Selasa, 15 November 2011

Pengalaman atau Kelulusan ? Yang Mana Lebih Penting...


Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.

Sahabat sekalian, entri hari ini saya hendak bercerita sedikit mengenai pengalaman & kelulusan, mana yang lebih penting ? Baru-baru ini, ketika saya bersembang dengan salah seorang sahabat saya, beliau secara spontan bertanyakan pandangan saya mengenai perkara ini. Sebenarnya agak terkedu juga saya hendak menjawabnya kerana secara peribadi pandangan saya sudah tentulah kedua-duanya amat penting tetapi secara prinsipnya saya berasakan jika diberi secara peratusan, saya meletakkan 52% kepada pengalaman dan 48% kepada kelulusan.

Apa kewajarannya? Saya memberikan konotasi pengalaman dan kelulusan ini seperti kita sedang memandu di jalanraya. Apabila kita hendak memandu, kita memerlukan lesen memandu. Saya menganggap lesen memandu itu adalah sebuah kelulusan dimana dengan lesen memandu itulah kita mendapat sebuah 'tiket' sebagai pemandu yang sah berada di atas jalanraya.

Persoalan sama ada kita cekap atau tidak, mahir atau tidak, berkebolehan atau tidak bergantung kepada sejauh mana dan selama mana kita sudah memandu. Apakah kita dikira cekap dan berkemahiran apabila sebaik sahaja kita mendapat lesen memandu, kita simpan lesen memandu kita dan mengharapkan ibubapa kita atau pasangan kita yang akan membawa kita ke mana sahaja?

Perbezaannya cukup jelas apabila kita sendiri yang memandu. Kita akan lebih berkemahiran dalam mengendalikan kenderaan kita malah sehingga ke satu tahap kita boleh meramal apa yang akan pemandu dihadapan kita hendak lakukan. Melalui gerak badannya, kita ' seakan' tahu dia hendak membelok ke kiri atau kanan dan kita pun bersedia untuk menjaga jarak kita agar tidak 'tercium' dengannya. Inilah perbezaan yang jelas dalam menafsirkan sesebuah pengalaman.

Walau apapun, sama ada pengalaman atau kelulusan yang mana lebih penting, ia bergantung kepada diri kita. Kita janganlah sesekali ego dengan apa yang kita miliki. Yang berkelulusan jangan ego dengan deretan sijil mereka manakala yang berpengalaman jangan ego dengan lautan pengalaman yang mereka sudah tempuhi. Adunlah kedua-duanya dengan baik melalui perbincangan dan InsyaAllah sesebuah keluarga, komuniti atau organisasi kan bergerak dengan lebih cemerlang lagi. Pepatah ada mengatakan ' ular yang menyusur akar, tidak akan sesekali hilang akan bisanya'.

Kepada sahabat sekalian, pada pandangan blogger semua, pengalaman atau kelulusan, yang mana lebih penting ? Layangkan minda sahabat di kotak komen untuk kita kongsi pandangan ini bersama-sama...

42 ulasan:

Asrul "iLham" Sany berkata...

rasanya dua2 kena seimbang...

:D

amirah berkata...

saya suka la analogi yang bro sahrom gunakan..saya pun setuju..berbanding kelulusan, bagi saya pengalaman sgtla penting..tapi bagai bak kata bro, kedua-duanya kalau diseimbangkan memang terbaek sgt2..

Tea berkata...

kena seiring sebenarnya..

ilmu itu perlu dipraktikkan...

ramai yang berilmu tapi kalau dapat yang berilmu dan berkemahiran itu adalah bonus..

Siti Nurhayati Dollah berkata...

Kelulusan perlu untuk diberi peluang untuk membina pengalaman.

Tapi kelulusan bukanlah segalanya. Ada masanya orang yang berkelulusan perlu belajar daripada orang yang berpengalaman.

::FAIZ FARISH:: berkata...

stuju ngan Asrul

khaifaiz berkata...

memang penting kedua-duanya... Kalu interview pun pengalaman yang akan ditanya... mereka tak tanya berapa skor masa belaja dulu

Kakzakie berkata...

Buat syarikat tempat kerja kakak serious memang lebih utamakan pengalaman bukan kelulusan. Sebab itu pada yg baru nak cari kerja memang susah kalau nak dapat kat tempat kerja kakak sekarang. Kesiankan sebab tak dibagi kerja macam mana nak ada pengalaman...

norhidana berkata...

bagus topiknyer ni en sahrom,
bg saya lah, pengalaman lebih penting dr kelulusan,terutama dlm apa jua kerja,sbb kalau kelulusan meninggi pun tp tak semestinyer ada pengalaman utk bt 1-1 keje...

mcm saya keje kt sektor awam nih, senority di utamakan,yg berpengalamn selalu di dulukan dr yg berkelulusan...bukan yg ada ijazah master tak di pandang tp yg ada pengalamn lbh,mungkin ada sdkt kelebihan...

apa pun,dua2 sama pentingnya... cume perlu diseimbangkan je

Dr. Ben berkata...

