Assalamualaikum wbt para blogger semua. Semoga kalian semua senantiasa dirahmati Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW..
Rakan-rakan sekalian, hari ini kita sambung semula penjelajahan kita di sekitar Cameron Highlands. Seterusnya, sekitar jam 10.00 pg ahad lalu, kami pun terus mendaftar keluar. Kami mendaftar keluar agak lambat kerana untuk mengelakkan suasana pagi yang terlalu sejuk. ( suasana malam dan awal pagi memang terlalu sejuk disini sehinggakan ibu saya demam apabila sampai disini. Natijahnya, malamnya kami hanya duduk di bilik kerana ibu saya tidak berapa sihat)
Selesai urusan daftar keluar, kami terus ke Kuala Terla untuk melawat Ladang Teh. Kuala Terla terletak kira-kira 7 km dari Kea Farm. Disinilah Ladang Teh berjenama Cameron Valley dibuat dengan pelbagai jenis perisa dihasilkan. Disini kita boleh masuk sendiri Ladang Teh tersebut tanpa apa-apa sekatan berbanding dengan Ladang Teh yang lain.
Selepas menghabiskan masa kira-kira 30 minit disini, kami naik semula ke atas mengunjungi Kg Tringkap. Disini, konsepnya seperti mini Pasar Tani dengan pelbagai jenis sayuran dijual dengan harga yang pelbagai. Yang uniknya disini, hanya anak sayuran yang dijual seperti anak kalian, anak kobis dan sebagainya..(Agaknya bapak kepada sayuran ini telah dijual ke bawah kot heheeeehee) .
Selepas itu, kami naik semula ke Brinchang untuk mengunjungi Taman Kaktus. Pelbagai jenis kaktus dari yang berwarna kehijauan sehingga kemerahan dijual disini. Bagi penggemar kaktus, inilah tempat yang paling sesuai untuk dikunjungi. Selain tempat parking yang agak luas, ia terletak betul2 di hadapan jalan utama.
Selepas itu, kami terus ke pekan Brinchang kerana waktu sudah menghampiri Zohor. Kami solat Zohor di Masjid Lama Brinchang itu, berehat untuk mengambil makan tengahari dan terus pulang semula menuruni jalan yang sama iaitu melalui Tapah..( apabila menurun, kurang cikit rasa peningnya hehehehhe...)
Dibawah juga dititipkan beberapa gambar yang sempat saya ambil untuk tatapan kalian...Semoga sudi melihatnya...

Inilah tanda ketinggian dari aras laut yang terdapat di lobi ini. Patutla sejuk..Biliknya pun original sejuk huhuhuhhh
Inilah Ladang Teh yang kami kunjungi. Namanya Bharat Tea terdapat di Kuala Terla...Saya cadangkan kalian kunjungi Ladang Teh ini kerana kita boleh masuk terus ke ladangnya tanpa apa-apa sekatan dan bayaran.
Lagi pemandangan Ladang Teh diambil dari bawah...Dah macam rumput karpet plak bila dipandang dari kejauhan huhuhhhh
Inilah papantanda Selamat Datang yang terdapat di Kg Tringkap...Sepanjang jalan, semuanya menjual pelbagai jenis sayuran dan strawberri huhuhhh
Inilah Taman Kaktus yang terdapat di Brinchang.. Saya rasa inilah Taman Kaktus yang terbesar disini..
Yang merah ni bukanlah bunga ros tetapi kaktus merah..Apabila disusun sebegitu, nampak seperti bunga ros plak huhuhhhh
Ini pula adalah pokok kaktus yang berwarna hijau yang biasa terdapat dimana-mana.
Saya ingin memberi sedikit souvenir kepada rakan blogger sebagai tanda ingatan dan penghargaan saya kepada kalian sempena kunjungan saya ke Cameron Highlands ini. Tidak sukar, TIDAK PERLU buat entri khas atau link sana link sini. Hanya kalian teka di kotak komen entri ini sahaja. 2 blogger akan terpilih untuk menerima souvenir ini. Jika jawapannya sama, saya sendiri akan memutuskan siapa penerimanya....
Soalannya adalah cuba kalian teka apakah nama hotel tempat penginapan saya dan keluarga semasa kunjungan kami disini ??? Saya telah memberi sedikit bayangan atau hint melalui dua gambar yang terawal di entri ini....Harap kalian sudi menekanya ya....

50 ulasan:
Semalam kan kakak dah baca kata tinggal di Brinchang, Mestilah kat sana kot. Haha... nak trick ye?....
saya baru tau ada kaktus warna merah~~he~~
Saya teka ya: Hotel Equatorial. :)
wow! mcm seronok je...tp mmg mencabar klu bwk si kecik ke sini kan?
ala..akak tido dlm utan jer aritu..fail nak teka nama hotel..huhu!
x kan hotel sri malaysia kot..hehe
Hotel Equatorial!
Assalamualaikum,
Saya rasa Hotel Rosa Passadena, Brincang.
ok, dah kejar post jawapan baru komen. hahah!!!
