Isnin, 14 November 2011

Dari Makan Gaji ke Buat Gaji.....


Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian semua senantiasa dirahmati Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.

Apa khabar kalian semua ? Semoga sahabat semua senantiasa sihat walafiat di samping keluarga tersayang. Sepanjang minggu lalu, memang saya bercuti agak panjang tetapi untuk selama 2 hari sahaja iaitu Selasa & Rabu. Pada Khamis dan Jumaat, saya terlibat dengan sebuah program di sekitar sini.

Program ini melibatkan pelajar Kolej Komuniti yang sedang menyiapkan tugasan terakhir mereka sebelum dijangka bergraduat pada bulan hadapan. Mereka dikehendaki membentangkan projek mereka di hadapan pensyarah masing-masing untuk dinilai oleh pensyarah mereka. Saya yang bukan pensyarah ini dapatlah terselit sama untuk melihat pembentangan mereka ini.

Saya kagum dengan majoriti daripada pelajar ini. Mereka begitu fokus untuk menyiapkan tugasan mereka. Salah seorang daripada mereka ini yang dikenali sebagai A telah membentangkan projek untuk membuka sebuah kedai kek & pastri setelah tamat pengajian kelak. Kebetulan disini memang pelajar tersebut mempelajari bidang kek & pastri dan tidak hairanlah fokusnya sebaik tamat pengajian hendak terus membuka kedai kek & pastri.

Apa yang dapat saya simpulkan adalah peranan kolej komuniti sebagai pilihan kepada mereka yang tidak dapat menyambung pengajian ke bidang akademik amat berkesan sekali. Kolej Komuniti telah mengubah mentaliti majoriti pelajar mereka daripada mentaliti " makan gaji" kepada " buat gaji" yakni mengusahakan perniagaan sendiri dan menggaji orang untuk bekerja dengan mereka.

Seperti yang kita semua maklum, peluang pekerjaan memang terhad baik di sektor awam mahupun swasta. Jadi, apabila golongan yang sangat muda ini sudah fokus untuk terjun ke alam perniagaan yang sangat mencabar bermakna mereka sudah tahu akan risikonya. Selain ilmu dalam bidang yang ingin diceburi, mereka juga perlu memperkuatkan mental mereka agar tidak cepat patah semangat dalam menghadapi sesuatu cabaran.

Saya mendoakan golongan muda ini agar berjaya dalam bidang yang akan diceburi kelak sejurus mereka tamat pengajian nanti. Gunakanlah ilmu yang mereka perolehi ini di jalan yang betul dan insyaAllah berkat kesabaran dan kecekalan mereka, kejayaan pasti akan berada di dalam genggaman.


p/s: kadang-kadang orang penakut juga boleh berjaya. Jika tidak masakan lagu Penakut boleh menang di AIM baru-baru ini. Tabik spring pada Yuna, anda memang srikandi negara yang berbakat besar.

45 ulasan:

Asrul "iLham" Sany berkata...

gua ngah planning wat bisnes publishing....

sile beli buku2 gua nanti..hahaha

:D

Asrul "iLham" Sany berkata...

OMG, gua no 1st???

:D

Lya Colours berkata...

fuh patut lama tak update. hihi

Tea berkata...

Tuan, lame tak update!

Sebenarnya kita jgn terkejut, golongan ini mungkin ada yg jauh lebih berjaya dr lepasan universiti..

ibuintan berkata...

mereka ada kemahiran dan semangat untuk berniaga, mungkin modal yg akan menjadi halangannya

Kakzakie berkata...

Kakak buat gaji juga tapi duit company org lain punya hihi.... Meamng tak ada kemahiranlah kakak ni Shah... makan gaji ajelah sampai pencen.

KhaiRin berkata...

satu tindakan yg baik...sy suka gologan remaja yg x memilih... dari situ bleh nmpk wawasan mereka

Mutiara Bernilai berkata...

salam saudara,

aduh, lamanya tak update ya :)

hm, teringin juga nak buat kedua2nya makan gaji dan buat gaji,,nak berbisnes jugalah :D

faiz berkata...

saya termasuk golongan yg membuat gaji dan memberi gaji..

amirah berkata...

saya pun teringin nak buat gaji..ermm bilala boleh agaknya

♥cmª shIemª♥ berkata...

salam atok!!!!
demam tau cma! hehehe..
gaji??
hahaha..no komen!

Prince Halilintar berkata...

waalaikumusalam..

sy pun teringin jgk nk buat kedua2nya..


yg p/s tu mmg kelakar..pandai jugak melawak ek..haha

fairus berkata...

BERNIAGA NI ADA PASANG DAN SURUTNYA.. KENA BERANI.. RISIKO TINGGI.. TAPI KEUNTUNGANNYA JUGA TINGGI..

norhidana berkata...

semoga semangat itu akan ttp teguh sampai btl2 dia dpt lps belajar...
sbb risiko nk niaga nih tinggi...

pena rozie berkata...

Ingat nak cukupkan dulu kemahiran baru nak buat gaji

cemomoi berkata...

pnah jumpa budak ikbn blaja buat kraf pasu tapi keja kilang, bila tanya napa tak buka bengkel buat pasu/labu sayung ke... tak tau arah nak tuju!

maknanya selain kemahiran, institusi juga patut ajar pengurusan kewangan dan pengendalian bisnes, tak le besok bila dapat pinjaman atau bantuan kewangan, kedai tah kat mana pinjaman pon tak bayar

mamaNoriz berkata...

usaha kolej komuniti mmg patut di puji...

lama tul sahrom ilang ek...hihi

Mila@Rimbun berkata...

teringin nak buat gaji tp dah terlalu comfortable dengan makan gaji..

