Khamis, 3 November 2011

Manusia Memang Bertabiat Keluh Kesah..


Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian semua sentiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.

Sahabat sekalian, sebagai manusia kita memang secara semulajadinya dilahirkan untuk bertabiat keluh kesah. Apabila sesuatu perkara yang kita telah rancang dengan teliti akan perjalanannya tetapi sebaliknya lain pula yang terjadi kita pasti akan terkesan olehnya. Akibatnya emosi kita mudah terganggu dan lebih malang lagi apabila kita melempiaskannya kepada orang lain. Kasihan kepada orang itu dan lebih kasihan lagi jika mereka adalah ahli keluarga kita atau rakan sekerja kita.

Jadi, bagaimana untuk mengawal emosi kita agar tidak mudah terkesan oleh perkara yang di luar kawalan kita. Sebagai contoh kita terperangkap dengan kesesakan lalulintas yang mana sepatutnya kita boleh sampai di rumah sekitar jam 6.30 petang, dek kerana itu kita sampai jam 7.30 malam. Antaranya termasuklah :-

  • Anggaplah sesuatu perkara itu sebagai semulajadi yakni hukum alam. Kesesakan lalu lintas berlaku kerana banyak kenderaan dan secara matematiknya pastilah jalan akan sesak. Konotasinya mudah, cuba kita lihat sungai yang bersih dengan sungai yang banyak sampah sarap. Sungai yang bersih aliran airnya lancar malah laju tetapi sungai yang banyak sampah, aliran airnya perlahan malah mungkin menyebabkan bau yang teramat busuk impak longgokan sampah itu.
  • Apabila kita menganggap sebuah kesesakan lalulintas itu sebagai perkara semulajadi, kita secara relatifnya akan menganggap ia adalah cabaran. Bukan mudah untuk memandu di jalan yang sesak kerana ia akan menguji tahap kesabaran kita. Itu belum dikira karenah pemandu lain yang 'potong Q'. Lagila hebat cabaran itu bagi kita. Justeru, jika kita boleh sampai dirumah dengan tahap kemarahan yang minimum, kita dikira lulus ujian kemarahan di jalanraya.
  • Jika kita amati betul-betul, sebenarnya kesesakan lalulintas itu secara semulajadinya mendidik kita untuk mengerjakan solat di awal waktu. Apabila kita masih lagi diatas jalanraya dan dalam masa yang sama azan maghrib sudah berkemundang di surau/masjid berdekatan kita, apa salahnya kita beri signal dan beloklah ke kiri atau kanan terus ke pintu pagar rumah ibadat kita. Sekurang-kurangnya, hati kita akan tenang sebaik kaki melangkah ke rumah ibadah kita.
Kesimpulannya, setiap perkara yang kita lihat tidak baik pada kita sebenarnya secara semulajadinya mengajar kita untuk melakukan sesuatu perkara dengan lebih baik lagi. Terpulang pada kita untuk menafsirnya dari sudut yang bagaimana. Surah Al Asr sendiri sudah menyatakan bahawa " Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada didalam kerugian. Kecuali mereka yang beramal soleh, dan berpesan-pesan kearah kebenaran. Dan berpesan-pesan ke arah kesabaran".

“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh [ alyrds] dan ditaja oleh Sentuhan Bayu

46 layangan minda:

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

anggap semua perkara itu berlaku krn ada hikmahnya..


p/s: alolo..sy masih xda idea nk tulis apa utk cabaran tu huhu

KhaiRin berkata...

bla tejadi perkara mcm ni.. sy cuba berfikir positif. meskipun payah tp sy cuba jg

Tea berkata...

Andai kita mengeluh, bermakna itu lauhan tekanan yang tidak mampu tertanggung... Hanya yang paling rapat mampu mendengar keluh kesah kita..

Minumlah tea ketika mengeluh2..

alyrds berkata...

Tahniah~.....

komen : entri paling berguna! mengingatkan sesama kita kepada-NYA, walaupun simple tapi banyak yang tersirat! gud luck!

kasihibu berkata...

sya pernah tertidur masa "q" kesesakan lalu lintas,sampai pemandu yg bertentangan bunyi hon sebab nak kejutkan sya
malulah...jangan di kata, sebab diorang senyum senyum dgn sya

last sekali sya malas nak memandu dlm jem, dengan mengantuk lagi
terus berhenti sebelah gerai makan dan sambung tido

- GC - berkata...

always think positive bebeh!

