Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua.. Semoga kalian semua senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.
Sahabat sekalian, kebelakangan ini saya semakin jarang mengemaskini blog ini apatah lagi kunjungan balas ke teratak kalian semua. Maaf kerana agak lama tidak menyapa kalian semua dan saya berharap saya tidak akan kehilangan sahabat blogger semua yang sangat baik hati dan saling melengkapi antara satu sama lain. Kekangan tugas hakiki yang kadang-kadang menghambat kita untuk melakukan apa yang kita minat dan mahu. Walau apapun, yang perlu didahulukan harus didahulukan dan yang kurang perlu mungkin perlu dikurangkan.
Dalam ekonomi semua orang tahu ia dipanggil kos melepas. Kadang-kadang kita perlu melepaskan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang lebih penting atau lebih perlu. Sayangnya, apa yang kita lepaskan itu pula adalah apa yang kita minat dan suka.
Dalam dunia blog ini, harus diakui saya memang suka berblog. Melalui medium blog ini, saya dapat ketahui pandangan sahabat blogger semua mengenai sesuatu isu, tempat-tempat menarik yang sahabat blogger semua kunjungi dan tips atau cara terbaik dalam melakukan sesuatu.
Kesimpulannya, dunia blog adalah dunia yang sangat luas pada pandangan saya. Persoalan bagaimana kita mendapat sesuatu darinya bergantung kepada sejauh mana kita menerokainya. Sahabat blogger pula adalah satu hubungan yang sangat unik dimana kita masih mampu untuk kunjung mengunjung walau kita tidak dihidangkan walau secawan teh dan sekeping biskut kering.
p/s: saya doakan pertemuan blogger pada 18 Dis 2011 ini di Bandar Baru Bangi berjalan lancar dan senantiasa dirahmati Allah SWT. Maaf saya tidak dapat menyertainya atas faktor-faktor tertentu. Untuk keterangan lanjut mengenai pertemuan tersebut, sila ke sini.

37 ulasan:
assalamualaikum sahrom : sebut pasal kos melepas, teringat masa mula2 belajar ekonomi dulu. bile lecturer first time gunakan istilah tu, student semua bole gelak plak, mungkin pasal depa pikir pasal melepas yg laen kot.. hahah
br tahu ada istilah kos melepas..
sy pon suka blogging..tp kengkadang bosan juga..
tp yalah kita kena dulukan tugas yg lebih penting kan :)
SALAM,
LUSA AHAD NI, TAK ADA FREE KE? ASYIK BERTEMU DI ALAM MAYA JE ! NAK JUMPA, SEMBANG2
Kalau asyik berkepit dgn blog pun kerja lain tak menjadi shah...
SAMALAH.. AGAK SIBUK JUGA NI.. KOMEN KAT BLOGLIST SAJA...
yup2 blog2 jugak, tapi kalau sibuk kita memang terpaksa berkorban..
Kakcik baru nak tanya, rupa2nya dah ada jawapan kita tidak dapat berkenalan secara nyata. Tak mengapalah, lain kali mungkin. :)
kena pandai seimbangkan
Tingginya spoiler dia .http://gilamodified.blogspot.com/2011/12/red-kenari-akaspace-cop-gaban.html
en sahrom,
jgn risau, kami ni sume fhm,kite masing2 ada keje atau mungkin ada apa2 halangan... kalu en sahrom beberapa hari tak jenguk blog saya, sya ttp akan BW blog en sahrom gk... takde nyer nk lari... heheheh
kos melepas kat kl ni dah mencecah 50sen ke 2 hengget. hehehehe amfunnn!!!
Selamat berjumpa para blogger sekalian...
xpe.. mereka akan paham situasi bro.. :)
kadang tu rasa blogging ni
macam berhantu..
niat nak masuk sat ja..
sedar2 berjam jadinya..huhu
kak aina kalu bab blog memang terpaksa curi masa terutama masa kerja...heheheee...
banyak yg perlu kita korbankan dan pertimbangkan sepanjang hidup kita yg penting kita ikut keperluan.
Tak ada rezek inak berjumpa Sahrom dan isteri.
sharing is caring kan..
berblog ini berkongsi pendapat dengan semua..^^,
Yg penting bro jangan lepaskan minat blog. Jarang dapat update takpe, singgah sekali-sekala dapatlah eratkan silaturahim dimana jua berada.
Assalamualaikum Sahrom
utamakan yg utama
Wassalam
Salam ziarah wahai sahabat,
Tak dapat mengupdate blog kerana kekangan kerja utama memang perkara biasa la tu Sahrom. Saya pun merasainya.
Pada saya, SALES ke tak sama je, sebab perbelanjaan rumah yang agak terhad. Dapat gaji tiap bulan pun sekadar cukup membayar hutang yang ada .. Alhamdulillah, ada la berbaki sikit untuk kami makan dan pakai setiap bulan .. ^^
salam atok!cma dtg nih...hehe..
kos melepas?1st time cma dgr istilah ni..?huhu.
btl2..kdg2 kekangan masa dan kerja yg nk didahulukan bt kita x de mase menjegah blog..cma skrg tgh cuti seminggu..ade je le menempel kat cni..hehe..
perjumpaan antara blogger?huhu..semoga semuanya berjalan lancar.. :)
Tak apa, bila ada masa lapang kita boleh jumpa lagi kat sini. kan? :)
betul tu...selalu hadapi keadaan mcm tu..nk beli ipad tp tingat kete x servis la...nk betulkn jamban umah la...
kadang2 kita kena akui benda yg perlu didahulukan perlu didahulukan betul tak bro sahrom..tu le sebab blog tak berupdate.. : ).. sales sales jugak tp utang kena bayor jugak
persahabatan yg amat berharga,walau tak pernah bersua muka,berbual bicara secara bersemuka...
hari minggu dipenuhi dengan jemputan walimatulurus
rugi tak berkesempatan nak jumpa bro di perjumpaan blogger tuh nanti, kebetulan ada hal yang tak dapat di elakkan....
biasalah bro..ada masa kita perlu ketepikan apa yang kita suka untuk beri laluan kepada apa yang kita perlu lakukan....tak per bro..semua orang faham dan saya pun kadang lalui juga
xpe...sy skrg pun terpaksa kurangkan sikit masa berblog....bw pun sekadar yg mampu je....risau jgk bila x melawat org, nanti kita kehilangan mrk lak...huhu....
p/s: apa kena mengena dgn gmbr sale tu ek? x paham...
den pun tak dpt join gathering tuh...ado 2 kenduri kawen yg perlu dihadiri...
fm pun x pergi.. x turun kl..
saya tak dpt pegi 18 nanti ada hal sikit..kalau tak boleh kenal en. sahrom kan?
uhuhuhu lately nie akak dah kurang update sbb banyak sgt kerja di opis .. x tahulah samapi bile huhuhu
Salam sahrom.... itu lah. Melalui blog macam2 yang dapat dikongsi, macam2 yang kita boleh tahu..
PS: asalnya saya juga teringin untuk ke perjumpaan tu, tapi disebabkan rancangan adik-adik ni di saat2 akhir, kemungkinan saya tak dapat datang.. huhu, terkilan rasanya. Harap LF dapat maafkan saya.
pernah jumpe few blogger kat luar, kesyangan sy pun blogger gak muahahaha
salam..
sama lah kita..saya kerja
besok hari Ahad..apa nak buat
bertugas demi negara :)
saye banak kos melepas. huhu!
teringat lecturer ekonomi.. ;)
saya pun suka menulis!! hehe hilang stresss :)
Catat Ulasan