Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.
Hujung minggu lalu, kami ke Melaka kerana ada program Hari Keluarga tempat isteri saya bekerja. Selesai program sekitar jam 10.30 malam di Puteri Resort, kami pun keluar ke bandaraya Melaka untuk menikmati suasana malam di sana. Kami merancang untuk menaiki bot River Cruise Melaka kerana kami belum berkesempatan lagi untuk bermudik di Sungai Melaka. Inilah kali pertama kami menaiki bot ini.
Untuk pengetahuan sahabat blogger, jeti bot ini terletak di Taman Rempah dan dengan harga tiket yang dikenakan sebanyak RM 10.00, kita akan dibawa menaiki bot sehingga ke Bandar Hilir. Perjalanan pergi dan balik mengambil masa kira-kira 35 - 40 minit ( mengikut kiraan saya). Jadi kepada sahabat blogger yang masih tidak tahu destinasi percutian sempena cuti sekolah ini, jemputlah ke Melaka dan bermudiklah di Sungai Melaka dengan River Cruise ini.
Layanlah sedikit gambar yang sempat saya rakamkan..
Hujung minggu lalu, kami ke Melaka kerana ada program Hari Keluarga tempat isteri saya bekerja. Selesai program sekitar jam 10.30 malam di Puteri Resort, kami pun keluar ke bandaraya Melaka untuk menikmati suasana malam di sana. Kami merancang untuk menaiki bot River Cruise Melaka kerana kami belum berkesempatan lagi untuk bermudik di Sungai Melaka. Inilah kali pertama kami menaiki bot ini.
Untuk pengetahuan sahabat blogger, jeti bot ini terletak di Taman Rempah dan dengan harga tiket yang dikenakan sebanyak RM 10.00, kita akan dibawa menaiki bot sehingga ke Bandar Hilir. Perjalanan pergi dan balik mengambil masa kira-kira 35 - 40 minit ( mengikut kiraan saya). Jadi kepada sahabat blogger yang masih tidak tahu destinasi percutian sempena cuti sekolah ini, jemputlah ke Melaka dan bermudiklah di Sungai Melaka dengan River Cruise ini.
Layanlah sedikit gambar yang sempat saya rakamkan..

Inilah pintu masuk ke Melaka Rivercruise ini. Jangan risau kerana tempat meletak kenderaan sangatlah luas disini berbanding di Bandar Hilir..InsyaAllah tidak akan bermasalah mencari petak meletak kenderaan di jeti ini.

Inilah kaunter tiket untuk membeli tiket menaiki bot River Cruise Melaka. Harga tiket yang dikenakan adalah RM 10.00 untuk dewasa dan RM 5.00 untuk kanak-kanak. Lokasi terletak di Taman Rempah.

Contoh tiket..Boleh disimpan untuk kenang-kenangan hehehehehe.......

Antara info yang terdapat di jeti ini sebelum menaiki bot. Peta juga disediakan untuk rujukan kita semua.

Suasana di dalam bot. Ketika ini bot masih belum berjalan. Boleh la nampak premis di sebelah sana walau suasana agak gelap sedikit....

Ini tempat duduk kapten bot yang akan membawa bot ini menyelusuri Sungai Melaka. Kapten belum masuk kerana masih berehat kot...hehehehe...
Inilah suasana di dalam bot yang sudah dipenuhi penumpang. Tunggu bot nak bergerak je....( gambar-gambar didalam perjalanan agak gelap jadi tidak di muatnaik disini...maklumla, tak mahir guna kamera huhuhhuhu)
Jadi, kepada sahabat blogger semua. Jom kita ke Melaka untuk Cuti-cuti 1Malaysia ya....




