Selasa, 6 Disember 2011

{ Gambar} Tempat Makan Best dan Sedap di Seremban : Majlis Makan Malam Tahunan Warga Kerja Seorganisasi...

Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.

Hujung minggu lalu, organisasi tempat saya berkhidmat menganjurkan Majlis Makan Malam Tahunan. Majlis dilangsungkan di Starfresh Agro Park, Jalan Bukit Putus, Seremban.

Hampir 80% warga kerja termasuk seluruh ahli keluarga hadir ke program tahunan ini. Mereka yang berkhidmat di ibu negeri mahupun di seluruh cawangan di negeri ini turut sama dijemput hadir bagi memeriahkan suasana kekeluargaan yang sudah sedia terjalin. Yang seronoknya, tiada bayaran yang dikenakan dan big boss dengan berbesar hati memberi RM 15 kepada setiap keluarga yang hadir sebagai duit minyak hehehehe...

Kepada sahabat sekalian, jemputlah layan gambar yang sempat saya rakamkan di bawah ini...





Inilah papan tanda yang terdapat di restoran ini. Restoran Agro Fresh yang terletak di Jalan Bukit Putus (lama) yang menghubungkan antara bandar Seremban dengan daerah Kuala Pilah. Jika kalian mahu ke resoran ini, pastikan kalian tidak melalui jalan baru ke Kuala Pilah kerana ia bukan terletak di situ.




Antara menu utama yang dihidangkan pada malam itu. Maaf tulisan sangat kecil, sila klik untuk paparan yang lebih jelas..




Antara suasana yang terdapat di malam itu. Seluruh premis restoran telah kami tempah. Jadi tiada orang luar yang memasuki premis ini pada malam tersebut hehehhe....




Hidangan BBQ. Itu salah seorang warga kerja kami dan bukannya staf restoran. Itu BBQ kami buat sendiri cuma material sahaja pihak restoran yang sediakan.




Udang bakar...Hidangan yang paling cepat habis dan licin. Tidak sampai setengah jam, sudah habis huhuhuhuhh....





Jagung bakar dan hot dog juga terdapat di menu malam tersebut. Jagungnya tersangatla besar. Lambat untuk dihabiskan hehehehee....



Satay juga disediakan. Yang pasti, ia bukanlah satay banjir Kajang ya...Satay ini Made Ini Bukit Putus hehehhe....




Cabutan bertuah yang telah diagihkan pada malam itu. Alhamdulillah, saya berjaya mendapat salah satu daripadanya hehehehhee....( bertuah la sangat ...)




Itu daging kambing yang telah dirincing halus bagi memudahkan warga kerja yang lebih senior mengunyahnya hehehehhe....Kalau tak, terselit kat celah gigi la gamaknya kan .....



Terdapat juga kolam ikan segar dimana pelanggan boleh memilih jenis ikan apa yang disukai untuk dimasak oleh pihak restoran. Antara ikan yang terdapat termasuklah talapia, siakap, baung dan sebagainya.

Itu sahaja sedikit gambar yang oleh dilayan. Agak-agak boleh meruntunkan air liur tak?? hehehehee....


p/s: saya terkejut apabila mendapat tahu lagu sehebat Pokok dendangan Meet Uncle Hussein tidak pergi ke Final AJL kali ini. Bagaimana lagu taraf budak sekolah yang tak habis SPM lagi boleh masuk ? Mungkin saya sudah buta nota muzik al maklumla sudah lama meninggalkan alam muzik sejak di bangku sekolah lagi kan huhuhuhh...

37 ulasan:

Kancilbiru berkata...

wah wah wah...bikin terliuq ni..sungguh mencabar iman ku nak berpuasa harini sebb banyak blog asyik tunjuk makanan ja...hehe..

apapun tahniah yer dapat cabutan bertuah..

tOyO berkata...

happening dan santai..terbaek..hehe

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

mmglah kecur terutama bila tgk udang dan juga terbayang ikan kolam yg diasak oleh restoran..jagung sy x terlior psl sy x suka jagung..


err lagu apa yg taraf budak sekolah tu? sy x amik port pula psl lagu yg terpilih..

kakcik berkata...

Kakcik 'kurang' sikit bab makan bakar2 macam tu - maklumlah gigi dah mula reput! :)

Politik ada di mana2 waima dalam AJL sekalipun...

Lya Colours berkata...

paling best satay ! sangat favvy!

hah AJL tu, saya pon agak terkejut lagu Pokok tak masuk. tapi suka lagu Kisah Hati dengan Beribu Sesalan masuk final. weeeeee~~

gadisBunga berkata...

kalau saya mesti tuju kambeng dgn sate dulu!!!! udang....sikit2 bolah la...nanti jerawat. heheh~

*pasal AJL - saya bangkang lagu cintamukabuku masuk final.

khairul berkata...

best kan xtvt beramai-ramai camni..

norhidana berkata...

wah2 bestnyer... dh lama takde mkn2 gitu... mkn ramai bestnye lg2 kalu kumpul2 ngn membe ofis...

p/s: saya tgk senarai lg yg msk juara lagu kali nih sume tak best,ada beberapa je yg ok... lagu yg biasa2 je... alahai camne lah...nk tgk pun takde mood

JunAina berkata...

nasib biak masa banjir kak aina tidak berada di kajang kalau tak mau menagis kena keluar ribu-riban nak baiki kereta...

afeezz berkata...

assalamualaikum sahrom : pergh... yg bakar2 tu sedap banget....

bujal X berkata...

gambar last tu buat saya kecur air liur~~peh~~talapia~~

wahida berkata...

apa cabutan bertuah yg ko dpt bro? mesti gempak ni...

