
Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.
Sahabat sekalian, dalam kehidupan kita seharian kita tidak terlepas dari berjumpa orang dan menegur orang. Di pejabat, di kawasan kejiranan, di tempat-tempat awam pastinya kita akan terserempak dengan sahabat atau orang yang kita kenal. Untuk merapatkan silaturrahim, kita biasanya akan bertegur sapa. Antara cara yang biasa kita gunakan adalah senyum, mengangkat kepala, memberi salam ( jika berdekatan), mengangkat tangan, membunyikan hon atau isyarat lampu ( jika sedang memandu perlahan) dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, kadang-kadang kita juga terlepas pandang akan prinsip dalam menegur. Kita tidak sedar siapa yang sepatutnya menegur dahulu dan dek kerana perasaan malu atau segan, kita buat-buat tidak nampak atau tidak perasan dengan orang yang kita terserempak itu.
Sekadar pandangan peribadi saya, prinsip asas dalam menegur itu adalah :-
Kepada sahabat sekalian, apakah prinsip dalam menegur yang biasa sahabat semua amalkan ? Layangkan minda sahabat di kotak komen untuk kita kongsi bersama dan memberi manfaat untuk kita semua...
Sahabat sekalian, dalam kehidupan kita seharian kita tidak terlepas dari berjumpa orang dan menegur orang. Di pejabat, di kawasan kejiranan, di tempat-tempat awam pastinya kita akan terserempak dengan sahabat atau orang yang kita kenal. Untuk merapatkan silaturrahim, kita biasanya akan bertegur sapa. Antara cara yang biasa kita gunakan adalah senyum, mengangkat kepala, memberi salam ( jika berdekatan), mengangkat tangan, membunyikan hon atau isyarat lampu ( jika sedang memandu perlahan) dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, kadang-kadang kita juga terlepas pandang akan prinsip dalam menegur. Kita tidak sedar siapa yang sepatutnya menegur dahulu dan dek kerana perasaan malu atau segan, kita buat-buat tidak nampak atau tidak perasan dengan orang yang kita terserempak itu.
Sekadar pandangan peribadi saya, prinsip asas dalam menegur itu adalah :-
- Orang yang lebih muda harus menegur dahulu orang yang lebih tua. Hakikatnya ini menunjukkan kita hormat akan orang yang lebih tua daripada kita.
- Orang yang lebih berpangkat harus menegur orang yang lebih rendah pangkatnya ( jika di pejabat). Secara asasnya, tentulah orang yang berpangkat rendah ini segan hendak menegur bosnya kerana merasakan taraf yang terlalu jauh tetapi jika bosnya menegur dahulu, ia menunjukkan bos itu seorang yang mudah untuk didekati.
- Orang yang menaiki kenderaan harus menegur orang yang berjalan kaki. Prinsipnya, orang yang berjalan kaki tidak akan nampak siapa yang memandu kenderaan itu tetapi jika si pemandu menegur dahulu dengan cara membunyikan hon dan sebagainya ia lebih menunjukkan kemesraan.
- Orang yang datang kemudian harus menegur dahulu orang yang telah sedia ada disitu. Prinsip ini biasanya digunakan apabila kita memasuki surau / masjid. Kita yang akan menghulur tangan untuk bersalam dengan jamaah yang sedia ada disitu kan. Takkan jamaah yang telah sedia ada yang perlu menghulur tangan.
Kepada sahabat sekalian, apakah prinsip dalam menegur yang biasa sahabat semua amalkan ? Layangkan minda sahabat di kotak komen untuk kita kongsi bersama dan memberi manfaat untuk kita semua...




