Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.
Minggu lalu, terlanjur pulang ke kampung mertua saya mengambil kesempatan untuk menikmati makanan feveret orang Penang iaitu Char Koay Teow. Di sekitar Seberang Prai, gerai Char Koay Teow yang terkenal adalah Sungai Dua Char Koay Teow. Uniknya gerai ini adalah hidangan utamanya iaitu telur di basuh dahulu sebelum dimasukkan ke dalam Char Koay Teow tersebut. Kalau kita pergi ke mamak stall, belum tentu telur ayamnya dibasuh kan. Jadi, sendiri mau ingatlah hihiiihhh...
Bagaimana mahu ke Sungai Dua Char Koay Teow ini ? Senang sahaja, dari Kuala Lumpur / selatan, kita hanya perlu melalui Lebuhraya Utara Selatan. Selepas membayar tol di Sg Juru, kita terus sahaja sehingga terjumpa susur keluar ke Sungai Dua / Bagan Ajam.
Ambil susur keluar itu dan terus belok ke kanan. Dalam 1 km, kalian akan jumpa akan gerai ini yang terletak di sebelah kiri kalian. Masalah parkir memang teramatlah payah kerana kita hanya boleh parkir di bahu jalan lantaran tiada kawasan khusus untuk parkir. Selain itu jalan juga agak sesak khususnya apabila malam semakin larut lantaran bilangan pelanggan yang semakin ramai.
Jadi, kepada sahabat semua jemputlah layan beberapa keping gambar yang sempat saya ambil semasa berada di Sungai Dua Char Koay Teow ini.
Minggu lalu, terlanjur pulang ke kampung mertua saya mengambil kesempatan untuk menikmati makanan feveret orang Penang iaitu Char Koay Teow. Di sekitar Seberang Prai, gerai Char Koay Teow yang terkenal adalah Sungai Dua Char Koay Teow. Uniknya gerai ini adalah hidangan utamanya iaitu telur di basuh dahulu sebelum dimasukkan ke dalam Char Koay Teow tersebut. Kalau kita pergi ke mamak stall, belum tentu telur ayamnya dibasuh kan. Jadi, sendiri mau ingatlah hihiiihhh...
Bagaimana mahu ke Sungai Dua Char Koay Teow ini ? Senang sahaja, dari Kuala Lumpur / selatan, kita hanya perlu melalui Lebuhraya Utara Selatan. Selepas membayar tol di Sg Juru, kita terus sahaja sehingga terjumpa susur keluar ke Sungai Dua / Bagan Ajam.
Ambil susur keluar itu dan terus belok ke kanan. Dalam 1 km, kalian akan jumpa akan gerai ini yang terletak di sebelah kiri kalian. Masalah parkir memang teramatlah payah kerana kita hanya boleh parkir di bahu jalan lantaran tiada kawasan khusus untuk parkir. Selain itu jalan juga agak sesak khususnya apabila malam semakin larut lantaran bilangan pelanggan yang semakin ramai.
Jadi, kepada sahabat semua jemputlah layan beberapa keping gambar yang sempat saya ambil semasa berada di Sungai Dua Char Koay Teow ini.

Ini adalah papan tanda utama yang terletak di gerai ini. Trademark 'telur ayam dibasuh' itu siap diletakkan di situ.

Waktu perniagaannya adalah bermula jam 5.00 ptg sehingga 3.00 pagi. Kalau tidak mahu sesak, datanglah belah petang dan jika mahu merasai suasana kesesakan itu, datang jam 9.00 malam ke atas.

Disini cuma ada 3 menu sahaja iaitu Char Koay Teow itu sendiri ( harganya antara RM 3.50 - RM 5.00) , Nasi Goreng Udang ( RM 5.00) serta Udang Goreng ( RM 6.00 sepinggan). Jadi jangan pula gatal mulut nak orde Nasi Goreng Ayam ya heheheehe....

Suasana di dalam gerai ini. Ketika saya sampai, jam menunjukkan jam 10.00 malam dan memang pelanggan teramatlah ramai sehingga ada yang perlu menunggu untuk mendapatkan tempat duduk.

Lagi suasana di dalam gerai. Walaupun sesak, keadaan tidaklah terlalu panas kerana tempatnya yang agak terbuka selain lokasinya yang betul-betul terletak di tepi jalan utama Sungai Dua.

Sempat saya menjenguk ke dapur untuk menangkap gambar ... Macam penguatkuasa Jabatan Kesihatan memeriksa tahap kebersihan plak kan..hihihihhihih...

Ini Char Koay Teow biasa. Harganya RM 3.50. Kuahnya teramatlah sedap. Udang ada 3 ketul.

Ini Char Koay Teow spesial. Harganya RM 5.00 dengan udang ditambah dua menjadi 5 ketul ( kalau biasa 3 ketul je tau) dan diletakkan juga telur goreng mata.
Jadi, kepada sahabat yang datang ke Penang, jemputlah menikmati Char Koay Teow Sungai Dua yang pada saya memang teramatlah sedap terutama kuahnya...