2-2 penting

siti murni berkata...

both pun penting dan setuju peratus yg awak berikan tu..lebih pengalaman equal to extra bonus, chances untuk dapat satu2 peluang kerjaya lebih tinggi...

sebab tu, jangan malu bermula dari bawah...^_^

C.M.A @ CikMoonAdnan berkata...

kalau diikutkan 2-2 sebenarnyer penting... tapi... kebanyakan company kalo interview.. sgt2 laa titik beratkan pengalaman.. nak bg gaji pon ikut pengalaman..dia xpandang sgt kelulusan kalau pgalaman kerja kita kurang..huhu~

*bkata ikut pglmn~

cemomoi berkata...

walopon dua-dua penting tapi mesti ada yang salah satu daripadanya yang menjadi keutamaan.

pengalaman sangat penting bila dok atas jalanraya tapi lesen akan jadik lebih penting daripada pengalaman bila dah berlaku insiden tak baguih sebab senang orang nak buli kalo takde lesen

Ati Masrif berkata...

zaman sekarang ni kedua-dua pun
penting tapi kalau berniaga rasanya
pengalaman dah boleh membantu

JunAina berkata...

kelulusan adalah penting untuk menimba pengalaman!

kalau tak ada kelulusan sebagai pendidik boleh ke kita jadi cikgu so pengalaman sebagai guru tak akan ada.

mula2 mesti mencapai kelulusan baru boleh menghitung pengalaman. tapi bagi orang dulu2 yang memulakan tugasan dari bawah tanpa kelulusan yang tinggi jgan persiakan pegalaman mereka.

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

pengalaman dan kelulusan sama pentingnya..tp ikut bidang juga..

aanie berkata...

kalau kerja yg memerlukan kemahiran, pengalaman lebih penting...sb ia memerlukan praktikal, bukan teori....

tgk mcm bisnes....kdg2 org yg xde kelulusan lebih berjaya dr org yg ada kelulusan tinggi....

tp kalau ada kedua-duanya lagi bagus...

Mila@Rimbun berkata...

depends pada which area yang diceburi.. kalau tempat yg memerlukan kelayakan contohnya dlm bidang pendidikan, menjadi pensyarah contohnya, mestilah kelayakan itu penting. May be 80% kelayakan dan 20% jer pengalaman.
tapi kalau menceburkan diri dalam bisness, experience makes about 90% of it, kelayakan cuma 10% je kut. my personal opinion jer lah

ieda berkata...

zaman skrg nie dua2 kena seimbang .. kalau dulu pengalaman dipandang ke dua .. :)

Anna berkata...

Saya pun setuju percentage En sahrom tu..kalau dah berpengalaman keje lama..tak salah belajar lagi untuk mengukuhkan kedudukan..Pengalaman mengajar erti kehidupan dan survival skill, kelulusan pula sebagai penambah kekuatan...

Papa Mifz berkata...

duo2 samo penting bro...

makdara TERdiva berkata...

dua2 penting..tp byk jugak org berjaya yg takde kelulusan tp bersandarkan pada pengalaman :)

iza berkata...

Assalam..
Dua2 sama penting..tapi tak semua orang ada kedua-duanya...terutamanya lepas grad, mana ada pengalaman lagi. Pengalaman kerja time tunggu result tu ada la sikit kot..

pena rozie berkata...

Memang kedua-dua penting. Tp kalau di zaman sekarang die akan tanya lebih kepada pengalaman. Nasihat kepada graduan yg baru abis belajar. Jgn terlalu memilih kerja. cari dulu pengalaman tau....

Dee berkata...

sama2 penting tu bro..tp nasihat saya pada graduan yg baru kerja..ego jgn besar..walau anda seorang degree holder..byk benda2 yg anda tak tau buat..despatch/office boy lagi terrer tau..hahaha..

KhaiRin berkata...

kelulusan ibarat pembuka jln. sbb tu sedari awl kita didedahkan dgn pelajaran.. pengalaman ibarat sokongan kepada ilmu / kelulusan yg kita ada. so kesimpulannya dua2 penting

khairul berkata...

klu miliki kedua-duanya mmg terbaek lah

EpoLღKekunangpelangi berkata...

Kedua-duanya sama penting. Pengalaman saja tanpa ilmu yang cukup, tak guna.
Ada ilmu tapi tak ada pengalaman, pun sama.
Kan? :)

Fatin Mraz berkata...

salam sahrom,

kelulusan menentukan tangga gaji dan pengalaman menentukan cara kerja.

contoh dalam architecture, gaji utk kelulusan Part 1 walaupun sudah berpengalaman lama tetap tidak boleh menandingi gaji kelulusan Part 2 yang fresh grad.

jadi kelulusan lebih penting bagi yang baru grad.(untuk tangga gaji)

pengalaman dan kelulusan sama penting dalam kes yang lain, sekiranya sudah lama berkerja.

Amy Syaquena berkata...

Dua2 tue perlu ada tapi kalau ada salah satu pun dah ok...nak lagi bagus biar dua2 tue ada pada diri...

