Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.
Sahabat sekalian, semalam saya ke ibu negeri kerana ada urusan rasmi yang perlu diselesaikan. Sebelah petang pula ada Program Penerangan dan Taklimat Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang dikendalikan oleh pihak berkuasa di sini. Taklimat ini diberi kepada semua penghulu mukim dan Pengerusi JKKK di sekitar sini. Alhamdulillah, dapat juga saya terselit sama untuk mendengar akan penerangan taklimat ini walau saya bukanlah ahli JKKK hehehe..
Taklimat yang sangat bagus ini disampaikan sendiri oleh sepasukan pegawai khas dari LHDN Seremban yang dipertanggungjawabkan untuk memantau dan menyelia akan program sulung yang bermanfaat ini.
Di kesempatan ini, saya ingin berkongsi dengan sahabat blogger semua tentang apa yang diterangkan oleh pegawai LHDN ini. Jemput layan :-
SYARAT ASASNYA ADALAH PENDAPATAN KASAR SEBULAN ISIRUMAH WAJIB TIDAK MELEBIHI RM 3,000.00 SEBULAN
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
MAKSUD DAN DEFINISI ISIRUMAH
BERIKUT ANTARA SOALAN-SOALAN YANG DITANYA OLEH PENGERUSI JKKK KEPADA SEPASUKAN PEGAWAI LHDN SEMASA SESI Q & A BERLANGSUNG
S 1 : Bagaimana dengan suami yang berkahwin lebih dari satu ? Adakah mereka boleh memohon untuk setiap isteri mereka atau satu permohonan sahaja.
J LHDN : TIDAK BOLEH. Hanya satu permohonan sahaja. Si Suami harus memilih isteri mana yang hendak dijadikan tanggungan semasa mengisi borang tersebut. Si suami dianggap berkemampuan jika boleh berkahwin lebih dari satu.
S 2 : Bagi ibubapa, bagaimana mereka mahu mengisi kolum tanggungan ?
J LHDN : Hanya anak yang masih dalam tanggungan sahaja yang perlu diisi di kolum tanggungan. Anak yang sudah bekerja atau berkahwin dan tinggal di tempat lain bukan tanggungan. Tetapi anak yang masih belajar dan tinggal di tempat lain, ia masih dikira tanggungan dan anak yang sudah berkahwin tetapi masih tinggal serumah ia bukan dikira tanggungan.
S 3 : Apakah peranan JKKK ?
J LHDN : JKKK berperanan menerima sahaja borang tersebut dan serahkan ke Pejabat Daerah. JKKK tiada hak untuk mengatakan orang itu layak atau tidak untuk menerima kerana semua urusan verifikasi akan dilakukan oleh LHDN. Walau bagaimanapun, jika didapati borang tidak lengkap, JKKK boleh menasihatkan pemohon untuk melengkapkannya demi memudahkan urusan. Peranan JKKK lebih kepada pemudahcara kepada penduduk kampung.
Itu sahaja sedikit info yang dapat saya kongsikan dengan semua sahabat blogger. Penerangan diatas tidak termasuk permohonan secara online yang boleh dilakukan secara terus ke laman web rasmi LHDN. Dibawah saya sertakan contoh Borang BR1M yang akan diedarkan mulai esok. ( kira rahsia la nie kan...harap2 blog ini tidak terkena dengan OSA hehehehehe)

