Selasa, 31 Januari 2012

Kanser Usus..

Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.

Cuti Tahun Baharu Cina yang lalu saya pulang ke kampung mertua saya kerana mendapat berita bahawa ayah mertua saya dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan. Ayah mertua saya pada mulanya mengadu sakit perut yang terlampau sakit lalu ibu mertua saya dan seorang jiran serta adik saya membawanya ke sebuah hospital swasta di Sungai Petani untuk membuat pemeriksaan lanjut. Kejadian ini berlaku pada petang Sabtu 21 Januari 2012.

Ayah saya kemudian admit di hospital swasta itu selama 1 malam untuk mendapat pemeriksaan mengenai penyakit yang beliau hadapi. Esoknya, doktor mengesahkan bahawa beliau menghidap penyakit kanser usus dan sudah berada di tahap yang serius serta perlu menjalani pembedahan dengan segera.

Seperti mana yang kita ketahui, kos pembedahan di hospital swasta teramatlah tinggi yakni mencecah puluhan ribu ringgit. Maka, ibu mertua saya membuat keputusan untuk memindahkan beliau ke hospital kerajaan iaitu Hospital Pulau Pinang. Untuk pengetahuan sahabat blogger, di zon utara Hospital Pulau Pinang merupakan hospital terbaik dan terlengkap dari segi kelengkapan perubatan selain ketua-ketua jabatannya terdiri daripada doktor pakar yang sangat berpengalaman.

Pembedahan dilakukan bermula pada petang Ahad iaitu 22 Januari 2012 di Hospital Pulau Pinang dan berakhir tengah malam hari yang sama. Alhamdulillah, beliau selamat menjalani pembedahan. Dua hari kemudian iaitu pada 24 Januari ayah saya sekali lagi perlu menjalani pembedahan kedua akibat beberapa komplikasi yang terjadi. Syukur Alhamdulillah, pembedahan kedua juga selamat beliau jalani. Kini beliau telah ditempatkan di Wad C10 yakni wad biasa berbanding sebelum ini di Unit Rawatan Rapi ( ICU).

Sebenarnya, saya sendiri tidak berapa tahu apakah kanser usus ini sebenarnya. Lalu, saya google dan menemui sebuah laman web dari Pusat Sumber Kanser Hospital Putrajaya. Sila ke laman web ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kanser usus. Semoga menjadi panduan kepada kita semua.

Di kesempatan ini, saya dengan rendah dirinya memohon jasa baik kepada semua sahabat blogger untuk mendoakan kesihatan ayah mertua saya Abd Rahim Bin Abdullah. Semoga beliau senantiasa mendapat rahmat Allah SWT dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk beliau terus mengabdikan diri dan beribadah kepada Allah SWT. Semoga doa sahabat blogger semua diperkenankan Allah SWT. Amiinnn...

32 layangan minda:

Kakzakie berkata...

Khususan ayahanda Abd Rahim Bin Abdullah moga diberi kesembuhan oleh Allah hendaknya... amin....

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum..
Semoga ayahnda awk sentiasa didalam lindungan Allah swt. InsyaAllah ..

Pok Amai-Amai berkata...

Semoga Sahrom dan keluarga dipermudahkan urusan oleh Allah SWT. Dan doa sy utk ayah mertua Sahrom, semoga sihat hendaknya dan dijauhkan kesakitan yang melampau.

Amin...

C.M.A @ CikMoonAdnan berkata...

mudah2han ayah mertua sahrom cepat sembuh ya :) insyaAllah..

aanie berkata...

semoga ayah mertua awk cepat sembuh dan boleh menjalani hidup spt biasa...amin...

Huda berkata...

Semoga ayah mertua saudara terus diberi kekuatan untuk menempuh keadaan ini dan mudah-mudahan berada dalam perlindungan Tuhan jua..

gadisBunga berkata...

semoga Allah beri kesihatan dann sembuhkan ayah mertua awak. amin...

redza berkata...

semoga kembali sihat. insyaAllah

Kamsiah berkata...

salam
semoga ayahanda cepat sembuh....
GH Penang..huhu nak jumpa doc ja..amikmasa berjam2 tunggu..

