Rabu, 15 Jun 2011

Lebuhraya Utara Selatan ( PLUS) : Apa Yang Ada Di Lebuhraya Ini ???


Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.

Sahabat sekalian, setiap kali saya pulang ke kampung halaman, saya akan melalui Lebuhraya Utara Selatan ini ( lebih dikenali dengan nama PLUS Highway kan) . Setiap kali melaluinya, ingatan saya terus kembali ketika saya mula-mula kerja dahulu. Sebelum saya berkhidmat dengan organisasi sekarang, saya pernah berkhidmat dengan sebuah syarikat agensi pelancongan yang berpangkalan di Jalan Bukit Bintang ( berhadapan dengan Lot 10) sekitar tahun 2003 - 2004 dahulu.

Dalam banyak-banyak kumpulan pelancong yang pernah saya uruskan jadual perjalanan mereka, saya tidak boleh lupa dengan sekumpulan pelancong dari negara India yang pernah saya uruskan. Pada masa itu, saya tidak tahu yang saya sedang berurusan dengan pelancong merangkap sekumpulan pegawai dari Kementerian Pengangkutan India yang hendak meninjau dan mengambil contoh lebuhraya yang terbaik di Malaysia.

Pelancong tersebut akan tiba di KLIA dan berehat semalam di Kuala Lumpur sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang. Saya yang tidak berapa bijak ini, mencadangkan kepada ketua kumpulan tersebut agar ke Pulau Pinang dengan menaiki pesawat kerana sudah tentu ia menjimatkan masa.

Walau bagaimanapun, ketua kumpulan tersebut menolak cadangan kami sebaliknya meminta kami menyediakan sebuah bas Super VIP ( yang 27 seater punya) bersama seorang pemandu pelancong untuk membawa mereka ke Pulau Pinang dengan melalui jalan darat. Saya pun menyatakan bahawa perjalanan ke Pulau Pinang dengan melalui jalan darat agak jauh dan memakan masa sekitar 5-6 jam ( tidak termasuk berhenti rehat). Kami khuatir mereka akan keletihan dalam perjalanan nanti.

Ketika itulah, ketua kumpulan tersebut memperkenalkan diri bahawa mereka adalah sekumpulan pegawai dari Kementerian Pengangkutan India dan kedatangan mereka ke Malaysia bukan sekadar makan angin tetapi ingin meninjau bagaimana Malaysia boleh membina lebuhraya yang sebegitu baik dan sempurna. Mereka begitu kagum dengan Lebuhraya Utara Selatan ini dan ingin belajar sesuatu dari pengendali lebuhraya ini iaitu PLUS. Antara yang mereka kagum mengenai Lebuhraya Utara Selatan ini termasuklah :-
  • Bagaimana Malaysia melalui PLUS Berhad boleh membina lebuhraya sejauh 772 km dari utara ke selatan Semenanjung Malaysia yakni dari Bukit Kayu Hitam ke Johor Bahru.
  • Lebuhraya ini juga dianggap sebagai 'tulang belakang' kepada Semenanjung Malaysia kerana ia merentasi 9 buah negeri yakni Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
  • Hentian Rehat dan Rawatnya ( R & R) begitu sempurna sekali lengkap dengan kemudahan tempat letak kereta, surau, mesin ATM, stesen minyak dan pelbagai lagi.
  • Khidmat susur keluarnya merentasi daerah-daerah kecil dan tidak terhad di ibu negeri sahaja.
Ada beberapa perkara lagi yang yang mereka ingin pelajari tetapi tidak perlulah saya nyatakan disini (panjang plak nanti kan). Kesimpulan dari peristiwa ini, benda yang kecil pada pandangan kita sebagai rakyat Malaysia, dipandang begitu hebat dan tinggi oleh orang luar sehingga ketua kumpulan itu berkata 'jika saya rakyat Malaysia, saya begitu bangga menjadi sebahagian dari bumi bertuah ini'. Saya yang mendengarnya bertambah bangga lagi menjadi anak Malaysia.

Kepada para blogger sekalian, jika kalian melalui Lebuhraya Utara Selatan ini, apakah kalian selesa menggunakannya dan apakah pandangan kalian mengenai lebuhraya ini. Layangkan minda kalian di kotak komen untuk kita kongsi bersama di kotak komen...

47 ulasan:

kakcik berkata...

Lebih hebat jika tiada bayaran tol dikenakan! hehehe....

bujal X berkata...

saya selalu berharap kualiti jalan atas PLUS akan berada atas jalanraya biasa~haih~

http://aniesandyou.blogspot.com berkata...

buat tol cm msk penang. byr sekali je. or bleh wat tol tp murah

Honeymoon

ainhany berkata...

