
Apa ertinya kebebasan ?
Jika kita lupa dimana kita datang...
Dimana kita berada...
Siapa di belakang kita...
Apa ertinya kebebasan ?
Jika kita tidak menghormati orang lain...
Tidak menghormati pemimpin lain...
Tidak menghormati orang tua...
Apa ertinya kebebasan ?
Jika kita berada di jalanan...
Jika kita berterusan berteriakan...
Terus bercakap soal hak asasi...
Tanpa memikirkan hak asasi yang lain...
Kita bangsa berbudi bahasa...
Kita bangsa bertamadun...
Tidak melanggar undang-undang..
Tidak bermaksud kita betul...
Kerna...bukan semua perkara di dunia ini..
Boleh diukur dengan "tidak melanggar undang-undang"
NORMA juga memainkan peranan..
Suatu nilai yang diterima oleh sesebuah bangsa...
p/s: terima kasih kepada semua guru-guru saya yang mengajar saya supaya senantiasa menghormati pemimpin. Antara guru-guru saya itu termasuklah LF dan Temuk. Mereka juga mengajar saya bagaimana untuk menaikkan bendera dan menghormati gambar pemimpin. Hormat tidak bermaksud kita setuju tetapi hormat menunjukkan suatu norma yang diterima oleh sesebuah bangsa.




32 layangan minda:
Kebebasan berideologikan barat yg menjadi masalah
sentiasa bersyukur ngn kebebasan yg di kecapi di sini di bumi bertuah ini... tp bila kebebasan yg melulu yg mengikut kebebasan barat itu yg jd lain...
Assalammualikum atok..!
huhu..terkesima baca entri atok pagi ni..
---->>kebebasan<<---
assalmualaikum en sharom..
lama tak singgah sini.
moga sihat2 selalu
alhamdullilah, syukur kerana menjadi warga malaysia..
tidak seperti warga luar.
norma norell juga norma. ngeeee~
hormat pado orang tuo tu paling ponting kan
nk hormat pon kena berpada 2
salam sahrom,
macam-macam hal lani kan..
dato LF tu bekas guru sahrom ke?
sajak ke tu?
sekarang anak murid dan bekas guru sama2 blogger ek... best!
bgimana kita menentukna norma bangsa kita? dgn cara mengikut sahaja atau dgn ideologi sndr? saya pun tk reti bro sharom...huhuhu
mungkin ada simbolik lain mereka buat macam tu...bkn tak hormat..kdg2 apa yg kita buat kita tak tahu yg org lain merasakan benda tu kurang ajar..
serius aku suka ayat ko bro....
"Hormat tidak bermaksud kita setuju tetapi hormat menunjukkan suatu norma yang diterima oleh sesebuah bangsa"
...Sy sedih bila entri Sahrom dipersendakan.
Bair bosan dari menjadi manusia yang tidak ambil peduli. Ambil iktibar dan pahatkan dlm hati, rintihan kita itu tidak lain adalah utk diri sendiri juga.
Maaf, komen sy bukan nak terbitkan satu krisis tp rintihan Sahrom smpi ke hati sy...
Salam ziarah wahai sahabat,
Betul tu.
Setuju sesangat dgn kata2 Sharom "HORNAT TIDAK BERMAKSUD KITA SETUJU tetapi hormat menunjukkan suatu norma yang diterima oleh sesebuah bangsa."
setuju!!!
SETUJU BRO.. APA YANG KITA RASA KALAU ORANG LAIN TAK HORMAT BAPA KITA?
hormat mnghormati budaya kita
mula x paham ..
tapi dah paham dan setuju !
nilai itu.. ya sy faham...
kene saling hormat menghormati...
setuju sahrom..walaupun berbeza ideologi politik, kita kena lah ada sifat hormat menghormati.. kalau kita tak hormat kat orang, macam mana orang nak hormat kat kita iyer dak?;)
salam..
tak faham pula apa
kaitannya dengan pintu
mahkamah tu..?
Salam ,
Malaysia sebuah negara yang aman damai...walaupon bebas dari penjajahan..namun tetap menpunyai undang-undang...hormat menghormati dan saling tolong menolong antara satu sama lain.
jika tiada semua itu, adakah negara ini selamat diduduki ?
cewahhh ayatku tak bleh blah..huhuhuhu :P
peacee yow :P
Hormati orang lain, dan orang lain akan hormati kita :)
Setiap perkara itu mesti ada sebab,
kadang orang yang berada di suatu kondisi lebih memahami situasi yang sebenar. Ura-ura, kadang banyak menipu daripada yang benar. Kan? :)
Salam ziarah wahai sahabat,
Sibuk sungguh En.Sahrom kita sekarang .. Sehari sempat post satu entri je yee .. hehehehe
wajib hormat kita padaNya,insyaAllah org akan hormat kita dgn sendirinya.. :)
walau kita ada seribu alasan, gunakanlah cara yang paling berhemah....
melatih diri untuk berfikir secara rasional adalah langkah terbaik
norma kita berbeza Tuan... atas sikap, cara dan persekitaran
setuju sgt! ;D
setuju! kebebasan bukan bermakna perlu keluar dari norma kehidupan.
As-salam
Yang sedihnya, atas nama 'kebebasan', norma peringkat tertinggi pun, iaitu "undang-undang" dilanggar orang. Untuk mereka itu, biarlah "undang-undang" itu sendiri yang menentukan ganjaran atau hukuman bagi tindakan mereka.
Catat Ulasan