GB mana ada pakai dslr lah. daddyZiyyad je yg pakai dslr. huhu~
Saya teka: Equatorial Cameron Highlands Hotel
wahhhh, sronok! ole² cik bunga mane? :) hehehe
Memang bikin PANAS la blogger HINGUSAN neyh!!
mina teka hotel Equatorial Cameron Highlands..betul tak?hehehe
cantiknye kaktus kat situ..
mcm2 warna..taman bunga ros tak pegi ke..
emmm...kalau kat brinchang rasanya Equatorial hotel kot..
lps diguna khidmat encik google hotel yg berketinggian 1628 m above sea level tu ialah Hotel Equatorial Cameron Highlands...heheh..siap tgk google lagi..
hotel equatorial....hehe, confirm betul sb dah gigih menggoogle...^_^
equatorial @ cameron highlands
rindunye nk petik strawberry......
Tak pernah pergi Cameron Highlands lagi jadi tak tahu hotel apa tu. Huu..
suke pegi ladang teh..tgk dr atas...cantik..xsuke pegi petik strawberry sbb bosan..:D
masa gi CH tak pernah dok hotel, dok kat rumah KWSP. tak tahu hotel apa tu.
aiseh.. tak tahulah duduk hotel yg mana satu...pasal munna pun baru je sekali ke sana..itupun balik hari je
tenkiu bro sahrom. bukan, Bain cuma pakai compact digicam je yg basic² je. dslr tak mampu beli. huhuu,....:)
camera ni Bain pakai:
http://www.baincardin.com/2009/03/pantulan-hdr_20.html
alamak
ssh nye. da lama x g sne. xtau nama hotel kt sne
time cuaca panas ni eeelok juga ke kemeren yerk
Saya memang suka ke Cameron Hihgland. Tapi kalau musim cuti sekolah jem teruk.
Kat cameron rasa bahang tak.. rasa mcm nak pindah ke sana jer
kak ati tak pernah bermalam di sana
so tak berapa tahu hotel2 di sana tu
bab nak neka2 ni mommy kureng sikit, dulu mommy pi balik ari je....almaklum le, kg mommy dalam perak gak
pernh terbaca pasal hotel ni...
hotel Equatorial kan...? :)
jom ke APA KATA HATI pulak ;
PLAYGIRL
Hotel Equatorial. Kat satu sudut lobi ada fireplace kan. Last pergi Cameron Kak Yati dok situ. :)
assalamualaikum sahrom : aku nak teka hotel equatoril, tp ramai plak yg dah meneka...
Salam Sahrom..,
Haah lama dah tak ke CM...saya suka pasal kat sana sejuk dan leh belasah strawbery cow-cow nyer..
Salam Sahrom...
suruh teka hotel.... entah, hotel Equatorial Cameron Highland kot..
salam Sahrom...,
memang sah...hehehehe Hotel Equatorial Cameron Highland yang dok atas puncak tertinggi kat sana tu....bangunan warna putih .... masa saya pergi 7 tahun dulu....huhuhuhu..
ibu suka lagi ke ladang teh BOH di Sg Palas walaupun jalannya mencabar dan sempit untuk ke sana
rasanya ladang itu lebih cantik
setuju dengan yg lain2... Hotel Equatorial Cameron Highland, di Brinchang sebab pernah juga menginap di sana
alamak. xpenah sampai lagi kat sana. xtau nak teka mcm mana. hehehe. harap satu hari nanti dapat pergi :)
dulu akak ke CH akak duk kat brincang .. entah semua tempat akak dibawa org .. semua best ekekkek
sy gi ch last year, kampeni lama buat motivasi... hu hu hu
lama nya x kesana...sy sempat brgambo diladang teh siap turun kebawah lagi...kononnya mcm pekerja ladang.
dah ramai yg teka betul.
banyaknya kaktus , amy gila kalau tengok kaktus.. gila nak kawal nafsu , rasanya macam nak borong je semua hehehe~
huhuhu...best la pulak, nampak gaya nak kena pergi lagi nih.
terima kasih atas jawapan pasal pengecaman jalan2 di negara kita
lama dah tak ke cameron ni
last masa tahun 2000 kot. lama btol
Hmmm da ramai jawab ni...tapi CH mmg best..lain kali cuba Sahrom ikut Simpang Pulai..akak selalu ke sana ikut Simpang Pulai, jalan elok..walau pun berliku, tapi tak lah tajam sangat macam jalan kalau ikut Tapah...
last pergi CH hujung tahun lepas...memang nak kena pergi lagi...best...:)
Heritage Hotel kah?
aku ingat hang dah stop memblog..
welcome back...
gwa dari Machang..pi Gua Musang..pi atas lagi sampai la CH..besa buat balik hari..pi pagi2..beli sayoq..buah stroberi..petang..blah balik..tapi letih arr...nak tiru boleh..makan tongkat ali pure punya..
Hmm.. dah la tak penah pi sana... tatau pulak hotel2 yang ada kat sana. Kang saya google kang.. he he..
tp since ni teka kan.. so why not..
Saya teka: Equatorial Hill Resort;)
Bestlah makan strawberi ngan cokelat kat sana..
Kembara Berakit Antarabangsa Sungai Pahang 2011
# kepada para blogger : peraduan teka - teki ini ditutup dengan rasminya...tunggu pula siapa yang terpilih ya..terima kasih kepada semua yang memasuki teka -teki ini ya...saya sangat menghargainya
wow..mearik..x sabar nak pegi tempat2 yg en sahrom pegi ni..
awal yang baik
hi!!!
Catat Ulasan