Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.
Sahabat sekalian, baru-baru ini kerajaan telah membuat pindaan kepada Akta Pemajuan Perumahan ( Kawalan & Pelesenan ) 1966 ( Akta 118) untuk memastikan kebajikan pembeli rumah terus terbela apabila sesuatu projek perumahan itu tidak diteruskan dan terbengkalai. Pindaan ini bertujuan untuk memperketat pengawalseliaan perjalanan sesuatu pemajuan perumahan selain melindungi pembeli itu sendiri. Antara pindaan tersebut termasuklah :-
Secara peribadi, saya melihat pindaan ini benar-benar melindungi pembeli kerana klausa memberi hak kepada pembeli untuk menamatkan perjanjian jual beli dimasukkan sama. Ini kerana jelas sebelum ini pembeli terus teraniaya membayar tunggakan bank dalam masa yang sama 'tiang rumah' pun belum dapat dilihat lagi.
Keseluruhannya, semoga pindaan akta ini akan memberi amaran jelas kepada semua pemaju perumahan untuk menyiapkan projek perumahan yang telah diamanahkan dengan jayanya dan kepada pembeli pula ketahuilah anda juga mempunyai hak ke atas Perjanjian Jual Beli jika terbukti projek tersebut telah gagal dan terbengkalai.
Kepada sahabat blogger sekalian, apa pandangan sahabat sekalian mengenai isu projek perumahan terbengkalai ini ? Layangkan minda sahabat sekalian untuk kita kongsi bersama di kotak komen.

- Memasukkan Seksyen baru 18A ke dalam Akta 118 untuk menjadikan ia satu kesalahan bagi mana-mana pemaju berlesen meninggalkan projek perumahan dan menjadikan ia terbengkalai.
- Membolehkan prosiding jenayah diambil terhadap pemaju perumahan berlesen yang meninggalkan projek mereka.
- Memberi hak kepada pembeli untuk menamatkan perjanjian jual beli jika pemaju perumahan berlesen enggan menjalankan atau menangguhkan atau menggantung atau menghentikan kerja untuk tempoh berterusan selama enam ( 6) bulan atau lebih selepas perjanjian ditandatangani.
- Meminda deposit bagi memperoleh lesen pemajuan perumahan daripada RM 200 kepada tiga (3) peratus daripada kos pembinaan.
- Menaikkan penalti minimum ketidakpatuhan kepada Tribunal kepada RM 10,000 dan penalti maksimum RM 50,000
Secara peribadi, saya melihat pindaan ini benar-benar melindungi pembeli kerana klausa memberi hak kepada pembeli untuk menamatkan perjanjian jual beli dimasukkan sama. Ini kerana jelas sebelum ini pembeli terus teraniaya membayar tunggakan bank dalam masa yang sama 'tiang rumah' pun belum dapat dilihat lagi.
Keseluruhannya, semoga pindaan akta ini akan memberi amaran jelas kepada semua pemaju perumahan untuk menyiapkan projek perumahan yang telah diamanahkan dengan jayanya dan kepada pembeli pula ketahuilah anda juga mempunyai hak ke atas Perjanjian Jual Beli jika terbukti projek tersebut telah gagal dan terbengkalai.
Kepada sahabat blogger sekalian, apa pandangan sahabat sekalian mengenai isu projek perumahan terbengkalai ini ? Layangkan minda sahabat sekalian untuk kita kongsi bersama di kotak komen.

