
Assalamualaikum wbt para blogger semua...Semoga pagi Isnin ini akan terus diturunkan rahmat oleh Allah SWT untuk kepada kita semua...Selamat kembali bekerja kepada kalian dan selamat belajar kepada mereka yang bergelar pelajar..
Para blogger sekalian, pada perbincangan yang lepas ( sila lihat entri ini), kita telah berbincang mengenai cukai jualan sebanyak 6% yang dikenakan oleh kerajaan kepada astro lalu pihak astro memindahkannya kepada para pelanggannya iaitu kita. Natijahnya, bermula Januari lalu kita telah mendapat bil baru yang menyatakan kita semua telah dikenakan cukai tersebut seperti mana yang termaktub dalam Bajet 2011 lalu.
Lanjutan darinya, saya telah mengambil sedikit tindakan protes dengan mengurangkan pakej langganan saya kepada pihak astro. Sabtu lalu, saya ke pejabat cawangan astro dan memutuskan untuk menamatkan pakej sukan saya kepada pakej yang asas sahaja. Ini bermakna pakej saya telah berubah dari RM 66.95 + 6% hanya kepada RM 37.95+6%.
Walaupun saya tahu bahawa tindakan saya ini tidak akan memberi walau sedikit pun kesan kepada keuntungan Astro tetapi sekurang-kurangnya mereka tahu bahawa para pelanggan Astro memang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang mereka tawarkan ini. Saya tidak dapat untuk menamatkan terus perkhidmatan Astro ini atas beberapa faktor. Antaranya termasuklah :-
Para blogger sekalian, pada perbincangan yang lepas ( sila lihat entri ini), kita telah berbincang mengenai cukai jualan sebanyak 6% yang dikenakan oleh kerajaan kepada astro lalu pihak astro memindahkannya kepada para pelanggannya iaitu kita. Natijahnya, bermula Januari lalu kita telah mendapat bil baru yang menyatakan kita semua telah dikenakan cukai tersebut seperti mana yang termaktub dalam Bajet 2011 lalu.
Lanjutan darinya, saya telah mengambil sedikit tindakan protes dengan mengurangkan pakej langganan saya kepada pihak astro. Sabtu lalu, saya ke pejabat cawangan astro dan memutuskan untuk menamatkan pakej sukan saya kepada pakej yang asas sahaja. Ini bermakna pakej saya telah berubah dari RM 66.95 + 6% hanya kepada RM 37.95+6%.
Walaupun saya tahu bahawa tindakan saya ini tidak akan memberi walau sedikit pun kesan kepada keuntungan Astro tetapi sekurang-kurangnya mereka tahu bahawa para pelanggan Astro memang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang mereka tawarkan ini. Saya tidak dapat untuk menamatkan terus perkhidmatan Astro ini atas beberapa faktor. Antaranya termasuklah :-
- Saya tinggal di luar bandar. Jika tidak pasang Astro, memang siaran TV langsung tidak jelas dan terang malahan siaran TV 9 pun saya langsung tak dapat mengikutinya...( TV 9 banyak rancangan menarik dan antara rancangan yang paling saya suka adalah Tanyalah Ustaz setiap hari jam 7.00 pagi...Sabtu Ahad je yang saya dapat tengok)
- Ketika dalam proses menamatkan pakej sukan saya ini, Pegawai Perkhidmatan Pelanggan Astro sempat bertanya kepada saya " Encik, boleh kami tahu kenapa encik mahu menamatkan pakej ini"? Saya jawab terus terang, " saya tak puas hati dengan perkhidmatan astro, hujan siaran takde..lagi satu, saya tak puas hati dengan cukai 6% ini. sepatutnya ia tak wajar dikenakan. banyak sektor lain boleh dikenakan"..
- Saya berharap kerajaan mengkaji balik pengenaan cukai ini. Jelas, ia tidak adil. Dengan kenaikan kos hidup sekarang ini, tidak wajar sama sekali kerajaan mengambil kesempatan dengan mengenakan cukai ini.




