Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT di Hari Jumaat terakhir dalam kalendar 2011 Masihi ini. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda akan kita perolehi kelak.
2011 semakin melabuhkan punggungnya dan dada 2012 akan menjelma pula. Saya pasti pelbagai peristiwa suka duka, pahit manis dan sebagainya telah sahabat semua nikmati sepanjang tahun ini. Usah bercakap mengenai azam yang tidak tercapai sebaliknya bersyukurlah atas segala kurniaan yang Allah SWT turunkan kepada kita semua.
Menjelang hari-hari terakhir dalam 2011 ini, kita dianjurkan untuk senantiasa bermuhasabah diri. Apa yang telah kita lakukan kepada agama, bangsa dan negara kita. Ingatlah walau sekecil mana pun peranan kita, percayalah bahawa kita sebenarnya telah menyumbang sesuatu kepada pembangunan agama, bangsa dan negara kita. Kita tidak perlu menjadi seorang menteri untuk membantu kepada pembangunan negara sebaliknya peranan kecil kita sebagai seorang pekerja biasa dan ketua atau ahli dalam sesebuah isirumah itulah yang banyak sumbangannya.
Segala-galanya bermula di rumah. Jika suasana di rumah itu kondusif, harmoni, positif dan sebagainya makan semua unsur ini akan dibawa ke luar sana. Jika di rumah kita dididik untuk senantiasa membuang sampah di dalam tong sampah, maka di luar kita tidak akan sampai hati untuk membuka tingkap dan mencampak bungkusan bekas makanan keluar dari kereta kita.
Jika di rumah kita telah dididik untuk membaca doa sebelum menikmati makanan, maka apabila kita makan di luar pun kita akan senantiasa istiqamah untuk membaca doa sebelum menikmati makanan.
Jika di rumah kita telah dididik untuk solat di awal waktu, maka apabila di luar pun apabila masuk sahaja waktu solat kita akan cepat rasa bersalah dan mula tercari-cari surau / masjid untuk disinggahi bagi mengerjakan kewajiban itu.
Begitu juga apabila di rumah kita telah dididik untuk senantiasa menghormati ibubapa kita, maka di luar pun kita akan senantiasa hormat akan ibubapa orang lain ataupun orang yang lebih tua dari kita.
Segala-galanya bermula dari diri dan keluarga kita. Jadi jangan sesekali menyalahkan pihak lain, jangan sesekali menyalahkan sistem, jangan sesekali menyalahkan itu dan ini. Kembalilah kepada muhasabah diri sendiri. Adakah kita ini aset kepada negara tercinta ini atau hanya liabiliti yang menyusahkan pihak lain ?
Akhir kata dari saya, Selamat Tahun Baru 2012 dan jadikanlah 2011 yang akan berlalu ini sebagai pengajaran serta pengalaman berguna untuk kita bertindak lebih baik lagi di tahun 2012 nanti.
Jumpa di fajar 2012 ya....