Selasa, 15 Mac 2011

Menjawab Pertanyaan Rakan-rakan Blogger

Assalamualaikum wbt para blogger semua..Semoga kalian semua senantiasa dirahmati Allah SWT..Selamat bercuti kepada rakan blogger yang bergelar guru dan selamat bekerja kepada rakan blogger yang masih bekerja seperti biasa.

Hari ini saya ingin menjelaskan sedikit kekeliruan yang terdapat di kalangan rakan blogger mengenai siapa saya. Sebelum itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan blogger yang sudi melawat dan menghantar komen ke blog saya ini. Semua kunjungan dan komen saudara / saudari amat-amat saya hargai. Semoga ukhwah sesama kita yang sedia terjalin kan semakin erat lagi.

Soalan yang paling popular hasil dari penelitian saya ialah adakah nama sahromnasrudin ini nama sebenar saya??? YA..Memang ini nama sebenar saya iaitu sahrom ( nama saya) dan nasrudin adalah nama bapa saya. Saya gabungkan kedua-duanya untuk menjadikan ia www.sahromnasrudin.com. Saya lebih selesa menggunakan nama sendiri kerana menghargai pemberian nama ini dari kedua ibubapa saya..Terima kasih ibu dan bapaku.

Soalan seterusnya adalah seperti dibawah :-

Soalan dari Cikgu Nurin, apa makna Probitas Et Fides ???
Nama blog ini iaitu Probitas Et Fides adalah motto bekas sekolah saya. Lihat di bawah...

Ini adalah lencana bekas sekolah saya. Untuk pengetahuan para blogger, saya mendapat pendidikan menengah di Sekolah Tinggi Klang antara tahun 1994 - 1998 ( kini dikenali dengan nama SMK Tinggi Klang) . Malah header kepada blog ini juga menunjukkan bangunan utama sekolah ini. Saya begitu bertuah mendapat pendidikan di sekolah yang ditubuhkan pada tahun 1928 ini lalu saya abadikan motto sekolah ini kepada nama blog saya. Makna Probitas Et Fides adalah Kesetiaan dan Kejujuran. ( sangat unik kan kerana selalunya motto sekolah adalah Ilmu Suluh Hidup, Ilmu Tangga Kejayaan dan sebagainya. Tetapi sekolah saya menekankan kepada nilai moral)

Jika para blogger yang biasa ke Klang ( blogger Bujal X dengan Daddy Ziyyad pasti tahu), kalian akan jumpa Sekolah Tinggi Klang ini. Ia hanya terletak kira-kira 2 km dari Pusat Bandar Klang iaitu di Jalan Meru ( berhadapan dengan bangunan TNB Klang..gambar header ini diilustrasikan dari hadapan Jalan Meru ini)

Sejarah sekolah ini amat panjang malah ia pernah menjadi Hospital Tentera pada zaman Perang Dunia Ke-2 . Jika kalian mempunyai kelapangan dan ingin melihat sekolah ini, boleh menonton rancangan drama 6 Progresif yang kini sedang ditayangkan di TV9 jam 8.30 - 9.30 malam setiap hari Khamis. Drama ini 100% melakukan penggambaran di Sekolah Tinggi Klang. Selain itu, intro untuk filem Baginda yang yang difilemkan sekitar 1996-1997 mengambil latar belakang sekolah ini untuk dijadikan penggambaran.



Sdri Lalink7 menganggap saya seorang guru dan setiap kali beliau menjawab komen saya, perkataan cikgu itu pasti ada. Sebenarnya saya bukanlah seorang guru. Saya hanyalah pekerja biasa sahaja malah tidak pernah berkhidmat di sektor pendidikan pun. Jadi, tidak perlulah panggil saya cikgu kerana hakikatnya saya bukan seorang guru dan tidak layak untuk dipanggil sebegitu..

Seterusnya...

Sdri Diaumaininaz mungkin beranggapan saya seorang bisnesman..Sekali lagi, ia kurang tepat. Saya bukanlah seorang bisnesman, usahawan atau peniaga tetapi hanya pekerja biasa yang dibayar gaji bulanan sahaja. Memamg diakui saya suka menulis topik dan situasi mengenai usahawan atau peniaga.

