Assalamualaikum wbt para blogger semua..Semoga kalian terus dirahmati Allah SWT..Setelah 3 hari, tidak mengemaskini blog serta melawat blog rakan-rakan hari ini Alhamdulillah aku kembali..Kekangan tugas-tugas hakiki yang wajib diberi keutamaan membataskan aktiviti di alam maya ini..Terima kasih kepada kalian yang masih sudi menjenguk Probitas Et Fides walaupun tuan rumahnya tiada di dalam.
Semalam Probitas Et Fides ke ibu negeri kerana menghadiri sebuah taklimat mengenai beberapa produk baru yang akan dilancarkan oleh organisasi yang Probitas Et Fides naungi. Sebagai staf bawahan, kami perlu diberi penerangan secukupnya agar tidak timbul masalah apabila produk sudah dilancarkan kelak. Produk baru yang akan dilancarkan di ibu pejabat yakni di Kuala Lumpur akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini. Semoga ia memberi manfaat kepada semua pelanggan dan bakal pelanggan organisasi yang Probitas Et Fides naungi.
Dalam perjalanan ke ibu negeri, Probitas Et Fides menerima panggilan telefon,. Oleh kerana tiada tangan percuma a.k.a hands free , Probitas Et fides memberhentikan kenderaan di sebelah kiri untuk menjawab panggilan telefon. Kemudian selesai menjawab panggilan telefon terlihat di sebelah kiri, ada sebuah car wash . Pekerjanya semua bangla dan tokeinya tentulah orang kita. Ternampak pekerjanya menukar duit kepada tokei tersebut. Kemudian tokei tersebut berjalan terus ke rumahnya. Rupa-rupanya rumahnya adalah di bahagian belakang car wash tersebut.
Oleh kerana rumahnya berada di hadapan jalanraya utama dan ada lagi sebahagian tanah di bahagian lamannya, dia mengambil peluang ini mengusahakan tanah tersebut dengan membuka car wash. Bayangkan jika sebuah kereta yang dicuci dikenakan kadar antara RM 8 - 10, jika ada lebih 20 kereta yang masuk cuba kita bayangkan hasilnya pada hari tersebut.
Probitas Et Fides melayang minda, bagus tokei car wash ini. Beliau pandai mengambil peluang kerana bukan semua dikurniakan peluang tersebut. Dari membiarkan lamannya kosong tanpa penghuni dan kebetulan rumahnya berada di hadapan jalanraya utama, baik dia mengusahakan perniagaan car wash yang modalnya tidaklah berapa besar sangat. Hasil yang beliau terima juga pasti memberangsangkan.
Kepada para blogger sekalian, adakah kalian pernah mempunyai peluang namun tidak dapat menggunakan peluang tersebut hasil daripada beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan...??? Layangkan minda para blogger sekalian untuk kita kongsi bersama.

59 ulasan:
bagus la dia, sekurang2nya dapat tambah pendapatan kan
dulu masa lepas spm, pernah meniaga kerepek
mcm kerepek sayur ke, keropok ikan ke, pastu hantar kan office ayah. hihihi
saje2 buat dari menganga xde keje kan
peluang ada diguna sebaik mungkin
Assalammualaikum Sahrom,
Betul gunakan peluang yang ada, kerana mungkin ianya tidak akan kunjung tiba lagi..atas dasar itu sy memilih untuk menyambung bljr..
salam sahrom..
mesti laman org tu luas kan..
hehe..
emm..belum ada peluang lagi..insyaAllah satu hari nanti..
dulu time duduk hostel...nk menambah sedikit pendapatan dgn menjual kerepek...ambil pesanan makanan...seronok...lg best bila semuanya habis...hehehehe...
kekadang peluang ada tapi tidak diambil
assalamualaikum,
benar, peluang sentiasa ada namun saya tidak tahu memanfaatkannya.
pernah gak tefikir nak bukak Car wash.. sbb suka sgt basuh kete... habis kete sepupu aku basuh... tp modal takde.. hehehehe
السلم عليكم ورحمة الله
Bagus juga diambil peluang sebegitu tetapi tak tahulah pula boleh ker kita mendaftar perniagaan kita di atas tanah perumahan.
