Khamis, 20 Oktober 2011

{GAMBAR} : Sekitar Ekspo Halfest a.k.a Halal Fest di PWTC

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.

Hujung minggu lalu, saya berkesempatan mengunjungi Ekspo Halal terbesar di Malaysia yang berlangsung di PWTC Kuala Lumpur. Saya memang berminat mengunjungi mana-mana ekspo kerana dari penganjuran ekspo sebeginilah kita dapat melihat produk IKS orang kita yang memang sukar untuk dijumpai di mana-mana pasaraya besar di seluruh negara.

Terdapat sesetengah produk itu memang pelik namanya tetapi banyak manfaatnya. Kelebihan ekspo seperti ini adalah ia telah menjadi satu platform kepada usahawan IKS untuk memperkenalkan produk mereka. Cuma, kelainan ekspo ini adalah ia telah mengiktiraf bahawa sesuatu produk itu HALAL oleh JAKIM. Dek kerana saya hadir ke ekspo ini, baharulah saya tahu bahawa outlet Ice Room di Damansara dan Nilai itu dimiliki dan oleh orang Melayu sepenuhnya.

Kepada sahabat semua, jemput layan beberapa keping foto yang sempat saya rakamkan. Maaf kerana kualiti gambar kurang memmuaskan dek kerana bersesak-sesak dengan orang ramai huhuhuhh...




Semua pengunjung dikehendaki mendaftar disini. Walau bagaimanapun, masuk adalah percuma cuma mungkin urusetia mahu merekodkan kehadiran jumlah pengunjung.



Pelan lantai yang memaparkan senarai booth yang menyertai ekspo ini dan dimana letaknya booth mereka supaya mudah untuk dikunjungi.




Ketika saya sampai, di pentas utama kelihatan Jaafar Onn dengan salah seorang chef yang saya tidak dikenali sedang berceloteh di atas pentas. Kalian kenal ke yang seorang lagi tu??? Sila abaikan celoteh mereka kerana kita hadir bukan mahu mendengar celoteh mereka kan huhuhhhh.....




Rupanya ramai pengunjung yang tertarik dengan celoteh si Jaafar Onn tu. Tengok, ramai yang terpaku kan hehehehe....



Kualiti gambar kurang memuaskan kerana si Aaron Aziz telah datang melawat salah sebuah booth pada ketika saya berada di situ. Ketika ini memang ramai yang mahu mengambil gambar artis terkenal ni. Saya sempat snap dari jauh je la huhuhuhh......





Ini adalah senarai logo halal dari luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM. Boleh kalian simpan gambar ini untuk rujukan bagi memastikan produk yang diimport dari luar negara itu halal atau tidak.





Lagi senarai tambahan logo halal yang diiktiraf oleh JAKIM. Kalau JAKIM sudah mengiktiraf ia halal, maka hilanglah kerisauan kita kan.





Suka tengok gambar ini yang terletak di luar dewan. Tak dapat jumpa orangnya, tengok lukisannya pun dah cukup kan..




Suasana di luar dewan ketika ekspo sedang berlangsung. Memang ramai pengunjung yang hadir. Maklumla, cuti hujung minggu kan..

Itu sahaja..Semoga penganjuran ekspo sebegini memberi manfaat kepada semua pengusaha IKS di seluruh negara...

59 layangan minda:

missbby berkata...

seronoknya dapat pergi ekspo seperti ini..

Tea berkata...

harap ada kesempatan lagi

khaifaiz berkata...

wah ada aron... teruja ni

Musang berkata...

mencari yg halal itu fardhu...

Khairul Antasha berkata...

aaron aziz tu buat org ramai berkunjung kot.tarikan utama..hehehe..

C.M.A @ CikMoonAdnan berkata...

dah lama gak x g pwtc...

A.s.t.i.n.a berkata...

