Selasa, 20 Disember 2011

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam : Masih Banyak Kekaburannya...


Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian semua senantiasa dirahmati Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.

Sepanjang minggu ini, isu yang hangat dibincangkan dikalangan semua penjawat awam di Malaysia adalah isu Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam ( SBPA). Isu ini menjadi semakin panas apabila Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam ( CUEPACS) menggesa semua penjawat awam agar jangan menandatangani borang opsyen ini sehingga mereka berjumpa sendiri Perdana Menteri pada Khamis ini.

Kenapa isu ini menjadi hangat dan tidak seindah khabar seperti yang YAB Perdana Menteri bentangkan pada Belanjawan 2012 Oktober lalu ? Isunya lebih kepada beberapa persoalan yang tidak berapa jelas dan kabur termasuklah :-

  • Kenapa pihak JPA 'memaksa' semua penjawat awam menandatanganinya sebelum 30 Disember ini ? Masanya terlalu singkat dan penjawat awam hanya mempunyai kurang 2 minggu untuk menyelesaikannya. Tidak bolehkah ia dilanjutkan sehingga penghujung Januari ?
  • 'Pelik bin Ajaib' kerana sifir dan jadual gaji tidak disertakan sama dalam Borang Opsyen tersebut. Kenapa ia perlu 'disimpan' dari tatapan semua penjawat awam ?
  • Mereka yang mendapat markah 70% dan kurang untuk 3 tahun berturut-turut akan dikenakan dasar 'exit policy'. Jika tidak ditangani dengan tepat, dikhuatiri akan ada penjawat awam yang teraniaya.
  • Bagaimana mahu mengira penyelarasan gaji baru ini jika sifir dan jadual gaji tidak diberi. Hakikatnya, memang semua penjawat awam tidak akan menikmati penyelarasan yang sama tetapi jika sifir dan jadual gaji diberi, mudah bagi mereka untuk mengiranya.
Walau apapun, kita berharap pihak CUEPACS dan JPA dapat duduk dan berbincang sama bagi menyelesaikan kemelut yang jika tidak ditangani dengan bijak ini akan merendahkan daya motivasi penajwat awam untuk berkhidmat dengan cemerlang lagi.

Kepada sahabat blogger, apa pandangan sahabat mengenai isu SBPA ini ? Kenapa berlakunya banyak kekaburan berbanding penjelasan ? Layangkan minda sahabat sekalian untuk kita kongsi bersama di kotak komen...

35 ulasan:

Pok Amai-Amai berkata...

Sy kabur dgn SBPA sbb sy pekerja swasta. Hiks~

Papa Mifz berkata...

hmm..tak ikut sgt la benda nih...tgk berita yg presiden cuepacs tuh marah2 jer...apa pun harap diselesaikan secepat mungkin la..

Amy Syaquena berkata...

en.sahrom , saya bukan orang gomen jadi saya memang x amek taw langsung bab2 nie, anyway terima kasih berkongsi

amirah berkata...

saya pun kabur macam pok amai-amai sebab saya pekerja swasta..huhuhuu

Asrul "iLham" Sany berkata...

gomen ngah miskin...

khairul berkata...

sy lagi x paham..kerja kilang lah katakan

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

sy kabur juga sbb rabun eh..


psl sy x bergaji a.k.a surirumah..


tp suami adalah sebut dia nk pilih SPBT berbanding SPBA..apa tu SPBT?






















Skim Pinjaman Buku Teks :D

Lya Colours berkata...

komen saya sama macam encik pok amai-amai
kurang tau sbb keje swasta. tgk news pon yg ceupacs tu marah2 je. tp x tau sbb apa. hehehe

Kancilbiru berkata...

nak tak nak, penjawat awam terpaksa sign juga demi mendapat gaji yang lebih tinggi..

kalau tak, yang dah langgar dinding tu terhantuk ler...hehehe

afeezz berkata...

aku pon baru dgr taklimat ni semalam. tp masih kabur dan tak paham aper yg skim ni nak... ermmmm

atuk berkata...

Assalamualaikum Sahrom

kami baru dapat petang semalam borangnya
riuh satu bangunan...
tapi masih belum ada penerangannya
bukan kabur..tapi gelap gelita..he he

Wassalam

Hanis Azla berkata...

saya pun masih kabur dan terfikir2.. harap2 perbincangan cuepacs dan jpa nnt akan buatkan apa yg kabur jd jelas..

