Rabu, 30 November 2011

Masa Berkualiti vs Internet : Sebuah Kisah Dalam Sebuah Keluarga


Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.

Sahabat blogger semua, saya ingin menceritakan sebuah kisah yang pada pandangan peribadi saya sangat menyentuh hati sanubari kita. Cerita ini mengenai seorang anak kecil yang mendambakan masa berkualiti bersama bapanya.

Aina, seorang anak kecil yang berumur 11 tahun dan berada di dalam darjah 5 sebuah sekolah berdekatan dengan rumahnya. Seorang pelajar yang pintar dimana setiap malam beliau akan mengulangkaji pelajaran sambil ditemani ibunya. Bapanya juga turut sama 'mengulangkaji pelajaran' tetapi bapanya lebih mengadap monitor PC untuk melihat jatuh naik pasaran saham, jatuh naik harga emas, bersosial di laman maya dan sebagainya.

Tinggallah Aina seorang mengulangkaji pelajaran sambil ditemani ibunya sehinggakan pernah Aina berbicara dengan ibunya. "Ibu, ayah asyik sibuk mengadap komputer je. Tak temankan kakak pun mengulangkaji pelajaran..Asyik ibu je, sesekali nak juga ayah yang tunjukkan aina camne nak buat latihan matematik nie". Ibunya menjawab " Takpelah, kak..ayah sibuk dengan hal kerja dia..Ibu kan ada...sama je kan kalau ibu yang tunjuk latihan ini". Aina menjawab " errmmm....ya ke, ibu"..

Selesai peperiksaan akhir tahun, keputusan pun diumumkan . Aina menjadi pelajar cemerlang di kelasnya dan mendapat No 1 didalam kelas tersebut. Balik ke rumah, selesai memberitahu ibunya, dia terus memberitahu bapanya akan keputusan cemerlang itu..Berikut sedikit perbualan antara Aina dan bapanya :-

Aina : Ayah, Aina dapat No 1 dalam kelas ( sambil memeluk ayahnya)


Ayah : Alhamdulillah, tahniah ya anak ayah..Malam nie kita kuar makan di luar ya. Ayah belanja, pas tu nak terus belikan hadiah untuk anak ayah ini.. Aina nak hadiah apa???


Aina : ( sambil terdiam)...Ayah, Aina cuma nak satu hadiah je..Aina tak nak barang2..Aina tak nak ipad, tak nak tablet, tak nak permainan games dan sebagainya..Aina cuma nak masa internet ayah je..Setiap malam, ketika aina ulangkaji pelajaran, hanya ibu yang temankan..ayah cuma menghadap internet ayah tue..walau ayah ada dihadapan aina, tapi cuma badan ayah je..perhatian, emosi ayah semuanya dicurahkan kepada internet...hakikatnya, aina dan ayah semakin jauh..bila hari sekolah, kawan2 semua citer ayah mereka tunjukkan latihan matematik untuk mereka tetapi ayah aina tidak pernah pun tunjukkan latihan matematik untuk aina..boleh tak ayah beri hadiah yang aina minta ini ????


Ayah : ( sebak sambil menitiskan air mata )..aina, ayah minta maaf ya..jika selama ini ayah telah gagal beri hadiah tersebut dan hari ini aina telah sedarkan ayah akan hadiah yang paling bermakna ini. InsyaAllah, selepas ini ayah akan selalu beri masa kualiti ayah pada aina berbanding mengadap internet dan sebagainya..ayah janji ya..kalau ayah tak buat, aina tegur ayah ya...


Mereka sekeluarga pun berpelukan bersama-sama atas keberanian Aina untuk menegur ayahnya supaya tidak menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga semata-mata untuk menghadap internet.

Kepada sahabat sekalian, kadang-kadang perkara sebegini berlaku kepada diri mahupun keluarga kita. Secara fizikalnya memang kita bersama keluarga kita tetapi hakikatnya kita semakin menjauh dek panahan sang internet ini. Sesungguhnya internet memang banyak membawa kebaikan tetapi pengawalan yang bijak juga harus dilakukan agar masa berkualiti bersama keluarga tersayang tidak diabaikan..

“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh alyrds dan ditaja oleh Hafiy Dot Com

44 ulasan:

Lya Colours berkata...

saya ada sorang kenalan macam ni la. asik main forex je. nasib anak dia kecik2 lagi. kalau anak dah sekolah entah jadi macam ni ke agaknya. mintak jauh la. huhuhu

afeezz berkata...

sbg bapa kene lah pandai2 bahagikan masa kerja dan untuk keluarga kan...

norhidana berkata...

alahai...tersentuh ngn kisah ni... yelah zmn skrg nih kan zmn it...

mintak2 lah saya tak camtu bile aiyan besar nnti

~ yus ~ berkata...

tersentuh dengan kisah ni...

memang perlu bahagikan masa antara keluarga dengan waktu di internet, kalau tidak semua jadi haru biru...

