Khamis, 29 Disember 2011

30 Minit Ustaz Don : Segalanya Bermula Disini...


Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga sahabat semua senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.

Sahabat sekalian, antara rancangan yang semakin saya minati ketika ini adalah rancangan 30 Minit Ustaz Don di TV Al Hijrah Astro 114. Rancangan ini disiarkan setiap malam Isnin hingga Rabu bermula jam 10.30 hingga 11.00 malam.

Rancangan berbentuk keagamaan yang dikendalikan sepenuhnya oleh seorang ustaz yang bernama Ustaz Don ( dengan loghat utara yang sangat sempoi) ini disampaikan secara santai dan bersahaja. Rancangan ini banyak mengupas hal-hal keagamaan baik hal tauhid, tajwid, ibadah dan sebagainya. Antara segmen-segmen menarik yang pernah saya ikuti termasuklah :-

  • Bab pengertian solat. Topik malam tadi beliau menyentuh bagaimana seseorang yang menjaga solatnya, solatnya itu akan mencegah beliau dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Jadi, beliau menimbulkan persoalan jika kita tetap bersolat tetapi dalam masa yang sama kita masih mengutuk orang, mengherdik orang, tidak menghormati orang lain apakah kualiti solat yang telah kita lakukan itu ?
  • Bab tajwid ikhfaq haqiqi. Topik malam semalam ini, beliau mengajar bagaimana cara menyebut sebutan ayat yang mengandungi hukum ikhfaq haqiqi. Bagaimana juga mahu mengenali huruf ikhfaq haqiqi yakni 'nun mati' atau 'tanwin' bertemu dengan 15 huruf antaranya termasuklah 'ta', 'tsa', 'qaf' dan sebagainya. Pastikan ia didengungkan pada kadar 2 harakat.
Sesungguhnya, rancangan ini sangatlah bermanfaat kepada mereka yang ingin mempertingkatkan ilmu fardhu ain mahupun fardhu kifayah kita. Belajar agama ini khususnya ilmu al-Quran perlulah berguru dan berkitab agar kita tidak mudah membuat kesimpulan sendiri mengenai sesuatu perkara.

Pandangan peribadi saya, rancangan ini teramatlah bagus tetapi saya mencadangkan kepada pengurusan TV Al Hijrah agar mengawalkan lagi waktu siarannya. Mungkin waktu yang paling sesuai adalah jam 9.30 malam kerana waktu 10.30 malam itu agak lewat terutama kepada mereka yang bersekolah atau bekerja pada keesokan harinya.

Kepada sahabat sekalian, adakah kalian mengikuti rancangan 30 Minit Ustaz Don ini ? Apakah pandangan kalian mengenainya ? Layangkan minda kalian untuk kita kongsi bersama mengenai topik yang diutarakan...

37 ulasan:

Lya Colours berkata...

before this selalu baca2 gak kat blog, member cakap rancangan ni bagus.last week baru dapat tengok.pada saya ok jugak penyampaian. tapi saya lagi suka ustaz azhar. hehehe

Daddy Ziyyad berkata...

saya memang amat meminati rancangan Ustaz Don ni. Beliau seorang yang mampu menjelaskan permasalahan/hukum dgn amat baik, dan berselamba.

JunAina berkata...

K.Aina memang suka penyampaian ilmu secara santai, tidak terikat dengan protokol yang kekadang membuat kita rasa cepat bosan.

Antara ustaz yang Kak Aina admirer sangat Ustaz Muhammad Abdullah dan Ustaz Azhar Idrus.

Asrul "iLham" Sany berkata...

gua dah lama tak lyn tv :D

♥cmª shIemª♥ berkata...

salam atok!
selamat pagi..
yeap!setuju ngan atok..
cma ade tgk citer ni kat tv 9..
tp tula..cite die kejap sgt..
suka ngan penyampaian ustaz don..
terbaekkkkk =)

Papa PUSS berkata...

Salam

Saya belom pon mengikuti rancangan ini.. kerana takde astro.. jika ia nya berlangsung di lain siaran kan bagus jg...

Munnafendy berkata...

ermmm tak pernah tengok la..jarang dapat luangkan masa tgk tv..bz la konon mengalahkan menteri :p

ahmad humairi berkata...

Ulang, ulang dan ulang sampai penat, pasti ramai yang mendapat manfaatnya!

khairul berkata...

mmg best rancangan ni..pengisian yg simple tp kita leh belajar byk perkara

Pok Amai-Amai berkata...

Sambung komen Cikgu Humairi,

...oenat smpi tak kua suara. Tak apa, bahasa isyarat pun jadi le.

Heheheh.

Tapi nape 30 minit je?

fairus berkata...