Ini kerana saya amat memandang tinggi akan golongan ini. Bukan mudah untuk menjadi seorang usahawan kerana ia memerlukan kerja keras yang sangat tinggi dan komitmen yang bukan kepalang. Nabi SAW mengatakan 9/10 dari pintu rezeki ini datangnya dari berniaga dan jelas usahawan ini menyahut seruan itu.

Oleh itu, seboleh mungkin saya mahu menyokong usahawan dari kalangan orang kita ini dengan makan di gerai mereka, membeli barangan di kedai mereka dan mendapat perkhidmatan di premis mereka. Secara langsung, kita menyokong ekonomi sesama orang kita bagi memastikan golongan ini terus subur mekar lalu memberi pekerjaan kepada pekerja-pekerja mereka. Selain itu, legasi perniagaan mereka juga boleh diwarisi kepada anak cucu mereka.

Setakat ini sahaja entri pada hari ini ( dah meleret pun)...Kepada rakan blogger sekalian, semoga ikatan ukhwah sesama muslimin dan muslimat di alam maya ini terus berkekalan..Akhir kata, bersetia dan jujurlah dalam setiap kata dan perbuatan kita. Wassalam..

88 ulasan:

Kakzakie berkata...

Lalu jadilah ia seorang lelaki bernama sahrom bin nasrudin. Kakak sebab dah mengikuti dari memula maka banyak juga yg kakak tahu walau secara details taklah tahu. Hehehe....

Miss Tira berkata...

Ooo baru Tira faham maksud Probitas Et Fides tu. Hahaha. Ingatkan Cik Shahrom suka tengok cerita Latin tu sebab guna nama tu. Rupanya motto sekolah lama daa~

al-lavendari berkata...

saya juga hingga kini tidak dapat meneka dengan tepat jawatan dan agensi awak .. cuma barangkali boleh meneka bidang sahaja .. bukan tentera, polis, keagamaan dan pendidikan. betul tak ?

saya kira ramai juga yang tidak boleh meneka dengan tepat jawatan dan agensi tempat saya bekerja kecuali dua orang blogger yang pernah datang ke rumah saya.

Lya Colours berkata...

saya pon mcm lalink, igt abg ni cikgu. kihkihkih
salah pulok

~ yus ~ berkata...

salam saudara sahrom,

penerangan yg sedikit sebanyak mendekatkan saudara dgn para blogger lainnya.

Memang unik motto sekolah menggunakan Probitas Et Fides tu ya. Itu bahasa apa agaknya ya?

Melati berkata...

hi Probitas Et Fides! owh baru tau motto sekolah =))

Kaseh berkata...

ooohhhhhhhhh baru kenal sapa sahrom sebenarnya dan maksud probitas et fides tuhh.... maceh bg info..

d_LA berkata...

THANX BGTAW..BARU TAW PROBITAS ET FIDAS TU APE..MMG UNIK LA MOTTO SKOLAH SAHROM NI..

::FAIZ FARISH:: berkata...

o itu maknanya Probitas et fides

Nur Liyana berkata...

hohoo....

bgusnyer bgtau nie..hehe

kalau yana letak moto sekolah yana..heheh..berilmu dan berbakti.....

Daddy Ziyyad berkata...

Assalamualaikum Sahrom..

-Ya, STK tu memang penuh memori..sekolah yg sangat otai..

-Saya andaikan awak bekerja dengan MARA. Hehe

khaifaiz berkata...

Sungguh detail en. Sahrom.. semoga terus dimurahkan rezeki..

Hope juga en. sahrom teruskn menulis sbb aku dpt byk benda bila melawat blog ini.. Tq en. Sahrom

http://aniesandyou.blogspot.com berkata...

p/s yg byk tanya ni musti x baca blog secara keseluruhan kan?kan?

lalink7 berkata...

La...en. sahrom nie bukan guru ker? bukan apa selalunya blogger guru mesti dia akan letakkan header skolah dan sebagainya sampai saya ingat en.sahrom nie seorang guru..tapi saya teruja kerana bahasa yang en.sahrom guna seperti seorang guru bahasa melayu..

tahniah saya ucapkan!
tak salah jika saya memanggil guru walaupun en.sahrom bukan seorang guru..tapi usia dan pengalaman en.sahrom lebih lama dari saya' jadi tak salah jika sayamemanggil en.sahrum guru..

saya tetap juga nak panggil en.sahrum guru/cikgu lepas nie
=))

ibuintan berkata...

assalamualaikum Shah,

semoga sihat dan gembira hari ini


masih meneka Shah kerja dan tinggal di mana?

iBu...gUru berkata...

ibu sama .......sentiasa ingat motto sekolah ibu..... AUT COEPIESSE NOLI AUT CONFICE..... Sek. Tinggi Bukit Mertajam

niesz berkata...

ha ala..dulu ade gak nk tau ape mksud probitas et fidas tu..ehehe..skrg dah tau da.. :)

sha berkata...

