Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT di Hari Jumaat terakhir dalam kalendar 2011 Masihi ini. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda akan kita perolehi kelak.
2011 semakin melabuhkan punggungnya dan dada 2012 akan menjelma pula. Saya pasti pelbagai peristiwa suka duka, pahit manis dan sebagainya telah sahabat semua nikmati sepanjang tahun ini. Usah bercakap mengenai azam yang tidak tercapai sebaliknya bersyukurlah atas segala kurniaan yang Allah SWT turunkan kepada kita semua.
Menjelang hari-hari terakhir dalam 2011 ini, kita dianjurkan untuk senantiasa bermuhasabah diri. Apa yang telah kita lakukan kepada agama, bangsa dan negara kita. Ingatlah walau sekecil mana pun peranan kita, percayalah bahawa kita sebenarnya telah menyumbang sesuatu kepada pembangunan agama, bangsa dan negara kita. Kita tidak perlu menjadi seorang menteri untuk membantu kepada pembangunan negara sebaliknya peranan kecil kita sebagai seorang pekerja biasa dan ketua atau ahli dalam sesebuah isirumah itulah yang banyak sumbangannya.
Segala-galanya bermula di rumah. Jika suasana di rumah itu kondusif, harmoni, positif dan sebagainya makan semua unsur ini akan dibawa ke luar sana. Jika di rumah kita dididik untuk senantiasa membuang sampah di dalam tong sampah, maka di luar kita tidak akan sampai hati untuk membuka tingkap dan mencampak bungkusan bekas makanan keluar dari kereta kita.
Jika di rumah kita telah dididik untuk membaca doa sebelum menikmati makanan, maka apabila kita makan di luar pun kita akan senantiasa istiqamah untuk membaca doa sebelum menikmati makanan.
Jika di rumah kita telah dididik untuk solat di awal waktu, maka apabila di luar pun apabila masuk sahaja waktu solat kita akan cepat rasa bersalah dan mula tercari-cari surau / masjid untuk disinggahi bagi mengerjakan kewajiban itu.
Begitu juga apabila di rumah kita telah dididik untuk senantiasa menghormati ibubapa kita, maka di luar pun kita akan senantiasa hormat akan ibubapa orang lain ataupun orang yang lebih tua dari kita.
Segala-galanya bermula dari diri dan keluarga kita. Jadi jangan sesekali menyalahkan pihak lain, jangan sesekali menyalahkan sistem, jangan sesekali menyalahkan itu dan ini. Kembalilah kepada muhasabah diri sendiri. Adakah kita ini aset kepada negara tercinta ini atau hanya liabiliti yang menyusahkan pihak lain ?
Akhir kata dari saya, Selamat Tahun Baru 2012 dan jadikanlah 2011 yang akan berlalu ini sebagai pengajaran serta pengalaman berguna untuk kita bertindak lebih baik lagi di tahun 2012 nanti.
Jumpa di fajar 2012 ya....

41 ulasan:
Moga hari ini dan hari - hari yang berikutnya lebih baik dari semalam ~
semakin meingkat usia, semakin pantas rasanya masa berlalu... Tahun depan sy nak PMR Tuan... takutnyee :))
selamat tahun baru semua. semoga peroleh kejayaan yang gemilang di tahun 2012 nanti
salam..
ermm..sekejap je dah setahun kan..
hari-hari kita berblog pun tak terasa
www.zulkbo.com
Salam ziarah wahai sahabat ...
Betul tu. Segala-galanya bermula di rumah. Andai di rumah sudah terdidik dan terbiasa dengan nilai-nilai murni, maka secara puratanya, bila terlepas ke dunia luar, Insyallah, kita akan pandai-pandai mempraktikkannya juga.
P/s : Rasa semankin cepat masa berlalu. Tahun 2012 yang 'digeruni' oleh sesetengah kaum, bakal menjengah juga .. ^^
selamat tahun baru..
setuju sgt segalanya bermula dr rumah,
moga thn hadapan terus diberikan kesihatan yg baik, dilimpahi rezeki dan berbahagia disamping insan2 yg kita sayangi..
insyaAllah..semoga bertemu kembali :D
Azam tahun depan jom tambah ahli keluarga...
Insyaallah...selamat datang 2012.
Diri kita cermin keluarga, setiap perbuatan mereka adalah refleks dari kehidupan kita. Akak setuju sangat didikan bermula dari rumah.
Manusia kan tak sempurna, Sahrom...
=D
Selamat Tahun Baru. Tahun Baru ini hanyalah thn masihi. Sy pelik, org tak menyambut tahun baru dlm Islam sehebat org menyambut thn baru masihi, kan?
Itulah yg dikatakan, manusia itu tidak sempurna.
=D
Assalamualaikum sahrom
"Apa yang telah kita lakukan kepada agama, bangsa dan negara kita"
saya suka susunan keutamaan ayat ini,
ada setengah orang utamakan bangsa, kemudian baru agama
Wassalam
Salam Sahrom..,
Semuga terus berjaya menjadi warga yg baik dan umat Islam yg terbaik...
maaf atas segala silap dan salah selama setahun.
semoga kita semua terus mendapat rahmat dariNya
SLMT THN BARU 2012.....