Salam dik,

Meluncur laju di PLUS satu kepuasan...tatpi alangkah indahnya jika
1) sistem tol dihapuskan atau diskaun Maklumlah dgn kos minyak yang malambung dan kos mkanan di rnr jugak yang dah lain dari harga biasa
2) surau hebat tetapi si pencopek pun boleh tahan juga aktivitinya..Ini menggugat rasa ketakutan dek berhenti seketika di Rnr
3) Jika dibandingkan qualiti jln raya kita..mgg tak smooth lagi..bagi yang biasa lalu dah tentu lebih arif tetapi bagi yg kadang2 ini myusahkan pengguna lain
4) sikap pemanduan- reward kepada pengguna berhemah

bayangkan myusuri hgway tanpa tol...seperti di thailand atau di germany....dari rakyat untuk rakyat..hihi

ainhany berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

setiap kali lalu sy fikir bila nk dapat tol free haha..

JARI YANG TERBARAI berkata...

hmmm bab kualiti jalan kena amik peduli, maybe sebab dah lama, maka ade sesetengah tempat kureng sikit... maybe kalo naik kereta tak terasa, cuba try naik moto...

mOnAlEa berkata...

Bila menggunakan plus ni terpikir selalu

-alangkah seronoknya kalau tol takda.
-Kalaun kemalangan, kereta rosak mesti jam sangat2x.walaupun 3 lane. yang buat sakit hati, takda apa pun.sekadar perlahan nak menengok apa yg berlaku.
-Bas selalu dipandu laju. Kadang2x takut melihatnya.

aanie berkata...

alangkah bagus kalau diorang boleh buat highway sehebat ni kat pantai timur lak....

Mommy Fara berkata...

Tapi ada yang tak pandai nak bersyukur. Kesedaran sivik masih kurang. Semua nak harapkan orang. Betul tak?

ahmad humairi berkata...

assalamualaikum,

lebuhraya yang hebat seperti tiada maknanya jika penggunanya tidak hebat dengan disiplin pemanduan yang bagaikan berlumba di trek....pemanduan berhemah perlu setaraf dengan lebuhraya yang hebat.

lalink7 berkata...

100% thanks to PLUS..memang sangat terbaikk!! saya pun suka highway niee..pendek kata R & R sume sudah dinaiktaraf dan semakin cantek dan bersihh..suka sangat..PLUS memang terbaek!!

lalink7 berkata...

Mommy Fara ~ btol tuee..ramai yang tak tahu bersyukur..semua tak pernah elok dah betul di mata mereka, ..mentali?? thumbs down..

♥cmª shIemª♥ berkata...

salam atok sahrom..so far plus oke je..
kalo kadar tol dikurangkan lagi best..
heheheh

fairus berkata...

Teringat masa jadi LO masa bawak Datuk Bandar dari Kenya.. Mereka pun memuji-muji highway PLUS kita..

norhidana berkata...

bangga nyer saya baca kisah en sahrom nih... saya yg mmg org johor selalu gune plus utk balik kg pun tak pnh rasa bangga camtu... siap komplen lg ckp mcm2 hehehe
tp mmg tak di nafikan plus nyer rnr n hentian sebelah di kire selsa utk pengguna

n sokong gk kalu blh kurangkn tol lg ok...

Dee berkata...

setakat ini oklah..cuma tak suka bila musim perayaan je jem..huhu..

nurkass berkata...

selama melalui lebuhraya plus ni semuanya ok je..cuma kesan tu lebih terarah kepada sikap pemanduan..tu yg buat berlakunya perkara tak diingini.

Admin P@P berkata...

Assalamualaikum.
Kagum. Malaysia Boleh.

Setakat ini saya belum berkesempatan memandu di PLUS.
Naik teksi dah beberapa kali, atas urusan rasmi. Memang saya bangga dengan jaringan lebuhraya ini. Jauh beza dengan negeri saya Sarawak (Malaysia juga). Baru nak menampakkan kemajuan...

TQ

luahfikiran berkata...

SALAM,
TQ PERKONGSIAN PENGALAMAN

Munna berkata...

mmg selalu blk kmpg dgn PLUS juga..so far xde mslh dan selesa. setuju dgn nurkass, semua bgantung pd sikap pmandu.sy pnh baca (tp lupe kat mana) yg mnyebut sistem jalanraya di mlysia antara yg terbaik.

sha a.s berkata...

Sha mmg melalui PLUS highway kalau nk balik raya n jmpe mak mentua! ehehe..so far, suke lalu highway di sebelah utara sbb sgt "hijauu" pemandangannye...tenang...kl kl mane nk dpt dah cmtu...

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ berkata...

aku ank malaysia...(ceh menyanyi trus)
btoi2 bila la agaknya kita guna hiway pastu tak gaduh2 bayar apa2...memang best kan?

faiz berkata...

highway tu dah lama tapi byrn tetap xdihapuskan lagi..

