Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.
Pagi tadi, seperti biasa saya minum pagi di gerai berdekatan dengan tempat kerja saya. Sedang leka menikmati sarapan saya, saya terperasan bahawa gerai tersebut telah diaudit oleh Pejabat Kesihatan dan diberi taraf B dari segi tahap kebersihannya. Saya sedar sebelum ini gerai tersebut telah diberi penarafan A dari segi kebersihannya namun begitu audit terbaru yang dilakukan pada 11 Januari yang lalu menunjukkan penurunan gred dari A ke B.
Oleh kerana saya sudah biasa dengan tuan gerainya saya pun memberanikan diri untuk bertanya kepada beliau kenapa perkara ini berlaku serta meminta izin untuk saya mengambil gambar diatas. Berikut perbualan saya dengan pemilik gerai :-
Saya : Kak, kenapa jadi B nie, kak..Akak abaikan tahap kebersihan ke kat gerai akak nie..
Tuan Premis : Tu la, ari tue diorang datang secara mengejut. Tak sempat akak nak bersihkan apa yang patut.
Saya : Memang la diorang datang secara mengejut, kak..Kalau diorang bagitau cakap nak datang, saya rasa silap haribulan akak bentang karpet merah untuk diorang ( bercakap dengan nada gurau). Sebenarnya, apa yang menyebabkan ia jadi B nie..
Tuan Premis: Nie ha, pekerja akak nie. Dia rendam tuala yang lap meja dalam besin. Sepatutnya selepas lap meja, tuala tu kne dibersihkan dan disidai supaya kering. Tu la yg orang penguatkuasa tue cakap. Dari segi penyediaan makanan, takde masalah..Semuanya bersih sebab akak yang kontrol semua.
Saya : Ermm, dek kerana pekerja akak, yang menerimanya akak juga kan. So, pas nie kne train betul2 pekerja akak tue biar diorang ikut prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang. So, pas nie saya doakan kalau diorang buat pemeriksaan lagi, harap premis akak akan naik pangkat ke A semula ya..( sambil tersenyum)
Perbualan ditamatkan kerana pemilik gerai perlu menyambung semula tugasnya. Persoalannya, kepada sahabat sekalian, adakah kita mengambil berat akan tahap kebersihan premis makanan yang kita kunjungi. Saya sendiri kadang-kadang tidak mengambil kisah akan gred-gred seperti diatas kerana mungkin kita tidak sedar atau tahu apakah maksudnya.
Adakah sahabat blogger semua tahu akan maksud gred kebersihan seperti yang dipaparkan diatas ? Layangkan minda sahabat semua untuk kita kongsi bersama di kotak komen.

39 ulasan:
Ada kedai, lgsg tak letak kedainya tergolong dlm gred bape.
Kat kaw umah sy, ade 1 restoran Cina tersgtlah kotor. Tp jgn terkejut tgk pengunjungnya ramaiiiiiiiiii!
mostly kedai yang saya pergi makan tak nampak pon ada logo gred apa tu. dorang sorok kot. huhu
Yup saya tau pasal gred tersebut pasal kawan saya kerja di bahagian yang check premis ni..harap akak gerai tu dapat gred A semula
kedai makan memang leceh sikit.so tuan kedai kena ready je bila2 pun org nak dtg check
sy mmg selalu perhati yg gred tu..
so far yg sy jumpa gred A dan B jelah..ada ker yg dpt gred C?
selalu jugak tengok gred ni sebelum makan..dan sambil2 tu tengok2 jugak keadaan kedai dan sekelilingnya juga..huhuhuu
saya suke tgk gred A ke B ke kt setiap kedai mkn ke restoren ke yg saya pg makan... pastu mlt saya akan becok tanpa kt edy agak2 naper ek dia dpt A ek... pastu saya akan bebel2 sambil tgk pekerja2 bt keje... n kalu tgk gerai tu B n pekerja lak mcm kotor2 je pastu tak pg lg lah... jwb nyer...
Tuan bawak bekal ke pejabat? Masak nasi dan goreng bilis jer pun okkk...
rmai perniaga yg abaikann bab plg penting dalam makanan iaitu kebersihan..
sekarang restoran yang bersih mahal pulak harga makanan. elok bawak bekal sendiri, jimat ckit..
mujuq kakak tu ok nak jawab soalan2 terjah hang. hehe
Salam ziarah wahai sahabat ..