::FAIZ FARISH:: berkata...

InsyaAllah, Semoga dia cepat sembuh. Amin.

khairul berkata...

sy doakan yg terbaek buat ayah mertua tuan

norhidana berkata...

ngeri jugak baca psl kanser usus nih... tp alhamdulillah dpt dikesan sakitnyer ye... doa dana semoga ayah mertua en sahrom cpt sembuh,cpt boleh kembali pulih spt sblum ini...

amirah berkata...

semoga ayah mertua bro sahrom cepat sembuh seperti sediakala dan dijauhkan dari sebarang komplikasi

L berkata...

semoga sentiasa bersabar dan tabah dalam kesakitan.. amin..

jom hayati sekejap.=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/amanahnyer-sahabat-rasulullah.html

- GC - berkata...

semoga pakcik cpt sembuh.

faiz berkata...

insyaallah jgn berhenti berdoa...

Fatin Mraz berkata...

saya juga doakan dari sini..
semoga ayahanda cepat sembuh..amin.

Tea berkata...

InsyaAllah semoga sembuh ayah Tuan.. saya mendoakan kesejahteraan beliau.. somoga pembedahan lancar tanpa komplikasi... Moga dalam lindungan Allah...

cemomoi berkata...

semoga Allah memberikan kesihatan yang baik buat pak mertua dan kita semua juga

KhaiRin - anies berkata...

kanser tahap berapa?
semoga sembuh seperti sediakala


p/s akn berada di PWTC pd ari selasa mggu dpn. insya allah

afeezz berkata...

assalamualaikum sahrom : semoga ayahanda anda bertambah sihat. insyaAllah

ieda berkata...

semoga ayahanda adik sembuhh .. takut bila tahu pasal kanser usus nie huhu

ayah akak punn baru kuar hspital akibat bengkak buah pinggang , ada batu karang di saluran buah pinggang dia

rina berkata...

moga ayah mertua sahrom disembuhkan penyakitnya..


sy pernah tulis psl kanser usus..bolehla baca juga kalau rajin :)


http://www.inspirasihatcantik.com/2010/12/silent-killer.html

de engineur berkata...

Semoga ayah mertua saudara cepat pulih seperti sediakala.

Orang bilang pesakit kanser ni perlu diberi dorongan secara berterusan oleh orang2 di sekelilingnya terutamanya saudara-mara; bukan semata-mata ubat.

Bersabar ya.

intan.maisarah berkata...

assalamualaikum.
semoga ayah anda mertua anda cepat sembuh serta dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
salam maulidurrasul

Lya Colours berkata...

saya doakan semoga beliau pulih dan di berikan kesihatan yg baik2. insyaAllah

eelobor berkata...

Assalamualaikum.... semoga ayah mertua bro di berikan kesihatan yang bertambah baik. Juga tak lupa juga buat bro sekeluarga agar sentiasa dalam perlindungan daripada-Nya

♥cmª shIemª♥ berkata...

salam atok..
huhu..
Yallah..
Insyallah..
semoga pak mertua atok dipermudahkan segalanya dan kesembuhan yg baik..

sabar ya buat atuk sekeluarga..

AdiaLuze berkata...

Assalammualaikum wahai sahabat ..

Semoga ayah mertua Sahrom Dikurniakan Allah dengan kesihatan yang bertambah baik hendaknya. Insyallah ...

Be Simple Beb(BSB) - threeQ berkata...

semoga ayahanda sharom cepat sembuh..insyaallah.

sahromnasrudin berkata...

# kepada sahabat blogger semua; terima kasih atas semua doa kalian terhadap ayah saya..semoga kalian semua senantiasa mendapat rahmat Allah SWT dan doa sahabat semua dimakbulkan Allah SWT..INSYAALLAH

Zura berkata...

semoga sumenye okey2 belaka..sabar ye...

Related Posts with Thumbnails