Tea berkata...

Ohh ingatkan anak Tuan tadi.. Baru jer nak memberikan syarahan pada tuan.. Sian Aina...

gadisBunga berkata...

sebenarnya anak yg membesar dalam suasana kasih syg boleh melebihi kebendaan, insyaAllah akan punya sikap empati yg tinggi. apa2pun, kene wasatiah kan?

AdiaLuze berkata...

Salam ziarah wahai sahabat ...

Betul tu .. Di zaman serba berteknologi sekarang ni, jangan kata si Ayah je, si Emak ngan anak2 pun tak kurang 'hebatnye' .. Hehehe ..

Saya rasa, kalau si Ayah sebagai ketua kluarga sesekali but planning untuk gi bercuti ok jugak. Tapi dengan syarat, NO TECHNOLOGY. Kalau nak bawak pun, bawak je telefon Nokia yg old school punye. Amacam? Agak2 ada tak yang sanggup? ^^

Kakzakie berkata...

Kakak rasa ibu-bapa sekarang ramai yg sudah celik sebab banyak bimbingan motivasi boleh dihadiri... nak cari yg masih tak sedar macam ini susah rasanya...

khairul berkata...

IT IT gak..family patut di utamakan

c'axoera berkata...

apple is alwaz daaaaa besssshhhh :D

..::SangRatoo::.. berkata...

Salam Sahrom :)

mmg sedih jika anak² berkata begitu pada kita..apa² pun luangkanlah masa yg sedikit itu bersama keluarga..sedikit pun tetap berharga..insyaAllah :)

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

oh ini lebih kurang kisah seorang budak yg minta duit ayahnya sbb nk beli masa ayah dia tu..


tp yalah utk org yg bisnes online mcm sy dan suami mmg kami x boleh berenggang dgn internet..tp adalah hari-hari tertentu yg sy off lappy terus utk bersama dgn diaorang..

amirah berkata...

teringat cerita budak yg nak beli masa untuk mak ayahnya tu kan..ermm..nila hakikat zaman skrng ye..masalahnya berapa byk je anak yg masih macam ni? sedangkan anak2 kecil skrng dh pandai bersosial di internet, ada akaun facebook sendiri..siapala yg boleh belikan dia segala mcm bentul teknologi mcm tu kan.kdng2 saya pun sedih nengok anak2 buah saya, kita bercakap dgn dia tp dia leka dengn BB nya..kat meja makan pun tetapla dgn BB..ntah apa yg dia tgk nya..kena cari jalan mcmana nak atasi benda2 mcm ni..sdngkn irfan khairi sendiri walaupun kerja berasaskn internet tak menghabiskn masa dia sepnjng hari di depan PC, tablet, laptop..mcmna pun kena pandai bahagikan masa kan..kalau kerja online, mmng byk brdpn dgn pc..samala saya ni hah, tgh kena tp online...huhuhuhu..

Ujie berkata...

kalau dinner kat luar selalu gak nampak situasi IT lebih penting ni..
dtg satu family, tapi mak & ayah sibuk dgn gajet masing2. anak2 yg kecik pun main la sndiri..

patutnya letak tepi segala gajet IT semasa bersama keluarga.

aizamia3 berkata...

betul.. sebenarnya anak-anak rindukan masa berkualiti dengan ibubapa dorang, dahlah ibubapa kerja, masa berkualiti tu jadi kurang..

macam ai, tiap hujung minggu, ai akan pastikan en. suami beri perhatian yang lebih kepada anak-anak, maklumlah en. suami bukan selalu ada di rumah..

tOyO berkata...

ape jua kita usahakan untuk masa depan adalah untuk diri sendiri dan juga keluarga..hargai kesempatan yg ada dan jgn terlalu lalai dengan hal kerja..^^,

Fara berkata...

....ok lagi bila anak dpn mata. Ada pasangan suami isteri, sgp anta anak ke rumah org tua semata-mata nak cari rezeki pagi petang siang malam. Datang jumpa anak seminggu sekali aje. Apalah nilainya harta yg kita cari dari anak-anak sendiri kan?