46 ulasan:
aduh sedara, sedapnya char kuey teow itu, saya ni memang suka sangat char kuey teow, tapi belum pernah sampai ke penang lagi..
*gulp* alamak... maner laaa nak carik.... Huhu Tuan buat entry merana rasa arini..
sedapp!!
whoaaa lapo rase bile tgk =.=
assalamualaikum sahrom : nampak sedap tp aku kuew teow ni kureng sket
memang feveret tu belum pernah try lagi kat sini..kat Sg petani dah ada cawangan dia rasanya...
sedap. CKT yg terbaik mesti makan kat penang jugak. Kat KL byk yg clam penang CKT, tapi tak best, rasa lain. Saya selalu makan CKT yang kat Bayan Baru
dulu masa adik saya study kat pineng, kalau cuti2 je p pineng mesti p tempat ni makan. tertarik dgn perkataan telur ayam di basuh tu.haha
kalau ada rejeki ke penang misti sy akan pi restoran nih..salu mkn CKT area rumah sy jer..mcm x sedap sgt
cam best, nanti pi penang nak singgah lah
Sedap nampaknya Char Koay Teow tu.
Baguslah kalau semua peniaga sedar selain dari segi kebersihan dari segi agama pun ia sangat dituntut supaya membasuh dahulu telur tu.
Maklumlah semasa perjalanan keluar dia melalui ...... baru keluar. Najis tu..
salam..
telur ayam basuh jangan
lupa basuh..nanti najis
pula yang masuk dalam
pinggan kan..?
kalu cm ni kena tggu bln 3 la br dpt mkn...(nk g sn bln 3 nnt)
aku dok penang dulu pun tak penah p sana. hihi
sahrom dah sampai char koay teow sg dua rupanya..tahniah..heee...:)
sedap kan..! antara CKT yang terbaek di pulau pinang~
takde rezeki lagi nak merasa..betul2 sedap ke bro sahrom?dia takde jual ke paste nya tu..kalo x leh la wat sendiri kat umah
susah nak cari char kuew teaw yg sedap...
boleh try ni kalau g penang
rindu penang....dah lama tak singgah penang..huuuu yummmnya...kalau kat KL teringin makan char koay teow cari kat Mali's Cornerlah jawapnya... rupa dah macam lebih kurang jek...yummm
Wah... sedapnya. Tapi kalau kakak nak guna telur memang basuh dulu
kalau sy, maunya order 2 pinggan.....mmg suka sgt mkn char koay teaw...hehe...
carkueyteow mmg faveret saya!!
tapi boleh ke kite mintak org basuh dulu telur? takut nanti tukang masak berasa hati pulak. huu~
lama juga xpegi penang nih
Assalam..
Dah lama tak pi Penang..
Rindunya..
Uuuuu..kecur air liur nengok char kuey tiow.... Xpenag g p.pinang..insyaallah..klu g sana.. Moon try cari tmpat ni..nak gak cuba..sebab fevret moon nie.. Selalu setiap ari selasa..mesti beli kat psr mlm... Ada satu gerai nie.. Mmg sedap c.k.teownyerr...
salam atok!!
waduh...CKT! pernah sampai ke sebrang prai..tp xpernah lg menjejakkan kaki kesini..
adoila..harga yg berpatutan..mesti sedap kan coz atok pun puji mskn dia sedap..
nak nak nak...
one of my fav nih..=P
Weiii apa ni tayang-tayang? Nak soh kita terbang ke Penang skang jugak kerrrr... aduhhh
lama c pekena cha ko teow kat sini
aku pernah duk kat permatang pasir pada tahun 1996... dah tak jauh ngan sungai dua. huhuhu.... kenangan oh kenangan di penang.... tetap terpahat dalam ingatan aku untuk selamanya
sedapnya, lama betul tak pi penang
sharom..org utara memang akan basuh dulu telor tueee...apa saja masakan yg mengunakan telor.
heheheh saya pun mmg mengamalkan basuh tlr ayam@itik kalu beli... dh terbiasa bt camtu...
terliur tgk ntry kali nih.,, msti sedap betul kan,
Den tak pernah sampai penang lg,huhu
AKU MEMANG SUKA MAKAN CHAR KUEW TEOW NI... MEMANG BEST.. PASAL TELUR AYAM DIBASUH ITU MEMANG PERLU.. KEBANYAKKAN TELUR AYAM DIBELI PASTI ADA KESAN-KESAN TAHI AYAM YANG MELEKAT DI TELUR TERSEBUT, AKU BIASANYA KALAU MEMASAK PASTI AKAN MEMBASUH TELUR ITU SEBELUM MEMASAK.. KERANA APA? KERANA TAHI ITU ADALAH NAJIS...
Dah lame x g penang....
Besor udang dalam char koay teow tu. Nampak menggoda. :)
mmg telur ayam dibasuh..namun ada benda disebaliknya yg menyebabkan kitorg tak pernah mkn kt situ..umah makcik saya selang 2-3 rumah dr kedai tu je...
gila terliur...
dok lalu ja tol sg 2..tp tak penah singgah pun...memang suka char kteow...besa gak buat sendiri...jadi la jugak =)
pehh terliur sungguh dgnchar kew tiu nihhh...aduss jauhnya nak pegi sana!
Salam ziarah wahai sahabat ...
Kecur air liur dibuatnyee .. Sedapnyaaa ... Adusss ... Memalam ni teringin la plak Char Kue Tiau ... ~.~
aduh..pasti enakkan masakan tuh..
teringin pula nak rasa... :P
murahnye...kat pahang dah cecah rm5 tapi tak sedap mana pun -.-
dok dengaq ja tempat nie, tak pernah lagi sampai..insyallah nanti saya cuba.
setuju dgn komen kinna, ada 'benda' di sebalik kesedapan char koay teow nie, sbb sy seniri org c2. berhati2lah dlm memilih kedai.
Catat Ulasan