Isnin, 12 Disember 2011

RM 1,000,000.00 Money Drop : Banyak Perkara Yang Boleh Dipelajari


Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.

Sahabat semua, antara rancangan terbaru di televisyen yang suka saya tonton buat masa ini adalah RM 1,000,000.00 Money Drop kelolaan Astro 104. Banyak perkara yang dapat saya pelajari dari rancangan yang berkonsepkan pelaburan dan kemuncaknya pada malam tadi apabila sepasang sepupu telah memenangi wang sebanyak RM 100,000.00 hasil pelaburan mereka. Sebelum itu, sepasang suami isteri telah pulang dengan tangan kosong atas sebab-sebab yang mereka sahaja ketahui.

Antara perkara-perkara yang boleh dipelajari hasil dari rancangan ini adalah :-

  • Matlamat utama rancangan ini adalah bukannya memenangi wang pelaburan RM 1 juta itu tetapi bagaimana kita dapat menjawab kesemua 8 soalan yang dikemukakan dengan jayanya. Selagi kita tidak selesai menjawab kesemua 8 soalan, jangan bermimpi hendak memenangi walau sekeping wang kertas itu.
  • Untuk melekakan peserta, pihak urusetia yakni Astro akan memberi soalan yang mudah untuk 2 soalan pertama. Kemudian, peserta yang mudah leka akan berasa lebih yakin untuk menjawab soalan ke 3 tanpa memikirkan 'perangkap' yang telah dipasang oleh urusetia.
  • Kuncinya adalah sama ada peserta tahu atau tidak jawapan kepada soalan yang dikemukakan. Jika tahu, peserta boleh meletakkan semua wang pelaburan di jawapan tersebut dan jika tidak tahu dan tidak pula yakin, terpulang pada peserta untuk mengagihkan wang pelaburannya.
  • Dapat dilihat sifat tergopoh gapah peserta terutama kepada mereka yang tidak tahu akan jawapan. Cara yang terbaik adalah mengagihkan semua wang secara sama rata kepada semua jawapan dan bukannya meletakkan amaun sesuka hati berdasarkan apa yang peserta rasa.
  • Rancangan ini benar-benar menguji pengetahuan am kita mengenai sesuatu perkara. Hakikatnya, tidak semua perkara kita tahu walaupun ia nampak mudah pada pandangan penonton. Oleh itu, bersedialah untuk melepaskan sesuatu yang bukan milik kita daripada mengejarnya sehingga menyebabkan kita hilang semua perkara dalam hidup kita.
Kepada sahabat yang hendak bermain secara online akan permainan ini, bolehlah ke sini. Sesekali kita uji minda apa salahnya kan hehehhehe...Apa pandangan sahabat blogger mengenai rancangan yang pada pandangan saya bagus untuk pengetahuan am kita ini ? Layangkan minda sahabat di kotak komen untuk kita kongsi bersama.

41 ulasan:

Pen Biru berkata...

apapun harapnya peserta yg join game tu bolehla jwb soalan yg mudah2..kalau yg susah memang tak boleh nak buat apalah..

Kakzakie berkata...

Rumah kakak tak ada astro so tak pernah pun tonton rancangan ini...

Huda berkata...

Yup saya setuju..at least peserta kena jawab soalan 1 dan 2 dengan yakin..Yang paling penting kerjasama antara pasangan dan tawakal jelah..Saya suka rancangan yang bersifat menguji pengetahuan am macam ni..

kakcik berkata...

Tidakkah ada unsur perjudian dalam permainan itu?

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

tgk yg first week x? sy penah buat entri..soklan senang pon peserta x leh jawab..dahla tu duit yg diaorang lebur mmg aneh sgt jawapannya..

afeezz berkata...

rancangan febret aku skrg ni.. tensen gak klu tgk peserta yang tak tau jawapannya walaupon soalannya senang

KhaiRin berkata...

xpenah tgk tp bla bc entry ni rancangan ni mcm who wants to be a millionaire ye?

ctpayong berkata...

pendapat kakCT pulak, jika tidak yakin dengan jawapan, kenalah pandai agihankan baki wang pelaburan. kadang2 soalan juga agak tricky...kena baca betol2.

Cik SHiNJU berkata...

As salam...

Mlm td saya join gak jwb secara on9..huhu...Tggal 260k jer smpai soklan terakhir tu..Ingtkan bleh la dpt ipod...

gadisBunga berkata...

saya tak pernah tonton. tapi cara mengagih2 duit tu nampak mcm judi lah. tapi itu pun saya tgk dalam iklan.

eMMe berkata...

smalam layan game money drop kat internet, syok gak, hehehehe.... soalan dia leh tahan la...susah2 gak...yea la, kan senang nak dpt 1 juta kan.......

::FAIZ FARISH:: berkata...

mcm best kan?

miloais berkata...

tak tengok lah rancangan ni...
but ada terbaca komen2 bebudak kat forum...
ehehehehe

al-lavendari berkata...

saya tidak dapat memberi apa-apa pandangan buat masa ini kerana belum pernah lagi menontonnya. bunyinya macam menarik je.

fairus berkata...

