Isnin, 9 Mei 2011

Cuti-cuti Malaysia di Cameron Highlands...Apa Yang Menarik di Cameron Highlands Ya ???

Assalamualaikum wbt para blogger semua. Semoga kalian semua senantiasa dirahmati Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Semoga kita beroleh syafaat dari baginda.

Rakan-rakan sekalian, hujung minggu lalu saya dan keluarga bercuti ke Tanah Tinggi Cameron Highlands. Ini adalah kunjungan pertama saya ke sana semenjak tahun 2000 kerana kali terakhir kami ke sana adalah pada tahun 1999 ( fuhh..lamanya.. kan) .

Bagaimana Mahu Ke Cameron Highlands ??? Jika kita dari Selatan, melalui Lebuhraya Utara Selatan dan susur keluar ke Tapah. Selepas membayar tol, terus belok kekiri dan bermulalah pendakian melalui jalan yang bengkang - bengkok ke sana. Sepanjang perjalanan, kita akan dapat melihat bukit bukau serta perkampungan orang Asli. ( kalau tak biasa memang pening kepala kita dibuatnya..Selekohnya tersangatla tajam huhuhhh.

Selepas separuh pendakian, kami berhenti rehat di Lata Iskandar untuk menikmati pemandangan indah air terjun di sana. Ketika itu, jam menunjukkan sekitar 12.15 tengahari dan kenderaan masih belum banyak lagi. Jika tidak, jangan haraplah dapat parking kereta di Lata Iskandar itu.

Selepas berehat sekitar 15 minit, kami meneruskan perjalanan. Apa yang menariknya mengenai jalan ini adalah apabila kami berada di negeri Perak, keadaan jalan agak kurang sempurna dimana terdapat banyak lopak di permukaan jalan tetapi apabila kami memasuki sempadan negeri Pahang, keadaan jalannya lebih sempurna serta lebih lebar. Jarang terdapat lopak dibandingkan semasa kami berada di negeri Perak..( saya sempat melihat kod jalan ini yang terletak di bahagian tepi jalan, ternyata ia adalah jalan persekutuan dan bukannya jalan negeri atau bandaran. sepatutnya keadaan jalannya adalah lebih kurang sama sahaja antara dua negeri ini)

Selepas 2 jam perjalanan ( lama kan) kira-kira jam 2.15 ptg, kami tiba di pekan Tanah Rata, kami mengambil keputusan untuk menikmati makan tengahari disini dan membeli sedikit makanan ringan untuk bekalan. Selepas setengah jam, kami meneruskan perjalanan ke Brinchang kerana tempat penginapan kami adalah disana. Selepas mendaftar masuk, kami terus berehat ( untuk menenangkan kepala yang tengah berpusing ini hehehehe), bersolat dan sebagainya.

Selepas Asar, baru kami mulakan penjelajahan kami ke sekitar Cameron Highlands. Ikuti sedikit gambar yang sempat saya snap untuk kalian..




Ini adalah papan tanda akan Lata Iskandar itu. Kalian bolehlah singgah sini untuk berehat sebentar sebelum meneruskan pendakian ke puncak hehehehehe....



Inilah rupa air terjun yang terdapat di lata ini. Ketika kami sampai tak ramai orang lagi. Jadi, siapa nak mandi memang mudahlah mencari tempat. Tapi, kami tak mandi disitu kerana tidak mahu mengambil masa yang panjang.



Lihat keadaan air terjunnya. Tersangatla tinggi kan..Teruja melihatnya..Kesejukan airnya tidak perlulah saya ceritakan huhuhuhhh...Kalian rasailah sendiri....



Keadaan jalan di sekitar Lata Iskandar. Jalan agak sempit kerana semuanya meletak kenderaan di bahu jalan. Nak buat macam mane, kerana memang itu sahaja pilihan yang ada.




Keadaan di pekan Tanah Rata. Kami berhenti untuk makan tengahari disini. Lokasi ini adalah terletak betul-batul di hadapan Stesen Bas dan Teksi Cameron Highlands..



Selepas Asar, kami keluar ke Pasar Malam Brinchang...Pasar disini memang agak meriah. Pasar malam disini dibuka pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja serta cuti am. Walau bagaimanapun, ketika cuti sekolah, ia dibuka setiap hari. ( tengok kenderaan, dah boleh agak tahap kesesakannya kan)



Beginilah keadaan di sekitar pasar tersebut. Memang orang cukup ramai. Majoritinya adalah pengunjung dari luar kerana dapat ditangkap loghat masing-masing. Ada longhat Pantai Timur, Utara dan sebagainya.



