benar menguji kesabaran petugas kaunter. Ditambah pula yang berkata itu adalah golongan muda. Jika golongan emas, boleh dimaafkan lagi.
Kesimpulannya, dalam apa situasi pun kita hendaklah senantiasa menghormati mereka yang bertugas di kaunter kerana mereka melayan beribu karenah pelanggan yang pelbagai rencam dan caranya. Kita jangan sesekali menaikkan suara kerana saya percaya dan yakin jika kita mahu dihormati, kita harus terlebih dahulu menghormati mereka yang menjalankan tugas dengan begitu komited dan berdedikasi.

Kepada sahabat sekalian, jika tidak keberatan bolehlah berkongsi pengalaman kalian berurusan dengan mana-mana pejabat kerajaan di kotak komen untuk perkongsian kita bersama.

33 layangan minda:

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

baguslah kalau pekerja di servis kaunter bersikap mesra begini kan..brlah perkhidmatan cemerlang namanya :)

Lya Colours berkata...

tak semua kaunter tak memuaskan. kalau kita hormat mereka, mereka pon hormat kita. kan kan kan. so kene bertimbangrasa la

pena rozie berkata...

ok la kalau x de banyak amasalah...

kasihibu berkata...

berurusan dgn kuanter paling senang dan lancar kalau kita sendiri dah lengkapkan dan sediakan apa yg patut kan?

mamaNoriz berkata...

harap jadi contoh kepada pejabat khidmat awam yg lain juga...

tapi lain tmpat lain kadar kecepatan nya...
klu bndar besar agak lmbat sket berbanding pekan kecil sbb bergantung pd kuantiti penerimaan hari tersebut...

norhidana berkata...

saya setuju... saya penah bt pasport di kukup pontian johor pun dgn mudah n cpt...walau kene menunggu 1 jam... tp bile kite ikut apa yg ditulis ngn betul semua jd mudah je...

afeezz berkata...

assalamualaikum sahrom : sy pernah berurusan dengan pejabat paspot di putrajaya. perkara sama juga berlaku, tetapi terpaksa menunggu lama kerana ramai sangat manusia ketika itu. selepas semua urusan selesai, kene la tunggu 1 jam tu. kami pi la makan dulu dan dtg semula ngam2 1 jam. tetapi no. kami dah terlepas. jadinya cepat jugak la diaorg wat keje... ape2 tahniah kepada kakitangan kat situ

aanie berkata...

buat pasport? nak g obersi ke?? bestnya.....

Amy Syaquena berkata...

wah en sahrom buat passport..nak gi mane tue...

amirah berkata...

rasanya pengalaman saya ok je dengan pejabat imigresen.sekejap je dah dapat passport.betulla bro sahrom.kalau ada dokumen yg x lengkap memangla melambatkan..kalo x memang ikut prosedur sekejap je..

ehem..nak berjalan makan angin obersi ke?

Dinda Iva berkata...

nak seribu daya..tak hendak beribu dalih...tapi saya memang setuju selalunya pekerja yang dikaunter elok je,....tapi kita ni yg dtg menggelabah..dah salah taknak ngaku marah2...dah tu siap jaja cerita bagai..memang tak semua kaunter yg teruk..tapi banyak yg baikkan...

KhaiRin - anies berkata...

maybe sesetengah tmpt tu berlainan situasinya.. kalu dpt yg elok, maka elok la kalu dpt yg moody, maka hangin la hehehee

p obersi ka?

khairul berkata...

bukan senang nk jaga hati semua org kan ...BTW...awat singgah kedah x calling2 ?

miss nina berkata...

saya ada penagalam beri servis dan terima servis di jabatan kerajaan.
bila salah satu pihak tenang dan faham akan prosuder, semuanya jadi mudah.

memang kesulitan dalam urusan pasti ada, yang penting sifat mahu memperbaiki kekurangan mesti ada di kedua-dua pihak.

Jabatan Imigresen -Hentian Kajang not bad, boleh bagi 8 bintang

fairus berkata...