Selamat Berjaya Sahrom!

alyrds berkata...

fuh! penuh bermakna dan nasehat!... congrats!... tersentuh hati bila baca cerita ini.

aanie berkata...

xde masa nak hadap pc bila kat umah...sy akan pastikan anak tido baru la blh pegang pc...itu pun kalo keje umah dah siap....

C.M.A @ CikMoonAdnan berkata...

hmmm penggunaan internet byk membuang masa kita jika kita tidak pandai membahagikan masa dgn sebaik2nya..

Asrul "iLham" Sany berkata...

touching...T_T

Ati Masrif berkata...

zaman dah berubah tapi
kena ada hadnya
peruntukkan juga masa
utk anak2 jangan lepaskan
semuanya pada isteri

cerita ini mmg realiti hidup
masa kini

♥cmª shIemª♥ berkata...

salam atok!
huhu..sedih cerita ni..
cam pernah baca jalan cerita ni..tp dimana ya?:)

huhu..semoga berjaya..

d_LA berkata...

cian kat aina kan..nsb bek la aina ni cerdik..skang ni mmg kena kurangkan dah mengadap internet even xde anak lg..nt byk keje terbengkalai..huhu..

neway, gud luck ye sahrom^^

Siti Nurhayati Dollah berkata...

sekarang dah kurangkan guna internet walaupun belum ada anak. Takut nanti terbiasa pulak bila dah ada anak. Kesian anak nanti.

fairus berkata...

NASIB BAIK AKU BUKAN BAPA YANG MACAM TU.. :)

BRO.. MUGA MENANG.. TERBAIK.. BOLEH MENANG NI.. NANTI AKU LOBBY UNTUK KO.. ;)

khaifaiz berkata...

tersentuh jiwa dan raga ini

miss nina berkata...

kadang-kanak kanak-kanak lebih dewasa /matang kan?

Khairul Antasha berkata...

situasi mcm tu mmg berlaku antara anak dgn ayah/mak..

dan berlaku juga pada pasangan suami isteri...

isteri leka ber facebook, suami leka ber twitter...

faiz berkata...

btol tu..tapi ada gak anak2 sekarang sibuk dgn internet..dgn makayah pun jarang berbual..

Dee berkata...

dee selalu terserempak keluarga yg tgh makan kt restoran..dgn ayahnya sibuk kat BB, mamanya ngan notebook, anak lelaki ngan PSP, anak pompuan ngan netbook..adoi..apalah nak jadi kan..

amry berkata...

memang ada yang berlaku perkara macam ni dalam kehidupan sebahagian daripada kita..harap2 saya dapat membahagikan masa saya kelak...(tak kahwin lagi pun)

masuk contest rupanya...good luck bro

Afida Anuar berkata...

semoga sukses dalam contest sahrom...

Masa tengah bujang ni pun, banyak masa dihabiskan di depan lappy, harap2 lepas kahwin sok2 bila.... kena kurangkan sket la...tambah2 kalau ada anak... memang kena korbankan masa depan internet!

Sharinginfoz berkata...

thanks ingat mengingati bro, semoga kita ambil iktibar

Fatin Mraz berkata...

salam sahrom,

ternyata penulisan ini sungguh baik. memberi kesan pada pembaca.

terima kasih untuk pesanan ini.

=]

Mak Su berkata...

belai anak ngan kasih sayang bukan material

zulkbo berkata...

salam..
nampaknya si ayah anak satu je
tu kan..kalau ramai entahlah...
:)

~Nana BamBam~ berkata...

sedih baca entry ni,

kasih sayang ayah terhadap seorang anaknye...

kalau single2 mcm nie boleh la laungkan masa menghadap laman2 sosial mcm fb, twitter...

esok2 nanti da berkeluarga dah ada anak..memang kene hadkanlah..huhu

pena rozie berkata...

Memang betul. Kadang kala kerana tenit ni kite akan menjadi tenat.

Suhami Ahmad berkata...

sekarang ni diakui masa banyak habis berinternet

Dr. Ben berkata...

cerita best dah tapi nak menang iPad? How ironic.

AdiaLuze berkata...

Salam ziarah wahai sahabat..

Takde entri baru ke hari ni ^^ ..

P/S : Kita sesama insan ni memang kena saling mengingati kan .. Sebab manusia ni mudah lupa :P (ni untuk menjawab komen dalam entri saya)

Papa Mifz berkata...

alhamdulillah...ayah dia dah sedar...

Yati berkata...

Ini lah masalah kebanyakan keluarga sekarang. Siap mesej kat fb je, walau pun dok serumah.

Related Posts with Thumbnails