Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.
Sahabat blogger semua, saya ingin menceritakan sebuah kisah yang pada pandangan peribadi saya sangat menyentuh hati sanubari kita. Cerita ini mengenai seorang anak kecil yang mendambakan masa berkualiti bersama bapanya.
Aina, seorang anak kecil yang berumur 11 tahun dan berada di dalam darjah 5 sebuah sekolah berdekatan dengan rumahnya. Seorang pelajar yang pintar dimana setiap malam beliau akan mengulangkaji pelajaran sambil ditemani ibunya. Bapanya juga turut sama 'mengulangkaji pelajaran' tetapi bapanya lebih mengadap monitor PC untuk melihat jatuh naik pasaran saham, jatuh naik harga emas, bersosial di laman maya dan sebagainya.
Tinggallah Aina seorang mengulangkaji pelajaran sambil ditemani ibunya sehinggakan pernah Aina berbicara dengan ibunya. "Ibu, ayah asyik sibuk mengadap komputer je. Tak temankan kakak pun mengulangkaji pelajaran..Asyik ibu je, sesekali nak juga ayah yang tunjukkan aina camne nak buat latihan matematik nie". Ibunya menjawab " Takpelah, kak..ayah sibuk dengan hal kerja dia..Ibu kan ada...sama je kan kalau ibu yang tunjuk latihan ini". Aina menjawab " errmmm....ya ke, ibu"..
Selesai peperiksaan akhir tahun, keputusan pun diumumkan . Aina menjadi pelajar cemerlang di kelasnya dan mendapat No 1 didalam kelas tersebut. Balik ke rumah, selesai memberitahu ibunya, dia terus memberitahu bapanya akan keputusan cemerlang itu..Berikut sedikit perbualan antara Aina dan bapanya :-
Aina : Ayah, Aina dapat No 1 dalam kelas ( sambil memeluk ayahnya)
Ayah : Alhamdulillah, tahniah ya anak ayah..Malam nie kita kuar makan di luar ya. Ayah belanja, pas tu nak terus belikan hadiah untuk anak ayah ini.. Aina nak hadiah apa???
Aina : ( sambil terdiam)...Ayah, Aina cuma nak satu hadiah je..Aina tak nak barang2..Aina tak nak ipad, tak nak tablet, tak nak permainan games dan sebagainya..Aina cuma nak masa internet ayah je..Setiap malam, ketika aina ulangkaji pelajaran, hanya ibu yang temankan..ayah cuma menghadap internet ayah tue..walau ayah ada dihadapan aina, tapi cuma badan ayah je..perhatian, emosi ayah semuanya dicurahkan kepada internet...hakikatnya, aina dan ayah semakin jauh..bila hari sekolah, kawan2 semua citer ayah mereka tunjukkan latihan matematik untuk mereka tetapi ayah aina tidak pernah pun tunjukkan latihan matematik untuk aina..boleh tak ayah beri hadiah yang aina minta ini ????
Ayah : ( sebak sambil menitiskan air mata )..aina, ayah minta maaf ya..jika selama ini ayah telah gagal beri hadiah tersebut dan hari ini aina telah sedarkan ayah akan hadiah yang paling bermakna ini. InsyaAllah, selepas ini ayah akan selalu beri masa kualiti ayah pada aina berbanding mengadap internet dan sebagainya..ayah janji ya..kalau ayah tak buat, aina tegur ayah ya...
Mereka sekeluarga pun berpelukan bersama-sama atas keberanian Aina untuk menegur ayahnya supaya tidak menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga semata-mata untuk menghadap internet.
Kepada sahabat sekalian, kadang-kadang perkara sebegini berlaku kepada diri mahupun keluarga kita. Secara fizikalnya memang kita bersama keluarga kita tetapi hakikatnya kita semakin menjauh dek panahan sang internet ini. Sesungguhnya internet memang banyak membawa kebaikan tetapi pengawalan yang bijak juga harus dilakukan agar masa berkualiti bersama keluarga tersayang tidak diabaikan..
“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh alyrds dan ditaja oleh Hafiy Dot Com”