27 layangan minda:
SALAM,
JUGA MENGHARAPKAN DEMIKIAN ... HAK PEMBELI/PENGGUNA DILINDUNGI
bagus juga pindaan ni. at least terbela sikit nasib pembeli rumah ni..
sekarang ni rumah yang nak develop kemain banyak. tapi mahal2. tetap la orang tak mampu beli. tapi sebab itu barang keperluan, keperluan asas. nak tak nak individu sanggup je beli. huhu
SAYA TAK PASTI APA YANG NAK DIKOMEN KERANA SAYA TIDAK MENGIKUTI RAPAT ISU INI. TETAPI BAGI SAYA, RUMAH YANG DIBELI SEKIRANYA TERBENGKALAI PERLULAH DITANGGUNG OLEH SI PEMAJU. MENGAPA PULA HARUS PEMBELI YANG BELUM MENDAPAT RUMAH HARUS MENDAPAT TEMPIAS KERUGIANNYA. INI TIDAK ADIL. RUMAH TAK DAPAT, PEMAJU LARI, PEMBELI KENA TANGGUNG. MANA PUNYA UNDANG-UNDANGLAH MENGAJAR SEPERTI INI..
sepatutnya dh lama akta ini di pindakan
Saya berpendapat, pindaan ni patut dah lama di buat..sebab dah terlalu lama kes pembeli ditindas oleh pemaju ni...Apa apa pun, saya harap, penguatkuasaan nya biarlah ada/tegas...sebab isu penguatkuasaan undang2 ialah masalah utama di Malaysia. Tak guna ada undang2, tapi tak dikuatkuasakan.
Perlu ada ketegasan dari pihgak berkuasa. Jgn tunggu masuk Buletin Utama, baru terhegeh2 nak ambil tindakan.
Biarpun pindaan baru bakal terlaksana, jgn nanti jdk hangat2 taik ayam.
nagus juga ada pindaan akta. sebab selama ni kalau jadi kes terbengkalai, yang jadi mangsa adalah pembeli.
kesian pembeli...
*bagus
typo. heheh~
rasanya kena ada sesuatu yg melindungi pembeli dr buat pembayaran kepada bank dalam kes2 projek terbengkalai..tp saya setujula dengan pindaan akta yg terbaru ni..kena pastikan hak pembeli terjamin..
mak saya sampai sekarang terpaksa bayar bulanan rumah terbengkalai dekat dengkil..dah 10 tahun..tak tahu nak settle camne..
sepatutnya dah di buat sejak dulu
dan harapnya bukan di buat utk
sekadar menarik perhatian rakyat
utk piliharaya nanti!
info yg ohsem untuk wat cerpen baru ni..
baideway, sy ada cameokan watak encik dalam short terbaru sy
:D
rasa selamat sikit nak beli rumah bila ada akta macam ni...
p/s: dah balas emel...segan nak bagitahu kat sini....:)
Lepas ini rasanya baru legalah pembeli tak takut kena main bayar sedangkan bumbung rumah tak nampak=nampak...
mengapa sekarang baru bertindak slps ramai pembeli tertipu dan hampir muflis?
Alhamdulillah.... bagus lah kalau gitu. akta sebelum2 nie x de taring ker?
sokong sgt!
sya dikeliligi oleh ramai pembeli rumah terbengkalai, kesian mereka tau!
seksa byr bulan2 tpi takde hasil...huhu
dorang ni..tunggu masuk berita baru nk follow up..
atok....!
As salam...
Elok sgt la tu..
Selama ni pembeli selalu teraniaya,
pemaju lepas tangan...
pemaju skang banyak nak untung je..... tak fikir kesusahan pembeli....
ok la tuh, daripada sebelum ni, pembeli dah mula bayar, tapi rumah tak siap2..haihh..
alhamdulillah
Harimau meratah garuda..
saya setuju ngn akta baru nih, kesian tgk kt berita selalu tgk projek perumah terbengkalai,kadang sampai dh amik masa bertahun2...dhla kene byr kt bank bulan2... tp umah tak siap2
terbela skit pembeli2 ngn ada akta baru nih...
Salam ziarah wahai sahabat ..
Akhirnya ... Terhasil la jugak pindaan macam ni kan. Takdela pembeli rmh yang berpendapatan sederhana khususnya terus2 ditindas gara2 projek yang terbengkalai .. ^^
memang sokong sgt...
Catat Ulasan