As salam..

Eh!! sahrom..bukan ker hang angkasawan yg x jadi pegi tuh..sebab baju x der saiz hehe..

gurau jer :)

IMANSHAH berkata...

sayang tol hang kat sekolah

Nazhatul berkata...

salam..

oww.. En. Sahrom bkn cikgu ke? saya igt cikgu..

skola tinggi? saya sekolah tinggi gak. tpi Sekolah Tinggi Kluang. biase skola tinggi studentnye lelaki jek. tapi kat sini pompuan lagi ramai.

moto skolah saya pon tak macam moto skolah lain. moto skolah saya "Onwards".

lama tak singgah sini..

Mommy Fara berkata...

Saya yg pada mulanya mmg igt cikgu...


Kita sebaya....

aanie berkata...

sy pun ingatkan sahrom ni cikgu...hehe..nasib baik dah ada org tanyakan...

eelobor berkata...

wah....soalan yang terbuku selama ini yang bermain di minda, terjawab sudah. tak perlu nak bertanya lagi. hihihi

Siti Nurhayati Dollah berkata...

Assalamualaikum.

Rupanya Probitas Et Fides tu motto sekolah. Sedikit sebanyak dapatlah tahu tentang penulis blog ni.

Sharinginfoz berkata...

baru tahu probitas et fides tu apa

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

glamor la sekolah tu yer.... digunakan untuk pengambaran drama dan filem...

AdiaLuze berkata...

Saya sangat mengagumi setiap tutur bahasa yang awak gunakan dalam setiap entri awak.. Ianya seolah2 dilayangkan dengan nada yang paling sopan... ^_^

noor berkata...

slogan skolah rupanya..
sharom nih PTD kot tekaan saya ler..

A.s.t.i.n.a berkata...

Ya saya juga: terima kasih mak.. tima kasih bapak..

..::SangRatoo::.. berkata...

selalu nak tanye sahrom apa maksud probitas et fides tu..Alhamdulillah..dah terjawab persoalan :) kesetiaan & kejujuran

nabilah_2908 berkata...

oh...begitu kisahnya... :)

lebih kurang sama lah...sy pun guna nama penuh sy utk URL blog sy...atas alasan yg sama juga...cuma tk letak nama ayah je..sbb pnjg sngt.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
DARI KERANA MATA

nurkass berkata...

tu dia penerangan dari en sahrom..
hehe..dah faham dah..

makdara TERdiva berkata...

MDT pun suka cara sahrom menulis, walau agak formal tp byk info yg boleh dikorek disini..

teruskan cara mcm ni..

ainnoraini berkata...

baru la tau tu name sekolah...dh terjawab sudah....

Ati Masrif berkata...

kesemua di atas tu kak ati dah tahu

tapi kak ati masih tertanya2
sahrom ni berkerja dalam
kementerian yg mana?

usahawan ke...

dalam negeri ke...

Salmia berkata...

tgk nma blog pelik, ingatkan bermastautin kt obersea..
hehehe..
anyway, happy blogging.
SALAM ZIARAH RAKAN BLOGGER :)

- GC - berkata...

wahhh.. byk betul soalan, macam artis plak.. haha

nelly berkata...

Baru tahu ..digabungkan nama rupanya .hehe

cemomoi berkata...

apa pon syabas kerana ramai peminat nih

CahayaCintaIlahi berkata...

wah tetibe rasa macam baru berkenalan upeny kte serupa keje mkn gaji gak ek.. tp sy ada minat utk jd ushawan tp spt en sahrom ckp la.. risiko nye amat tinggi ;)

Adinda Amy Sensei berkata...

jawapan yang penuh teka teki gak tu..hehe

Rozali berkata...

Assalamualaikum Sahrom

unik motto sekolah tu..
kerana kesetian dan kejujuran itu salah satu tangga kejayaan juga

Wassalam

Ina berkata...

oo..moto sekolah rupanya..bagus.

Hunny berkata...