Lihat lagi keadaannya. Nasib baik suasana sejuk pada masa itu. Jadi, tidaklah kepanasan sangat. Jika tidak, mungkin ada yang pengsan kerana tidak dapat bernafas.



Selepas membeli makanan untuk hidangan malam nanti di pasar, kami terus ke Kea Farm. Kea Farm ini terletak atas sedikit dari Brinchang. Di sini, ramai peniaga sayuran sahaja. Sempat menangkap gambar kebun sayuran dari puncak Kea Farm ini.



Atas sedikit dari Kea Farm ini terdapat sebuah taman strawberri. Bolehlah lihat sendiri buah strawberri yang masih terlekat di pokoknya. Nak petik sendiri terus masuk mulut pun boleh heheheehhe....


Itu sahaja sedikit coretan perjalanan hari pertama kami ke Cameron Highlands. Semoga bermanfaat kepada kalian semua...Esok, kita akan ke Ladang Teh serta Taman Kaktus pula ya...Kita jumpa lagi esok, InsyaAllah....

74 ulasan:

ahmad humairi berkata...

Assalamualaikum,

Selamat makan strawberi.

Kalau ikut Simpang Pulai, jalannya lebih baik dari pada ikut Tapah.

Saya minat strawbberi kering....sedap!

KUREKURE COMEL berkata...

wahh seronoknye pegi bercuti....
mina pun nak pegi jgk...cuti sekolah nnti baru nak pegi...hehehe

NM02 berkata...

best best best, last saya ke sana time animun dolu. thn 2005, lama kan. masa tu tgh besarkan jalan utama ke sana, jadiknya banyak lori keluar masuk. skang mesti dah selesa. kami pun dalam perancangan nak kesana, cuma bila tu yang tak pasti.

mana FM utk saya? hehehe

::FAIZ FARISH:: berkata...

Malaysia pun best, tak payah pergi luar Negara dah....kat malaysiapun ada Salji dah...

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

sy teringin nk ke Cameron Highlands..tp suami sy sibuk sntiasa..nk ajak g bercuti kemain payah..dpt jln pon kalau dia ada kursus kat tpt tu..

redza berkata...

agak lama juga tak kesana...bila ntah nk pegi lagi

zulkbo berkata...

salam..
wahhh..seronok bunyinya tu..
saya CH ni tak sampai lagi Syah..
adehhh...malu la pulak nak mengaku
he he..
:)

wahida berkata...

tahun 2000? saya laaaaaaagi lama...last pergi tahun 1995...huwaaaaa!!!

aanie berkata...

x penah jejak kaki kat sana...teringin sgt nak g bercuti...huhu...

pos la strawberi skit...hehe...

TheFusionTea berkata...

Assalamualaikum, teruja tgk air terjun tu, dah lama tak ke cameron highland, dulu pernah lari di lereng kebun teh. Kalau ingat balik, rasa bersyukur parents bawa sy jln ke sana.Alhamdulillah.

makdara TERdiva berkata...

kalau dari Sg. koyan cuma 1/2 jam-45 minit perjalanan ke cameron :)

ada naik Gunung Irau tak?? hehehe!

nurkass berkata...

amboi..
gi cuti2 malaysia lah ye..hehe
rasa sejuk lg ke kat sana..tapi mesti dah tak sesejuk dulukan..

cantiknye pemandangan lata iskandar tu..teringat n3 kak ati masrif pasal air terjun tu..

Kakzakie berkata...

Assalamu'alaikum sahrom,

Lama betul kakak tak ke sana. Namapak memang cantik & seronok sangat.

Bila shah kata lata iskandar kakak teringat bas acccident tahun lepas yg melibatkan ramai org terbunuh.

Cma Shiema berkata...

salam en sahrom..wah..cuti2 ke cameron ye..
bestnye..cma pun plan nk g sana..bole la review ckit kat cni..
x sabar nk tggu n3 ke ladang teh tu..

Mommy Fara berkata...

ouh, jgn lupe ye gambar kenangan sahrom dan sekeluarga! hehehehe....

Adinda Amy Sensei berkata...

assalamualaikum..

waahh...bestnya strawberry...saya suka..hehe..tapi saya tak pernah lagi pergi ke sana...mesti seronok kan?


senyum selalu ok..

C.M.A @ CikMoonAdnan berkata...

huwaa...cantiknyer pemandangan air terjun tu

khaifaiz berkata...

Aku nk pergi sana gak bulan 6 ni.. heheh

sha a.s berkata...

as salam..follow u back...seronoknye cuti² msia yer...

nur'aifaa berkata...

terima kasih sudi follow , semoga anda begitu juge :) i'm follow u too :)

faiz berkata...

kali terakhir pergi cameron ni time study dulu...panjat gunung brinchang...ikut kelab kresma

faiz berkata...

kali terakhir pergi cameron ni time study dulu...panjat gunung brinchang...ikut kelab kresma

Amy Syaquena berkata...

