
Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian semua senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.
Syukur Alhamdulillah, itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut saya apabila mendapat panggilan telefon dari ibu saya memaklumkan bahawa adik saya telah menerima posting nya yang pertama pada hari ini.
Untuk pengetahuan sahabat blogger semua, adik saya baharu sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang pendidikan di UPSI beberapa hari sebelum raya tahun lalu. ( yakni latihan praktikalnya) . Dengan majlis konvokesyennya dijangka berlangsung pada Februari ini, adik saya menjangkakan beliau tidak akan menerima posting sehingga konvokesyennya berlangsung. Oleh hal yang demikian, beliau memohon bekerja lain dahulu dan alhamdulillah beliau diterima bekerja sebagai Pembantu Tadbir secara sambilan ( gaji dibayar mengikut hari bekerja) di sebuah institusi kesihatan di Klang.
Kontrak sambilannya secara rasmi berakhir pada 30 Disember yang lalu dan selama 2 minggu ini memang adik saya hanya duduk di rumah sahaja. Walau bagaimanapun, apabila mendapat tahu beliau perlu melapor diri di Jabatan Pelajaran Negeri Selangor pada hari ini untuk mengetahui sekolah dimana dia perlu mengajar beberapa hari lalu dia sangat gembira.
Ibu saya mengambil cuti bagi menemani adik saya melapor diri dan apabila mendapat tahu sekolah yang akan beliau berkhidmat bermula pada 16 Januari ini adalah Sekolah Tinggi Klang, ibu saya terus menelefon saya untuk memaklumkan akan perkara ini. Syukur Alhamdulillah sambil hati kecil saya bersuara ibarat sirih pulang ke gagang.
Saya begitu terharu kerana sekolah yang bertanggungjawab mendidik saya dari Tingkatan 1 sehingga ke Tingkatan 5 ( 1994 - 1998) yang mana saya dahulu bergelar pelajar sekolah disitu, kini adik saya pula akan bertugas sebagai guru di sekolah tersebut. Sahabat blogger juga pasti tahu betapa saya amat menghargai Sekolah Tinggi Klang sehinggakan mottonya iaitu Probitas Et Fides telah saya jadikan ia sebagai nama blog saya ini.
Pesan saya kepada adik saya, berkhidmatlah bersungguh-sungguh dalam mendidik anak bangsa menjadi warganegara yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.




26 layangan minda:
mmg bagai sirih pulang ke gagang... bagai kacang sntiasa ingt kt kulit (ini peribahasa sst nih) heheh
alhmduilllah... semoga dia jd seorang pengajar yg baik n dpt mengajar semua anak muridnya dengan baik spt dia yg belajar di sini dulu
alhamdulillah.. dapat berjasa di tempat ilmu dituntut suatu masa dulu~
tahniah buat adik sahrom!
=}
Assalamualaikum SAHROMNASRUDIN ,,
Turut gembira dengan berita ini...Sekolah Tinggi Klang tetap megah disitu,, jadi kebanggaan anak2 Klang.
moga adik sahrom dpt jadi pendidik yg berdedikasi..
jgn jd cam cerita cikgu "berambus" haritu lak (sbnrnya sy x brp paham komen sahrom kt entri tu)..apa kaitan berambus dgn bendera?
congrats..
tp apa maksud Probitas Et Fides tuh?
hehe..
ni blog baru sy:
http://cocowumbo.blogspot.com
selamat menjadi guru yg berdedikasi!
selamat menempuh satu profession yg agak mencabar pada masa kini buat adik bro....
Alhamdulillah... dulu sahrom menerima ilmu di situ, skrang adik sahrom pula menabur ilmu...
tahniah adik sahrom;)
tahniah buat adik sharom
tumpang happy
sekolah tu pasti bukan calang2 bukan??
PS:
saudara sharom, join bloglist ayu ya, sila tingalkan URL sahaja di entry
http://ruhayurazali.blogspot.com/2012/01/pemberitahuan-gubar-bloglist-entry.html
tahniah bro !
salam sahabat...lama dah tak menjenguk...
tahniah untuk adik ye... sekali guru selamanya guru...
BARU GRADUATE SUDAH MENGAJAR DI HIGH SCHOOL.. BAGUS.. BAGUS..
tengok orang lain senang2 je dapat keje gomen
saya ni dah 2 tahun lebih, bulan 5 ni genap 3 tahun keje swasta, saya selalu je apply keje gomen, hareee tak pernah dapat. interview pon tak pernah panggil ! memang tak di jodohkan keje gomen ke apa. uwaaaa sobs sobs sobs. kene cari kabel kuat ni. huhu
tahniah pado si adik..:)
assalamualaikum sahrom : good luck pada adik saudara mengajar di sekolah tuh
Tahniah...
tahniah buat adik tuh. semoga jadi uru yang berkaliber.
tahniah... ni bukan pulang ke gagang ni, galang ganti kot... bole le cari rahsia abang dia time skoloh kat situ
As-salam
Syukur, dan tahniah kepada adik sahrom tu! Cikgu baru, pasti hebat azamnya. Sama-sama kita doakan kejayaannya. Jasa sekolah, nampaknya insya-Allah, adik pun turut tolong balas.
congrats! all the best okay xoxo
http://ch000tz.blogspot.com/2012/01/sampai-nanti-tika-waktu.html
Alhamdulillah...tahniah buat adik en.sahrom..selamat memulakan tugas dan selamat menjadi guru yang berdedikasi...
wah, alhamdulillah....
sy pun sgt hargai sekolah sy dulu...tiap kali balik kampung, lalu sekolah tu, terus tersenyum...teringat blk zaman sklh...
oooo... mantan sekolah itu yek??
*mesti adik saudara ni bakal jadi guru yg berdedikasi. :-)
tahniah kepada beliau kerana dapat menabur bakti di Sekolah Tinggi Klang dimana mantan pelajar sekolah disana juga...hehe..
salam atok!
wahh..alhamdulillah..
dpt mendidik anak bangsa..
kat sek lama atok plak tuh :)
Salam ziarah wahai sahabat ..
Semoga adik Sahrom dapat menjadi seorang pendidik yang berjaya .. Insyaallah ^^
Catat Ulasan