Jumaat, 4 November 2011

Perwatakan Adalah Pakaian Kita...



Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua...Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak. Selamat Hari Raya Aidiladha kepada sahabat semua.

Sahabat sekalian, apabila berbicara mengenai pakaian sudah tentulah terlintas di fikiran kita bahawa kita semua berbaju, berseluar, memakai kain, bertudung atau ringkasnya berpakaian menutup aurat dengan sempurna. Apabila berpakaian yang kita utamakan sudah tentulah ia menutup aurat. Selain itu kita juga suka berpakaian cantik khususnya pada pandangan orang lain , mengikut trend terkini serta paling penting kita selesa apabila mengenakannya. Tidak guna kita berpakaian cantik tetapi dalam masa yang sama kita seksa mengenakannya.

Walau bagaimanapun, pernahkah kita terfikir bahawa perwatakan kita juga adalah pakaian bagi kita. Dari aspek first impression, memang pakaian yang kita pakai akan memainkan peranan tetapi lama kelamaan apabila sudah mengenali seseorang itu, pakaian yang dipakainya sudah tidak lagi berguna sebaliknya perwatakannya yang akan menjadikan kita senang bersamanya. Antara perwatakan yang membuat kita selesa dengan seseorang sama ada untuk berurusan atau berbicara termasuklah :-

  • Yang berperwatakan sederhana yakni tidak terlalu megah dengan diri sendiri sehingga apabila berbicara, sering menjadikan diri sendiri sebagai contoh terbaik.
  • Apabila bercakap dengannya nada suaranya tidak terlalu tinggi seperti menengking atau terlalu perlahan seperti berbisik sifatnya.
  • Bersifat menyokong yakni apabila kita berbicara dengannya dia memahami masalah kita.
  • Tidak cepat memotong apa yang mahu kita perkatakan. Kadang-kadang, kita perlukan seseorang yang mampu untuk mendengar bukannya mencadangkan langkah penyelesaian.
Sesungguhnya, perwatakan seseorang adalah cerminan terbaik untuk menggambarkan pakaiannya. Walau bagaimanapun, kita juga harus senantiasa berhati-hati dengan mereka yang berperwatakan baik ini kerana khuatir ia hanya topeng untuk mengaburi mata kita. Walau apapun, senantiasalah kita bersangka baik sesama kita agar menjadikan kehidupan ini lebih aman sejahtera.


“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh [alyrds ] dan ditaja oleh Bling Boutique


p/s: Probitas Et Fides tidak akan bersiaran sepanjang minggu hadapan kerana empunya blog bercuti panjang sempena Aidiladha ini. ( baki cuti ada 19 hari lagi...buat apa nak simpan banyak2 kan heheheheheh) . Selamat Hari Raya Aidiladha kepada sahabat semua. Selamat Berblog dengan sihat ya...

45 layangan minda:

Asrul "iLham" Sany berkata...

apa yang penting bg saya adalah cara seseorang itu berperwatakan baik dengan orang lain

tak perlu menunjukkan 'kekasaran' dengan alasan 'agama'

;-)p

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

amboi amboi dah siap 2 cabaran yer awak hehe..sy punya br 1..

KhaiRin berkata...

ya sy setuju. namun ramai yg mengabaikan sbb lbh pentingkan fesyen drpd tuntutan agama

d_LA berkata...

wahh..cabaran lg..pepun gud luck sahrom..
bak dla sikit cuti tu, dla punye ada 5hari je belen..sedih tol

d_LA berkata...

selamat hari raya Adiladha buat sahrom sekeluarga..hati2 di jln raya

atuk berkata...

Assalamualaikum Sahrom

selamat bercuti
selamat hari raya aidil adha

Wassalam

Lya Colours berkata...

selamat hari raya aidiladha =)

Tea berkata...

Tempoh mengenali seseorang akan mengubah sedikit demi sedikit perwatakannya..

Cuti seminggu? Maka blog akan jadi sgt tidak best.. Saya pun cuti jugalah Tuan...

Salam Aidiladha~ tea

Prince Halilintar berkata...

slmt bercuti dan berhari raya aidiladha..

Fara berkata...

Betul! 1st impression tu penting! Good Luck Sahrom!

Alamak, Sahrom cuti g ke? Hiks~ Takpelah, walau apapun, selamat bercuti ye!?

mamaNoriz berkata...

mcm2 cabaran di bulan raya ni ek...hehhehe

tpi mmg betul pun, tu jugak tanda kite ramai kawan ke tak kan...

salam aidiladha sahrom ;)

Be Simple Beb(BSB) - threeQ berkata...

berfesyen sambil menutup aurat.. selamat menyambut hari raya aidiladha utk sharom sekeluarga.

fairus berkata...

BETUL.. BETUL TU...