Keduanya faktor keselesaan jiran-jiran kita perlu dijaga.
pernah gak.. kadang2 melepas peluang tu untuk sesuatu yg lain.. kene berkorban la .. huhu
Rezeki ada di mana2..
Peluang mencari rezeki sangat luas..
Samada kita nampak tapi x mau mengambil peluang..Atau kita x nampak dan masih menunggu peluang itu datang...elok mencari drpd menunggu,yer dak?
peluang utk mengucapkan rs syukur bla tiba kesenangan.. tp slalu terlepas.. whyyyyy?????
selamat pagi sharom..
alhamdullilah..peluang itu sudah ayu gunakan sebaiknya...terima kasih PENCIPTAKU...
kdg2 peluang dpn mata kita x nmpk..
rasanya macam aku (aku ek, kite sebaya kan? hihi~) tak gunakan sepenuhnya peluang yg ada. mungkin sebab suka dok kat comfort zone lama2 kot..mungkin jugak sebab rasa tak mampu nak pikul, tapi mana ada keje yg senang, ye dak?
erm. rasa mcm nak bisnes. tapi xtau nak mula macam mana.
eheheh
peluang sebebnarnya banyak.. cuma kekadang kita lebih suka memberikan alasan daripada mengambil peluang itu..
betul..saya pun dpt byk peluang..tapi, banyak pulak halangan. bukan alasan..he.he.
peluang sentiasa ada...
rezeki daripada Allah sentiasa melimpah ruah utk kite...
tapi, kadang2 kite terpaksa menolak rezeki atas sebab2 yg tak dpt dielakkan...
semoga Allah sentiasa memberi rezeki kepada umatNya..
xtau pernah ada peluang ke x....maybe kena g seminar kenali potensi diri dulu kot...:)
as salam sahrom,
kak ati pun cuti juga 3 hari
mmg punya peluang sbb kak ati
pandai menjahit baju..
selalu ambil upah jahit dulu
tapi sekarang sejak syahmi mula
membuas tak ada masa nak menjahit
dan menambah pendapatan lagi
tapi redho saje..tunggu syahmi besar skit
tumpuan pada anak didahulukan
atas pemintaan hubby juga
Wa'alaikumussalam,
Vee ada peluang. Sebelum ni tak nampak dan lambat menggunakannya.
Soon, Vee takkan lepaskan peluang tu. :)
Teringin nak buka warung menjual makanan di hadapan rumah. Masalahnya, kakcik tidak pandai memasak! :(
terigin nk buat business sndiri..tp tu la..modal plak xde..
biasenya kekangan duit....x pe, sy usaha juga walau hanye jual kerepek! heheheheh!
awak memberikan satu lagi alternatif perniagaan untuk saya pertimbangkan selepas tamat perkhidmatan dengan kerajaan kelak.
betul .. modalnya tak banyak, pulangannya tunai dan pasti ada pelanggan dengan syarat servis memuaskan.
wasalam
selalu sangat mengalami keadaan yang serupa..perlu berfikiran postif setiap masa jika tidak akan terasa menyesal pada akhirnya..
patut la lama menyepi tuan sahrom. pandai memanfaatkan peluang yang terhidang. namun bukan semua orang di beri keupayaan tersebut. ada yang ragu2, ada yg tak berani, ada tak nak ambik risiko, sebab malas, dan macam2 lagi.
masalah paling besar (kalau cakap peluang ni) bukan sebab ada kekangan ke hape ke, tapi tak tau yang itu adalah peluang! sebenarnya...
WISH U ALL THE BEST YA
assalamualaikum tuan rumah : tokei tu mesti business minded. klu org yg takde pemikiran macam ni, mesti lah tak wujud bisnes macam tu kat umah dia.. aper2 rezeki tuan rumah tu. alhamdulillah
Kdg2 peluang baik yg dtg terpaksa ditolak krn tdk sesuai dg keadaan n masa itu...
HB for u
9/10 punca rezeki ialah perniagaan. Ini fakta, dari Rasul SAW.
