Semalam terdapat kematian berlaku di kawasan kejiranan saya. Saya pun hanya mendapat panggilan telefon dari jiran berdekatan memaklumkan akan perkara ini. Oleh kerana saya bertugas di luar dan lewat petang baharu saya pulang ke rumah saya tidak dapat menghadiri majlis pengebumiannya. Walau bagaimanapun, sebelah malam yakni selepas solat Isyak saya sempat menghadiri majlis tahlil yang diadakan di rumah jiran saya tersebut. Saya pun berjumpa dengannya dan mengucapkan takziah atas pemergian ahli keluarganya.
Kemudian, pagi tadi saya ada kerja luar dan petang ini saya berada di pejabat dan teringat untuk membuat entri berkenaan hal ini. Saya pun cuba google menggunakan perkataan hukum majlis tahlil arwah. Dan saya jumpa fakta yang boleh dipelajari, diyakini dan dipercayai di laman blog ini. Laman ini menerangkan dengan jelas apa itu majlis tahlil dan arwah. Ia sebenarnya :-
APA MAKSUD TAHLIL ARWAH DAN BAGAIMANA HUKUMNYA PULA ?
Tahlil bermaksud suatu ungkapan atau kata-kata yang bertujuan memuji dan membesar-besarkan Allah SWT serta iringan doa agar si mati diberikan pengampunan oleh Allah SWT.
Menurut Doktor Sayyid Sabiq, amalan kebaikan yang dilakukan oleh keluarga si mati dan kerabatnya yang memberi manfaat ialah:
1. Doa dan Istighfar
Imam Ar-Ramli di dalam Minhaj dan Ibnu Silah mengakui bahawa bacaan orang hidup kepada roh si mati diterima sebagaimana kita berkata:
Maksudnya: “Ya Allah, sampaikanlah pahala apa yang kami baca kepadanya!”
2. Sedekah
Imam Muslim menegaskan berdasarkan kepada Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bermaksud:
Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu berkata: “Sesungguhnya ayahku telah meninggal dunia dan meninggalkan harta. Beliau telah mewasiatkan harta tersebut kepadaku. Apakah patut aku bersedekah dengan harta tersebut? Sabda Rasulullah SAW: “Ya.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Nasai’e)
Amalan ini turut disokong oleh Ibnu Taimiyyah dan Imam Nawawi.
3. Haji
Ibnu Abbas meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW maksudnya:
Telah datang seoarang wanita kepada Rasulullah SAW lalu berkata: “Ya Rasulullah! Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia dan tidak sempat melakukan ibadah haji. Apakah boleh aku mengerjakan Haji untuknya?” Rasulullah SAW bersabda: “Ya, kerjakanlah Haji untuknya.” (Hadis riwayat Muslim dan Tirmizi)
Imam Nawawi berkata di dalam kitab Syarah Muslim bahawa kebanyakan ulama’ termasuk Imam Syafie’ berpendapat harus mengerjakan Haji ke atas si mati samaada Haji Fardhu atau Haji Nazar.
4. Membaca Al-Quran
Imam Syafie’ menyebut di dalam kitab Al-Fiqhi Mazahib Al-Arba’ah bahawa pahala membaca Al-Quran sampai kepada mayat. Begitu juga Ibnu Qudamah di dalam kitabnya Al-Mughni menyebut bahawa pahala bacaan Al-Quran itu sampai kepada si mati berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Bacalah surah Yasin kepada orang mati di kalangan kamu.”
Beliau menyebut lagi, bahawa ijma’ ulama’ bersepakat bahawa pahala bacaan Al-Quran sampai kepada si mati dan mereka sentiasa melakukannya dan tidak ada di kalangan mereka yang mengingkari.
Manakala di dalam Nihayah Al-Muhtaj menyebutkan:
“Disunatkan membaca Al-Quran dan berdoa setelah selesai membacanya. Sesungguhnya ia memberi manfaat kepada si mayat dan doa selepas membaca Al-Quran lebih cepat dimakbulkan.”
Sekian, Wallahhu a’lam.
Sumber rujukan:
Al-Fiqhi Mazahib Al-Arba’ah, Bab Wasiah bil haj wal qira’ah, Abdul Rahman Juzairi, Juz’ Salis, Darul Fikr.
Siri Kefahaman Bid’ah, Dr. Umar Abdullah Kamil diterjemahkan oleh Fauwaz Fadzil Noor, PMRAM.
Kubur Hukum dan Permasalahan, Dr. Umar Abdullah Kamil diterjemahkan oleh Fauwaz Fadzil Noor, PMRAM.