Astina ingin berubah menjadi bukan Astina selepas pergi ekspo ini..
mesti tuan tak suka sebab Tuan adelah Tuan yang baik..

khairul berkata...

hu nampak meriah betol

Bunga elok lagi ..kena tukaq pulak dah ! .http://gilamodified.blogspot.com/2011/10/aku-hangat-nie.html

zulkbo berkata...

salam..
ermm..lama tak berkesempatan
ke mana-mana ekspo nih..sibuk
manjang..huhu

aizamia3 berkata...

dah lama tak pergi mana2 ekspo

Kakzakie berkata...

Yg dengan Jaafar Onn tu chef Zam ke shah? Kakak rasa dialah tu...

Kalau nak dapat rasa macam2 makanan free masa ada festival macam inilah.

Fara berkata...

Last ekspo sy pegi kat PWTC ms baru2 kawen. Time takde anak kecik. Skg nie, nak g sane kena pk 2, 3 kali sbb mcm tak convenient...

Sy pun suke g ekspo. Suke kumpul non woven bag. Hahahaha!

♥cmª shIemª♥ berkata...

salam atok..
bestnye dpt pegi ekspo camni..

pecaye x kalu cma ckp cma x penah jejak pwtc?

huk huk..^^_

mama ju, berkata...

Aslkm anakanda

Menarik. Mama 2x ke sana.
Chef tu chef glamour, chef Zam namanya, dulu dia besar, sejak dh ikat perut dia kelihatan begitu kecil...dia ada kolej masak sendiri. Penggemar masakan memang gila dgn dia...

faiz berkata...

sekarang byk ekspo camni kan..bgus btol dpt bantu usahawan kecil-kecilan ni..

JunAina berkata...

kak aina sekarang jarang nak pergi tempat yang ramai org begitu. rasa penat sgt kalau bersesak2 tempat mcm tu tp kalau MAHA memang kak aina tak lepas peluang...

Ati Masrif berkata...

jauhnya sahrom berkelana
dari JB ke KL...jauh tu

nape ada muka shiela majid tu


p/s: kalau gitu ....
bolehlah sahrom join gathering ahad ni :)

Zie berkata...

alaaaa...aaron aziz!!...


bagus juga pesta makanan halal ni..

Maya Mayana berkata...

emm bagus ni,halal punya logo ni kdg2 mcm...yg saya musykil toto saya beli baru2 ini pun ada logo halal...apakah maksudnya?

blog-tips-kurus berkata...

terlupa pasal ekspo ni. bila next event yek?

NM02 berkata...

aaron aziz?




mmg rugi mak jemah tak pegi




huh

Daddy Ziyyad berkata...

Aaron Aziz pun datang..haha...dia lah yg jadik tarikan utama kan, bukan booth.


Ohhhh, saya ingatkan Ice Room kat Nilai tu milik cina...tapi tokey sebenar Ice Room ni cina kan?

ps: nanti ada masa Insya Allah saya buat entri pasal rawatan resdung tu. Terima kasih beri cadangan.

ainhany berkata...

salam shah,

oooo tak kan jalan2 jer..x shopping ke? banyak dpt door gift??..hihii...org memberi kita merasa..tak gitu

Lya Colours berkata...

chef yang sebelah jaafar onn tu chef zam
dulu dia gemuk, skrg kurus je kan. jeles jeles. huhu

aanie berkata...

ala, aaron aziz pun ada ke....mesti awek je yg ramai kat situ..hehe...

♥ manje ♥ berkata...

kita suka pergi ekspo camni juga tapi kat utara ni jarang2 ada... ~

fairus berkata...

HALALAN TOYIBBAN...

ibuintan berkata...

ibu juga suka pergi ekspo tapi bila orang terlalu sesak, rasanya tak dapat apa2 info pulak... hanya sekadar melihat2 dan membeli saja

Prince Halilintar berkata...

patut la ramai je perempuan kat dlm pic tu ade aron aziz rupenya...

hajarus berkata...

aaron aziz pun ade... pelakon kesukaan hjr... hehe... ;d

Be Simple Beb(BSB) - threeQ berkata...

kalau siti nurhaliza dtg lagi ramai org g sana.