Selalu gi cameron tapi atas urusan kerja , banyak bangla2 kat sana tapi kalau bercuti boleh kira bape kali je..

Hanis Azla berkata...

saya pun last naik CH ni tahun 2002.. lama betul tu..

alimaz kembara terasing berkata...

bestnya...

Nur Liyana berkata...

best la....boleh beli macam2 yg ala2 strawbeey gitu..hahaha

lagipun best bila dpt bercuti dgn family,.,,,,dpt tgkp gmbr!!!!

lagipun cameron highland tak panas...so tak cepat penat la...

afeezz berkata...

assalamualaikum en sahrom : aku dah bosan ke cameron highland.. same jer setiap kali pegi.. hahahah

Ina berkata...

best jugak CH ni..saya pun dah lama tak pegi..skrang ni macam sesak la kat sana.. kalau nak pegi pun, bukan time public holiday atau cuti sekolah la.. kan..

Sharinginfoz berkata...

lama tak pergi ke CH, macam2 ada

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Pernah ke sana sekali, seronok dapat memetik buah strawberry (buah kegemaran saya tu)

mommylavender berkata...

assalamualaikum syahrom~mommy penah gak kesana...malu lak lau tak pegi kan, mommy orang perak~hee.tapi yang nmpaknya...bile pembangunan bertambah...sejuknya dah makin kurang.ye2 je stanby bju sejuk....

munna berkata...

munna pun baru sekali ke CM... rasa tak puas ke sana kerana hari itu kami pergi balik hari tak tidor di sana...

puteri ain berkata...

kalau dpt mndi tu syok tu.. skang dah la musim panas..

Mutiara Bernilai berkata...

salam alaik saudara,
wah., sungguh menarik.
mutiara tak pernah lagi ke cameron highland..even saya ni orang pahang. :)

eelobor berkata...

pernah gak sampai ke situ. masih baru lagi, on d way balik dari KB ke KL ikut laluan gua musang - lojing. dekat jer. Bertolak dari KB jam 4.30am sampai ke tanah rata jam 9am selepas berhenti rehat di gua musang sejam.

macam mana nak beza jalan persekutuan / bandaran / negeri / dll ? hiway jer yang saya tahu....

lalink7 berkata...

wahhh p jenjalann cameron besttnyeee..lama gile sy xg..masih sjuk kah di sana? hehehe

fairus berkata...

BESTLAH DAPAT G CAMEROON.. AKU LAST PEGI MASA DARJAH 6 BRO.. TU PON MASA ROMBONGAN SEKOLAH..

cemomoi berkata...

jalan kecik kat atas tu, parking pon payah tu yang tak brapa nak selesa ke sana

ieda berkata...

menarik tapi cuaca dah x sejuk mcm dulu huhuhu

Be Simple Beb(BSB) - threeQ berkata...

as salam, apa kabar lama tak nampak kat blog? CH memang best...BSB last year bulan 12 g CH bawa anak2.Pegi waktu cuti sek memang mahal sikit.. rasa macam nak p lagi..

nabilah_2908 berkata...

seronoknya....sy belum sampai lagi ke sini... ;)

jom ke APA KATA HATI pulak ;
NASI AYAM UNTUK IBU

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

kalau sudi sila ambil ya:

Saya Dapat Award dan Passing Kepada Kamu

Ali ridha berkata...

selekoh tajam buat aku lemah semangat ni.kena tumpang orang atau tolong jadi pemandu aku.hehe...

My Little Diary berkata...

saya pun dah lama tak ke cameron highlands... dah 10tahun rasa2nya.. :)

aDieyZa berkata...

nice entry.. zana nak buat entry panduan la.. sbbnya bulan 7 ni zana & husband nak gie cameron..

p/s: thanks sudi drop comment kat blog zana..

Miss Tira berkata...

Penuh sesak pasar malam tu. Pasti malam-malam dekat sana sejukkan. Teringat pula filem yang mana Jamal Abdillah yang mana pernah berlakon dengan Raja Ema dekat Cameron Highland tu. Huhu.

Miss b berkata...

insyalah bln depan nak g cameron.

rasanya last pegi masa saya darjah 2 kot.

gadisBunga berkata...

haaa...best..best! jgn lupa makan kimchi (putik bunga lily) goreng kat sana. teh dan scones pun harus jugak!

