Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.
Hujung minggu lalu, keluarga mentua dan adik beradik ipar saya datang ke Kuala Lumpur. Seperti biasa kedatangan ke sini pastilah untuk bercuti. Kebetulan, seorang adik ipar saya baharu sahaja selesai menduduki peperiksaan SPM nya, jadi inilah masanya untuk kami membawanya menghilangkan tension SPM nya hehehhe...
Kami menghabiskan masa cuti kali ini dengan bermandi manda di Taman Tema Sunway Lagoon atau dalam Bahasa Inggerisnya Sunway Lagoon Resort Theme Park. Jujur saya beritahu sahabat semua, walaupun saya ini berasal dari Klang dan sedari kecil memang menetap di Klang serta Sunway ini sendiri tidak berapa jauh dari Klang, hakikatnya inilah pertama kali saya memasuki taman tema ini. Setakat Sunway Pyramid sudah pergi tetapi bukannya Sunway Lagoon.
Jadi, layanlah beberapa keping gambar yang sempat saya rakam. Gambar mandi tidak dapat dirakam kerana semua gadjet sudah masuk dalam locker box sebelum kami terjun dalam kolam hehehhee....
Hujung minggu lalu, keluarga mentua dan adik beradik ipar saya datang ke Kuala Lumpur. Seperti biasa kedatangan ke sini pastilah untuk bercuti. Kebetulan, seorang adik ipar saya baharu sahaja selesai menduduki peperiksaan SPM nya, jadi inilah masanya untuk kami membawanya menghilangkan tension SPM nya hehehhe...
Kami menghabiskan masa cuti kali ini dengan bermandi manda di Taman Tema Sunway Lagoon atau dalam Bahasa Inggerisnya Sunway Lagoon Resort Theme Park. Jujur saya beritahu sahabat semua, walaupun saya ini berasal dari Klang dan sedari kecil memang menetap di Klang serta Sunway ini sendiri tidak berapa jauh dari Klang, hakikatnya inilah pertama kali saya memasuki taman tema ini. Setakat Sunway Pyramid sudah pergi tetapi bukannya Sunway Lagoon.
Jadi, layanlah beberapa keping gambar yang sempat saya rakam. Gambar mandi tidak dapat dirakam kerana semua gadjet sudah masuk dalam locker box sebelum kami terjun dalam kolam hehehhee....

Pintu hadapan memasuki taman tema ini berbentuk seperti dataran. Datarannya agak kecil dan tidak sesuai ditempatkan disini kerana disini jugalah semua kenderaan termasuk bas akan lalu lalang.

Peta minda hehehehee... lokasi-lokasi yang terdapat dalam taman tema ini. Peta ini ditempatkan bersebelahan dengan kaunter tiket.
Kaunter tiket. Kami mengambil pakej 3 parks sahaja iaitu RM 60 untuk dewasa dan RM 48 untuk kanak-kanak. Untuk mendapat harga RM 60 ini, MyKad perlu ditunjukkan semasa membeli tiket. Jika tidak, harganya akan melambung ke RM 80 ( dewasa) dan RM 65 ( kanak-kanak)
Suasana di kaunter tiket. Memang ramai sungguh pengunjung di waktu hujung minggu dan cuti sekolah ini.

Masuk sahaja, kalian semua akan berjumpa dengan Wagon Wheel.

Jalan sedikit ke depan, kalian akan jumpa dengan Scream Park.

Kemudian, jika barangan kemas kalian hilang, carilah di The Lost City of Gold hehehehe...
Dengan pakej 3 parks itu juga, kita boleh masuk ke Sunway Wild Life untuk melihat pelbagai jenis unggas dan burung yang terdapat disini. Macam Mini Zoo la huhuhuhh
Macam fun fair la plak permainan ini kan heheheheh...
Pandangan Peribadi Saya Mengenai Sunway Lagoon Resort ini :-
- Oleh kerana ia adalah satu-satunya Taman Tema yang paling dekat dengan Lembah Klang, pengunjung memang terlalu ramai. Anda akan kehilangan keseronokan untuk bermain dek kerana situasi yang terlalu sesak ini.
- Harga makanan tidak perlulah saya beritahu. Memang ia terlalu mahal. Sepinggan nasi ayam mencecah RM 15 dan setin air milo mencecah RM 7 huhuhhuh...
- Surau. Walau tempatnya besar suraunya amat menyedihkan. Standard stor simpan barang sahaja huhuhuhh...
- Kita akan letih berjalan dari bermain kerana tempat ini yang tersangat besar dan jaraknya yang agak jauh.
Jadi kepada sahabat sekalian, kalau hendak berkunjung ke sini, boleh la ke Sunway Lagoon Resort ini sama ada melalui Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Damansara - Puchong, KESAS dan banyak lagi jalan alternatif lain. Selamat bercuti..