Afida Anuar berkata...

Sahrom..mana gambar2 produknya? hehe..

Allah..tak berkesempatan nak pi la kalau kat tengah2 KL nun..

eelobor berkata...

sempat baca iklan jer, x sempat nak pegi

juanita berkata...

da nak g da ritu. memikirkan nak bawak hand beg kiri kanan ni ..terus x jadikk

mamaNoriz berkata...

sya teringin nak gi tapi jauh lorrrr...

mcm2 ada ek, ilmu pun dapat ;)

khairul berkata...

singgah LIKE

cemomoi berkata...

heee gambar ex-pm tu termasuk yang halal ke?

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

sy nk tgk senarai logo halal tu..sahrom ada flyers ke apa x blh tunjuk sikit kt blog (kes malas nk search sendiri hahaha)

Run Away berkata...

skrg dah jarang sy g expo...best kan...;d

zue berkata...

mana2 ekspo..klu ada artis org serbu artis dulu baru lak yg lain2.

Bidadari Syurga berkata...

dah lama tak ke ekspo di PWTC...
p/s: saya suka pic tanda halal tu... thanks awak...

khairul berkata...

Superb audio system by Jason.http://gilamodified.blogspot.com/2011/10/jason-excellent-sound-part-2.html

pengemis Cinta~ berkata...

teringin nak p tapi jauh dan jadual kelas full..macam best jerk..semoga ekspo sebegini dianjurkan lagi..banyak sekali manfaatnya kan..;) wah.aaron pun adaka.

Ann Huda (Ate) berkata...

Ate baru tengok banner dia di tepi jalan tadi...Ingat nak pergi. Tgk2 ehh...dah lepas tarikh nya.

Baru tahu Ice Room tu milik Melayu, thanks 4 the info.

Papa Mifz berkata...

x pornah g ekspo2 mcm nih....teringin tp x berkesempatan...huhu

pena rozie berkata...

Bestnyer kalau dpt g gak...

insan_marhaen berkata...

IM dah malas nak pi ekspo. tak larat nak jalan jauh dan bersesak.

pi tengok-tengok kat pasaraya jer..

IMANSHAH berkata...

Sama ngan IM..tengok dari jauh

LiNda berkata...

keistemewaan tinggal di KL .. semua prasarana dan info sering di hadapkan. so, jgn lepaskan peluang okess ...

norhidana berkata...

salam en sahrom
apasal tak amik gmbr brg2 n makanan yg ada kt gerai2?
saya skrg nih mmg susah la nk pg mana ekspo...
lg2 lah aiyan msh lg tak sihat kn... mmg skrg aktiviti jln kene kurangkan

Asrul "iLham" Sany berkata...

tak sempat nak pegi

siti murni berkata...

alangkah seronok dan bertuahnya kalau dapat pergi ekspo macam ni..ada jgk kawan-kawan yang attend..haih..kat penang ni tak ada pulak ekspo macam ni besar...:-(

Lya Colours berkata...

iskk lama menyepi blog ni. haluuuuuuuuu

Fatin Mraz berkata...

x pernah ke halal fest..

d_LA berkata...

wahhh...aaron aziz pun ade..mmg bertambah la ramai org kan..
nape lame x update blog?cuti ke?

ibuintan berkata...

ke manakah kamu menghilang? sepi tanpa berita !


moga sihat sejahtera hendaknya di sana

KhaiRin berkata...

sori br sempat menjengah utk BW

tau ada event ni tp tu la x berkesempatan nk g

PCL berkata...

ice room kt banting dah tutup la Shahrom..haha lama x singgah sini.

Amy Syaquena berkata...

Bestnya en.sahrom , amy dah lame x ke pwtc dekat 3 tahun juga la.. sejak meninggalkan kolumpur huhu.. suka lihat potret tue..

Related Posts with Thumbnails