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA BRO...

Fatin Mraz berkata...

selamat hari raya aidil adha untuk sahrom juga.. dan selamat bercuti..
;)

mama ju, berkata...

Aslkm anakanda

Setuju dgn pernyataan perwatakan adalah pakaian kita.
selamat menyambur raya korban.

~Nana BamBam~ berkata...

xde fesyen nanti semua x lawa..kan kan ? haha....

selamat hari raya aidiladha :)

amry berkata...

sangat setuju..kalau pakaian luaran sahaj bekum cukup mencerminkan keperibadian seseorang tu..
selamat menyambut hari raya aidiladha..

insan_marhaen berkata...

IM selalu cuba untuk menjadi pendengar yang baik dan menerima orang lain seadanya dia.

Afida Anuar berkata...

a'aa, setuju sahrom perwatakan adalah pakaian kita..

salam eiduladha...

khairul berkata...

selamat hari raya Aidiladha dr saya sekeluarga

faiz berkata...

btol tu..luaran tak mencerminkan dalaman seseorang..

LadyBird berkata...

selamat hari raya :)..

pakaian itu cermin keperibadian kita..

Papa Mifz berkata...

salam aidiladha bro...

Aida Ali berkata...

Selamat Hari Raya Aidiladha

Bidadari Syurga berkata...

yg penting kemas bersih dan harum...

p/s: salam aidiladha... lamanya cuti....

♥cmª shIemª♥ berkata...

salam atok!
pakai canik2 pun tp dalaman buruk no point!

gud luck atok!

salam aidiladha buat atok sekeluarge juge...
:)

♥cmª shIemª♥ berkata...

salam atok!
pakai canik2 pun tp dalaman buruk no point!

gud luck atok!

salam aidiladha buat atok sekeluarge juge...
:)

luahfikiran berkata...

SALAM AIDILADHA,
LAMANYA BERCUTI ! SINGGAHLAH KAT BANGI ! "CANTIK" DI LUAR DAN JUGA DI DALAM. ITU YANG KITA KEHENDAKI.

khaifaiz berkata...

selamat bercuti bro...

Suhami Ahmad berkata...

dun judge a book by its cover, right...atok setuju tu..perwatakan kita adalah pakaian kita yang sebenarnya...selamat bercuti =)

JunAina berkata...

banyaknya baki cuti, kak aina cuma ada 6 hari je lagi.

semua itu adalah cermin peribadi. berpakaian sempurna pasti sikapnya jugak sempurna.

norhidana berkata...

ye saya setuju ngn en sahrom...
perwatakan mmg cermin manusia yg paling utama..sbb kadang2 pakaian lawa tp perangai@perwatakan buruk...jd tak seiring gitu

cuti lama ke?

C.M.A @ CikMoonAdnan berkata...

amboi...cuti lama nie...

pengemis Cinta~ berkata...

pc setuju! btw gudluck.hehe..

pengemis Cinta~ berkata...

p/s: selamat bercuti.salam aidiladha dari pengemisCinta;)

ahmad humairi berkata...

selamat hari raya aidil adha,

selamat bercuti.

Rehatkan minda!

Amy Syaquena berkata...

wah en.sahrom menyahut cabaran tue..good luck bro dan salam aidiladha buat en.sahrom sekeluarga...

aanie berkata...

salam aidiladha....syoknya cuti panjang....

Mutiara Bernilai berkata...

ya, setuju sgt..pakaian juga melambangkan akhlak kita,,

salam aidil adha encik sahrom.. :D

Siti Nurhayati Dollah berkata...

Perwatakan adalah pakaian kita ;) Betul juga tu. Sama dengan pakaian kita menjadi cerminan akhlak kita.

AdiaLuze berkata...

Salam ziarah dan salam Aidiladha wahai sahabat ...

Waaahhh ... Cuti sakan ni. Besnye .. Balik utara ke? Semoga bergembira bersama keluarga hendaknya ...

Sori lama tak menjengah sbb kat opis cm leh baca je takleh nak tinggal komen .. hehehe..

Apa2pun, kalau diizinkan Tuhan, Insyallah sy akan tinggalkan jejak juga ^^

cemomoi berkata...

isteri kita juga ialah pakaian pada kita.. kira-kira kalo tak silap gitu juga le maksud al-quran

ieda berkata...

setuju dik ..
tkasih atas perkongsian ini ..
sgt2 bermakna sesungguhnya manusia itu tidak ada yg sempurna ..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) berkata...

selamat hari raya.. cepat balik utk update blog..salam kenal

*Miss Syahnia* berkata...

yupp sokong dgn fakta2 ni
yg pntg bpakaian mngikut
kselesaan dan mngikut batas2
agama.. ;))

Related Posts with Thumbnails