36 layangan minda:
penah pegi sekali sbb dapat tiket free...tapi memang la..letih sungguh tak sempat pegi semua parks..
its fun!
merasalah anak2 dapat main air sahaja walaupun bayar utk 2 taman..geram jerrr
dah pergi tahun lepas lagi..oklah, janji anak enjoy..
dah lama sgt tak pergi sunway lagoon
menarik
sana best gi main2 air... :D
Dah lama tak ke sana. Org kate, selain main2 air...sane pun tempat terbaik utk cuci mata.
Hahahahaha!
Kakak masa belum cuti sekolah hari itu ingat satu dari sasaran nak ke sini last anak tukar tempat...
Sunway lagoon memang best:)
kali terakhir saya p sunway lagoon masa saya form 2, yakni tahun 2001. punya lama. sekarang dah tak tau mcm mana rupa sunway lagoon dah. hehe
meh datang Tambun Lost World
sy kalu g tmpt2 mcm ni..x tggu time cuti..x best..sesak la tu..
begitulah nasib surau di mana2 kecuali di RR Plus Highway.
tapak itu dulunya bekas lombong. dengan berbekalkan kreativiti dan akal seorang usahawan ia berjaya menjadi pusat tarikan.
mahalnya nasik ayam sampi rm15 dan air milo smpi rm7!!
dah lama x g sejak dia naik harga ni...huhu...
dekat umah sy je ni....jalan kaki pun sampai....
hmmmaybe destinasi percutian sy minggu depan :)
Bergambar dgn skuad lumba basikal negara.http://gilamodified.blogspot.com/2011/12/pesta-pulau-pinang-cycling-race-dec-18.html
assalamualaikum sahrom : aku pon tak pernah masuk sunway lagoon ni... rasanya best lagi mandi kat sungai... hehehe
Selalu jer mcm tu kan...
Tempat besar,surau kecik...
Nak wat cemane,bukan org Islam
yg empunya semua tmpat2 besar tu...
saya tak meletakkan harapan tinggi utk surau nya, sebab tokey nya sendiri cina. Cuma saya sedih bila ke tempat yang tokey nya sah sah Islam, tapi surau nya macam stor.
saya tak penah pegi. siyes. tak terasa nak pegi.
tapi kan...kalau saya jadik menteri kan, saya akan wajibkan semua tempat sediakan surau yang luas dan selesa utk umat islam nak solat. kalau takde, plan tak approve. pastu kalau dah siap tgk takde jugak, jgn harap nak dapat cf.
eh?
saya pun tak penah pg tmpt2 camni, al maklum tak berapa minat heheheh tp tak tau lah kalu nnti aiyan dh beso heheheh..
selalunyer kalu tmpt2 yg ramai org gini msti makan2 dia mahal bebeno...
promote nampak...
atok pun tak ponah poie laie sini
gambaq hang takdak pongggg..
belakang umah ajer ni huk huk huk :D
http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/aku-hanya-mahu-kamoooooo.html
dah lama dik akak x kesini .. kalau pergi harus sesat huhuh ..
TAK PERNAH PERGI LAGI. TAPI KALAU DI MELAKA ADA A' FAMOSA WATER WORLD DAN JUGA MELAKA WONDERLAND. DUA-DUA SESAK. MEMANG TAK SERONOK NAK MANDI KALAU SESAK...
pertama kali & terakhir aku jejak kaki ke sunway pada tahun 1993. masa tuh tiket cuma RM10 jer.... huhuhuhu
Tuan, saya kali terakhir pergi 15 tahun yang lalu.. dry park..
salam atok..
g sunway lagoon ea..?klu bg tau cma leh dapat diskaun 15% tau..hehe
tiap2 tahun ade family day buat kat cni la..dah boring nk sana sesak ngan manusia..(tp pegi jugak!hehe)
yeap!setuju ngan atok surau mmg tecik!pas tu rege makanan mmg toksah cita la..mahal gila..mmg x la..
huhu...
best mandi manda?
masa saya keje kat tempat client di subang 2 tahun lepas tiap2 hari lalu ikut sunway lagoon ni, tapi sekali pun tak pernah singgah...
xpenah pi pun lagi..huhu. Layan je la gambo2 yang awak amik ni;)
tak pernah pergi ke sunway lagoon....pergh..mahal gilor tiketnyooo...harga makan nya pun..tapi al maklum dah perkara ni....yang ni kalau hari2 nak masuk,tunggu dapat jawatan manager lah kan...tepuk dahi den..hehe
kena betol2 ada kewangan yang stabil baru boleh pegi. hehe saya xpenah sampai lagi :)
cuti awal muharam ari tu pun hjr bawa family mertua mandi manda... g bawa kat bukit merah....
xpernah lagi ke sunway lagoon ni... nampak best laaa... 2 taun lepas company ade wat family day kat sini tp xdpt join... huuuu ruginyerr...
part makanan tu mahal betul..
Pergi Sunway minggu lepas, anak lupa bawa mykad - fuhh terpaksa bayar RM80. Masa beli tiket punyalah lama - stress!
Catat Ulasan