Hari ini, mungkin entri terakhir saya di Ramadhan 1432H. Saya rasa begitu sedih kerana Ramadhan sudah semakin hampir untuk melabuhkan fajarnya dan mungkin fajar Ramadhan 1433H belum tentu lagi kita semua tempuhi. Serentak dengan ini, kita dijangka menyingkap tabir Syawal 1432H ini pada 30 Ogos 2011.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua umat Islam seantero dunia. Pertamanya, ucapan ini saya tujukan kepada isteri saya yang tersayang iaitu Norazlina Bt Abd Rahim. Semoga kasih sayang kita akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Terima kasih atas segala-galanya.
Saya juga ingin melayangkan ucapan ini kepada kedua ibubapa saya iaitu En Nasrudin Ahmad & Pn Fatimah Salanon. Mohon jutaan kemaafan dan terima kasih atas segala-galanya. Ucapan juga ditujukan kepada kedua mertua saya iaitu En Abd Rahim & Pn Zaiton. Seribu kemaafan dipinta dari terima kasih juga atas segala-galanya.
Selain itu, saya meneruskan ucapan ini kepada semua adik beradik saya dan adik beradik ipar saya. Semoga Syawal ini kan menjadikan hubungan yang sedia erat lebih erat lagi. Tidak dilupakan kepada rakan-rakan seangkatan iaitu sepejabat iaitu Pn Yusnor dan Pn Siti Fatimah. Semoga unit kita kan lebih cemerlang lagi seperti cemerlangnya kita pada tahun lepas ( mana tau ada yang dapat APC tahun nie hehehehhe) .
Seterusnya, Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin juga ditujukan kepada kalian yakni sahabat blogger saya. Saya suka menyebutnya satu persatu dan rakan-rakan itu adalah seperti di bawah :-
Oh ya, tahun ini saya akan berhari raya di Kg Bukit Kapar, Klang dan pada Hari Raya Ketiga InsyaAllah akan bertolak ke rumah mertua di Kota Kuala Muda, Kedah. Jadi, sesiapa yang berada di sekitar Lembah Klang, saya jemput datanglah ke rumah mak saya di Klang ini. Jika benar-benar mahu datang, boleh hubungi saya di kotak emel sahromnasrudin@gmail.com. InsyaAllah, alamat lengkap dan cara kesana akan diberitahu di emel.
Setakat ini sahaja coretan panjang saya, saya tidak akan bersiaran sehinggalah 5 Sep ini. Kita jumpa lagi di bulan Syawal 1432H, InsyaAllah..Sekali lagi Salam Aidilfitri 1432H, Maaf Zahir Batin dari saya..Terimalah header raya ikhlas dari saya..( orang lain bagi kad, saya bagi header plak hehehhehhe)




62 layangan minda:
Salam lebaran buat tuan sahrom & keluarga. semoga kita dapat terus kekal berhubung walaupun hanya di alam maya. semoga selamat juga dalam perjalanan balik ke kampung di kedah.
Selamat Hari Raya shah & keluarga dari kakak. Mohon maaf atas apa jua keterlanjuran selama ini.
Jumpa lagi 5 sept...:)
selamat hari raya aidilfitri..
wah.. dekat sangat tu.. mai singgah rumah raya pertama tu.. jap2.. ai emel my address to you.. ;)
waalaikumsalam sahrom : selamat hari raya, maaf zahir dan batin kalau ade salah silap sepanjang persahabatan kita. selamat pulang ke kampung, selamat pergi dan selamat kembali, InsyaAllah
maaf dipinta jika terdapat silap dan salah..
Selamat Hari Raya..
Assalamualaikum,
Moga senyum semakin lebar di lebaran ini. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
Selamat hari raya en. sahrom... Ampunkan segala silap dan terkasar bahasa sepanjang saya berkunjung disini...
macam ucapan terima anugerah Academy
samalah prince jgk ye...semoga kite terus keep in touch on blogging..Salam Lebaran dan smgo gembira di Aidilfitri..
Assalamualaikum...
Selamat menyambut hari lembaran..
Maaf andaikata ada silap dan salah..