AKU BUAT PASSPORT ANTARABANGSA 4 TAHUN YANG LEPAS.. KAU CERITA SEKARANG, YANG 4 TAHUN LEPAS SEBENARNYA MEREKA SUDAH MEMPERBAIKI KELEMAHAN.. MEMANG SATU JAM SAJA SUDAH PEROLEH PASSPORT.. MEMANG TERBAIKLAH MEREKA SEMUA NI...

eelobor berkata...

setuju bro.... aku sangat setuju ngan entri ko yang mana;

1. bukan kesemua jabatan kerajaan sama seperti di label oleh kebanyakan daripada kita
2. aku juga pernah berurusan dengan imigresen di jalan duta.... sangat cepat urusannya (5 tahun lalu)
3. membuat persedian awal dengan rujukan dalam mana2 laman web mungkin bukan untuk kesemua orang... tapi aku setuju gak bab ni
4. eh...panjang lak, macam la entri aku kan? huhuhuhu

Iza Teratak Usang berkata...

Tak pernah lagi buat pasport...

mMoOnN aAlLeEaA berkata...

lea buat pasport dekat imigresen putrajaya.oleh kerana lea ni asalnya sarawak kena tunggu dalam masa sepuluh hari baru boleh buat.kena tunggu kelulusan dari imigresen sarawak dulu. borang lea dah serahkan pada hari yang lea datang tu dan dalam masa 5 hari imigresen putrajaya dah call cakap da dapat kebenaran.sampai dekat imigresen putrajaya jam 8.10 pagi pada ari keenam tu jamm 8.45 dah dapat pasportnya.tak sampai sejam.

mMoOnN aAlLeEaA berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Cikgu Ma berkata...

berurusan di imegresen anak bukit, alor setar pun memuaskan...

spontan K

redza berkata...

syukur alhamdulillah..urusan dipermudahkan

Huda berkata...

setuju sangat, tak semua kaunter tak bagus dan macam saudara kata, sebelum berurusan di kaunter kerajaan, kita kenalah sediakan dokumen yang diperlukan...

Mohammad Abu Bakar Kamal berkata...

kuman sebarang laut nampak.. gajah depan mata.. hampeh buat tak tahu..

Deru Ombak berkata...

Salam SAHROMNASRUDIN..
Rasanya dah lama proses buat passport ni dalam masa -+ sejam.

siti murni berkata...

setuju dengan sahrom. seelok-eloknya kita pastikan dulu semua dokumen yang diperlukan in order..semua bahagian borang di isi lengkap..insyallah..pasti mudah urusan kita..dan mudah jugak urusan kakitangan yg bertugas tu..:)

pengalaman saya pun sama..tak sampai 4 jam pun..passport siap.

Hairun Azmi Hashim berkata...

Zaman dah berubah...

Jom join Giveaway Sulung Miecyber's Blog

http://www.miecyber.com/2012/01/giveaway-sulung-miecybers-blog.html

♥cmª shIemª♥ berkata...

salam atok...wah..syabas! dpt berurusan tanpa ada apa2 masalah...lain benar dgn situasi yg berlaku pd kwn2 cma..

cma x penah lagi pejabat imegresen

Yati berkata...

Akak baru baca hari tu, skrang buat passport dah senang, tak macam dulu. Akak juga suka pergi ke cawangan lebih kecil kalau ada urusan kerajaan ni, sebab biasanya, orang kurang, berbanding pergi cawangan di bandar lebih besar jabatan berkenaan.

hatiputera berkata...

sudah menjadi lumrah kakitangan awam yang bertugas di kaunter dikatakan lembab dan tidak mesra alam..tetapi cuba kita bayangkan berapa banyak karenah dan ragam manusia yang berbeza yang mereka perlu layan setiap detik dengan berbagai pertanyaan yang mungkin kadangkala terlalu remeh untuk dijawab,,,apapun saya ucapkan syabas kepada kakitangan terlibat,,,,

IMANSHAH berkata...

cuba letak diri kita di tempat mereka

Pencacai Alim berkata...

salam sahabat..lama tak mai sini...

apa2 pon aku suka dgn kesimpulan tuh..

khaifaiz berkata...

buat kerja apa pun kalu ada persediaan awal semuanya mudah dan senang

Tea berkata...

Setuju tu Tuan, sekarang sgt mudah nak buat passport.. dulu sampai 3 hari nak siap...

Related Posts with Thumbnails