- Warganegara Malaysia ( mereka yang berkahwin dengan warga asing yang bukan warganegara, permohonan hendaklah menggunakan nama pasangan yang warganegara SAHAJA)
- Seorang Lelaki atau Perempuan yang menjadi KETUA kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar RM 3000 dan kebawah.
- Warga Emas yang berumur 60 tahun dan keatas yang tinggal sebatang kara juga dengan pendapatan dibawah RM 3000
- Borang Pendaftaran BR1M
- Salinan MyKad
- Salina Penyata Gaji Terkini / Penyata Pencen
- Borang Pendaftaran BR1M ini akan diedarkan bermula 10 Disember 2011 ini di semua Pejabat Daerah, Pejabat PBT dan Pejabat-pejabat yang akan diberitahu dari semasa ke semasa.
MAKSUD DAN DEFINISI ISIRUMAH
- Berkahwin
- Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ( tanggungan termasuklah anak-anaknya atau ibubapanya atau ibubapa mertuanya)
- Bujang yang mempunyai tanggungan ( tanggungan ibubapanya)
- Warga emas yang tinggal sebatang kara dalam sebuah rumah ( juga bermaksud anak-anaknya tidak tinggal bersamanya)
- Seorang anak yang telah berkahwin tetapi masih tinggal bersama ibubapanya ( maksud disini ibubapanya juga boleh memohon BR1M dan anak yang berkahwin itu juga boleh memohon BR1M walau mereka tinggal serumah..Tetapi anak yang bujang dan tinggal dalam rumah itu tidak boleh memohon kerana ibubapanya sudah memohon)
- Borang diberi PERCUMA di semua Pejabat Daerah bermula 10 Disember 2011. Tempoh permohonan akan berakhir pada 10 Januari 2012.
- Borang Permohonan boleh dihantar di Pejabat Daerah sebelum 10 Januari 2012. Setiap penghantaran borang akan dicop penerimaan dan diberi slip penerimaan kepada pemohon untuk rujukan jika berlaku apa-apa kes.
- Borang ini akan dihantar ke pejabat LHDN untuk diproses. LHDN akan menghantar surat pemakluman sama ada permohonan berjaya atau tidak.
- Jika berjaya, bawa surat dari LHDN tersebut ke Pejabat Daerah untuk mendapatkan baucer tunai RM 500. Baucer ini pula hendaklah segera dibawa ke Bank Simpanan Nasional SAHAJA ( bukan Pejabat POS, bukan Pejabat Tabung Haji ) untuk ditukar ke wang tunai RM 500.
- Jika TIDAK BERJAYA, RAYUAN boleh dibuat. Mungkin berlaku kesilapan mengisi borang yang menyebabkan permohonan ini tidak berjaya. Jadi, ia boleh diperbetulkan.
- Pembayaran dijangka seawal pertengahan Januari 2012 sehingga akhir Mac 2012 secara berperingkat-peringkat.
BERIKUT ANTARA SOALAN-SOALAN YANG DITANYA OLEH PENGERUSI JKKK KEPADA SEPASUKAN PEGAWAI LHDN SEMASA SESI Q & A BERLANGSUNG
S 1 : Bagaimana dengan suami yang berkahwin lebih dari satu ? Adakah mereka boleh memohon untuk setiap isteri mereka atau satu permohonan sahaja.
J LHDN : TIDAK BOLEH. Hanya satu permohonan sahaja. Si Suami harus memilih isteri mana yang hendak dijadikan tanggungan semasa mengisi borang tersebut. Si suami dianggap berkemampuan jika boleh berkahwin lebih dari satu.
S 2 : Bagi ibubapa, bagaimana mereka mahu mengisi kolum tanggungan ?
J LHDN : Hanya anak yang masih dalam tanggungan sahaja yang perlu diisi di kolum tanggungan. Anak yang sudah bekerja atau berkahwin dan tinggal di tempat lain bukan tanggungan. Tetapi anak yang masih belajar dan tinggal di tempat lain, ia masih dikira tanggungan dan anak yang sudah berkahwin tetapi masih tinggal serumah ia bukan dikira tanggungan.
S 3 : Apakah peranan JKKK ?
J LHDN : JKKK berperanan menerima sahaja borang tersebut dan serahkan ke Pejabat Daerah. JKKK tiada hak untuk mengatakan orang itu layak atau tidak untuk menerima kerana semua urusan verifikasi akan dilakukan oleh LHDN. Walau bagaimanapun, jika didapati borang tidak lengkap, JKKK boleh menasihatkan pemohon untuk melengkapkannya demi memudahkan urusan. Peranan JKKK lebih kepada pemudahcara kepada penduduk kampung.
Itu sahaja sedikit info yang dapat saya kongsikan dengan semua sahabat blogger. Penerangan diatas tidak termasuk permohonan secara online yang boleh dilakukan secara terus ke laman web rasmi LHDN. Dibawah saya sertakan contoh Borang BR1M yang akan diedarkan mulai esok. ( kira rahsia la nie kan...harap2 blog ini tidak terkena dengan OSA hehehehehe)

Contoh Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia ( BR1MA). Borang ini cuma sehelai sahaja, percuma dan boleh difotostat.

Ini bahagian atas borang BR1MA ini

Ini panduan untuk mengisi Borang BR1M. Ia terdapat di bahagian belakang
Contoh keseluruhan Borang BR1M