64 layangan minda:
Hmmm protest, alamak so far masih kekalkan package sama, susah gak sebab minat sukan then movies pun masih maintain, anyway pernah gak komen kat facebook astro tapi buat dek aja diaorang ini
bro sahrom : assalamualaikum, ai tertarik baca entry berkenaan ni...lantas ai juga ingin melontar kan sepatah dua kata ... ya, memam ai sefemili pun x puas ati dengan servis astro! terutamanya waktu cuaca teruk...terus astro xde siaran...masalah ni pun ai pasti ramai yam hadapi...yu pun ada nyatakan jugak di atas, kan? ok....ai secara terus terang menyokom kuat tindakan protes secara mengurangkan pakej!!! ai tempohari dah tamatkan pakej mustika...kini timbul 1 masalah, ai sgt minat dengan MAHARAJALAWAK! seperti yam sume maklum, astro dah pun umumkan akan siarkan hanya 2 episod...episod 3 - akhir akan ditayamkan di mustika!!! x patut...skam ni dah muncul fan page di FB menyatakan protes dan minta astro jangan buat begini...ai dah pun like! huh~ macam² lah...lepas ni ai akan potom pakej movie 411, 412 & 413 pula...pakej sukan ai x terdaya nak potom...disebabkan ai peminat no.1 bola sepak negara kita...kini RTM dah xde hak penyiaran bola sepak dalam negara...astro dah beli sume nye...kalo nak tayangkan di RTM1, pihak RTM kena beli pulak ngan astro...apa hal lah jadi macam ni...kata nak majukan sukan dalam negara, tapi macam ni jadi nya...abes? apa akan jadi kepada mereka yam x mampu memiliki astro? x kesian ke? cakap banyak pun apa dapat? ADAKAH ASTRO MENDENGAR LUAHAN KITA NI???
apa pun, kita tunggu dan lihat...('',)
apa reaksi org astro tu bila hg ckp psl tu?
SALAM,
SETUJU DGN N3 INI. TAHUN LALU, PERNAH BATALKAN SATU PAKEJ. MASALAH TAK ADA SIARAN BILA HUJAN SUDAH BERLAKU SEJAK SEKIAN LAMA. TAK BOLEH BUAT APA2 KE?
As Salam, saya pun telah kurangkan pakej. saya buang movie pakej. mula-mula saya tak perasan tau caj 6% tu, saya bayar macam biasa je, bulan ni baru perasan dah ada outstanding, yang disebabkan oleh cukai tu. Lagipun pakej movie mmg membazir, movie yang ntah ape-ape je, lebih baik beli cd atau downlot je.
assalamualaikum sahrom : aku setuju bebenor ngan ko. aku rasa nak terminate terus astro (hehehe.... tak lah, just nak kurangkan langganan jer), pasal aku pon dah kurang menonton tv skrg ni...
salam. saya setuju je. kalau ikutkan saya pun nak buat benda yg sama tapi sebab astro kat umah tu ayah yg bayo, saya layan je la...
dh berbuih mulut org komplen pasal astro nih..tpi apa yg diorang buat?
buat pekak ada la
mina tak de astro..dan takkan pasang...
malas la..byk songeh..kata basic 30lbh..tp ada pulak nak kena bayar lg..ciiss...
baik tgk online je..setle...
kty pun setuju, ujung bulan march kty pun baru je buang pakej movie..
tapi masalahnya astro ni kita potong pakej pun dikenakan rm10..nak up package pun kena rm10..mmg nak untung je depa ni tapi service hampes.
emmm astro semakin mahal sekarang...
Kakak memang tidak langgan ASTRO. Menonton tv pun jarang-jarang. Kena tunggu anak sudah boleh belajar tanpa dipantau baru kakak apply....
Kalau di JB ini siaran dari S'pore je dah lebih dari 5 channel, masuk kita lagi paling kurang pun 5 channel. Jadi tak perlulah ASTRO buat masa ini.