Cik Bidadari berkata...

betul... plus sgt2 berguna...

Daddy Ziyyad berkata...

Lebuhraya PLUS kita memang antara yg terbaik di dunia, saya akui. R&R nya memang banyak, dan bagus. Berbanding dgn R&R di Australia(tempat saya belajar dulu), R&R kita mmg lagi bagus.

Namun, saya pohon pihak PLUS berlaku ADIL, utk memberi rebat/kurangkan bayaran tol ANDAI kita terperangkap dalam kesesakan lalulintas yg teruk, ber jam jam. Kita ialah PENGGUNA yang ada HAK, dan HAK kita yang membayar tol ialah utk dapatkan perjalanan yg lancar.

*Miss Syahnia* berkata...

PLUS sgt pnting utk mdptkn
pjalan yg selesa..
kasi murah tol cikit kot..huhu

eelobor berkata...

setuju ngan kakcik.... huhuhuhu

Nur Liyana berkata...

okey je kalau guna highway nie..haha
memang selalu guna lebuh raya nie kalau nak pergi sekolah.....hehe

best je sebab yana bukan pemandu..so boleh tidur tidur kat belakang..haha

Miss b berkata...

PLUS penting sbb sy salu travel KL JB. tp itu dulu.

hihi.

Amy Syaquena berkata...

dah lame rasanya nak ikut lebuhraya PLUS nie coz semenjak kahwin asyik guna jalan grik kelantan je...tapi kan kalau tak ada tol itu baru betul2 hebat hehe

Kakzakie berkata...

Ada satu yg kurang selesa bila toll memanjang naik tak turun-turun shah....

gadisBunga berkata...

kalau cakap pasal tol dan minyak, mmg boleh buat sakit hati.

tapi saya boleh cakap safety feature kat hiway PLUS ni dah makin bertambah bagus. saya guna hiway ni sejak 11 tahun dulu jadi boleh nampak perbezaannya, terutama kat kawasan cenderung kemalangan macam dkt toll jelapang. sekarang safety feature dah makin dipertingkatkan.

kalau ada kemalangan juga, saya salahkan mereka yang bawak laju dan tak ambil kisah tentang keadaan kenderaan masing-masing.

sekadar pendapat.

NOOR FATIN berkata...

selesa lagi menggunakan highway dari jalan biasa. RNR pun ada. cuma makanan kat RNR mahal sgt. hoho..

makdara TERdiva berkata...

berhenti rehat di R&R pada waktu cuti umum adalah tidak digalakkan..
masuk toilet dia pun kena beratur mcm nak beli tiket bas..haishhh!

Ati Masrif berkata...

semasa kak ati lalu last month
jalan tak berapa elok tapi
nampak mereka tgk perbaiki

suka R n R di tapah sangat selesa :)

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Bagi saya kemudahan lebuhraya yang ada di semenanjung sangat baik dan tidak terdapat di tempat saya. Tetap ada kebaikan dan keburukannya. Namun syukur kita punya kemudahan yang boleh mendatangkan kebaikan kepada semua.

maCy berkata...

lama tak lalu la. uhuk2

Afida Anuar berkata...

suka kalau lalu PLUS ke utara..lalu hutan2..ada air terjun dari bukit..Allahuakbar, sejuk je mata melihat kehijauan di sepanjang jalan..

ibuintan berkata...

Assalamualaikum Shah,

memang tak dinafikan highway PLUS memang terbaek, namun lagi terbaek kalau dikurangkan kadar tolnya... nak hapus mungkin sukar kan PLUS nak juga duit untuk penyelenggaraan

R & R nya juga sngt selesa, tapi harga makanan sepatutnya ada pemantauan.... mahal

merahitujambu berkata...

bagus gak ada puls ni...nk ke mana pon cpt kan..

Suhami Ahmad berkata...

atok selesa menggunakan PLUS....tapi tol harap dikurangkan...

puteri ain berkata...

jarang lalu . kalau lalu pun mesti tdo . sbb ayah yg drive . hehe

khaifaiz berkata...

dah pernah drive dari bukit kayu hitam sampai ke JB... Penat gila

sahromnasrudin berkata...

# kepada rakan blogger sekalian : trime kasih atas pandangan dan komen kalian...sesungguhnya semua komen kalian amat-amat saya hargai..semoga kita dapat terus berblog dengan sihat..

::Hanyll:: berkata...

tu belum masuk R&R canggih tepi2 jalan lagi tu~ kami kat utara ni paling glamer RnR Gurun lah..harga makanan je yang xberapa ok sikit.mahal seh~

KUREKURE COMEL berkata...

syok kalau tol takde....hehehe....

Related Posts with Thumbnails