Cuma kita masih ramai yg takut berpegang pada fakta ini
huhuhu,,,
penah gak melepaskan peluang y mungkin org lian takkan lepaskan..
tapi...menyesal sekarang pun dah tak guna kan...
so, sekarang ni tgh mencari peluang yang lebih baik(^^,)
doakan cahaya berjaya yerk...
belum dpt peluang yg best lagi...kalau ada, mesti x dilepaskan...
Assalammualaikum,
Peluang ada dimana² ..
terserah kepada kita, sama ada ingin merebut peluang itu atau mensia=saikan saja ..
Terima kasih melawat kucing² saya ^^
jika ada peluang buat aje...kena berani ambil risiko utk mencuba sesuatu perkara
as'kum
datang singgah dan follow blog ini pula.
jika sudah nama kepala duit..apa pun akan nampak duit.
orang sebegini akan menggunkan peluang yang ada.paling penting kena sanggup tanggung risiko.
Peluang tu kadang2 perlu juga dicari kerana ianya tak begitu mudah untuk datng sendiri... ;D
dengo cita memang untung beso bisnes tu tapi payah nak cari tempat dah...
peluang tu kadang2 ade tapi bile mase tak sesuai terpaksa la dilupakan...nak buat mcm mane kannn...
juga sedang menggunakan peluang yg ada... masih mencari peluang yg lain..
ada juga beberapa kai terlepas peluang
T_T
salam shah,
Peluang yang menjadi rezeki ..alhamdulillah.
Tapi kenapa kebnyakan carwash diselenggarakan oleh kaum india dan sewaktu degnnya...???
apakah tiada ruang utk kita?
gua dulu ade peluang nak ke oversea, tapi akibat kekangan tertentu tak dapat la pegi... peluang tu datang sekali, kadang2 kite tak hargai, bila ia pergi baru la kite terkenang2
maniaga tuu menambah pendapatan .. ok lah tuu :) suke kalau ada peluang mcm tuu ...
Blog yang menarik sekali!
Tak habis satu hari nak baca semua ini...
hari ni saya dapat peluang, tuk up jadi test lead.... bos besar kat singapore offer... sama ada yes..atau no. tengok la besok bitau dia yes kut;)...
ya slalu terfikir.. tp 24jam utk 1 hari tak cukup..
masih berusaha.. :)
keinginan ada tapi kemalasan menguasai diri...huk huk...
mmg banyak peluang, atas kita nak buat atau taknak buat...!
Peluang yang sama tidak akan datang berulang kali, jadi pandai pandailah kita merebut peluang tersebut.
Saya ada beberapa pengalaman berkaitan geran keusahawanan.Kalau ada sesiapa yang berminat saya bersedia berkongsi pengalaman.
Tatu
salam...
ya ada...tpi kini tdk laa daku sesalinya...
kerna, ada hikmah disebaliknye...
salam Shah..
kalau ada peluang begitu molek juga
berkira nak buka bila duduk rumah flat je..he he
Memanglah banyak peluang pekerjaan dan perniagaan ada kat depan mata. Ramai yg terlepas pandang atau memang tak berminat.Makcik heran anak melayu kita sendiri tak suka rebut peluang yang dah disediakan.
# kepada para blogger sekalian : terima kasih atas semua komen kalian..semoga kita dapat mengambil peluang yang ada di depan kita kerana bukan mudah untuk mendapat kali kedua..Namun begitu, jika kita terlepas mungkin bukan rezeki kita lagi...
Dulu pernah dapat offer, tapi akak korbankan, demi anak-anak. Yakin, peluang yang lebih baik akan datang, insya-Allah. :)
salam probitas, mmg benar tuan rumah tu seorang yg kreatif. tapi masalahnya di negara kita kekangan birokratik semakin banyak dan leceh. tuan rumah tu saya yakin seorang yang berani atau mungkin saja seorang yang tak tahu undang2. memang menjadi kesalahan di bawah undang2 pihak berkuasa untuk jadikan rumah sebagai tempat perniagaan.
kalaulah undang2 yang cerewet ini dihapuskan, tentu saja org malaysia lebih senang nak cari duit lebih.
Catat Ulasan