Sebagai tanda protes..potong saja aStro.. !
astro skang makin ade2 aje.. mencik!
update entry update jugak, tapi risiko tangan kat mouse tu jgn tak amek berat okeh.. bahaye taw.. sharing is scaryyyy~~~
http://ikmalira87.blogspot.com/2011/04/blogger-sekalian-sila-jaga-tangan.html
kita pon ada suggest kat mak nak buang je astro sukan tuh, mahal la. tapi ada adik lelaki la nak tgk bola la apa la. menyampah btol
Assalamualaikum,
Saya pun sama....kalau ada pekej RM 10.00...saya mesti ambil punya....huuu.
saya akan ikut jejak langkah saudara probitas.
xde astro n smpi bla2 x de ati nk pasang astro
tapi klu takde sukan, tak bermaya saya...mcm ne nie?
uwaaa!
harap astro pentingkan customer. (-.-')
betul2..jadi keputusan terbaik potong jer..hehe..bunga dah potong astro..haha
Assalamualaikum...
Jika ianya tak mendatangkan apa-apa manfaat baik potongkan saja..
Assalamualaikum... Shah,
ibu pun langgan pakej asas tu je... alasannya sama macam no 1 tu, kalau tak langgan langsung tak dapat sebarang siaran
nak tak nak terpaksa langgan, memang tak puas hati pun dgn servis astro ni
Kalau ikutkan hati amy memang tak nak langgan astro nie coz harga semakin mahal , tapi di sebabkan sukan tue la yang buat kami berdua fikir dua tiga kali..bertambah pelik kami boleh pasang lagi satu astro pasal x nak berebut tengok tv..habis cam ner...
takda mana astro nak denga..
kalo denga dah lama dah time ujan boleh tengok..ni dah la naik harga pastu time ujan giler kelaut satelit dia..langsung takleh tengok..
kang kalo tak amik..takleh tengok raja lawak..kang orang lain cita ngaga tak tahu..huhuuhuhu
xde astro hehe
cma x pakai astro..tp ramai yg x puas hati dgn harganye..
no komen..~
Atok tak ponah pasang Astro....Membazir kot bagi atok...cukuplah sekadar apa yang atok dapek tgk kt tibi tu (tv1, tv2, tv3).... ^_^
sy tk guna kan perkhidmatan Astro..
apa kata..suarakan ketidak puas hatian ini terus pada Astro..
jom ke APA KATA HATI pulak ;
REQUEST SI DD
bagus betul tindakan deme dan kawan amat bersetuju langkah deme tuh. kawan oernah gak berbincang dengan wife tapi cadangan kawan telah di tolak mentah2 kerana katanya;
"awak 24 jam dengan laptop, saya cuma tengok astro jer"
hahaha, di sebabkan cadangan di tolak mentah2, maka bukan di kurangkan pakej malah bertambah lagi pakej kat rumah nie menjadi seratus lebih. huhuhuhu
protes jom !
eeelok juga buat gitu, syabas kerana protes dan luahan yang berkesan akan sampai ke pihak atasan... kalo semua baut camtu untung le rakyat!
gunakan kuasa membeli dan berbelanja kita
salam Syah
tak boleh nak komen banyak sebab
saya dari dulu hingga kini tidak
melanggan Astro di rumah..rasaya bukan keperluan..
kalau tak pasang astro, tak dapatla tgk Af. hehehehehe
Protes lah macam mana pun...
Kondem lah macam mana pun..
ASTRO is a KING!
Sebab apa?
Sebab MONOPOLI.
ai baru je dapat info dari member...beliau expert bab ni...nak kena buat aduan...
kata beliau:
aduan MCMC
http://aduan.skmm.gov.my/
aduan KPDNKK
http://e-aduan.kpdnkk.gov.my/
tp pada masa yg sama, aduan bertulis/emel/laman web kena buat jugak ke ASTRO ...
Lama tak singgah blog Sahrom. Tengah tunggu result anak. Kalau tak ada peningkatan, nak tutup je astro. Akak punya 49.95. Ada amik pakej kartun dan variety.
Saya dah pun potong Astro saya...
Sudah banjir di timpa saman
kami dh amik langkah yg sama awal2 dulu..kalau x kena byr sama mcm bro sahrom la.akhirnya kami tukar kpd yg asas je.asalkan gambar kat tv terang dan x nyakitkan hati..