Lya Colours berkata...

syukur saya tak mengalami kesesakan lalu lintas masa nak pergi/balik kerja

ahmad humairi berkata...

Tiada celanya setiap kejadian Allah. Hanya fitrah manuasia - tidak pernah rasa cukup atau selesa.

Fatin Mraz berkata...

salam sahrom,

FM sekadar mahu menambah..

menyedari setiap apa pun yang kita lalui di dunia ini adalah dgn izin Allah, jadi tak sewajarnya cepat bertabiat keluh kesah atau melenting dan emosi..

kerana ia ujian, samada direct or indirectly.. kesesakan yg sahrom bagi itu contoh paling jelas untuk kita nampak keterkaitannya dengan amalan harian spt solat.

saya setuju dgn kesimpulan tu. kita yang letakkan diri kita untuk rugi atau sebaliknya.

ORLANDO AHMAD berkata...

pernah kereta dilanggar dari belakang, pasal drivernyer tertido waktu jem

iza berkata...

Assalam..
Betul lah kata2 setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya cuma antara kita sedar atau tidak sahaja..

Fara berkata...

Baru semalam sy menjadi mangsa sifat semulajadi manusia yg baran tak bertempat klu di atas jalanraya!

Ishh, jiwa kacau pulak bila terkenangkannya...

Sahrom, semoga berjaya!

LiFe KaMi berkata...

kunci utama adalah kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan nikmat pemberian dari Allah SWT..
apabila kita bersyukur maka terhindarlah perbuatan keluh kesah tersebut..

JunAina berkata...

keluh kesah untuk meluahkan perasaan, menenangkan minda...bukan sehingga mengeluh menyesali takdir.

::FAIZ FARISH:: berkata...

lovely

amirah berkata...

nicely written,..semoga berjaya bro sahrom

C.M.A @ CikMoonAdnan berkata...

btol tu bro...

setiap perkara yg kurang baik tu... sebenarnya mengajar kita untuk memperbaiki supaya menjadi lebih baik

xde laa kita tau semuanyer nak senang jee kan..

atuk berkata...

Assalamualaikum Sahrom

saya pun selalu...
apabila azan berkumandang, sukar sangat untuk singgah ke masjid

Wassalam

♥cmª shIemª♥ berkata...

atok!

betul jugak ape yg atok tulis tu..
*terasa*

huhuh..sifat semulajadi manusia ni mmg mcm ni kan..

*semoga bejaya atok!

Asrul "iLham" Sany berkata...

yg paling penting bersyukur sb ada lagi yg lebih teruk dari kita

:D

aanie berkata...

marah juga bila jalan yg clear tapi, jem gara-gara kete depan mcm kura-kura....huhu..

good luck...

mamaNoriz berkata...

setuju especially no3..

jgn suka lengahkan solat, klu terlepas tu mmg sebb kekilafan sendiri kan..

huhu,

gd luck!

Ati Masrif berkata...

kalau dalam kesesakan jalan raya
orang memang selalu hilang sabar

semoga berjaya sahrom :)

fairus berkata...

AYAT2 TERAKHIR ITU MENYOKONG SEGALAN PERSOALAN DI ATAS...

Kakzakie berkata...

Menjadi panduan hendaknya...

Moga dapatlah ipad itu dgn N3 ini.

wahida berkata...

aku selalu kurang sabar dgn traffic jam..admit!!

eelobor berkata...

aku juga mudah lost control bab2 naik angin nih. terutama bila bab jem... huhuhu sakit kepala otak dibuatnya

Yan berkata...

bukan nak riak atau menunjuk2.. ALHAMDULLILAH saya sekarang dalam jihad diri.. Tak nak solat lewat2..Cuba memperbaiki diri..

khairul berkata...

bersyukur lah atas apa yg kita ada

Bidadari Syurga berkata...

entry awak kali ini indah... saya suka... semuanya menenangkan.. insyallah saya akan ingat... time jem saya akan pastikan solat selesai... mekasih awak...