Hmmm .. Rasanya kesedaran pengusaha2 kedai makan ni pun agak kurang kot. Yela. Takkan masa ada pemeriksaan je nak betul2 bersihkan premis kan? Bukan ke kebersihan tu adalah kerja yang kena dipantau secara berterusan ... Thehehehe
Apa2pun, kena ingat satu benda ni " Kebersihan Tanggungjawab bersama" ^^
kalo owner tuh dapat gred C or D ke sure tak gantung nyer la result gred tuh...hehe
saya tak perhatikan gred tu,,,mana kedai yang ramai orang saya masuklah kalau nak makan,,,kalau terpandang gred tu barulah cakap,,,oooo gred b kisahnya kedai nie,,,
tahu pasal gred ni, kebersihan itu sgt2 penting malangnya tak ramai pemilik restoran yg ambil peduli
hmm kebiasaanya.. moon mmg memerhati kedai2 mkn..bersih ke tak.. kalo dah tau cara mereka xbersih.. skali je laa datang..
*apa gunanya makanan yg dimasak sedap tapi kebersihan x dijaga kan..kan..
salam atok!
hmm...pasal gred2 ni ade amek kisah jugak..selalunye..kedai yg ade gred ni kedai2 mkn yg tempatnye agak 'eksklusif'..
cma mkn kt kedai tepi2 jalan tu..xde plak gred2 mcm ni.
walau apepun.kebersihan still no 1!
Assalam..
Saya tak pernah pilih pulak gerai tu gred A atau B sebab asyik pergi makan kat beberapa gerai yg sama je...hehe..
Pilihan pertama yang dibuat, apa makanan yg nak di makan, tengok samada kedai tu ramai orang atau tidak.
sy slalu nmpk kt food court JJ tmpt lain mmg x ada..
kadang kita x sedar akan itu..
pengajaran supaya kita lebih prihatin terhadap kedai kita supaya jadi bersih sentiasa..
hehehe....tau makan jer. selalunya taraf A & B jer lah yang menjadi pilihan.... taraf C tak menjadi pilihan
oh..tak perasan pulak sahrom.. kena lebih peka nampaknya lepas ni.
tapi kedai yang selalu saya pergi tu, nampak kebersihan memang terjaga, cuma tak perasan gred dia berapa jah... sok saya tengok;)
x ramai yg tengok...perot lapar ...bedal aja
x ramai yg tengok...perot lapar ...bedal aja
ye tak ye jugak kan..
kalau gred A, kemain diorang letak depan pintu....tp kalau gred c, tak nak lak gantung.....
Sebuah mapley ditutup seminggu, dan DBKL tampal kenyataan di grill kedai mengatakan kedai tersebut ditutup dengan beberapa sebab, termasuk aduan dari pelanggan kedai nya sangat kotor.
Lepas seminggu bila dah buka semula, saya tanye kenapa tutup seminggu?
Tokey kedai jawab.. Renovation.. !! hehe
amy jarang tengok asal perut lapar je amy belasah apa yang ada huhu..
kalau atok ngap yo....asalkan bukan selain A atau B
GRED NI DIBERI PADA MASA LAWATAN PEMANTAUAN JE.. LEPAS TU WALLAHUAKLAM, BERSIH KE TIDAK KITA PUN TAK TAU.. PIHAK PEMERIKSA KENALAH SENTIASA PANTAU...
Ada tengok gred ni bila makan kat kedai. Kebanyakannya A atau B la. Yang C, mesti tuan kedai tak display kot, nanti customer mesti tak mau makan situ.
ramai orang tak perasan ni, eeelok le buat gitu supaya pelanggan lebih selesa dengan perkhidmatan yang diterima
Assalamualaikum Sahrom
grai2 yg selalu saya makan ni, tak ada pulak tanda macam tu...mukin tak pernah buat pemeriksaan kut
yaa....tengok gerai / kedai...sekali pandang dah serabai, pasti tak kan masuk...
Salam ziarah wahai sahabat ..
waahh .. ni mesti masih kat kg kan .. Bercuti sakan nampaknya .. Apapun, selamat bercuti dan semoga selamat kembali bertugas minggu depan ^^
B ok ler dari F...hehhee
Alahai.. kasihan orang yang berniaga tu. Dah nasib, tak apalah kan. Pengajaran masa akan datang. :)
ada satu restoran mamak kat tempat sya ni dah kena sita sbb kotor yg amat dan pekerja haram dr india...huhuuuu
hurm tapi ade jugak yg hanya gred je A...tapi hakikatnya tak A pon..tapi bukan semualahkan... saya dan husband kalau makan digerai biasanya akan pergi ke gerai yg kami mmg dah kenal lama..boleh jengok2 dapur kedai..tu tabiat husband..dia suka ronda tgk bersih atau tak..saya sendiri pon tgk keadaan sekeliling..takkan kerana masakannya sedap so kalau persekitaran kotor pon kita nak balun...tidakkkkkk
Catat Ulasan