BRO.. AKU DAH MAIN.. SEKALI JE DAPAT DUIT, RM 5OOK. KALAU DUIT BETUL KAN KE BAGUS...

Yunus Badawi berkata...

kebanyakan peserta tak tahu nak menjawab soalan yg senang2. Ada org kata Astro sengaja mencari peserta yg kurang bijak ... hehehe

faiz berkata...

tak pernah tgk...tak dpt nak gambarkan camne game ni..

siti murni berkata...

tak pernah tengok...tapi macam best je ni..insyaallah..nanti2 nak tengok lah..minat jugak bab2 ni..

aanie berkata...

sekali tgk macam berjudi pun ada....tp xtau la....

yg kelakar ari tu ada peserta xtau nak jawab masak lemak cili api asal dr mana...huhu..sedih...

♥cmª shIemª♥ berkata...

salam atok!
x tgk citer ni..huhu
tp ade tgk kat wall fb kwn2 dok post pasal rancangan ni..
byk yg negatif dr positif (peserta) coz x dpt jwb soalan mudah berkaitan msia..

blog-tips-kurus berkata...

selalu berangan nak join.. ;)

redza berkata...

xpenah tgk hehe

Mila@Rimbun berkata...

tak pernah tengoklah.. mcm menarik jugak ni..

AdiaLuze berkata...

Salam ziarah wahai sahabat ...

Ada jugak tertengok rancangan ni kadang2. Tapi, kalau sekali pandang cam berjudi pun ada .. heh .. Tu kalau nak pandang dari segi negatif laa .. Tapi yang positifnya, macam Sahrom cakap laa .. dengan soalan2 yang diberikan, serba sedikit dapat menambahkan pengetahuan :)

atuk berkata...

Assalamualaikum Sahrom

baru peluang tenguk sekali sahaja....menarik

Wassalam

Ati Masrif berkata...

tak pernah tengok full
rancangan tu sbb menyampah
dgn pengacaranya ..huhu

wahida berkata...

best sbb boleh tingkatkan pengetahuan kita...tapi masa first week dulu, ada soalan senang sgt dorang tak leh nak jawab? adoi la...

Amy Syaquena berkata...

Suka menonton program ni , sangat menguji minda..

khairul berkata...

belum berkesempatan nk tgk rancangan ni lagi

Yati berkata...

Kita kat rumah cuba jawap juga. Geram bila peserta tak tau. Tapi cuba bayangkan kalau kita sendiri jadi peserta. Mesti gabra atau panik juga, tak tau nak letak berapa duit kat jawapan mana. :)

norhidana berkata...

ye saya setuju sgt... utk pemain2 yg tamak n tak fikir dulu mmg rugi besar... pemainan nih lebih kepada pengetahuan am...

pemain kene tau jawapan,pastu kalu tak tau kene bg2 duit betul2... suke ngn lelaki 2org yg menang duit tuh walaupun bukan 1juta tp kire berbaloi

khaifaiz berkata...

alamak... rugi juge ek tak langgan astro

pacubob berkata...

mmg bagus ada rancangan mcm ni.....slalu kita disogok rancangan hiburan mcm nyanyian,tarian....patut dibanyakkan lagi rancangan gameshow menguji minda nih.....:)

Afida Anuar berkata...

rumah takde astro..nasib ler..

Kamsiah berkata...

salam
akak pun suka tgk jugak..utk menambah pengetahuan am...walaupun soalan nampak mudah tp susah sebenarnya...

Suhami Ahmad berkata...

Yang sepupu menang 100,000 tu kawan atok lah....Hazril tu =)

Papa Mifz berkata...

tak pernah tgk rancangan nih..pernah tgk iklan nyer jer...

~Nana BamBam~ berkata...

yaa memang banyak ...

nak masuk nie bukan senangkan.
kene banyak membaca, sejarah, matawang, dan sebagainya..huhu

Tea berkata...

pernah tengok ni Tuan tapi bukan di antara program yg diminati...

tuan tengok Wujud.. ada few siri.. sy tengok siri 6 memang terus dihantui..

Tanpa Nama berkata...

Tu bkn judi,yg tu untuk menguji pengetahuan am kita je,klu judi maknanya main ke arah yg slh untuk tujuan yg tdak baik,klu money drop ni cma untuk uji akal dan fikiran kita,klu awk rasakan yg tu judi,terserah dan saya tak bleh nk hlang dan satu lg dia fikir,labur dan menang sdgkan judi dia brtaruh utk mndapatkan wang.

rash berkata...

Menguji pengetahuan itu tiada masalah. Yg masalah ialah apabila perserta tidak tahu jawapan (tiada pengetahuan) dan meneka jawapan untuk menang wang. Teka nombor ekor, teka bola, teka jawapan untuk menang wang adalah sejenis perjudian. Tak kira lah perserta kena bayar yuran masuk atau tidak. Nak berjudi bertaruh wang kat casino pun tiada yuran masuk.







Related Posts with Thumbnails