Moga bergembira hendaknya..
selamat hari raya abg sahrom =)
selamat hari raya aidilfitri jugak dari kak aina...semoga aidilfitri dipenuhi warna2 gemilang.
hati2 memandu.. :)
Selamat ari rayer dan mintak maaf jugak kalau ade tersalah komen.
selamat hari raya juga pada saudara sahrom dan keluarga..maaf jika ada komen2 atau kata2 yg kurang menyenangkan atau kasar..moga kita dpt bersua semula selepas aidilfitri.. : P
salam ziarah wahai sahabat ...
Salam kemaafan juga ingin saya titipkan buat Sahrom andai ada komen2 saya slama ini yang menyinggung dan menyentuh perasaan .. Saya hanya manusia biasa yang tak pernah lari dari kesilapan ..
Terima Kasih di atas segala entri2 Sahrom yang banyak memberi 1001 makna buat kami semua. Harap dapat diteruskan selama yang boleh.
Sampaikan salam saya buat keluarga tercinta.
Saya juga berharap persahabatan alam maya ini akan berkekalan dan memberi kita 1001 manfaat .. Insyallah .. SELAMAT HARI RAYA juga dari saya dan kluarga ! ^^
Selamat Hari Raya Sahrom, Maaf Zahir Batin
Salam lebaran utk Sahrom.
Maaf zahir dan batin. 0-0.
Sampaikan salam pada isteri dan org tua.
Jgn lupa kibarkan bendera msia k?
=D
Salam
Mama pun ingin mengucapkan selamat hari raya ,maaf zahir batin.
Insyallah ada kesempatan kita berjumpa.
kesempatan ni, sy sekeluarga nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri.
semoga amalan kita sepanjang bulan ramadan dapat diteruskan sehingga ke hujung nyawa insya allah.
plus, berhati2 di jalan raya..
slmt hari raya...maaf zahir batin :)
selamat hari raya juga buat sahrom sekeluarga....maaf juga jika ada komen sy yg mengguris hati....
hati-hati di jalanraya....
corotnya nama saya! heheh~
anyway, selamat hari raya sahrom. ampunkan segala salah silap ya.
jgn mkn ketupat banyak sgt nanti boncet. heheh~
salam atok..
salam lebaran jugak utk atok sekeluarga..cma nk mintak maaf klu ade terkasar komen ye..
nama saya termasuk senarai blog fofuler... BANGGA...
;D
Selamat hari raya buat saudara Sahrom sekeluarga.
~semoga semuanya selamat2 semasa cuti perayaan ni
yey... nama saya ada..
selamat hari raya, maaf zahir dan batin. take care sepanjang cuti raya nnt ye
SALAM,
SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN ! PIHAK LF AKAN MENGAMPUNKAN SEGALA DOSA (JIKA ADA, YG SENGAJA ATAU TIDAK SENGAJA)
salams shah,
selamat berhariraya dan salam kemaafan jua. andai ada terdetik pandangan tajam,mhn diampun juga..
semuga selamat dalam perjlann dan gumbira menyambutnya..Amin
eh, sya selalu tinggal jejak tpi nama tak terlist tu...huwaaa
takpe lah...
salam lebaran sahrom,
hati2 memandu...
jaga diri..
maaf andai ada terguris yea ;)
bersua muka tidak, tapi tetap setia; beramah-tamah tidak, tapi tetap mesra; bersenda ikut suka jee, tak tau plak ada yang terasa; mengomen macam le hebat, tak prasan rakan rasa kena sebat; duhai sahabat duhai pelawat, kususun ruas jari yang karat, mohon ampun ke hadrat, agar kita semua beroleh rahmat, Allah limpahi dengan berkat
teringin juga nak beraya
tapi raya ke-4 baru kami
pulang ke selangor
selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir dan batin :)
assalamualaikum Shah... selamat hari raya aidilfitri buat Shah dan isteri
berhati2 dalam perjalanan ye
maaf salah silap jika ada selama ini
selamat hari raya dan maaf zahir batin jua ye...
selamat menyambut aidilfitri buat bro sahrom sekeluarga...!
sahrom, selamat hari raya aidilfitri..dla pun nak mitak maaf kalau2 ada tersalah cakap/komen..hope berbahagia bersama keluarga raya nanti..hati2 memandu^^
Selamat hari raya, Sahrom! Baik-baik bawa kete tu, maap zahir batin dari kak Yati. :)
Salam aidilfitri juga buat awak dan keluarga.. Semoga dapat lagi kita bertemu dengan ramadhan yg mulia di tahun hadapan.. maaf zahir dan batin andai ada salah silap.. semoga selamat semuanya..