Dr Zatiel Ismail berkata...

salam. sy dtg jenguk2 blog u ni. ^^ . nice blog. tak serabut and ibformative.

Rtp Farra Arisha berkata...

everybody must has positive about thinking about anything!! itulah solusi yang terbaik :'D

zulkbo berkata...

salam..
begitu lah adanya
kita manusia ni..
tak pernah bersyukur
nikmat hidup..saya berpesan
pada siri saya sendiri

ieda berkata...

suke dgn pandangan shahron dlm entry nie .. masing2 ada pandangan masing2 .. yg penting kena belajar erti kehidupan sebenar dan tidak terus2an mengalah ..

redho dgn ketentuan allah dan belajar dari kesilapan :)

Yati berkata...

Suka entri Sahrom. Akak kenal dengan orang yang keluh kesah sepanjang masa. Kita yang tak bersalah pun kena tempias kemarahannya. Kalau tak boleh nasihat, jauhi je orang camni. Kerana mereka hanya pandang sisi buruk je, tak pernah memikir untuk pandang kebaikan.

Afida Anuar berkata...

kesesakan lalu lintas pun ada hikmah nya sahrom, tapi jangan pulak sebab jalan jem tak solat.... solat la mana2 pun. Kalau dah tak boleh nak berhenti ke..solat dalam kereta pun boleh...

white rose berkata...

Layang2 minda kat sini...
rindu dgn coretan bernas ni...

mama ju, berkata...

Aslkm anakanda

Sejuk je tgk gambar yg cantik tu.

Hikmah ada dimana2.

faiz berkata...

tula..kdg2 tak sabar gak dgn jamm sume ni..tapi xde la sampai potong q tu..

Run Away berkata...

kana banyak besabar..tapi kesesakan lalu lintas memang rasa tak sabar...;d

norhidana berkata...

sgt suke ngn entry ni...

dugaan sebenarnyer membt kite lebih sbr..mcm terjd pd saya...dugaan bt saya lebih dkt pd Allah...

cemomoi berkata...

tul tu, kalo dah setel semayang, ati lega sikit tak kesah le lambat sikit sampai rumah...

Prince Halilintar berkata...

kite hanya berusaha utk lakukan sesuatu tapi kene redha dgn qada dan qadarNya..

d_LA berkata...

jgn biarkan emosi menguasai diri..bersikap pro walau dlm apa jua keadaan, InsyaAllah, Allah permudahkan jalan..
Gud luck sahrom^^

Papa Mifz berkata...

ini semuo antara dugaan Allah untuk umatnye kan...

gud luck bro...

Ibn Mustakim berkata...

Assalamualaikum...

kehadapan tuan tanah (t.t) dan para blogger...

Kehidupan manusia ini dihiasi dengan ketidaksamaan. Barulah ianya tidak menjemukan.

Saya mempunyai pandangan berbeza di satu sudut, tetapi disudut lain bersetuju dengan t.t

begini ceritanya.

Yang pertama. Ada baiknya kita terus kembalikan setiap perkara yang berlaku pada ALLAH. Bukan menghadkan pada 'makhluk' seperti hukum alam atau semulajadi.

Namun pujian diberikan kpd t.t kerana mendatang analogi yang tepat. sungai yang bersih mengalir lancar.

Yang kedua;
t.t sentuh tentang marah. Manusia sebenarnya mempunyai masalah jika berhadapan dengan nafsu yang satu ini. Tips ini mungkin berguna:

1. Kita tahu setiap sesuatu tidak akan terjadi tanpa izin dari ALLAH

2. Kita akan marah jika perkara yang berlaku bukan seperti yang kita nak.

3. Jika bertembung kehendak kita dengan taqdir ALLAH (kerana segala yang berlaku itu dengan izin ALLAH), maka yang mana patut didahulukan?

4. So, mengapa perlu marah?

Apa pun, entry ini menyedarkan kita tentang sesuatu yang kita ambik remeh selama ini... moga t.t berjaya dalam perjuangannya.

p/s: maaf komen panjang2 dah macam blog sendiri.

Related Posts with Thumbnails