Saya pon have to pasang ASTRO ni coz x dpt siaran TV klu x pasang ASTRO..:(
KLIK HB AWAK..:)
salam sahrom..saya juga pengguna astro..kurang juga berpuas hati dgn service astro..bil makin naik tapi siaran mcm tu jugak..
emmm..
mcm2 sekarang ni..
KENAKAN CUKAI TANPA MENILAI KEPUASAN PENGGUNA..MMG TAK WAJAR..
memang dari mula dulu dok pakai hat paling murah sekali..tu pon pasai siaran tv tempatan x clear...kalu nk support jgk...hentikan dulu buat sementara wktu..sampai ada kesannya...selagi bole bertahan!
huurmmm kamipun... dulu lagi teruk... sebelum, beyond kami sebulan tak dpt tgk astro... sebab itu cara dia nak paksa pengguna tukar kepada astro beyond... bygkan sebulan tak dpt tgk astro langsung tapi masih kena bayar 2 bulan diret... geram punya pasal... kami offkan dulu... bygkanlah sampai rm150 astro kami langgan/... skang nie... kami just langgan dla m60-70 camtu... sebab siaran teruk kalau tak pakai astro... semua siaran asyiklah kena tukar areal... sabar ajalah...nak tanak kita terpaksa gunakan juga...
saya pun 'terpaksa' langgan astro ni sebab dok jauh dari bandar, memang tak dapat siaran tivi langsung kalo tak amik astro... tapi amik yang basic jer, package yang paling murah...
Makin lama ,makin mahal huja sikit line tak dapat...
Aslkm. Apa kabar?
Kita pilih yg terbaik je. Tapi pelik kan hujan jadi masalah..kata hebat!
hiburan yg dikuasai oleh kapitalis... dan demokrasi jua didalam genggam kapitalis... rakyat marhaen mcm kita yg jadi mangsa...
Salam sahrom...
alhamdulillah saya tak langgan astro... sebab tv yang sedia ada ni pun tak tengok, buat apa langgan iyer dak? lagi membazir;)
as salam akhi...
astrooooo....mcm2 adaaa..huhu..
protes..alamak..camner nak tgk bola..hehe
erk??umh cg xda astro>>abah xmo psang>> =((
LATEST :
KEMALANGAN TRAGIS
huhuh.......kenapa la smpai 6 peratus tue.huhuh....
susah la mak ayah yana!!!
nk protes??fikir2!!!hehe
yup family saya pon ambil yang murah juga
mmg bnyk tak puas hati dgn astro tp apa nak buat terpaksa langgan juga..
As salam...
Saya ade pakej Mustika..
Sport dah buang..skang layan EPL dgn
UEFA Championship kat internet jer..
Life streaming free..huhuh..
X setuju gak dgn caj 6% tu..
Astro x sedor diri..service teruk, lagi nak untung lebih...cittt..
# kepada para blogger sekalian : trime kasih atas semua komen dan pandangan kalian..semoga kita semua bijak menggunakan kuasa beli kita demi mengekalkan momentum perbelanjaan kita...duit kita maka bijaklah kita untuk membelanjakannya..
sy xpakai astro..tp macam nak masukkan astro pulak..tp mcm xbebaloi...dan terus xjd..
saye merupakan salah seorang pelanggan astro...
Memang diakui yang sekarang nie astro banyak mempromosikan pakej baru...
Caj yang dikenakan agak tinggi....
so, saye just amek pakej yang sedia ade je...
## tengs sdi singgah ke blog saye..:)
saye follow blog nie jugak..:)
kak ati pun dah tamatkan
pakej sukan
tapi pakej kartun terpaksa
juga kekal sbb syahmi tu
tak leh dok diam kalau
tak tgk kartun
kalau kita bersatu mcm gini
pasti pihak astro akan terasa
walaupun sedikit
saya pun dah kurangkan pakej ke basic, tapi terpaksa melanggan sebab rumah saya jauh dipendalaman... tambahan pula jarang-jarang menonton... kalau ada UNIFI coverage saya kan buang astro kasi campa lombong la..
raja lawak tahun depan akan disiarkan dalam pakej mustika.ASTRO BANGANG!!!!!!
Catat Ulasan