Salam eidulfitri juga buat sahrom sekeluarga... Maaf zahir batin kalau ada tersilap kata dan bahasa....
hati2 memandu..
kalau mai terengganu jemput la juga datang beraya kat teratak saya ni;)
sahabat ku...selamat hari rayo...
andai kato ado komen2 den yg x sonok di baco ampun maaf di pinto....
Gua mintak maaf dan ampun jugak atas segala salah silap Gua selama ni :)
TAK SANGKA NAMA AKU TERMASUK DALAM LIST DI ATAS... SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR DAN BATIN... RAYA DATANG LE UMAH.. :)
Sebelas bulan kita kejar dunia,
Kita turuti nafsu angkara.
Sebulan penuh kita berpuasa,
Kita bakar segala dosa.
Sebelas bulan kita sebar dengki dan prasangka,
Sebulan penuh kita tebar kasih sayang sesama.
Dua belas bulan kita berinteraksi penuh salah dan khilaf,
Di Hari suci nan fitri ini, Kita cuci hati, Kita buka pintu maaf.
Selamat Hari Raya Idul Fitri, mohon maaf Zahir dan batin...
Imanshah, Ipoh-Tumpat, 26 Ramadhan 1432 H
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa
Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata
Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa
Mohon kemaafan untuk segala-galanya
& Selamat Hari Raya Aidilfitri
selamat hari raya!!
=)
Salam Tuan Hj... Saya juga nak minta maaf batin pd Tuan Hj atas komen2 yg melanggar batas rasa.. Tetapi percayalah hati ini suci.. selamat Hari Raya!
ok kita juga... kalau ada kekasaran dalam mendropkan komen... apa ke... salam lebaran...
Assalamualaikum...
selamat berpuasa...lamanya yana tak bukak blog yana.....
kat sana, tak sempat nak update blog.....eh, sempat je....cuma yana tak pandai bahagi masa.....
nie balik raya :)
selamat hari raya..semoga aidilfitri ini membawa seribu makna kepada kita semua!!!!!!!!!!insyaAllah......
salam sahrom,
selamat hari raya utk sahrom sekeluarga ..
minta maaf sekiranya ada tulisan2 aby yg kurang menyenangkan ..
selamat merayakan kunjung menyunjung ...
Assalamualaikum Sahrom,
Selamat hari Raya Aidilfitri untuk Sahrom sekeluarga.
selamat hari raya maaf zahir dan batin. jaga diri baik2 :)
Salam AidilFitri buat semua rakan2 ku .http://gilamodified.blogspot.com/2011/08/selamat-hari-raya-aidilfitri.html
Selamat hari raya.
aisay tak termasuk pula dalam list tu yer :)
lengkap ucapan bro....selamat hari raya idilfitri maaf zahir batin bro.kalau ada tersalah terlepas bicara/taip tu harap dimaafkanlah yer.... :)
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩ஜ۩ஜ۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩ஜ۩ஜ۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Salam lebaran drp akuanakpahang.
selamat haru raya. :) maaf zahir dan batin
salam, selmt hari raya..
salam idulfitri sahrom..
lamanya cuti raya, smapi lupa blog smeua ek...hihi
Selamat Hari Raya en.sharom & keluarga dari sinar raudah. Mohon maaf atas apa jua keterlanjuran selama ini.
slmt hari raya sharom...dtg braya tapi tuan rumah x ada.
# kepada sahabat blogger semua : terima kasih atas semua ucapan yang kalian titipkan. semoga syawal ini kan memberi nur kepada kita semua dalam menjalani ibadat dan kehidupan seharian kita..salam aidilfitri 1432H
Catat Ulasan