Mutiara Bernilai berkata...

keduanye penting..

sebab kedua2 nya ade kepentingannya masing2.. :)

ibuintan berkata...

kelulusan perlu untuk mendapatkan kerja, bila dah kerja baru dapat pengalaman


namun bekerja sendiri, pengalaman adalah tunggaknya, ada yg boleh berjaya tanpa kelulusan pun

fairus berkata...

SERIUSLY, AKU JUGA SEORANG BEKAS GRADUAN. DULU SEBELUM MENDAPAT KERJA AKU SERING MERUNGUT DENGAN IKLAN2 YANG MEMERLUKAN MEREKA YANG MEMPUNYAI PENGALAMAN. BICARA HATI AKU, MANAKAN HENDAK DAPAT PENGALAMAN SEKIRANYA TIDAK MENDAPAT KERJA? SEKARANG PULA APABILA SUDAH BEKERJA BARULAH AKU TAHU BAHAWA PENGALAMAN ITU ADALAH PENTING. AKU LIHAT GRADOUAN2 YANG BARU HABIS BELAJAR INI KADANGKALA TIDAK MENGETAHUI CARA KERJA DAN BEKERJA DENGAN BETUL DAN SEMPURNA. BAGI DIRI AKU, PENGALAMAN JUGA SEMEMANGNYA PERLU. PADA PARA GRADUAN PADA TAHAP PERMULAAN TAMAT PENGAJIAN JANGANLAH TERLALU MENGHARAPKAN PEKERJAAN YANG LEBIH BAIK. KALAU TIDAK DAPAT CUBA-CUBALAH BEKERJA APA YANG PATUT. DULU SELEPAS BELAJAR AKU PERNAH BEKERJA KILANG, KERJA 7E DAN FASTFOOD. INI UNTUK BEKALAN PENGALAMAN KITA. BIASAKAN DENGAN SITUASI PEKERJAAN SEBENAR TERLEBIH DAHULU..

fairus berkata...

SERIUSLY, AKU JUGA SEORANG BEKAS GRADUAN. DULU SEBELUM MENDAPAT KERJA AKU SERING MERUNGUT DENGAN IKLAN2 YANG MEMERLUKAN MEREKA YANG MEMPUNYAI PENGALAMAN. BICARA HATI AKU, MANAKAN HENDAK DAPAT PENGALAMAN SEKIRANYA TIDAK MENDAPAT KERJA? SEKARANG PULA APABILA SUDAH BEKERJA BARULAH AKU TAHU BAHAWA PENGALAMAN ITU ADALAH PENTING. AKU LIHAT GRADOUAN2 YANG BARU HABIS BELAJAR INI KADANGKALA TIDAK MENGETAHUI CARA KERJA DAN BEKERJA DENGAN BETUL DAN SEMPURNA. BAGI DIRI AKU, PENGALAMAN JUGA SEMEMANGNYA PERLU. PADA PARA GRADUAN PADA TAHAP PERMULAAN TAMAT PENGAJIAN JANGANLAH TERLALU MENGHARAPKAN PEKERJAAN YANG LEBIH BAIK. KALAU TIDAK DAPAT CUBA-CUBALAH BEKERJA APA YANG PATUT. DULU SELEPAS BELAJAR AKU PERNAH BEKERJA KILANG, KERJA 7E DAN FASTFOOD. INI UNTUK BEKALAN PENGALAMAN KITA. BIASAKAN DENGAN SITUASI PEKERJAAN SEBENAR TERLEBIH DAHULU..

Afida Anuar berkata...

Rasanya kedua2 penting sahrom, tapi ... zaman skrg orang lebih pentingkan pengalaman iyer dak? nak cari pekerja pun nak cari yang berpengalaman;) kelulusan depa tak tengok sangat, nape entah..

eelobor berkata...

kalau tanya mana yang lebih penting, bagi aku dua2 sama penting. susah nak letak yang mana peratusan lebih berbanding satu lagi.

~Nana BamBam~ berkata...

nana rasa kene balance..2-2 kene seimbang..huhu

faiz berkata...

yg penting kena pandai guna kelulusan yg ada semasa kerja supaya dpt menambah pengalaman kita....

- GC - berkata...

dua2 kena ada bro.. teori dgn praktikal kena seimbang..

MR . ORLANDO AHMAD berkata...

dua2 penting, tapi bagi gua kelulusan just nak naikkan 'harga' di pasaran je, pengalaman tu jadi priority...

dan pengalaman tu bukan setakat boleh dicari secara formal, informal pown bleh...

♥cmª shIemª♥ berkata...

salam atok!
cma pilih kepada lebih berpengalaman..

klu kelulusan je ade tp xbleh bt kje susah juge..


xpo2..yg penting simbang

^_^

Run Away berkata...

pengalaman lebeh penting..tapi masalah nyer..owg akan tgk kelulusan dulu baru pengalaman..

Run Away berkata...

pengalaman lebeh penting..tapi masalah nyer..owg akan tgk kelulusan dulu baru pengalaman..

Related Posts with Thumbnails