✿....rossa alina....✿ berkata...

sebab kiraan gaji start awal tahun depan..thats why dorang nak cepat..naik gaji,pastu naik lg 1tangga gaji..pape hal pun kene rajin2 tanye orang yang dok kewangan or admin..mesti dorang ada dapat sifir tu..

yg pasal CUEPACS marah2 tu xberani nak komen..huhuhu..yg saye tau gaji SBPA naik..weeeee~~masyuuuukkkkk..

yg lain2 tu pn sy xpuas hati gak,especially pasal "exit policy"..mcm menggerunkan pun ade..tp aritu ade org JPA bgtau,yg pasal "exit policy" ni,bukan direct tu kene diberhentikan..tapi di bagi tempoh lg 6 bulan..hew hew hew..sy pun xjelas sgt pasal ni..hmm..

papepun,terpulanglah nak pilih SBPA or maintain SSM..pilihan di tangan anda.. :)

err..klu sy silap sy minta maaf yeeee..hehehehehe..

eh??terpanjang plak..kikikiki..papai~

Cik SHiNJU berkata...

Saya pun kabur sbb bekerja sendiri..
Tapi berminat gak nak tau..
Tgk presiden Cuepacs berapi2 marah kat tb tu...masa yg diberi terlalu singkat katanya...

faiz berkata...

harap tiada udang disebalik batu..

eelobor berkata...

memang kabur sekabur2 nya... mcm2 dengar orang cakap. lampiran C di tiadakan sebab belum ada kelulusan kabinet la, parlimen la. entah la.... aku pun masih pening lagi

eMMe berkata...

saya lambat faham....jgn kan kata kabur...hehehehe....

KhaiRin berkata...

sy cuma dgr n amik tau gitu2 je..almaklum la keje swasta je

fairus berkata...

SBPA MEMANG ADA PRO DAN KONTRANYA.. TETAPI ADALAH LEBIH ELOK DUDUK DULU SEMEJA, BINCANG MANA YANG KURANG DIPERBETULKAN..

♥cmª shIemª♥ berkata...

salam atok!
huhu..pasal SPBA ni cma kurang tahu..
nak tahu jugak!

gadisBunga berkata...

sebagai seorang pekerja private firm, saya cuma tau baca tapi tak paham. :D

zulkbo berkata...

salam Syah..
saya prefer yang lama..
ada pencen..dah tua rehat
je kan..?

Afida Anuar berkata...

Salam sahabat...

huhu,entah. Saya tak amik tau pun. Sekadar baca je.... (mentang2 keje swasta, he he;))

amry berkata...

ER...saya pekerja swasta..memang tak baper tahu la bab2 ni..heee

akubest501 berkata...

ada agenda tersembunyi la tu....ada udang di sebalik batu....

Fatin Mraz berkata...

jadual gaji tidak disertakan?
caner nak decide?..mm..susah..susah nih.

JunAina berkata...

Hati2...JPA banyak main wayang. Tindakan CUEPACS patut di sokong. Sebelum ini Polis dah kena tapi disebabkan ramai yang jenis YES SIR semua terpaksa tandatangan! Kesian kakitangan PDRM. Banyak gula2 saja JPA ni. Perbincangan dan draf selama seminggu di Cameron Highland akhir skali hampeh.

Wahhh....kak aina komen macam kak aina kerja gomen.

norhidana berkata...

en sahrom,
mmg saya stuju 100%... sbpa kali ni sgt lah mengelirukan, kire2 sifirnyer dhla tak di bg..pastu kenaikan antara kami tak sama... tak tau camne kiraannya...

lebih bnyak rugi dr untung... kesian pd senior2 sbb ngn skim baru nih senior ngn junior sama taraf je gaji nyer... alahai
tak paham apa yg jpa dh bt

aanie berkata...

sy dah tahu gaji baru..cuma sy nak tahu elaun cola ditarik balik ke x...
sebab kalau kena tarik, baik x payah naik gaji...huhuh...

khaifaiz berkata...

harap tiada yang akan teraniaya nanti

✿....rossa alina....✿ berkata...

ehh??ehhh??encik sahrom nak sifir ke??gred ape??manela tau kan saye baik hati nak bagi..kikikikiki..mandai² je nak bagi kaannnn.. ;p

Tea berkata...

but still, we hv no choice.. pintar sebab diberi jangkamasa singkat untuk menandatangani option tanpa maklumat yg kebanyakannya akan dikaji semula... kannnn Tuan...


hgftfjhvgnftdjfddbgffvsfjrgdrtyythyt!!! (tidak pandai mencarut)

d_LA berkata...

mmg sulit kan nk tgk tangga gaji..kena masuk bilik bos, xleh fotostat pun..dla lgla, jwtn dla dijumudkan, kena signla, kalo x terpaksa dibersarakan..mmg xde pilihan.so, sign jerlah,lagipun rasanya skim ni bkn tuk selama-lamanya, nt mesti ada pembaharuan pulak kan..

~Nana BamBam~ berkata...

blur..saya pon tara faham..er

Suhami Ahmad berkata...

atok difahamkan, skim ini dibuat untuk keuntungan pihak atasan. ado yang kenaikan 100% makno eh basic double. tapi ado akak kat opis atok ni naik 51 sen yo. camno tu?

Related Posts with Thumbnails