Ayah saya dulu pun belajar kat sekolah Probitas El Fides..:)

Dee berkata...

terima kasih di atas penerangan yg pjg lebar..skrg sy lebih mengenali saudara..sekolah bangunan lama mmg cantikkan..sy sendiri bersekolah di Methodist Girls School..tp bukan di Klang..di KL..hehehe..

padlie berkata...

Ada beberapa perkara yg menarik perhatian saya dalam entry ni.

Saya tahu maksud Probitas Et Fides.

Saya tak pernah perasan SMK Tinggi Klang ni.. Sepatutnya sewaktu ke stesen bas klang, lalu la kan?

Umur kita beza setahun je kot..

Saya ingat sahrom ni usahawan jugak.. hehe

aby berkata...

salam sahrom...
TQ very much kerana mempromosikan sekolah lama aby ...
High School Klang ...

mcm sahrom selalu kata ..
your super senior.
he.he..

zulkbo berkata...

salam Shah..
lama tak BW..kesibukan kerja
terima kasih singgah blog saya..
ermmm..saya suka nama Sahrom ni
kerana mengingatkan saya kawan wanita rapat saya zaman sekolah dulu..namanya Shaharum binti Puteh..saya akui nama ini sesuai untuk lelaki dan wanita..

gadisBunga berkata...

saya dah tau sebab penah baca dalam entri sebelum ni. tapi entri ni lagi detail la. eheheh~

*saya tak update lama sebab bizi hal kawen...hihi. terima kasih sebab sudi bertanya~

ikan emas berkata...

hai,

selamat berkenalan...

hehehehe

Afida Anuar berkata...

at least serba sedikit persoalan sudah terjawab... tp sahrom, ada lagi yang dibiarkan..misterii tu..hehe

Citarasa Rinduan berkata...

dah lama ayu nak soal ttg nama blog sharom...
dah jawab akhirnya...
YES!!!!!!!!!!!

ayu suka singgah sini sbb blog sharom ala2 gather2 blogger tau...semuanya ada komen dan buah fikiran yang bagus

kay_are berkata...

owh macam tu ke.. baru r tau maksud name blog tu.. rupenye amek dari logo sekolah.. ingatkan saje2 je gne name tu.. Ape pun bro, info bro bagi memang x menampakkan bro macam pekerja bese pun so tahniah untuk itu =)

ieda berkata...

haaa dah kenal dah en sahrom nie saper ekekekek :)

Nadia Mashuri berkata...

owh.. baru tahu mksud probitas et fides tu apa.
=)

CekWa berkata...

Jadi kesimpulannya, tak tau jugalah dgn tepat ya shahromnasrudin ni dari kementerian mana ek...? heheh

Anati Soki berkata...

tapi bahasa blogging kamu mmg mcm cikgu :) ahaha.. anat yg nak jadik cikgu pun tak baa=pa nk nmpk mcm cikgu lg.. hehehhe

Cikgu Nurin berkata...

Hmmm terima kasih atas penerangan yang panjang lebar..saya tau sekolah tu...tapi tak perasan la pulak motto sekolah tu macam tu...

Yea..akak pun ingat awak Cikgu...:)

dark berkata...

oh god almighty,
we give thee thanks,
for our school..
The High School Klang..

Onward the spirit of close fellowship,
n toward other to friendship and love...

mmmmmmm...da xbape igt...

huhu..

igt chorus hujungnye je..

dear high school klang,
our high school klang,
we our dear alma mater,
forward to serve we go now,
may we love this forever more..

hehehe...ouh,rinduny high school!!..
hehehe...high school...BOLEH!!!..

respek abg senior!!..=)

Rina AVAIL a.k.a cik betty berkata...

oh..dah tahu maksud probitas et fides sekarang..bagusnya en sahrom nih sayang sgt kat sekolah..sy langsung dah lupa psl moto sekolah..nasib baik ingat nama sekolah..hehe

sy pun usahawan (bnyklah kau hehe)..xla bisnes online shj sbg aktiviti sampingan surirumah

lg satu psl hadis 9/10 rezeki dr perniagaan..sy pernah terbaca yg hadis tu bukan hadis sahih ke apa tah..jd x blh kata Rasulullah bersabda..ntahla sy pun kurang pasti sgt bab hadis²..kalau en sahrom boleh review bagus jugak kan..

sissyira berkata...

salam...

nmpk mcm cikgu je...

penerangan y jelas tu..

dib. berkata...

moto sekolah saya 'ILMU AMAL TAKWA' mula-mula nampak biasa tapi skarang betul2 mendidik saya :)

faiz berkata...

owh..elokla cuba cari jalan buat bisnes kecil dulu...sebab minat tu ade..

azzey berkata...