52 layangan minda:
Kakcik tak kisah untuk memulakan teguran, tapi terasa juga bila kita baru hendak mengukir senyuman orang sudah membuang pandang.
salam..
yang no-1 tu kalau nak tegur orang tua..bagi salam..tegur kesalahan orang tua silap hari bulan kena hambur balik..he he
senyum..kalau jauh lambai-lambai tangan..
saya setuju ngn semua yg di atas tu hehehe... tp yg no 2 tu mmg setuju sgt tp kt ofis ni lain lak... bos saya nk anak buah tgr dia dulu...kalu tak dia bt dek je..pastu siap bt kenyataan kt meeting ada ank buah tk hormat dia...ooppps
kadang2 nak menegur org pon takut. sebab takut kena sembur balik dan dikatakan busy body plak. huhuhu
susah jugak kalo kita nk tegur orang ni...silap haribulan tak pasal2 kita pulak yg kena
saya tak kisah ditegur. tapi biar dgn cara berhemah atau saya akan buat dek je dgn teguran tu.
err...ego ke?
selalu kalo boss masuk, saya selalu serba salah nak tegur dia ke tak, sebab dia akan lalu tepi saya kalo nak ke bilik dia.. dia pulak kadang tegur, kadang masam...tu yang jadi takut nak tegur.. paling2 pun saya senyum atau buat2 tak nampak dia masuk..
semuanya boleh diguna pakai...kalau sy senyum dulu...ada tindak bls tegur la...heee
tengok keadaan jugak..lagi2 kalau tak kenal,
sbb skrg ni byk jenis org yg suka amik kesempatan..
biasanya akak wat hal sendirik jer.. :D
teguran untuk kebaikan takde salahnya, elok kita tau di mana silap kita, sekurang-kurangnya kita berusaha untuk tidak mengulanginya lagi..
sekarang kalau terlebih peramah pun susah, jadi biarlah berpada-pada mengikut keadaan..
kadang kala aku biar org yg tegur aku... sbb aku rabun jauh....
Klu org tak kenal sy, org akan kata sy sombong. Tp hakikat, sy tidak...
Sy tidak menegur tp sy banyak senyum. Pun org kata sy sombong. Err...nape eh? Sy kena muhasabah diri.
silap tegoq kena hampot bro !
Kalau di luar kelantan amy lebih suka tegur orang x kisah la amy kenal atau tidak tapi kalau dalam kelantan amy x kan sesekali tegur orang , amy lebih suka senyum je..bukan sombong tapi sebab amy x faham penggunaan bahasa di kelate..jadi amy lebih suka senyum sambil menundukkan kepala..
p's: dah ada pengalaman sblm ni , tegur orang sekali dia kecek amy angguk je kepala padahal orang tue bertanya...sebab x faham punya pasal, takut org salah anggap huhuhu....
selamat tengahari en sahrom..
lama ayu tak kesini..
hari ini baru ada kelapangan. kebetulan ayu balik rumah, kedai en zalie yang jaga..
ayu tegur en sharom dulu ya....
heheheh
PS: ayu jenis tak kisah, walau budak kecil ke besar ke... ayu yang mulakan tegur.. bukan apa... mungkin 1 hari ayu yang tak perasaan dengan seseorang kan??
Assalamualaikum Sahrom
saya suka ditegur...
Wassalam
lagi satu sy tak gemar/suka kalau ada segelintir yang menegur dengan bahasa yang kasar.
lagilah malas nak mendengar walaupun teguran itu baik
SALAM,
TKASIH PANDUAN INI. TEGUR DGN HATI YG IKHLAS DAN BERHEMAH. INSYAALAH AKAN BERKESAN
assalamualaikum sahrom : aku sokong pendapat ko ni.
betulbetulbetul. tegur pun ada caranya jugak kan. Tak boleh nak pakai teram je. Heheh :D
kalau tegur dengan cara elok ok la..yg x bestnya kalau teguran yang x da budi bahasa..silap2 hari bulan kena bahasakan balik org yg tegur tu..hehe
hmmm kalau moon nie..susah sket nak tegur org... sebab tu org kata moon sombong... tapi kalau dah kenal btol2... moon xlaa sombong...cuma pemalu :)
tegur dulu sebab dapat pahala sunat. Buat baik tak payah tunggu orang.
setuju dengan kata2 saudara shahrom tu...menghormati sesama insan kan..
SAYA SUKA MENEGUR ORANG JUGAK.. TERMASUKLAH MENEGUR SESEORANG YANG ADA LAKUKAN KESILAPAN DI TEMPAT KERJA.. ;)
ingatkan menegur kesalahan.. he he..
saya setuju sahrom,...tapi apa pun, saling lah kita menegur antara satu sama lain tak kira pangkat, usia, keturunan dan agama.. Allahualam;)
saya nih peramah orgnya..hee hee..
selalu sy tego jer.. senyum n bagi salam atau say hi..
tak rugi menegur sapa org kan.. esp yang dah mmmg kenal n jumpa hari2..
yang jadi problemnya nak tego 'stranger'.. tak semua yang membalas senyuman yang diberikan..