51 layangan minda:
Sy dah lama nak naik bot nie. Jln2 menyusuri sungai Melaka. Tak masih tak kesampaian.
Seronok ya Sahrom berjalan! Hiks~
sy bercadang nk kesana bln depan ..
Berhati2 lah wahai rakan ku .http://gilamodified.blogspot.com/2011/11/kemalangan-di-permatang-tinggi-bukit.html
alaaa... jgn la dtg.
nnti jalan jem susah aku nak pi opis.
hehe.
:p
.
saya dah naik dan masih terasa nak naik lagi..seronok kan..
best gak tu naik bot
sy pegi sblh ptg...bla da blk br la org ckp: g sblh mlm lg best! antik..x pe la len kali g lg..ala..kg pon kt sn..
ramai orang beratur tak?
ala, xde gambar masa otw ke? nak tgk apa yg menarik....
hahaha...tak tahan betul dengan komen si tas..takpela, dtg hari weekend ye..sebab weekend takyah lalu kat bdnr hilir..hehe
river cruise ni malam je ke? siang ada tak?
time cuti sekolah ni, sure sesak!
kat kuching ada gak..tapi tak tahu berapa diorang cas.
Seronok kan shah. Cuti kali ini Melaka tak tersenarai dlm list anak-anak kakak....
orait... kalu kesana lagi aku nak pergi tempat yang diatas
Dah dua thn x p Melaka..
tingin gak nak naik bot tu..huhu
Wallaaaaa Tuan.
Cuti sakan nampak...
Seronok dpt spent masa dgn family...
insyaallah Shah... pergi Melaka nanti mesti naik cruise ni
Salam ziarah wahai sahabat ...
Waahh .. Seronoknya. Hari tu ada jugak pergi beramai2 dgn famili tapi tak berkesempatan plak na naik Bot ni. Insyallah, kalau datang lagi, boleh la cuba .. Mekasih for sharing info ni ^^
nak tau tak, saya tak pernah naik cruise tu. hehehe
saya suka lepak tepi sungai tu malam2. nice view sambil tengok cruise lalu lalang
ajak kesayangan gi melaka ohsem gak ni :D
sy dh naik 2 x hehe..siang dah..malam dah..besttt..angin tiupppp
kalau naik waktu mlm...mmg best.. sbb cantek je pemandangan yg penuh warna warni...
ada 2 perhentian untuk naik bot ni kan...
sya tersalah pegi mula2 dulu...huhuuu...
mmg cantik pemandanagn dan lampu wktu mlm kan...
ari tu dapat tiket free, time lak tak free... melepasss
salam Syah..
seronok nampaknya tu..
saya lama dah tak ke Melaka
tak de urusan nak ke sana..
Mrs pun jenis tak suka
berjalan..mudah..he he
www.zulkbo.com
seronoknyr jln2 naik cruise nih...
saya nih kalu ikutkan hati mmg nk sgt duk jln sana sini... tp sbb aiyan tak berapa sihat nk bwk pg mana2 pun tak berani lg...tunggu lah pas bln 12 nih mana tau bdn dia dh kuat skit... blh la bwk jln2
best gi melaka ni
sbb itu tahun lepas pi tak puas
bulan depan nak pi lagi :)
salam atok!
wah..pegi jalan2 ke river cruise..
kelasssss atok..^_^
hmm..belom berkesempatan nk pergi melaka lg..insyallah..2 hari nnti nk g sana!
BRO.. WALAU AKU ORANG MELAKA. DAH BANYAK KALI JUGAK AKU NAIK RIVER CRUISE NI.. TAK MEMBOSANKAN.. KALAU WEEKEND. AKU SUKA BAWAK MAK BAPAK AKU DUDUK TEPI SUNGAI KAT KAMPUNG MORTEN. TEMGOK KEINDAHAN CAHAYA DAN RIVER CRUISE YANG LALU LALANG.. KESIAN KAU TAK DAPAT TUNJUK GAMBAR DISEPANJANG MENAIKI MELAKA RIVER CRUISE, SIAPA NAK TENGOK BOLEH TENGOK SINI. -- > http://fairusmamat.blogspot.com/2011/06/melaka-river-cruise.html
LAIN KALI ROGER LA BRO.. PUTERI RESORT DGN RUMAH AKU TAK JAUH LE..
assalamualaikum
lamanya sudah tidak ke melaka
rindu
pi melaka sat jah haritu, pi kenduri.. tak sempat nak pi jenjalan naik cruise pun:(
melaka. tempat yg senantiasa best utk dilawati. sepanjang tahun..
best ke prog hari keluarga?
Dah lama tak jalan2 melaka.. macam best pulak. :D
Pesona keindahan waktu malam.
rasanya, sebelum naik river cruise kat singapore, eloklah kite nak yang kat melaka dulu kan? wewwww!!!
jgn lupa kawan2 kalau gi jalan2 :D
http://ch000tz.blogspot.com/2011/11/mencari-diri-sendiri-katanyeeeerrr.html
rm10 ok sgt la. hehehe mesti best. sy xpenah pegi lagi..
best la bro.. rase cam kat melaka lak ni.
Jemputan khas buat tuan rumah dan semua pengunjung blog ini. Sudi-sudikan:
Pertemuan Blogger 18 Dis: Jemputan Istimewa
pernah naik sekali...tapi waktu siang..malam nmpk mcm lagi best...
waa..nak naik jugak..heheheh
memang best! tapi hujung minggu jalan sesak..
penah naik sekali...untuk sesapa yg suke sejarah boleh lah naik byk kali kot...hehe...terasa mcm rombongan sambil belajar je..tp seronok bile dpt th sejarah melaka...
atok penah naik nih...memang wajib naik kalau p melaka! hihi
gara-gara teringin nak naik tu, sesat banyak kali kat tengah bandar melaka tu sampai en. suami dah nak fedup.. hehehe.. guna GPS pun tak banyak membantu..
suka jugak simpan tiket-tiket macam tu..boleh buat kenangan..:)
masa amy pergi hari tue x sempat pun naik sebab ramai naw yang menunggu giliran..insyaallah kalau balik kampung amy x nak lepaskan peluang ni lagi..
tgh bulan 12 nieh nk g melaka... huhu
jom tgk kejap aja..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/simple-word.html
assalamualaikum sahrom : aku penah naek river cruise ni, tp belah siang. panas banget masa tu, jadi sesiapa yg tak tahan panas tu, naek lah disebelah malam
best jugak yer..actually dla mmg plan nk gi melaka n johor minggu ni tp cuti lak dah nazak bebenor..wuwu..thn dpn la lak plan..hehe..
Catat Ulasan