Dh makin popular ni . ramai yang nak kenal dgn awak..:)

p/s: klik ur HB

nora berkata...

pewittttt
banyak peminat tu yg banyak soalan tu

ENTRY HOT : Lucah Day :p

HonEyBuNNy berkata...

salam...lama xterjah blog sini.....ila suka blog ne...banyak ilmu2 n pendapat yg di kongsikan.....

cikceriacorner berkata...

o yeke..baru saya tau..hehhehe

cikceriacorner berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
NM02 berkata...

wah... makin femes nampaknye kamu ye... hehehe

Amirrah Zawani berkata...

saya pun guna nama betul sayaa..
oh popular gak skolah tu eh.. siap masuk drama n filem.. :)

munna berkata...

dah tahu dah yg tertanya2... salam ukhwah tu yg penting

Amy Syaquena berkata...

akhirnya terjawab juga teka teki selama nie..

Be Simple Beb(BSB) - threeQ berkata...

As salam, tq visit & follow BSB. saya pun dah follow.

Sham berkata...

mores sapientas regat=ilmu menguasai susila...

nurizyani berkata...

sekolahku rumahku....

padiemasholding berkata...

kenangan di sekolah pasti tak dapat dilupakan

white rose berkata...

assalamualaikum pokcik...
ape kata pakcik link kan entry ni jadikan tajuk "BIODATA SAHROMNASRUDIN"...


blogger baru ni mmg tertanya2...
mcm sy dah lama, dah tau dari awal...

sahromnasrudin berkata...

# kepada para blogger sekalian : terima kasih kepada semua rakan-rakan yang menghantar komen dan pandangan...kesemua komen tersebut amat-amat saya hargai...jutaan terima kasih...

Kancilbiru berkata...

boleh pulak cikgu...oklah tu...mendidik secara tak langsung melalui blog..:)

amirah berkata...

hihi..mungkin ada ciri2 cikgu bahasa melayu kut?...

memang bro sahrom setia la dgn sekolah..bagus2..

amry berkata...

ooo...baru tahu maksud probites et fides tuuu..Hmm :)

bagus bro..seorang yang banggakan asal usul diri...susuah juga nak jumpa orang macam bro ni...

DaHLia berkata...

baru ingat nak tanya,,
memang pelik tul bahasanya

AkuMuzikFilem berkata...

oh inilah disebalik rupanya. 30 baru tahun ni. fresh n young lagi. hehe. bro sahrom ni femes la, berjujuk komen masuk sekali post. tulisan bro dalam blog ni menggambarkan bro ni macam orang educated, sayang melayu dan agama. isu2 yang diketengahkan, sentiasa relate dengan agama, bangsa, sedikt ekonomi

hani berkata...

assalam..
sesugguhnya saya juga pernah "bermotto"kan PROBITAS ET FIDES itu..
dan malah menyarung blazer pengawasnya. hehe..
banyak kenangan best kt high school ni dulu.. :)

ahmad yani juraimi berkata...

Wah....memori high school klang ni terbit kembali di ingatan ku,walaupun cuma 3 tahun saja sekolah di sana.nak tanya kat blog ni...ada lagi tak majalah semarak tahun 1983...sapa bole dptkan utk saya....sangat memerlukan majalah tu...

Scarlett O'Hara berkata...

kenangan terindah adalah di zaman persekolahan.

Iz berkata...

high school klang, tempat aku belajar tentang dunia remaja. tempat aku rajin masuk debat sekolah. tempat di mana ada tiga kantin yg stylo, err aku slalu mkn kt kantin cina tuh. sup dia sedapp weihh. skolah ni gak tmpt aku jadi petugas kt kedai skolah (*dpt kuar awal sket time recess, hehe)senang cite, bnyk giler memori aku yg tertanam kt bumi klang tu.

- aku ex. yayasan selangor

Tanpa Nama berkata...

Hehe..aku pun bekas lulusan sek tinggi klang..
Singgah jenguk sini bila nampak probitas ed fides tu..

Related Posts with Thumbnails