SERIUS AKU TAK PERNAH MENONTON RANCANGAN NI.. DAN TAK PERNAH TAHU.. DAH TAHU NI, INSYAALLAH KALAU HATI TERBUKA, AKU TENGOKLAH NANTI..

faiz berkata...

famous gak ustaz don ni..

AdiaLuze berkata...

Salam ziarah wahai sahabat ..

Kadang2 kalau tak ralit sangat tengok siaran lain, ada jugak menonton rancangan ni.

Memang betul. Rancangan yang sangat2 bermanfaat. Malah saya akui, dalam masa 30minit itu, terlalu banyak ilmu yang dapat saya timba. Cuma waktu siaran yang agak lambat tu la yang kadang2 sampai tak sempat tgk dah terlena .. heheehe

Ati Masrif berkata...

kak ati tak berkesempatan lg
nk tontn rancangan beliau..
setiap malam khamis saje ke?

cemomoi berkata...

assalamualaikum

jenguk kawan lama... moga sihat sokmo

C.M.A @ CikMoonAdnan berkata...

xpenah dapat tgk..sebab kat umah kl nie.. moon xpasang astro.. try search signal alhijrah pon..susah nak dapat..

teringin gak nak tgk..

ainnoraini berkata...

saya pun suka tengok rancangan ni...

saya pun pernah buat N3 pasal ni...

blog-tips-kurus berkata...

dah emel TV tu ke?
10.a0pm lagi saye dah ngantukkkkk...

pena rozie berkata...

Nak tengok dulu la

ieda berkata...

ermm kenapa akak x pernah tgk erkk .. selalu tgk rancangan "tanyelah ustaz " .. tv118

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

tiap kali smpi ms rancangan ustaz don sy dah pon melayari mimpi :(

Tea berkata...

Dulu masa kecik2 amat kenal semua hukum tajwid.. Tetapi apabila ilmu tidak diamalkan... Pasti lupa...

norhidana berkata...

selalunya rancangan mcm ni sepatutyer di tayangkan awal skit, lps berita mungkin... lwt2 anak2 tak dpt tgk... juga mak bapak ramai dh mengantuk

~Nana BamBam~ berkata...

nana pon ade tengok segmen 30 minit bersama ustaz don nie...banyak ilmu yang nana dapat belajar dari beliau..

CGG berkata...

cgg suke rancangan tu..
tapi ada masa miss gak tgk:)
sob sob

gadisBunga berkata...

saya sangat suka rancangan ni!

kalau weekday tu saya tak dapat tengok biasanya.... :(

hari sabtu pun ada. petang. tapi mmg menarik kan?

ashrafi berkata...

Assalamualaikum.

Rancangan bersama Ustaz Don memang menarik. Sebelum ini beliau selalu muncul dengan tema rancangan yang sama ketika di bulan Ramadhan dan ini merupakan kesinambungannya. Cuma sejak berpindah tempaty bertugas, saya kurang atau jarang dapat menonton namun begitu sekiranya berkesempatan, saya tidak akan melepaskan peluang untuk menontonnya.


Salam ukhuwwah.

Siti Nurhayati Dollah berkata...

InsyaAllah 1 Januari 2012, rancangan ustaz Don mula pukul 10:00 malam :)

* penerangan dan jawapan ustaz Don sangat jelas dan mudah difahami.

Ujie berkata...

saya sukaa cara penyampaiannya..jelas.
cuma tak kerap ikuti sbb agak mlm kann.

Papa Mifz berkata...

insyallah ado maso nak luang kan maso nk tgk rancangan ustaz don nih..

Kamsiah berkata...

salam
akak suka juga tgk rancangan tu...sbb ada praktikal sekali supaya mudah difahami...seperti baru2 ni cara2 bertayamun,cara 'mewudukkan' org2 sakit...

~Nana BamBam~ berkata...

oh ye..nana nak balas komen kat Wordless Wednesday nana tuh



ye, nana dah bertudung, thanks atas komen anda :)

Afida Anuar berkata...

Oh, pasal ustaz don jugak ya sahrom?;)....

First time saya tengok 30min ustaz don adalah di youtube!;)

eelobor berkata...

kena perbanyakkan lagi rancangan sebegini....

aanie berkata...

sy tgk gak yg ikhfaq haqiqi tu...best gak cara dia mengajar....

amirah berkata...

ustaz don pun dh jadik fenomena mcm ustaz azhar idrus kan..rasanya ustaz2 begini lebih dekat dgn belia/remaja atau lebih mudah cara penyampaian kut..mula2 dulu tgk ustaz don ni macam seram je..hahaha..kelaka cara dia masa mula2 kuar kat tv9..tp best..

mamaNoriz berkata...

mmg sukeeeee sgt layan uztaz don ni...

sempoi dan senang faham apa dai ajar...

Related Posts with Thumbnails