Selamat Tahun Baru 2012 Sahrom...moga moga kita lebih sukses menempuhi ujian dunia, dan lebih melengkapkan diri kita dgn bekalan utk ke sana..
UMUR AKU DAH 30 TAHUN.. DAN SELAMA ITULAH AKU TIDAK PERNAH SEKALIPUN PASANG AZAM.. TAPI PADA TAHUN 2012, AKU INGIN MEMASTIKAN AKU TERUS TIDAK MEROKOK... ITU SAJA AZAM AKU..
tahun yg akan datang tahun yg lebih mencabar...
selamat tahun baru juga...moga hari esok lebih baik dr semalam...
selamat bercuti jugakkkkk
wah entry yang menarik.....
siapa kita.....itu lah kita...kita tidak akan menjadi orang lain....walau dimana pun kita berada...
selamat tahun baru 2012.... semoga thn baru 2012 nnti akan memberikan sesuatu yg istimewa
moga 2012 membawa lebih keberkatan buat kita semua
selamat tahun baru my fren!
betul tu sahrom..semuanya kena bermula dr rumah..
sama-sama kita muhasabah diri
selamat thn baru sahrom :)
“Nobody can do everything, but everyone can do something.”
besok bukan 31hb kan ?
hehehe.... bye2 & welcome 2012.
banyak acara2 sempena permulaan tahun baru masihi nih... terpulang pada kita nak pilih yang mata. tepuk dada tanya iman
Alhamdulillah kerana hari ini masih diberi peluang untuk membuat persiapan menghadapi hari-hari esok.
Sekejap je kan sahrom, masa tu berlalu terlalu pantas. Alhamdulillah, kita masih dikurnia usia hingga ke hari ni. Usia untuk terus bertaubat dan beramal...
Moga tahun baru 2012 bawa lebih kesejahteraan dan moga kita semua akan menjadi hambaAllah yang lebih bertaqwa, insyaAllah..
berdebar-debar nak memasuki ruang 2012.. dari anak tukar sekolah, tukar pengasuh, bakal menambah ahli kecik keluarga..
Selamat tahun baru...
selamat menyambut tahun baru 2012...
selamat tahun baru :D
Apa azam tahun baru 2012 ? hehehe
Selamat Tahun Baru yer :)
selamat tahun baru bro..semoga sukses selalu..:)
betul tu, tak perlu salahkan siapa2, hidup kita kita yang urus, kalau baik, baiklah dia...
selamat tahun baru 2012, semoga tahun baru ini kita lebih bersemangat dan lebih berjaya di dunia mahupun di SANA...InsyaAllah..
kena pasak azam baru lagikkk... yang tahun-tahun sudah pon blom qadha lagi
salam,
memang betui..segalanya bermula
di rumah. semoga kak ati akan
dapat mendidik anak2 dgn lebih baik
selamat menyambut tahun 2012
jumpa lagi tahun depan di maya :)
dalam pahit 2011 banyak juga yg manis
mengharap menjadi insan yg lbh baik
selamat thn br!
hepi new year sahrom...
semoga kita jadi lebih baik kan...
[url=http://www.iystwowgold.com]wow gold[/url], I will be plan to see it for witnter. What a celestial satellite games gold.
I really enjoy games gold!!!
i just now obtained most of these [url=http://www.gw2golds.de#gw2gold]gw2 gold[/url] currently so i now absolutely adore them all!!!! since i have preferred him or her a lot i will be ordering a further product! i really plus side to these products is basically that you do not own to see the good care gear to care for these people(:
That i see it on daily basis basically might, they are so nice and trendy. I adore information on how games gold normally happens with different hues, you will not end up getting bord laptop or computer. Just can't get hold of thus games gold, adore it.. adore it.. think its great!!!
Since i absoluetly adoration my best Bailey Switches!! I purchased a fabulous schwarze duo and also join the whole lot! I have got Five many other pairs and are usually any actually awesome!!! It's my job to move the best [url=http://www.iystwowgold.com#wowgold]wow gold[/url]'s to college, regular food, and also just going anywhere you want. I'm sure the best way type they can be and ways in which high end they can indeed be!! I'm so and so seriously happy I simply committed to these all even though quite a few are unquestionably merchandise. The one thing that as well as simply thing we do not like about the subject is that the rainwater actually leaves h2o rankings on them even tough have been painted by way of waterproofer. Oh well Im a sucker for those games gold!!! And i also is going to mostm definetly advise them how to my girlftriend!!!
Good games gold. Customer services agency is undoubtedly outstanding.
The [url=http://www.d3kiss.com/]diablo 3 gold[/url] is okay. It is too quickly to be aware of if it will likely be durable or not.The assistance and delivery were very good.
Catat Ulasan