*bulan depan lepas habis cuti sekolah GB akan gi cameron. tidur 1 malam kat equatorial. tahun lepas pun pegi bulan 6 juga. tak jemu nak mneyukat CH ni. :D

ainnoraini berkata...

tahun lepas pegi tapi urusan kerja...

dgn anak2 lagi lame tak jejak...mase pegi dulu dgn anak2 tak berapa sejuk sangat pun..

d_LA berkata...

dla pergi ms outstation kat sn dulu..amik kesempatanlah apa lg..hehe..mmg best..relax je rs kepala ni..bila la pulak nk pergi

- GC - berkata...

ada stroberi lebih dak?

Suhami Ahmad berkata...

aiyooo bestnya...atok tak berkesempatan p laie....huhu

ainhany berkata...

salams,

syoknya cuti2.....
1>Tak cuba balik kot simpang pulai? jalannya lebih luas dan selesa...

2>Agenda strowberi coklat ta de ke?? hihi

Solehah berkata...

saya pernah naik cameron ikut tapah. memang bahaya juga jalan tu. ada orang recommend untuk pergi ke sana, ikut simpang pulai..katanya jalan tu ok.

Cikgu Nurin berkata...

Kalau ikut simpang pulai, jalan cantik dan lebar...akan terus ke Blue Valley dulu..view pun cantik...

ibuintan berkata...

assalamualaikum Shah,

tempat yg ibu suka sangat, tapi rasanya tak sesejuk dulu

last pergi hujung tahun lepas bawa anak2 murid

ada beli teh perasa strawberi tak?

Afida Anuar berkata...

Belum ada peluang lagi tuk ke sana sahrom.. hawat tak ajak? he he..

Cameron tak penah pi.. genting pun tak penah pi.. hu hu

endiem berkata...

baru minggu lepas pergi cameron highlands

Miecyber berkata...

Nak pergi Cameron jugaklah...


Burung Walit

Bigdaddyz berkata...

lama sudah tak kesana....

HonEyBuNNy berkata...

seronoknya la..

best la tengok view yang gambar kedua last tu...cantik..

Siti Nurhayati Dollah berkata...

Cantik dan rasa nyaman tengok gambar air terjun.

* Nak strawberi fresh :D

Citarasa Rinduan berkata...

wah

ayu tak pernah sampai pun ke sana..
rasanya mmg tak akan sampai
thanks en sharom syer entry percutian kalian sklrg

Cik Bidadari berkata...

weeeeeeeeeeeeeeee... nie mesti baru balik bercuti nie... dulu makcik kita duduk brinchang... kuarters polis kat situ... tapi sejak dia dah pindah ke johor tak pernah pegi agi.... windu nak kesana bila baca n tengok gambar nie semua... aduh.... uwaaaaa

baincardin berkata...

kt cameron mmg byk tpt yg best². Bain pernah pergi sekali. ..tengok gambar² yg bain sempat snap kat link bawah ni:

http://www.baincardin.com/2011/01/hdr-on-cameron-highlands.html

http://www.baincardin.com/2011/01/hdr-on-animals.html


Enjoy!!!~ ^_^

azmnor berkata...

Salam Sahrom..,

lama dah tak ke sana...saya suka kesana kerana kat sana sejok dan boleh pelantak strawberry bebanyak...hehehehehe

http://aniesandyou.blogspot.com berkata...

tringin ke sana tp ntah bla dpt g

Jiran ooo jiran

sahromnasrudin berkata...

# kepada rakan blogger sekalian : trime kasih kerana sudi menghantar komen disini..saya cadangkan kalian bercutilah ke cameron highlands kerana tempatnya tersangat la aman..

Zura berkata...

pasar malam tue mmg pack..lata iskandar mmg cantik..air terjun dia..mendamaikan je tgk..

Ati Masrif berkata...

bestnya ke cameron ni
yang tak best ...cuma jalan2
yg scary tu..

Yati berkata...

Kak Yati dulu tak pergi pun pasar malam brinchang. Sebab jalan jem, susah parking. Dan anak kecik-kecik, tak nak dokong pula, nak jalan, takut hilang. :)

Tanpa Nama berkata...

BESTNYE

AdiaLuze berkata...

Salam ziarah wahai sahabat ..

Seronoknya .. Percaya atau tidak, seumur hidup saya, saya tak pernah lagi menjejakkan kaki ke Cameron Highland.. Huhuhu .. Kesian kaannn ...

Suka mandi air terjun. Tapi, sangat fobia ngan pacat. Pernak sekali saya digigit pacat rasa hampir pitam dibuatnya .. Ahaksss

ketikketok berkata...

Jom cuti-cuti unik Terapi Spa & Keluarga Mini Agro-Forestry Aromatherapy Village Cameron Highlands.

Related Posts with Thumbnails