40 layangan minda:
bagus info ni..
dah dengar ramai yang nak mohon walaupun kelihatannya macam tak cukup syarat...hehehe
terbaek bro..... scan la borang tuh dalam format pdf.... nanti senang bagi sesiapa nak download. huhuhuhu
kena letak 1 perkara lagi bang~negeri yang berada bawah pakatan rakyat borang tu tak dapat diambil dekat pejabat daerah.so kena pergi lembaga hasil sebab tau sendiri la kan? he~~
Hoh! Bujal dah bagi jawapan. Baru nak tny! Hah! TQ Bujal!
thanx info =)
good info..tp semua ni umpan undi lah ni..hehehe
tahun depan agag2nye ade lg ker bantuan camni? hihihi...
Semoga sampai ke golongan sasar...Jgn tersasar sudah la...
Rase mcm dah komen td tapi xde plak...huhu
Semoga bantuan ini btl2 sampai ke golongan sasar...Jgn tersasar sudah la... :)
Alhamdulillah. Barulah terang, jelas dan mudah difahami tentang bantuan nie. Terima kasih banyak2.
owh... jelas nyata dan terang...
Salam ziarah wahai sahabat,
Terima kasih diatas info di yang diberikan. Cuma saya sedikit konfius. Ibu bapa saya dikampung duduk serumah dengan seorang adik saya yg sudah berkahwin, 2 org adik yang masih bersekolah dan seorang 2 org adik yang sudah bekerja. Kalau ikut pemahaman saya, yg layak momohon adalah bapa saya dan adik saya yang sudah berkahwin kan?
Utk pengetahuan, bapa sy pendapatan setiap bulan, kalau ikutkan, nak dapat seribu pun susah dan adik sy yg sudah berkahwin pula tidak bekerja hanya suami yg bekerja dan gaji bawah 3ribu.
Harap Sahrom dapat menjelaskan.
Terima Kasih.
# adialuze : BETUL tue..yg layak memohon bapa awak dan adik awak yang sudah berkahwin itu..
yang masih bujang dan sudah bekerja tidak layak...
mampir sob..nice post..teruslah berkarya dan sukses selalu..jangan lupa kunjungan balik ya..:)
thanks for share :)
Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/
kak aina tak layak! pendapatan isi rumah Rm3001...heheheee...
Bagi penduduk luar bandar JKKK memainkan peranan sangat penting dalam membantu rakyat. diharap tiada isu pilih kasih, alah guna kuasa atau apa2 juga perkara yang boleh mendatangkan ketidak puasa hati penduduk.
Ada segelintir JKKK yang sanggup terima elaun Rm800 sebulan tetapi mengabaikan tanggungjawab kepada penduduk!
Bantuan ini diharap tidak akan menimbulkan kekecohan di belakang hari ibarat kata org tua2. Rumah dah siap pahat masih berbunyi.
Assalamualaikum Sahrom
tak layak nampaknya...he he
Wassalam
xlayak nk mohon..semoga dpt meringankn beban mereka yg berkenaan
SALAM,
BACA JE INFO INI WALAUPUN TAK LAYAK MEMOHON .
good info.. boleh terangkan kat jiran2 yang tertanya2..
BAPA SAYA DI KAMPUNG BOLEH MOHON RASANYA..
salam atok..
cma baru terbaca2 psl ni..
hmm menarik..
ppssttt..cma keje mlm la tok..student2 nk study.. -_-"
kunjungan perdana sobat..
salam kenal dan salam persahabatan.. :)
ohooo info yg bagus ni en sahrom... kirenyer salah sorang suami atau isteri lah ek... bukan pendapatan isteri+suami la ek...
salam sahrom,
bagus info ni dan bujal
pun dah tambah lagi 1..
kami ni di selangor :)
macam susah jer bang nak dapat....
entha mcm rasa2nya susah nak melihat pada keberkesanan pelan ni..
salam sahrom.. bagus n sgt informatif entri ini.. baca tajuk jer dah menarik... tadi pun masuk lam berita..
sgt panas isu ni..
Terima kasih, kongsi info tentang bantuan ni, sahrom. Keluarga akak menepati syarat. Boleh la amik borang nanti. :)
Utk soalan 1:
Mengikut penceramah di taklimat yg saya hadiri hari ini (Tamparuli, Sabah), bagi yg berkahwin lebih drp satu, Suami kena masukkan isteri pertama sebagai tanggungan (jika berkenaan). Isteri kedua, ketiga, keempat pulak layak memohon atas nama sendiri (masing2).
Nampak mcm bercanggah plak penerangan ngan yg di tempat saudara.
"S 1 : Bagaimana dengan suami yang berkahwin lebih dari satu ? Adakah mereka boleh memohon untuk setiap isteri mereka atau satu permohonan sahaja.
J LHDN : TIDAK BOLEH. Hanya satu permohonan sahaja. Si Suami harus memilih isteri mana yang hendak dijadikan tanggungan semasa mengisi borang tersebut. Si suami dianggap berkemampuan jika boleh berkahwin lebih dari satu."
akak suka jawapan ni hehe...
kalau pendapatan tak tetap macam peniaga camne nak kira ek?
saya belum kawin dan tinggal serumah dgn parents..boleh dapat x? hahahahahahahaha :P
gurau2 jerp ..
sedang isi borang ni..
moga wang tu dapat memberi manfaat kat si penerima
salam..
borang tu ada yang siap
jual lagi..mengambil kesempatan
betul atas kesempitan orang lain
Pado yg layak jgn lepaskan peluang nih,rezeki nih
hmmmmm...layak ker ni ?
Jom tengok autoshow Gempaq Bangat ! .http://gilamodified.blogspot.com/2011/12/gempaq-bangat-autoshow-dec-10th.html
salam dik shah,
mudahan sampai ke matlamatnya..rakyat terbela, nagara terpelihara> Amin
nak cuba apply sbb sekarang tgh menanggung adik..
sy mmg x layak utk memohon...sbb x termsk dlm kategori
sori, lama x menjengah
Antara dokumen yang diperlukan adalah salinan slip gaji..itu utk org mkn gaji..kalau mcm aku yg berniaga kecil2an ni mcm mana?
Catat Ulasan