Munnafendy berkata...

uiiii bbq kambing la paling best! terliur dh ni...=)

besar2 adiah...dah mcm bntal peluk pun ada tu..yeke? hehe

cikceriacorner berkata...

wow bestnye...makan ramai2...boleh eratkan silaturahim lagi...ehhehe

Fara berkata...

Sahrom,

Sy juga terkejut sgt lagu POKOK tak terpilih. Kualitinya tak terbanding. Sy mmg jangka dia terpilih. Apa ley bt, takde rezeki namanya Sahrom...

♥cmª shIemª♥ berkata...

salam atok..
ni restoren yg kt bukit putus tu ye?
ari tu mase balik kampung asben ade intai2 jugak restoren ni..tp belum berkesempatan nk dtg..xtau la ape menu yg menarik kat situ..

wah..happening nye bbq..yg penting udang bako tu btl2 buat cma terliurrrr....huhuh...



x tgk ajl.so xtau nk komen ape pasal pencalonan anugerah tu..

♥cmª shIemª♥ berkata...

* pemilihan lagu bukan pencalonan anugerah..silap..hehehe.. :p
oh ye,tahniah jugak dpt cabutan bertuah.. :)

Fatin Mraz berkata...

saya teringat akan kampung di pilah..

dulu masa jalan lama tak siap lagi, lalu jer depan ni...

redza berkata...

wahh sate ngan udang tuuuu..sedap tu jagung bakar pon ada huhu

eiela berkata...

sedapnya makanan.. jagung bakar.

Tea berkata...

Daging kambing sy sgt suka tuan..

aimaniman berkata...

wow seronoknya makan2...
nota kaki tu yg bess.. bukan kita yg buta nota muzik, tapi mereka yg sibuk kejar publisiti untuk rentap rating penonton... CMB kan tengah popular meletop.. Penakut pulak tengah ada isu dengan sedetik lebih.. so menangguk di air keruh la,..

Asrul "iLham" Sany berkata...

tetibe gua rs lapa..

owh, lunch time rupenya

:D

AdiaLuze berkata...

Salam ziarah wahai sahabat ..

Aduyaaiiii .. terliur dibuatnye melihatkan menu2 dalam gambar yang menyelerakan .. Lagi2 udang tuuu .. nyummm ... hehehee

Baiknya la Bos awak kan. Dahla FREE, siap bg duit minyak lagi .. Bgs2 .. Mudah2han murahlah rezeki dia yee ..

P/S : Apa ???? Lagu 'Pokok' tak dapat masuk Final ??? Ish .. Tapi napa lagu budak2 skolah tu leh masuk plak ?? ISSSHHHHhhhhKKkk ..

aizamia3 berkata...

berusaha untuk tidak terliur nanti en. suami kena buat BBQ lagi kat rumah.. hehehe..

Yati berkata...

Bestnya Sahrom, makan-makan.
Akak pun setuju le. Tu lagi satu, lagu menyesal six sense tu pun, awat tak masuk. Mukabuku tak patut masuk, kanda dinda tak patut masuk. Hehhe..

fairus berkata...

GAMBAR INI MEMBUATKAN AKU MENJADI LAPAR. SUDAHLAH SELEPAS BERHENTI MEROKOK NI NAFSU MAKAN AKU MENJADI BERLEBIH-LEBIH.

Daddy Ziyyad berkata...

2 minggu lepas saya ke Kuala Pilah..patutlah tak jumpa restoren ni sebab saya ikut jalan baru...hahaha

Saya mabuk kalau drive ikut Bkt Putus!

hajarus berkata...

wow happening nyer... menunyer sumer nampak super best... nyam2... hadiah2 nyer pun mesti best2 jugakkan... ;d

faiz berkata...

byk kali lalu tempat ni dulu tp tak pernah singgah..

aanie berkata...

baiknya bos...huhu...

sy pun terkejut lagu pokok x masuk...maybe nubhan nyanyi x sedap kot...hehe..

Aziela berkata...

Selalu sangat lalu, tapi x pernah plak teringin nak singgah... Dah tgk entry nie, tertarik plak. Bolehlah kami cuba lepas nie. Tp menu2 dlm entry nie rasanya tempah khas kot ekk. Kalau walk-in menu apa agaknya...

eelobor berkata...

wah....seluruh premis restoran ko tempah? huhuhuhuhu

Nur berkata...

Aduh terasa lapar pula.. Nampak sedap menu masakan di sini.

al-lavendari berkata...

tempat tu sepelaungan jauhnya dari rumah saya. sudah dua kali kami buat majlis kat situ. chinese food dia sedap juga.

sekarang tempat tu lagi exclusive sejak jalan baru ke kp dibuka.

mamaNoriz berkata...

panjangnye deretan BBQ dia!

mantop lah!

amirah berkata...

sedapnya nampk BBQQ tu..dasatt..huhu

Related Posts with Thumbnails