JunAina berkata...

bercita2 jugak nak buat gaji tp semangat ni rasa macam tak kuat je...tak ada keyakinan diri...

Kolej Komuniti pun ada buat krusus jangka pendek terutama untuk suri rumah...

ieda berkata...

suke meniaga .. tapi tgk jenis perniagaan lahh
paling suke kedai makan :)

eelobor berkata...

hehehe....suka bab yuna jer

Bidadari Syurga berkata...

asrul: jgn lupa offer akak... heee

ps: serius ni...

amry berkata...

bisnes sesuatu skop pekerjaan yang menarik sebab apa segala yang kita dapat adalah 100% hasil usaha kita sendiri....tapi nak memulakan tu memang kena betul2 kuat semangat.....

ainhany berkata...

salam shah,

untung anak2 sekarang ni.ade peluang belajar sepanjang hayat...dah tuh boleh buat duit...sapa berani dan yakin: pasti beroleh kejayaan..peluang dan konsep komuniti telah diperluaskan untuk semua...ayuh sama2 cari peluang dan ruang buat duit bantu ummah

Daddylicious berkata...

rezeki masing2 dan ada dimana2...

zulkbo berkata...

salam saudara Syah...

moga sihat hendaknya di sana..bab perniagaan dalam kerja banyak dah di praktiskan oleh para guru sekolah rasanya..meniaga MLM..he he

Afida Anuar berkata...

InsyaAllah 9/10 rezeki itu datang daripada perniagaan. Baguslah kalau ada minat dan perancangan dalam bidang perniagaan. Semoga mereka semua sukses dalam bidang masing2 satu hari nanti, insyaAllah

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

sy pon x makan gaji..dulu-dulu ms study mmg pikir nk makan gaji sj..tp skang nih buat gaji dr rumah lg mudah lah..

Papa Mifz berkata...

tak salah budak2 fresh grad nih nak terus berniago..tapi elok timba pengalaman dulu...

Fatin Mraz berkata...

salam sahrom, mmg bagus usaha yg dibuat. mind set dari mkn gaji ke buat gaji mcm tu..

Yati berkata...

Betul. Kolej komuniti sekrang ada short course hujung minggu. Akak minat nak join yang menjahit. Tambah skill mana yang patut. :)

blog-tips-kurus berkata...

saye nak join kak Yati le! hehe!

tahap pendidikan sekarang semakin meluas. bagus kalau ada Kemahiran Hidup, senang nak buat $$.

Yuna menang pon sebab dia talented. :-)

aanie berkata...

bagusnya dia dari muda lagi dah minat buat bisnes...semoga dia berjaya....

Yunus Badawi berkata...

Baguslah jika semakin ramai org kita menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan. Semoga mereka (dan saya jugak hehehe) menjadi bisnesman tulen dan berjaya memartabatkan bangsa dan agama di negara sendiri dan juga di peringkat global satu hari nanti.

LadyBird berkata...

lady kagum pd mereka kak.. kami golongan yg berijazah pun mkn gaji.. bergantung pd org lain.. tp mereka.. menjadi tempat pergantungan untuk org lain.. sumber pendapatan bg org lain.. mereka lagi hebat drp kami yg hdp makan gaji..

- GC - berkata...

nak cari gak peluang utk buat gaji..

miss nina berkata...

9/10 dari rezeki dari perniagaan. jadi mentaliti orang kita patut berubah, bukan lagi fikirkan makan gaji :)

AdiaLuze berkata...

Salam ziarah wahai sahabat ..

Selamat kembali dari cuti panjang !! Thehehe .. Mesti seronok kan dapat menghabiskan masa lama sedikit ngan famili ^^.

Kadang2 teringin gak nak buat bisnis. Nak try jual cup cake online tapi, kekuatan semangat dan kerajinan tu belum ada .. Tapi, Insyallah .. Suatu hari nanti akan cuba direalisasikan jugak .. Amiinn ..

P/S : Jwpn utk komen di Blog saya :
Mula-mula dulu takdela excited sangat sebab sy tak berapa minat ngan Maya Karin ni, tp dek kerana suka ngan Novelnya, tu yang jadi teruja skit tu .. Hehehe

Khairul Antasha berkata...

org muda kena bijak cari peluang sekarang.biarlah permulaan dgn angka yg kecil...dari duduk menunggu tak buat apa2

C.M.A @ CikMoonAdnan berkata...

hmm.. kalau nak bisnes, kena kuat semngat, mental, pandai cari peluang, xmudah putus asa..

Amy Syaquena berkata...

Nak berniaga nie kena kuat , cabarannya banyak..moga anak2 muda dan x lupa juga ingatan untuk diri sendiri akan terus berusaha untuk mencapai kejayaan..insyaallah

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) berkata...

yuna mmg berbakat.. takde gosip melampau2.. sbb tue boleh berjaya.. + dia pun educated singer

khaifaiz berkata...

aku pun tgh planning nak buka bisnes ni... doakan aku ye

Siti Nurhayati Dollah berkata...

InsyaAllah. Sekarang ni makan gaji dulu sebagai usaha ke arah buat gaji.

khairul berkata...

rezki yg terbaek adalah melalui usaha titik peluh sendiri kan

Related Posts with Thumbnails