Panduan Lengkap Kehidupan Muslim, Haji Nik Azran Muhamed dan Warnidah Wan Abdul Razak, PMRAM.






40 ulasan:
menarik info yang diberikan oleh saudara... :D
SALAM,
TKASIH ATAS USAHA PERKONGSIAN INI
thanx atas perkongsian..bertambah ilmu harini :)
Terima kasih en. sahrom atas ilmu ini
Keluarga si mati yang menghimpun org ramai dan menjamu mereka dgn makanan dikatakan bid'ah.
time kasih atas info ini....
nak tanya, kalau kenduri nak masuk umah baru apa hukumnya ye??
hampir sebijik dgn apa yg ustaz sy ckp dulu...
Salam S.
Info yg sgt baik. Terimakasih kerana berkongsi...
info yang sangat2 menarik...follow sini ya...
mmg tak salah,
tapi jadi salah jika masyarakat merasakan ia WAJIB.
Cth: sblm bln Ramadhan semua sibuk buat knduri arwah sbb ia jadi tradisi dan seolah2 wajib buat. org pandang serong jika kita tak buat.
Hakikatnya, kenduri arwah boleh saja dilakukan pd bila2 masa.
buat ikut sunnah jangan ikut adat, sampai 7, 40 hari laa...
Kami pun plan nak buat tahlil skali ngn majlis aqiqah anak buah cuti maulidur rasul nt...
kebetulan ya sahrom, tengah dengar ustaz azhar idrus bicara pasal tahlil jugak ni;)
thanks for the info..
sahrom..t.kasih atas perkongsian ilmu.... :) Suka..~
sama2 kita belajar..BTW...marka tu maksudny a...awek..
ade yg kata haram..ade yg kata harus..
tp bg cma xelok la majlis tu jika mknnya berlebihan dan membazir..
mekasih share ye atok!
info yang bagus. tambah ilmu hari ni. terima kasih :)
Terima kasih en.sahrom , info yang sangat berguna...
semua info itu benar sama sekali..perbanyakkan surah yassin, bersedekah dan banyak membaca Al-Quran adalah lebih baik untuk si arwah...agar rohnya tenang..
Assalamualaikum Sahrom,
Melakukan sesuatu dengan mengetahui nas dan puncanya sangat baik.
Terima kasih sahrom.
saya kurang faham, adakah majlis tahlil baik dianjurkan atau tidak?
good sharing bang =)
terima kasih sebab entri ni.
sememangnya kita diwajibkan untuk membuat sesuatu tu dgn ilmu, tak boleh sebarang buat aje...
dah jadi trend orang kita berbalah perkara yang cabang. yang jelas HARAM tertera dalam Qur'an & Hadis, tak mau pulak di ambil berat
Kadang-kadang masyarakat kita mengikut adat sehingga terlupa pada hukum.
Terima kasih kerana berkongsi.
tq sudi sharing dikk
sekurang2nya kita dah tahu ;)
thanx for sharing..
errmm, rujukan> ustaz fawwaz fadzil noor, kalo tak salah beliau abg senior sekolah..anak kepada allayarham presiden pas ustaz fadhil nnor..(mmaaf, x ada maksud apa2)
http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/2012/01/selamat-ulangtahun-jom-wish-ramai2.html
nak beramal kena ada ilmu..
betul tu.. buat apapun dengan ilmu..
Yg penting nawaitu.. lakukan kerana Allah... :)
thanks for sharing
TERIMA KASIH KERANA BERKONGSI SAHROM..
Salam ziarah wahai sahabat ..
Terima kasih di atas perikongsiaan ini. Sesungguhnya hubungan kita dengan si mati tidak akan putus begitu sahaja selagi ada doa,amal dan jariah yang boleh kita titipkan buat mereka.
info yang menarik...atok baru tahu...timo kasih =)
"kita jangan sesekali memperkecilkan apa yang orang lain lakukan kononnya mereka salah dan kita tahu akan semua perkara." betul.. biarlah apa yang kita buat berlandaskan hukum bukannya adat semata.
Alhamdulillah, dapat ilmu di sini.. terima kasih ya..
Terima kasih Sahrom, atas perkongsian ini.
mmg ade kekeliruan pun sblm ni, ade yg ckp x perlu buat tp sumenya bergantung kpd niat kan..niat kita utk sedekahkan amalan kepada si mati je..setuju sgt part "jgn sesekali memperkecilkan apa yg org lain lakukan" tu..
terima kasih atas ilmu nih bro...bertambah ilmu den...:)
Catat Ulasan