=}
salam sahrom,
hari ni smpat dtg je..
janji mai kan :)
murid mesti menegur gurunya dulu kalo terserempak kat mano mano
betul tu...aku pon segan nk tegur org berpangkat nih
Antara perkara yg semakin terpinggir
Saya tk tegur bang.... Saya pemalu...
Saya tk tegur bang.... Saya pemalu...
salam kenal dan dofollow sini.. yupp sokong pandangan adik tentang sapa harus menegur sapa dulu, tp tu bukan kemestian, tak salah kalau kita yg menegur dulu walau sapa pun kita,.. cuma masa nak mula baca akak ingat menegur kesilapan.. rupa2nya menghulur salam...
salam atok..
bagi cma..
klu bab tegur menegur ni..tgk pada siapa dan kat tempatnye jugak..(tegur buat salah le..)
kalu tegur utk bertegur sapa..
cma ni malu2 tapi kadang2 byk mulut jugak..well..tegur x salah kan..tegur aje le..
"hai..selmat pagi atok!"
hehehe.. :)
biasanya sy senyum je kat orang..x reti nak memulakan perbualan....
Prinsip2 ni perlu di fahami, kalau tak maksud teguran tu tak akan sampai..paling teruk, takut jadi bergaduh pula!
kdg2..utk menegur kenalah menggunakan bahasa yg sopan..tadi kawan sy baru terkena..tersalah parking tempat org dan org tu menegur dgn cara yg agak kurang ajar...
salam,
lama tak singgah tanpa kesempatan mengundang..:(
Mula2 senyum kemudian salam..inilah permulaaanny...Namun tak semua berbalas..Maka berbaik sangkalah, itulah yg terbaek..:)
Tak kira tua atau muda,
kaya atau miskin,
pemimpi atau rakyat,
atau apa sajalah.
Kalau buat salah,
wajib tegur. kan? :)
Pada papa mifz tak salah untuk menegur dulu mereka yg berpangkat,kita akan dilihat sebagai seorang yg confident dan berani
Rajin menegur kadang-kadang dikata peramah, kadang-kadang orang kata menyibuk. Tengok keadaan dan penerimaan seseorang..
salam sahrom, sekali lagi nak komen.. hehee
kalau tegur kat blog ttg loading blog kawan2.. agak2 nya oke tak?
fm baru jer buat tuh...takut ada yg marah...huhuuu
betul tu awak... tak salahkan tegur dulu kalau ikut stuasi... tak jatuh sahampun kan...
tegus menegur antara kita sesama islam patut diamalkan..
tapi dizaman sekarang ni memang ramai buat tak tahu sahaja, lebih2 lagi kalau tegur utk perkara kebaikkan, harap kita dapat mengamalkan prinsip tegur menegur yang sebenar..
salam sahrom ..lama tk bertandang kesini, harap sihat sahrom sekeluarga ..
konsep menegur ni ..
seharusnya .. kite biarkan org bagi salam kt kita dulu, sbb org yg memberi salam lebih mulia dan lebih pahala dari yg menerima salam ..
klu kita membiarkan org bagi salam bermakna kite muliakan depa dulu ..
tp klu org tu diam jer ..
kita mulikan kan la diri kita dulu ..
tk gitu !!!
Kalau malu atau segan nak bertegur sapa sekalipun..bawak2 lah senyum..ini tak..ada setengah orang tu masam menonong je..haih..sama2 la kita renung2kan..
Akak setakat senyum, atau angguk pala je. :)
X kisah la siapa yg tegur sapa dulu. Yg penting silaturahim tu masih terjalin
Setuju dgn semua prinsip menegur di atas...hehe
saya kalau nak tegur orang terutama yang tak kenal,saya tengok dulu orang tu dari jauh..agak2 ok...cuma lemparkan senyuman jer...kalau yangkenal plak...angkat tangan..sebab kalau bersuara,memang orang tu tak dengar :)
Catat Ulasan